Catatan

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

 Assalamualaikum, apa kabar semua? Wah, macam ramai nau yang membacanya. Padahal, awak sorang je, haha..Tetiba terajin buka blog dah menaip pulak arini. Last post tahun 2019 ye. Lama nau dah tu. Blogspot ni pun orang dah lupakan. Takpelah, sesekali kita bagi oerangat semula medium ni untuk diri sendiri je. Okeh, lama tak update ni apa citer kita nak share ni. Kita pergi basic thing jelah ye. Alhamdulillah, masih lagi berlima. Belum ada penambahan ahli keluarga. Mama dan abah pun dah tua. Mama dah 35, abah dah 36 umurnya. Masih sihat. Sakit sikit2 tu biasalah. Ujian sakit ni, banyak kena kat husband. Minggu ni nak kena x ray pula. Doc suspek ada batu karang. Moga semuanya baik2 aja, dan tiada kemudaratan. Alang-alang tu kita throwback tahun 2018 (November), husband confirm kena tibi. Lama sakitnya sebelum tu sebelum tahu sakit apa. Aku igt lagi, dia mula sakit time bulan puasa tak silap. Start dengan bisul kat kaki, membawa ke demam teruk. Bisulnya besar ye. Bukan bisul biasa2. Mema...

Aku tanya apa khabarrrrr....

Assalamualaikum. MasyaAllah, berzaman tak update blog. Last update tahun 2017, pengalaman bersalinkan anak bujang trang tang tang, kahkahkah. Maklumlah, sekarang ni zaman dah tukar trend. Orang tak der saagat nak update blog. Semua pakat update ig story jekannnn..Blogger yg lama-lama aku follow dulu pon dah tak rancak berbelog. Masing-masing dengan medium terkini je. Sebenarnya, ada je aku buka blog ni, cuma tak menulis pun. Saja-saja buka tengok orang lain update. Tapi tulah, memang tahap sendu giler orang update. Yang masih bertahan update, Kak Su dan Kak D je kot. Oklah, moh ler kita sembang menda lain ye. Korang apa kabar? Aku alhamdulillah, sihat-sihat je. Perkembangan terkini, anak dah 3 orang, yang sulung darjah 2, yg kedua tadika 6 tahun, yang bongsu (setakat ini) dah 2 tahun lebih. Life aku???? Masih macam biasa dan masih bertugas di KPKT di tempat yang sama. Alhamdulillah, tahun ni dah tahun keempat di sini. Dah 2 orang bos aku jaga. As usual, bertugas di top level ni, ...

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017

Assalamualaikum. Alhamdulillah, dah bulan Mei dah pun kita. Last update bulan Januari 2017 masa fateh masih dalam perut, sekarang fateh dah berusia 3 bulan lebih dah, alhamdulillah. Sebelum terlupa, jomlah mama nak ceitakan detik kelahiran Fateh pulak.Ikut due mama, 7 Februarikan. Tapi mama sentiasa berdoa untuk bersalin sebelum tarikh tu sebab dah tak larat sangat. Kakak-kakak, mama dah selamat hantar ke kampung pada pagi 26 Januari 2017 sebab kebetulan sekolah pun dah mula nak bercuti minggu hadapannya. Lagipun, 28 Jan, paklong buat aqiqah naufal, bolehlah kakak-kakak pergi dengan opah dan atok. Mama memang tak nak pergi sebab mama takut terbersalin kat sana, haha. Mama nak dok diam-diam area Putrajaya je sampailah bersalin. Alhamdulillah, pagi lepas subuh bertolak ke Bentong, sampai sana dalam jam 8 lebih, sarapan kejap kat rumah mak, terus patah balik ke Putrajaya. Kakak-kakak happy dan faham kenapa kena duduk rumah opah masa cuti. Lega mama rasa bila kakak-kakak dah selamat ka...

2017, menghitung hari untuk baby ketiga :)

Assalamualaikum. Hai hai hai semua. Harini dah 18 Januari 2017, bermakna kandungan aku dah masuk 37w4d. Baby masih belum menunjukkan tanda-tanda nak keluar. Aku berdoa sentiasa supaya aku dapat bersalin 22 Jan ini, hehe. Takde sebab apa pun, saje supaya tak kelam kabut bersalin time CNY + anak-anak daapt diuruskan dengan baik sebelum cuti. Ahad lepas pun dah pergi jumpa Acik untuk tumpangkan anak-anak aku time aku sakit nak beranak nanti. Kat situ dah lega sikitlah, cuma aku berharap aku sakit nak bersalin tu kalau boleh biarlah time hari siang bukan tengah malam time orang sedang lena diulit mimpi, hehe. Kesian Acik kena kacau tidur dia tengah-tengah malam nanti, huahuahua... Alhamdulillah, keadaan kesihatan aku baik-baik sahaja sekarang ni. Beg persiapan ke hospital pun dah siap, tunggu masa je. Aku tak letakkan beg dalam kereta pon, aku tinggal kat rumah je. Sebab kami tak de kemana pun. Sekadar pusing-pusing Putrajaya dan kawasan berdekatan je. Pregnancy kali ni, aku tak s...

