Memaparkan catatan dengan label Bicara Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bicara Hati. Papar semua catatan

Diakah Yang Kamu Cari

Assalamualaikum

"Sahabat adalah mereka yang tetap ada, walau seluruh dunia mengatakan kamu tidak lagi berharga"

itulah lumrah dunia dri dulu hingga sekarang kan? bukan senang kita nak cari sahabat yg sanggup susah bersama.. yang senang bersama ramailah kan?

apa kata mulakan dari diri kita menjadi sahabat yang baik,  yang sanggup susah dan senang bersama ok?



Selagi Tak Ada Kesedaran, Masalah Ini Takkan Pernah Habis

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

kes apa yg dimaksudkan MY? baru baru ini pun berlaku lagi. tadi masa majlis pemyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar KAFA..pun di masalah ini di bentangkan..sampai ada yg sanggup bunuh diri..

tentu u alls tahu, apa lagi KES BULI lah..dimana kesedaran anak2 kita tentang kes ini, hari ini dia tengok kat tv, perkara ini berlaku kat sekolah orang lain, tup tup..berlaku di sekolahnya pulak dia pulak..yang sedihnya dia yg jadi pembuli...tak takut ke, pada undang2..dah lah bawah umur, kalau di dapati bersalah...masuk pemjara atau ke sekolah juvana...gelap masa depan..

kerana masalah buli ini juga, ada yg sanggup bunuh diri, ada yg tercedera, ada yg trauma dan macam2 lagi. kesian kat ibubapa mereka tapi kesian lagi ibubapa pembuli..dimana nak letak muka mereka, di atas kesalahan yg dilakukan oleh anak2.

mereka bersusah payah menghantar kita ke sekolah, supaya menjadi insan yg berguna dan berbakti kepada mereka bila dah dewasa, tapi apa yg kita balas diatas pengorbanan mereka..keaiban yg kita beri...

Ya Allah...kau berikanlah petunjuk dan hidayahmu buat anak2 ini, jangan biarkan mereka terus hanyut dalam dunia fantasi mereka, kau bimbinglah mereka agar menjadi insan yg berbakti pada negara, masyarakat dan yg paling penting menjadi anak anak yg soleh dan solehah buat kedua orang tuanya..Aamiin...

Kisah Benar Yang Akan Buat Anda Menangis

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

MY nak kongsi satu cerita yg MY dapat dari wassap...menangis saat membacanya...


Minggu lps saya dengar radio klasik dlm kereta, dlm perjalanan ke pejabat.
Satu kisah yg terharu yg diceritakan oleh juruhebah pempuan radio tersebut.. tidak lah saya tau nama juruhebah tu....
Kisahnya begini ...

Ada seorang anak lelaki bawak ayahnya yg kena stroke akibat  angin akhmar  ke kedai makan mamak yg terkenal..utk makan tengahari...ayahnya teringin benar nak makan nasi biriani kat kedei tu...masa tu orang ramai dan meja  makan pun rapat2...

Setelah diduduk ayahnya eluk eluk, anak lelaki tu pun pesan makanan terdiri dari lauk2 kari.
Setelah makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.

Maklumlah pesakit angin akhmar, dlm keadaan ter ketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju.. seluar.. malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot.... kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang..ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik...

namun begitu anak lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. Setelah selesai  makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk dibersihkan.. disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar ayahnya dari remah makanan

seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan restoran. Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran. Sebelum beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,

"Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?" Jawab anak lelaki tu , "ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah,  towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal..."

Pakcik tu berkata lagi, " Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau...
Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu..

Kedua ..kamu  telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan  mak atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini.. .

Pakcik lihat, pekerja2 restoran  mamak pun turut terharu...malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali...

Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu.."

Sahut anak lelaki tu, " Ye ke pakcik.. alhamdulillah...saya sayang abah saya...abah kena stroke...moga2 abah cepat  sembuh....".

