Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Resepi Laici Bukan Sekadar Pencuci Mulut

Sehari dua ini bercerita tentang menu-menu masakan jelah, menu membuka minda supaya mempelbagaikan makanan. Asyik masak benda yang sama sesekali jom le kita cuba resepi-resepi baru yang nampak agak pelik tetapi boleh menggoncang nafsu makan dan merosakkan diet. Hari ini nak cerita tetntang resepi laici, bukan sekadar boleh buat pencuci mulut, masak kari hijau pun boleh, masuk dalam salad pun boleh dan kalau buat masak merah ayam boleh je masukkan dalam sambal, rasa pedas-pedas manis pasti membangkit selera.



Salad laici!


Tak rugi membaca sebab dengan membaca boleh menambah ilmu. Idea-idea gempak  menu mengguna laici boleh tengok kat 9 Lychee Recipes Everyone At Your Next Potluck Party Will Love You For.  Mesti cuba menu-menu tersebut, dari laici boleh create hidangan utama hinggalah pencuci mulut dan jangan lupa penyejuk tekak.


Kreatif adalah kunci utama untuk memasak, jadi gegarkan idea untuk menjadi kreatif dalam memasak untuk hidangan keluarga. Memasak tidak semestinya menggunakan bahan-bahan yang susah di dapati hidangan mudah pun sudah cukup untuk memuaskan hati orang yang kita sayang. Setiap masakan kita akan menjadi kenangan buat suami dan anak-anak. Paling penting kena rajin, rajin bereksperiment di dapur.


2015 berada di hari terakhir. Esok 2016 bakal datang dengan semangat baru dan harapan baru. Berusahalah moga tahun baru penuh dengan warna-warna kejayaan.




Kaswi, Tepung Talam dan Apam Untuk Buah Hati

Cuti sempena anak sulung ambik peperiksaan PT3 pada 13, 13 dan 15 Oktober yang lalu jadinya kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya sebagai surirumah sepenuh masa. Bangun pagi masak, tengahari masak, petang masak dan malam pun masak lagi. Rakyat di rumah semua senyum simpul sebab makan air tangan mak yang jarang-jarang sempat melayan kerenah mereka di meja makan. Abang yang ambil periksa pun balik dari sekolah dengan gembira sebab mak ada kat rumah walaupun ada soalan yang agak memberi masalah kepada dia.


Selain masak lauk untuk makan tengahari dan makan malam sibuk juga asah bakat masak kuih untuk minum petang. Dulu-dulu masa Pak Tuan kerja jauh selalu juga buat kuih bila dia balik bercuti tetapi lama-lama bila anak pun tak mau layan kuih-kuih tradisional yang mak buat semangat terus merudum. Seiring dengan masa anak-anak membesar sekarang masin-masing makan sahaja apa yang mak masak. Jadi mak semakin rajin masak-memasak. Ada peluang pergi ke kelas belajar walaupun kadang-kadang apa yang diajar tak jadi pun tetapi yang penting dapat ilmu. Sekali buat tak jadi cuba lagi dan lagi insyaallah mungkin kali ke 10 akan menjadi dengan baik.








Tiga hari bercuti sempatlah buat kuih kawi, tepung talam dan apam. Hari pertama buat kaswi mudah sangat dan menjadi dengan baik, sangat lembut menjadi rebutan anak-anak sekejap sahaja sedulang habis diulang. Hari kedua tepung talam menjadi pilihan kali ini sedikit kekurangan bila bahagian bawah kurang manisnya dan bahagian atas pula kurang garam jadi rasa tak seimbang sepatutnya bila cukup gula dan garam rasa lemak itu akan bangkit. Walaupun sedikit kurang sedap tetap habis juga sedulang. Hari ketiga bercuti buat apam pula, sepatutnya diperam selama 3 jam tetapi sebab mengejar masa sejam sahaja terus kukus.

 



Selepas ini kalua ada cuti yang berbaki  nak try buat kek dan brownies pula. Biasanya kek akan menjadi kegemaran anak-anak terutama kek coklat walaupun begitu anak-anak tetap sedikit memilih mengenai  rasa kek yang dibuat. Kek yang simple dengan rasa asli tetap menjadi pilihan. Walaupun mak hanya buatkan kek marbel, kek coklat  atau kek oren anak-anak tetap makan sakan-sakan.


Memasak akan menjadi agenda utama seorang ibu, apabila ada kelapangan jadi bertambah meriahlah menu di atas meja. Suami dan anak-anak makan dengan gembira emak pula akan tersenyum puas. Itulah harta yang paling berharga buat seorang wanita.








Resepi Sambal Ikan dan Kelapa


Kalau makan nasi kerabu mesti ada sambal ikan dan kelapa, di campur pula dengan lada hitam memberi rasa manis, lemak, pedas serta beraroma kepada sambal tersebut. Pembuatan Sambal Ikan dan Kelapa ada sama sahaja sebagaimana kita membuat serunding ikan cuma lada hitam digantikan dengan cili kering.