Demam. Chickenpox, Viral Fever, Jangkitan Kuman, All in on 2016

Sambungan cuti seminggu............. Okeh, fokus kepada cerita nan satu ni aje :) Tahun 2016 ni aku rasa tahun menduga aku dan husband berkaitan kesihatan anak-anak. Dari awal Januari, sehinggalah sekarang. Orang kata, itu perkara biasa sebab budak-budak tengah nak membesar. Yes, aku akui itu. Cumanya, disebabkan aku bekerja, makanya secara tak langsung rumit jugaklah bila melibatkan cuti rehat untuk menjaga anak-anak. Bukan kedekut, bukan berkira, tapi cuti rehat tahun ni memang banyak diperuntukkan hanya untuk menjaga anak-anak.  Januari bermula dengan safiyya demam teruk dekat seminggu lebih ke 2 minggu, berulang ke klinik sampai 3 kali, ambil darah, dan akhirnya disebabkan dehidrat, doc terus refer ke Kecemasan Hospital Putrajaya sebab klinik kesihatan tak berani ambil risiko. Ingat lagi, mulanya safiyya je yang demam, lepas 2,3 hari berjangkit dekat kami satu family. Hari yang aku kena bawak dia ke emergency, sebenarnya aku demam. Tapi, lepas aku telan panadol s...

29 weeks with love :)

Assalamualaikum. Hai, berjumpa lagi kita lepas 2 bulan :) Sihat semua? Aku alhamdulillah, sihat seadanya. Suami, anak-anak dan family pon alhamdulillah sihat aje. 2 bulan menyepi, macam-macam cerita ada.InsyaAllah, kalau sempat, aku longgokkan semua sekali dalam entry ni. Maklumlah, rajin sangatkan sekarang ni nak menulis :) Alhamdulillah, kandungan aku sekarang mencecah 29 minggu 3 hari. Makin besar dan makin sarat. Baju-baju pun dah banyakkkk yang tak boleh sarung. Pening kepala nak pilih baju ke opis. Usia dah matang ni, segan nak pakai baju yang ketat-ketat. Walaupon ketat hanya di perut dan vons, tapi tetaplah aku segan. Segan sebab rasa melekap sangat kat badan. Berkira-kira nak cari alternatif lain untuk selesa ke ofis. Sekarang ni, aku kalau boleh nak pakai baju yang labuh sampai ke lutut tanpa nampak bentuk peha, vons, kaki semua tu. Maklumlah, saiznya besar sangat, malu diri sendiri tengok+malu tengok di orang, hahaha.Kalau dulu, perasaan malu tu takde sangat, relax ...

InsyaAllah Yang Ke3 Bakal Hadir 2017

Assalamualaikum. Lama menyepikan. Tengok last post pun pada Jan 2016. MasyaAllah, memang lama sangat. Memang takde rasa nak menulis langsung. Membaca blog orang lain je kejanya. Blog sendiri diabaikan gitew, kahkahkah. Ok, straight to da point. InsyaAllah, 7 Feb 2017 due date untuk anak kami yang ke3 jika diizinkan Allah S.W.T. Diam-diam berisi ye aku ni, haha. Tak jugak. Sebenarnya rezki kot. Allah nak bagi. Teringin dah lama, tapi memikirkan gelagat anak-anak aku yang dua orang tu, rasa macam tunggulah diorang besar sikit. Tapi itulah, kita manusia hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan segalanya. Walaupun kehamilan ini tidak diduga, tapi kami terima dengan berlapang dada. InsyaAllah, seboleh mungkin aku jaga dengan sebaik mungkin. Kali ketiga melalui fasa ini, bermacam rasa ada. Pengalaman setiap kali itu yang pasti adalah berbeza. Mabuk kali ni agak lama walqupon pada awalnya boleh dikatakan aku agak berlagaklah cakap dengan husband aku ok je, macam orang tak me...