*** Kasih ibu bawa ke syuga,
      Sayang ayah selama2nya.***

Hina !!! Memang Hina

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum


Tidak dapat dinafikan ketinggian martabat ibu bapa dalam agama kita iaitu agama Islam.semua orang tahu, syurga di bawah telapak kaki ibu. ketika kita masih kecil dan kita masih jahil tentang dunia ini, ibu bapalah yang bersusah payah membesarkan kita dan mengenalkan kita kepada dunia.

kita di jaga seperti menatang minyak yang penuh, kerana apa? kerana mereka sayangkan kita. mereka sanggup berkorban tidur lena mereka, semata mata untuk membunuh nyamuk yang cuba mengigit kita, tak makan kerana mahu kenyangkan kita, sentiasa mencuba penuhi kemahuan kita....

tetapi.....apabila besar, alangkah teruknya anak anak yang meninggalkan ibu bapa dengan pelbagai alasan. sibuk dengan kerja, dah ada keluarga sendiri dan sebagainya. apa kata jika masa kita kecil dahulu, ibu bapa kata kepada kita yang meraka sibukdan tidak mahu menghiraukan kita? tepuk dada tanya selera...

Jangan Pernah Lupakan Aku

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum


gagal dalam kematian jauh lebih teruk daripada gagal dalam peperiksaan. kita boleh gagal dalam hidup, tetapi jangan sampai gagal dalam kematian. maksudnya jangan sampai kita mati dan tercatat sebagai orang yang gagal di sisi Tuhan.

maka belajarlah daripada kematian. banyak banyaklah mengingati kematian. buat persedian yang matang untuk menghadapi kematian.

jangan lupa kematian, kerana kematian tidak pernah lupakan kita. jangan lupa untuk mengambil pelajaran daripadanya, kerana kelupaan itu akan menjadi penyesalan yang besar pada hari kemudian. jangan tak bersedia dalam menghadapinya, kerana kematianitu sentiasa mengintai dan bersedia untuk mencabut nyawa kita.

jangan tunggu lagi, ambillah pelajaran sekarang juga. buat persediaan secepatnya. agar pada akhirnya kita mampu menjadi seorang pemenang yang sejati. seorang pemenang yang mendapat iktiraf daripada khalik, bukan sekadar iktiraf daripada makhluk.

"Si pintar mungkin berjaya dalam hidup tetapi hanya si bijaksana akan berjaya di hujung kehidupan"

sumber asal: Mencari Husnul Khatimah

Akhlak Mulia Jadi Pilihan

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

satu dua entri terbaru dari MY banyak berkisarkan akhlak. akhlak yg baik memang digalakkan dalam islam. siapa yg tak nak berakhlak baik, bila kita baik semua orang sayang..kita kan ada idola, Rasulullah saw..idola seluruh ummat islam..tiada insan paling elok akhlaknya melainkan Nabi Muhammad saw...


tapi kita ni manusia biasa, memang terkadang terpesong juga, tapi kita boleh betulkan..sejuk perut ibu mengandung andai kata anak yang dikandung selama 9 bulan itu menjadi anak yang baik dan soleh solehah..

cuba kita ingat balik, zaman sekolah dulu, apa yg kita belajar tentang akhlak Rasulullah saw.banyak dan salah satunya,.baginda payah terpengaruh dengan cara hidup masyarakat sekelilingnya yang menyembah berhala, tapi cuba lihat sekeliling kita pulak,..u alls fikirlah sendiri, dengan adanya laman laman sosial, tv, video..tapi kita tak boleh salahkan semua itu...sebab semuanya pilihan kita.


sebenarnya akhlak mulia yg diamalkan Rasulullah saw banyak, yg MY bagi tu, cuma salah satu contoh..berakhlak mulia ni, impian semua orang, kita akan sentiasa disayangi...bukan saja oleh Allah tapi oleh semua manusia.

apa kata mulai sekarang kita semak diri kita setiap saat dan kita terapkan ke dalam diri anak anak kita pula...agar ianya sentiasa indah..

