Showing posts with label cloth diapers. Show all posts
Showing posts with label cloth diapers. Show all posts
cloth pad vs kain cawat org dolu-dolu
sebenarnya aku xde idea nak tulis apa... even masa aku buat entri ni pon aku tengah dok menaip minit mesyuarat tetapi disebabkan kepala ada jammed.. kena release kepala nak pulak malam ni aku kena turun padang buat spot check bilik bebudak... hui letih la badan aku hari ni.. ni pon tak balik lagi...
Berbalik kepada apa yang aku nak buat dlm my wish activities adalah nak buat cloth pad.. oh ya ..sure tak ramai yang tahu bab nie kan.. aku belom guna n beli lagi sebab mungkin belom sampai seru untuk guna cloth pad nie... tapi secara jujur aku masa awal period dulu.. umur aku dalam 13tahun kot....aku menggunakan kain sebagai pad sebabnya mak aku sapai monopos pakai kain je sebab katanya darahnya sangat banyak... pad yang ada tidak tertampung. So disebabkan masa tue.. mak kita adalah rujukan pertama dan kita hanya mengikut je kan.. aku pun follow je la cara traditional mak aku. Pada masa tue mak aku ada sebakul yang isinya ada kain-kain yang telah siap digunting dan dilipat-lipat hingga menjadi seperti pad.. ada yang tebal dan ada yang nipis jer.. so agak ko first day yang darahnya kuar banyak ambil la yang tebal dan kalo sikit amik yang nipis jer...
Pengalaman - hmmm.. hehheh
masa tue nasib baik la darah aku tak banyak sangatkan so kalo pakai satu kain tue kira selamat la sapai abis waktu sekolah tapi kurang selesa sebab dia kira tebal dari pad yang ada nie. Kalo duduk kat kerusi tu terasa la benjolnya dan paling tak selesa kalo darah cam byk rasa rimas la jugak. Kain-kain ni akan dicuci sesucinya dan dijemur. So rotate la kan kain-kain ni untuk seterusnya. Aku tak ingat berapa lama aku guna kain nie. sebabnya aku pon tak share info ni dengan kekawan. Almaklum aku sedar cara ni kolotkan dan bukan semua org leh terima... nanti cakap banyak la pula tak hygiene la, kotor la n etc...
Tapi sejak aku guna CD- cloth diaper aku mula surf la pasal cloth pad nie.. rasa cam back tue old method tapi kali ni more attractive la. Aku bukan apa, tersedar plak bila baca yang pad nie leh jd penyebab kepada salah satu penyebab kanser ...
sebelum aku terlupa .. aku saja upload gambar nie utk rujukn aku kalo rajin nak buat nanti...
tada........ cam simple je kan nak buat...
hahaahhah... mmg la simple kalo orgnya tekun +rajin +berbakat
tapi kalo orangnya cam aku takat bercita-cita je kan .....
cloth diaper
ni gambar Cd yg diletak 2insert sesuai untuk yg heavy buang air kecil especially waktu mlm. Macam zulaika!

Nampak tak beza 1 insert dgn 2 insert. Kalo 2 insert daya serapan dan penyimpan air lebih byk dr 1 insert jer..
Kepada member ku-liea, CD atau cloth diapers ni sama sgt dgn pampers yg kita selalu guna hari2. dia leh tahan lama cam pamper gak tp dia diperbuat dr kain. aku la ni da guna dgn sepenuhnya CD ni untuk 2org anak aku tue. Setakat ni amat menjimatkan.. selalu kalo gi mydin sure nak dekat 400 masa zulaika sorang je dulu. la ni hehehe perlu risau susu aje.
Kepada member ku-liea, CD atau cloth diapers ni sama sgt dgn pampers yg kita selalu guna hari2. dia leh tahan lama cam pamper gak tp dia diperbuat dr kain. aku la ni da guna dgn sepenuhnya CD ni untuk 2org anak aku tue. Setakat ni amat menjimatkan.. selalu kalo gi mydin sure nak dekat 400 masa zulaika sorang je dulu. la ni hehehe perlu risau susu aje.
Apa itu Cloth Diaper/CD
Aku sebelum ni pun tak tau la jadahnyer benda nie. Ditambah lagi bila derang panggil short name CD. Aku diperkenalkan dgn CD ini oleh seorang yang aku kenal masa kat hospital masa nak bersalin sumaiyah syuhada. Aku panggil dia ieja, ieja la yg explain nak bg tau apa itu CD.
Selepas itu maka aku mengenali CD dan jatuh cinta sama ini barang laa.
Selama ni maklumat asas yang diberi, CD adalah lampin yang kegunaan dan functionnya sama je dgn lampin pakai buang cuma ia boleh dicuci. Masa sebelum beli n pakai CD aku puas cari gambar camner la rupa CD ni, kat sini aku ada upload gambar pada sesape yg nak tgk..( aku tak jual cuma nak share jer dgn kekawan).
Antara kebaikan CD
- yang jelas lagi nyata.. cost selama 3tahun amat menjimatkan sbb kita hanya perlu beli sekali dan pakai selama 3tahun
- melalui pengalaman - dulu zulaika selalu ada rash/ bintik-bintik dan merah di"bunga"nya dan celah kakangnya tetapi sejak guna CD semua da xde. Fakta menyatakan ini berlaku kerana lampin pakai buang yg kita guna tu ada chemical yg mengakibatkan kulit sensitif dan lebih teruk lg blh mengakibatkan kanser..
- aku bukan pencinta alam yg sejati tetapi aku nak juga membantu mengurang pencemaran - fakta menyatakan lampin pakai buang mengambil masa yg lama untuk lupus ( sedar wahai kekawan ku!!!)'
- aku duk umah tinggi, so sampah kena bawa turun!! kalo dulu besarnya beg sampah aku sbb penuh dgn lapmin pakai buang tp la ni kecik je beg sampah aku...
Subscribe to:
Posts (Atom)