Showing posts with label Selamat Hari Bapa. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Bapa. Show all posts

Monday, June 21, 2010

"Selamat Hari Bapa"

(Ibnul Munzir)

Sebaik pulang dari kerja malam tadi, aku dikejutkan dengan adanya sekuntum bunga di atas rak-rak simpanan barang-barangku yang dibungkus rapi dengan plastik pembalutnya. Aku menyangka bunga yang dihadiahkan kepada isteriku oleh anak-anakku tempohari. Rupa-rupanya bukan kerana bunga hadiah isteriku masih ada di tempatnya. Di dalam bungkusan bunga itu terdapat segulung kertas kecil dan di bawahnya terdapat kad ucapan...
"Selamat Hari Bapa"... Ironinya aku sendiri tidak tahu bilakah Hari Bapa...

Rupa-rupanya anak-anakku yang kecil-kecil itu telah berpakat untuk menghadiahkan sesuatu kepadaku... Terharunya hati ini, hanya Allah yang tahu. Terima kasih anak-anakku.Setelah puas kulihat dan ku baca, tanpa membuang masa kususun seadanya pada dinding di bilikku buat tatapan dan renungan sepanjang waktu.

Madah ini tentunya dari Kakak (Amirah Zahidah) yang mengandungi maknanya yang tersendiri. Mudah-mudahan Abinya ini akan sentiasa menjadi contoh di kemudian hari bagi menghadapi pancaroba kehidupan yang menanti.

"Abi... Penat lelahmu tidak sia-sia.." Madah janji yang sungguh bererti.

Sekali lagi Abi mengucapkan terima kasih kepada kalian anak-anakku. Meskipun Hari Bapa dan Hari Ibu tidaklah tertakluk kepada hari-hari tertentu sebagaimana fahaman Yahudi dan Nasrani, namun ucapan kalian sebagai tanda ingatan dan menzahirkan kasih sayang amat-amat ku hargai. Mudah-mudahan penat lelah Abi dan Ummi mendidik, memberi nasihat dan membesarkan kalian akan dibalasi Allah dengan kurniaan anak-anak seperti kalian yang akan menjadi anak-anak soleh dan solehah, pemimpin kepada kaum yang bertaqwa... Amin.




Tuesday, June 23, 2009

Selamat Hari Bapa - Terima kasih anak-anakku!

(Ibnul Munzir)

Tiada yang lebih bahagia buat seorang ayah daripada menerima hadiah dan doa dari anak-anaknya. Meskipun ianya hanya sekeping kad ucapan, namun yang penting ialah nilai yang tersembunyi di sebaliknya yang merupakan nilai kasih-sayang dan penghargaan.

Pagi tadi, tanpa disangka-sangka saya menerima hadiah kad ucapan Selamat Hari Bapa yang disampaikan oleh anak-anak perempuan kami yang tiga orang tu... Satu kad ucapan yang ditulis oleh kakak (Amirah Zahidah) bagi mewakili mereka bertiga. Barangkali mewakili abang-abangnya yang berada di Kelantan juga... Terima kasih anak-anakku...

Anugerah hero tu yang payah nak dapat tu... huhu...

Meskipun mereka tahu bahawa tiada hari yang khusus untuk kedua ibubapa (hasil tarbiyah Umminya lah tu...), namun sebagai menghargai jasa keduanya, tidak salah meraikannya dalam satu hari yang lebih istimewa dalam batas-batas syara'.

Kad Selamat Hari Bapa keluaran Ana Muslim... rupa-rupanya hasil 'komplot' Umminya juga, sebab Umminyalah yang melanggan majalah ni setiap bulan...hehe... Terima kasih Ummi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...