Sanggup Berkorban Demi Anak

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum


bila tah MY nak masuk kerja, tunggu panggil tak panggil2 lagi, abik peluang bermanja dengan blog MY lah, pagi2 buka akbar, terbaca berita yg agak sedih, tentang pengorbanan ibu.. kita selalu dengar banyak kisah tentang pengorbanan ibu, jarang sangat tentang pengorbanan anak, kenapa eerrkkkk...

betullah apa yg selalu di ucapkan orang, ibu boleh jaga 10 orang anak..namun , anak belum tentu boleh jaga ibu seorang..u alls dah baca ke kisah tu, kalau belum klik kat sini



kata syurga itu dibawah telapak kaki ibu, tapi kenapa ramai yg masih mengabaikan dia, bukan saja abaikan malah ada yg sanggup memaki hamun yg lebih parah yg sanggup pukul dan bunuh ibu sendiri..subhanallah...minta di jauhkan dari kita sikap kejam itu..


ini lagi satu sikap yg memang tak lari dari kita, merungut, baru je ibu suruh pergi ke kedai, dah bising, ini bukan je ada pada anak dewasa, yg kecik2 pun banyak, pantang suruh, ada je alasan, tapi kalau nak sesuatu untuk dia, laju je suruh ibu, ada ibu merungut...



hidup kita ni, kalau nak bahagia, senang dan tenang, redha ibu itu penting, kerana redha Allah datangnya bersama redha ibu....bagai di kata, "biarpun solatmu beribu ribu rakaat, sedekahmu berjuta juta ringgit, hajimu berkali kali, saat kau gores luka di hati ibumu, SYURGA ITU BUKAN MILIKMU"

Al Fatihah buat ayahanda dan bonda
Awang b. Hj Chik dan Munah bt. Jusuh

Oyen Yang Terpaksa Di Bius

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum, ada tak peminat kucing kat sini, pasti ramai, MY suka sangat dengan kucing, MY ada bela 3 ekor, semuanya jantan..senang nak jaga...tapi salah seekor kucing MY sakit, tak lah teruk sangat..tapi.......teruk juga lah...heeeee

kucing ni special sikit, sebab dia punya kaki tangan lebih....dan yg pasti dia comel sangat..dia lah peneman MY malam2, suka sangat dia tidur dengan ibunya yg cun ni hahahhaa...

namanya OYEN....memang comel..tapi oleh sebab jarinya banyak..salah satu kukunya terlebih panjang, sampai masuk ke dalam isi..macam jari kita kena cengkam..sakit tu..jadi..tadi bawalah oyen ke klinik,..apa lagi doktor bius lah..kesian pulak tengok..jom tengok bagaimana rupa oyen

ini lepas kena bius..tak sedar apa2 dah....

inilah tangan yg di opret tadi..kesian kan...

yang ni dah sedar sikit, tapi letih lagi..sambung tido..

inilah oyen ..yang sihat dan comel...

terkadang sedih tengok orang yg anianya kucing, ada yg bunuh, sepak, pukul..tak berhati perut langsung, Nabi kita pun sayang kan kucing, apa namanya???..eeemmmmmm...Mueeza, nama yang sangat cantik..

pada u alls, jangan dera kucing tau..kalau jumpa tu, bagilah makan..dia pun lapar juga hahaaa...byeeee

Please, Hormati Keluarga Mereka

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, dah seminggu kita beraya, tapi tak habis2 lagi, MY pun banyok rumoh lagi dok jalan, cuti pun belum habis, puas hati betullah cuti tahun ni...doh naik bosan duk rumah hihihi...

time cuti baru ni kan, banyok sungguh berita kemalangan, subhanallah....bila ajal datang menjemput, tak kira masa kan? saat kita sedih, saat kita sedang bergembira.. cuma kita ni je, masih tak sedar2 lagi, sampai waktu, time kita pulak...yang MY tak fahamnya, kenapa ada yg sanggup share gambar2 kemalangan tu, subhanallah...tak fikir ke tentang perasaan ahli keluarga mereka...


dan yg lagi hairan, ada yg sampai kutuk mangsa kemalangan, nauzubillahminzalik...kenapa sampai macam tu sekali, maut tu kan rahsia Allah...manalah kita tahu, time balik raya ni, ajal kita sampai, kalau kita berhati2 sekalipun, bila dah sampai waktu..pergi jua kita..

pada u alls, hati2 lah bila nak buat sesuatu ye, fikir masak2 dulu, bukan apa, telajak perahu boleh gok kita undur, kalau dah terlepas kata, padah pada kita...


