Kejora masih mengejar bayangan harimau tersebut. Namun tiba-tiba, tanpa amaran, bayangan itu lenyap begitu saja. Dia terhenti, cuba mengatur nafas, matanya meliar, telinganya tajam, deria hidungnya bekerja… mencari. Ada sesuatu… Dia mengesan sesuatu. Tak. Seseorang. Satu… dua… tiga… dan semakin lama dia sedar… dia mengesan sesuatu yang ramai. Aura mereka hampir menggetarkan tulang. Udara di sekeliling terasa berat. Nafasnya menjadi sesak. Angin yang tadinya tenang tiba-tiba berubah nada. Sshhh ! Sesuatu meluncur membelah udara. Tanpa berfikir panjang, Kejora melompat ke tepi, mengelak serangan yang datang entah dari mana. Satu pisau yang tajam terbenam menghentam sepohon pokok tidak jauh dari tempatnya berdiri. Dia terkejut melihat beberapa rekahan pada batang pokok itu. Jika dia terkena pisau itu, sudah tentu tulang-tulangnya akan retak seribu. Kejora segera mengaktifkan mata harimaunya. Dunia terus berubah, warna, gerak, aura… semuanya ...
“Bila kita boleh cari harimau mistik tu?” tanya Kejora sebaik sahaja latihan malam itu tamat. Nafasnya masih tercungap, peluh menitis di sepanjang pelipis sebelum dia mengesatnya dengan lengan. Di sekeliling mereka, hutan malam terasa hidup. Angin dingin mengalir di antara batang pokok, membawa sekali bau tanah lembap. Sebelum Firdaus sempat membuka mulut, Kejora cepat memotong, “Jangan cakap aku tak bersedia lagi. Aku dah kalahkan kau hampir lima round hari ni.” “Tak. hari ni aku saja bagi kau menang,” jawab Firdaus dengan nada bersahaja, masih enggan mengalah. “Untuk tambah keyakinan kau.” Kejora merengus. “Kau sengaja, tapi kau tak bagi aku cari harimau mistik tu. Apa kau nak sebenarnya?” Dia cuba menahan sabar tapi suaranya jelas menyimpan bara yang semakin berbahang. “Aku nak kau bertenang dan fokus,” balas Firdaus. “Fokus apa? Matlamat aku sekarang cuma nak cari harimau tu dan tamatkan sumpahan ni. Tapi kau buat aku macam subjek eksperimen!” Suara Ke...