Ketahuilah!!!! Kecantikkan Wanita Sebernarnya Ada Pada..


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan apa khabar u alls, semoga hari yang bakal kita lalui hari ini lebih baik dari semalam, in shaa allah...untuk kali ini MY nak cakap pasal kecantikkan wanita lagi, ini boleh dikatakan kesinambungan dari entri Tahukah Dimana Cantiknya Seorang Wanita? pada yang ketinggalan entri tu, klik je tajuk ok.

Tajuk pun dah buat kita tertanya-tanya..kecantikkan itu ada pada apa ye? kita tahukan, kecantikkan bukan saja pada wajah, penampilan tapi ada lagi yang lebih penting dari sudut lain. kalau nak tahu jom selami satu persatu bersama MY..


1. Kecantikan wanita ada dalam iman dan taqwa yang menyejukkan mata kaum lelaki yang memandangnya. Seseorang wanita yang menghias jasmaninya dengan iman dan taqwa akan memancarkan cahaya syurga. Dengan kepatuhannya menjalankan ibadah, dia akan menjadi seorang yang mempesonakan. Allah s.w.t.akan memberikan kecantikan asli. Tidak perlu kosmetik yang mahal-mahal atau perfium yang berlebihan.

2. Kecantikan wanita ada pada kehangatan sikapnya yang mampu mengetarkan emosi dan cinta lelaki. Secara umumnya lelaki memang mudah tergoda terhadap perempuan yang mempunyai fizikal yang elok. Tetapi itu semua tidak kekal, kehangatan kasih sayang dan cinta yang tuluslah yang akan membuat lelaki merasa bahagia dan selesa apabila berada di sisinya.

3. Kecantikan wanita ada pada kelembutannya. Kelembutan itu bukan bererti manja, lembut dalam tingkahlakunya bersama suami dan lembut pada anak-anaknya tetapi tegas dalam mendidik.

4. Kecantikan wanita berada dalam pandangannya yang teduh dan suaranya yang hangat. Walaupun matanya tak seindah bintang kejora, setiap wanita boleh memiliki mata embun, teduh dan sejuk. Dia sentiasa bersangka baik. Setiap perkataanya bukan pisau yang menikam tetapi adalah bara yang menyalakan semangat didada. Tidak ada kata yang sia-sia yang terucap dari bibirnya.

5. Kecantikan wanita ada dalam senyumannya yang menambahkan lagi kecantikannya dan membuatkan hati orang yang melihatnya gembira. Senyum adalah sedekah, senyum tanpa bermaksud menggoda dan apatah lagi  ianya boleh menambahkan lagi seri diwajah kita. Walaupun berwajah cantik tetapi kedekut senyuman tak guna juga kan?

6. Kecantikan wanita ada pada intelektualnya. Bukan pada sarjananya atau dimana dia belajar. Banyak ilmu-ilmu yang boleh diambil dari sekeliling. Kehidupan menjadi sekolah yang tidak pernah tamat sebelum ajal menjelang. Tidak ada sekolah atau universiti yang boleh menjadikan seorang wanita itu isteri  dan ibu yang baik. Ruang dan waktulah yang akan membuatkan seorang wanita menjadi isteri dan ibu yang baik.

7. Kecantikan wanita berada pada sejauh mana pengetahuan tentang tanggungjawabnya  terhadap keluarga, rumah, anak-anak dan masyarakat. Wanita adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Seberapa jauh pengetahuan seorang wanita akan terlihat dari tingkahlaku keluarganya. Dia selalu menjadi orang yang bermanfaat bagi orang-orang di sekelilingnya. Desebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada sorang wanita di belakangnya.

8. Kecantikan wanita ada pada kemampuan dan keinginannya untuk memberi. Mungkin kita miskin harta tapi kita kaya dengan hati. Selalu memberi tanpa mengharapkan balasan. Dia sentiasa bersama semasa dalam senang dan susah, dalam gembira dan kesedihan. Kemurahan hatinya akan membuatkan orang akan selalu merinduinya.

Ok macam mana dah tahu sekarang dimana letaknya kecantikan seorang wanita. Rasanya masih banyak lagi kecantikan wanita yang kita tidak ketahui, cuma ini saja yang mampu MY huraikan. Tapi satu hal yang penting sifat-sifat kecantikan diatas akan dikenang meskipun kita sudah tiada. Tidak seperti kecantikan lahiriah yang bersifat sementara. Setelah tiba waktu senja (tua) ianya sudah tak bererti lagi.

Jadi yang manakah menjadi pilih? Kecantikan sementara atau kecantikan abadi.....Tepuk dada tanya hati.....

Catatan Hati Seorang Suami

بسم الله الرحمن الرحيم

Wahai wanita yang aku nikahi kerana Allah
Sebenarnya aku tidak mencintaimu jika bukan karena Allah
Sebenarnya aku tidak menyanyangimu jika bukan karena Allah
Sebenarnya aku tidak akan melamarmu,meminangmu dan menikahimu jika bukan karena Allah


Tahukah engkau wahai wanita yang aku nikahi
Aku selalu berusaha untuk melaksanakan kewajibanku karena Allah
Aku selalu berusaha untuk mencintaimu karena Allah
Aku selalu berusaha menyanyangimu karena Allah
Dan aku selalu berusaha untuk memuliakan mu sebagai seorang wanita karena Allah


Tahukah engkau wahai wanita yang aku nikahi
Aku tidak mengharapkanmu untuk menjadi cantik didunia
Aku tidak mengharapkanmu untuk menjadi mempesona didunia
Aku juga tidak mengharapkanmu untuk menjadi seseorang yang sempurna di mata dunia, melainkan aku hanya mengharapkanmu menjadi JODOH ku di AKHIRAT kelak...


P/S: catatan asal dari Aryo Hary Prabowo


Percayalah Aku Masih Memerlukanmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum,

tika dan saat ini, hatiku merindui seseorang..seseorang yang telah banyak berkorban demi hidupku, di mana harus ku cari ganti..kerana ku tahu..itu tak mungkin, engkau hanya satu di dunia ini

bila teringat pengorbananmu, tangisanmu, lena dan jagamu, dan di setiap saat susah senangku, engkau sentiasa di sampingku, aku menangis sepuasnya..kenapa aku tidak diberi peluang untuk terus menjaga dan menjaga dirimu

namun terkadang aku terfikir, kenapa ramai insan insan di luar sana, mengabaikan mu, dan yang menghairankan ada yang sanggup memukul, memaki malah yang lebih teruk membunuhmu...nauzubillah

Allah sangat murka dengan orang orang sebegini, yang tak tahu menghargai, menyayangi dirimu, takkan mereka tak tahu, redha Allah itu datangnya bersama redhamu..

Ya Allah... kukirimkan doa untuk dia yang sangat ku sayangi..Engkau jagalah dia, sebagaimana dia menjagaiku, berikan tempat yang paling mulia untuknya disisiMU....aamiin ya rabbal a'lamiin





Kata Indah Untuk Ibu

Ucapan Hari Ibu Dalam Bahasa Melayu




Awak!!! Jangan Tinggalkan Saya

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

dah lama nak cerita tentang awak ni, awak macam mana sekarang..semoga semuanya berjalan lancar, sepatutnya saya tak perlu tanya begitu kerana saya tahu awak sentiasa lancar, cuma saya saja yang selalu alpa..

awak..saya sangat hargai awak, walaupun saya selalu abaikan awak, awak tetap datang dan mendampingi saya, begitu sayangnya awak pada saya, tapi kenapa ada saja masalah yang menyebabkan saya abaikan awak..

awak..maafkan saya ye, setiap kali berjanji, saya selalu mungkir, saya tahu saya seorang yang tak mengenang budi, tapi apakan daya, walau itu bukan kemahuan saya, saya tak dapat nak mengelak..walaupun telah saya cuba..begitu kejamnya saya terhadap awakkan?

tapi terkadang awak juga sangat kejam terhadap saya, saya sudah kata, tunggulah saya, tapi awak tetap pergi, pergi dengan membawa harapan yang masih saya inginkan, banyak yang saya belum capai, tapi awak tak menyokong saya, terkadang saya cukup benci dengan sikap awak, namun apabila difikir balik, itu semua salah awak atau kelalaian saya sendiri...

awak...awak tahu tak, sekarangkan saya rasa kehadiran awak terlalu singkat..singkattt sangat, saya rindu dengan awak yang dulu, tapi itu semua takkan saya dapat balik, saya menyesal sebab abaikan awak...

awak..awak tahu tak ada yang beritahu saya, antara awak dan emas permata, awak jauh lebih berharga, (walaupun ada yang samakan awak dengan emas) emas permata boleh dijual beli bila bila masa saja, tapi awak, tiada siapa yang mampu beli, lagipun awak tak makan rasuah kan?

awak.. awak kenal tak dengan Orisson Swett, saya tahu awak kenal dia, ada satu falsafah beliau yang mengingatkan saya pada awak, katanya, "setiap hari datang mengunjungi kita sebagai seorang sahabat setia yang membawa ole ole berharga. jika ole ole tersebut tidak diterima, maka ia akan pergi dan tidak akan kembali lagi. tiap-tiap pagi ia datang dengan membawa ole ole baru, tetapi jika kelmarin  ole ole itu tidak kita terima, lama kelamaan kita tidak akan menikmati lazatnya ole ole itu"

awakkkk...siapa yang tak nak hadiahkan? bila saya teringatkan  falsafah ini, ia membuatkan sayang makin sayang dengan awak...awak..maafkan saya sekali lagi ye..kali ini saya tak nak berjanji lagi, tapi saya akan cuba sedaya upaya menghargai pengorbanan awak, saya juga berharap semua orang yang membaca ini, dapat mendoakan saya..agar lebih menghargai awak...

oklah..sampai sini saja saya cerita tentang awak..kalau nak cerita, memang tak habis...u alls nak tahu siapa dia?
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Anda Cinta Dan Benci Kerana Apa

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wahai sahabatku sayang eemmmm...setelah seminggu di landa banjir, Alhamdulillah sekarang semuanya dah ok.. pada mangsa banjir di Terengganu, Kelantan n Pahang, semoga kita tabah menghadapi semua dugaan yang diberi..aamiin

tulisan pertama untuk tahun baru, hari ni kan, MY nak cerita tentang cinta dan benci, sebagai manusia kedua2 perasaan tu pasti ada dalam diri, jangan kata tidak ok? apalagi cinta... aaaa...senyum semua bila cakap pasal cinta, .mana taknya, itukan satu perasaan yang indah, apalagi kalau cinta itu sejati.tapi kata orang kalau bercinta jangan berlebihan..kenapa??? nanti kita kupas eemmm....

sekarang kita masuk bab benci pula, eeemmmm...perasaan ni lah paling ditakuti, kalau boleh kan, tak nak langsung perasaan ni timbul di hati, cuma kadang2 datang juga, nauzubillah..... tapi kalau kita fikirkan, tak salah juga dengan sifat ni, mungkin ada kebaikkan tersembunyi..apa kebaikkannya? u alls fikirlah sendiri, banyakkan membaca ok..u alls tahu, benci ni sama juga dengan cinta, tak boleh berlebihan..dan yang penting u alls harus tahu sifat cinta dan benci ni adalah fitrah yang selalu melekat pada manusia..

Ustaz kata, setiap perbuatan baik yang dibuat dan kejahatan yang ditinggalkan mestilah iklas kerana Allah, oleh kerana itu apa pun yang kita lakukan hendaklah kerana Allah termasuk cinta dan benci, seperti pepatah mengatakan..

"SETEGUH-TEGUH PEGANGAN IMAN IALAH CINTA DAN BENCI KERANA ALLAH SWT"

Semoga catatan ringkas ini bermanfaat buat semua..AAMIIN....wassalam

Selamat Tinggal Sayang

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum para sahabat blogger, setelah sekian lama bersama di dunia maya, mengenal kalian walaupun tanpa wajah, namun hatiku senang...

Namun apakan daya, kita merancang Tuhan yang menentukan..



terima kasih pada semua sahabat yang sudi berteman dan singgah ke blog yang tak seberapa ini..kerana keadaan dan kesibukan di dunia nyata..KY terpaksa berundur  dari dunia blogging mungkin buat sementara atau selamaya...

walaupun berat hati ini untuk meninggalkan dunia yang banyak memberikan manfaat ini..namun aku terpaksa...

sebelum ku pergi, ku mohon maaf seandainya diri ini pernah menyakiti hati kamu semua, dalam penulisan atau di komen, kerna aku juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan dengan sedar atau tidak...

selamat tinggal sayang dariku pemilik blog Ilhamku Disini..panjang umur berjumpa lagi...kalian tetap di hati..

salam sayang buat semua, ku akan sentiasa merinduimu....


Kebahagian Itu Milik Siapa

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum sahabat blogger tersayang...berbicara tentang kebahagiaan. milik siapakah?

Apabila hati bersih,
wajah akan kelihatan jernih, iya kan?

Bukan kecantikkan yang menambat hati, tetapi kebaikkan itulah yang menambat jiwa, iya kan?

Kebahagiaan bukan milik manusia yang cantik,
walaupun sering digambarkan demikian, iya kan?

Kebahagiaan itu adalah milik manusia yang baik, iya kan?
Iya..kerana itulah kenyaaan...

Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam ceria, dua tiga hari ni, hati KY berdebar-debar, nak tahu kenapa? sebab hujanlah...KY sekarang ni, bila hujan tak henti, bimbang sesangat...tapi Alhamdulillah, hujan tak berterusan...

KY nak cerita sikit kat u alls, hari ni mangsa banjir di Kemaman, dapat berjumpa dengan Perdana Menteri kita...bukan senang tau nak tengok live..tapi sayang time tu KY lupa nak bawa telefon, nak ambil gambar..rugi rugi hahhaha

Kehadiran mereka ke sini, bermakna buat kami, mereka hadir menghulurkan bantuan yang tak kan kami lupakan..terima kasih buat mereka semua..u alls nak tahu apa yang mereka bagi? jom usha...






Eeemmmm...cam mana,  jangan jealous tauuuu...hihihi, wassalam

Gambar-Gambar Banjir Di Kemaman 2013

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum para blogger, sebelumnya KY nak ucapkan terima kasih sebab u alls sudi singggah ke sini, walaupun dah lama KY tak update hehehe...

Seperti yang KY janjikan pada entri sebelumnya, KY akan kongsikan beberapa gambar banjir yang telah melanda negeri Terengganu terutama di Kemaman. Tempat yang tak pernah banjir pun dah banjir tahun ni, ini adalah banjir paling besar yang KY hadapi.

Oklah.. jom sama-sama kita layan foto-foto ini, oh ye.. sebelum terlupa terima kasih pada u alls kerana prihatin tentang kami mangsa banjir.


My cousin, sempat lagi posing, ini kat rumah mak, tak pernah banjir pun sebelum ni

jambatan di bandar runtuh, sekarang jalan memang jem, sebab guna sebelah....

ini kat nirwana, bangunan y
ang tengah tu bank Islam, eemm..memang dalam air

bandar Kemaman dari pandangan atas, yang warna selut tu, air

ini adalah keadaan bandar kemaman

Itu je yang KY punya, KY berdoa cukuplah sekali di uji sebegini...namun seandainya datang lagi, KY terima dengan tabah...terima kasih semua..wassalam