Bahan-bahan :
1 cawan kelapa parut
1 cawan isi ikan (bakar/rebus)
¼ cawan dihiris dan cincang halus
¼ cawan serai hiris dan kisar
½ cawan bawang dicincang
Garam secukup rasa
1 sudu besar lada hitam

Cara-cara :

1.      Goreng tanpa minyak kelapa parut sehingga ringan dan kering.
2.      Masukkan semua bahan kecuali lada hitam. Goreng sehingga bawang layu. Kacau rata.
3.      Masukkan lada hitam dan kacau sebati.
Mudah sangat nak buat resepi Sambal Kelapa dan Ikan tersebut. Boleh juga digunakan untuk membuat ini karipap mahupun inti pulut lepa (pulut udang) atau makan bersama pulut yang telah disibar santan pasti sedap. Sambal ini antara penyedap makanan yang mudah dan senang dibuat. Banyak lagi sambal-sambal lain yang boleh menambah kesedapan makanan seharian kita, nak belajar cara-cara nak membuat sambal-sambal yang lain boleh tengok kat sini `HowTo Make Sambal Belacan And 9 Other Awesome Malaysian Condiments’.


Melalui 9 resepi tersebut bolehlah kita ubah selera dengan menghidangkan satu sambal yang berlainan untk setiap hari. Sesekali mencuba menu sambal yang baru pasti akan membuka selera tambahan pedas ini akan menambah nikmat makan kalua tak terasa hambar tanpa rasa pedas.




Asam Pedas Kepala Ikan Salmon



Bila ada peluang masak untuk keluarga walau pun sakit tetap akan masak supaya mereka dapat makan dengan penuh senyuman. Cuti sakit Khamis dan Jumaat yang lepas semangat seorang ibu tetap sama seperti ibu-ibu yang lain, sakit namun gigih menguruskan keluarga.

Walaupun tak makan apa yang di masak sebab gastrik tetapi tetap senyum bila tengok anak-anak dan suami makan dengan penuh berselera. Puas hati memasak walaupun tidak sihat.
 
 

Menu Gemilang Sepanjang Ramadhan


Saya jarang kongsi gambar-gambar makanan di blog sejak Ramadhan yang lalu, bukan tak masak tetapi apa yang dimasak hanyalah makanan biasa-biasa yang tetap istimewa di hati anak-anak. Menu yang sama diulang saban minggu dan mereka tanpa jemu makan penuh berselera. Hujung mingu selalunya akan ada sedikit kelainan menu sebab saya ada sedikit ruang masa untuk mengubah sedikit selera berbuka.



Menu utama anak-anak tetap menjurus kepada nasi, sesekali saya tambah dengan menggoreng mee atau kueateow yang kemudian akan menjadi makan lewat malam mereka. Pada hari bekerja mungkin saya akan menambah juadah dari bazar seperti roti john atau murtabak. Kuih pula hanya sekali-dua awal Ramadhan dulu saya beli selepas itu tak ada lagi sebab kadang-kadang kuih anak-anak tak makan pun.



Buah Melaka versi tak rajin hanya berwarna putih, kuih paling senang untuk disediakan Ramadhan ini tak ambil masa lama pun.



Buah Melaka versi rajin ada ada warna merah dan hijau asli daun pandan, wangi je baunya. Ini adalah hasil air tangan anak dara untuk abahnya bawak ke surau, majlis berbuka puasa.

  

Daging goreng cili yang dilebihkan sedikit manisnya, terlebih minyak. Gambar ini adalah gambar sebelum puasa tapi menu repeat Ramadhan pula gambar tak ada.



Tauhu sumbat cicah kuah kacang sebabnya bagi orang Perlis tauhu mahupun cucur udang di cicah kuah kacang bukannya sos pencicah seperti di Kuala Lumpur. Saya tahu sayur-sayuran saya dipotong kasar, mengejar masa berbuka. 



Sup daging yang boleh di makan dengan nasi mahupun dimakan dengan bihun yang dicelur. Berbuka makan bersama nasi untuk makan lewat malam anak-anak celur saha bihun. Senang kerja mak tetapi bila buat sup saya terpaksa buatkan juga sambal untuk mereka.
Menu Sabtu yang sedikit kelainan dari hari biasa. Kambing goreng black paper. Perap daging kambing dengan bawang putih, bawang merah, halia yang ditumbuk, sos tiram dan tentunya lada hitam. Anak-anak suka kejap je habis sepinggan.

Orang Perlis memang tak dapat lari dari menu gulai (kari) orang tempat saya memang begitu kari adalah gulai. Gulai ikan pelaling yang menjadi kesukaan anak-anak, tak perlu ikan besar-besar. Makan bertambah-tambah.


Ada jua menu-menu lain yang saya  buat terutamnya yang berunsur sambal yang sangat sinonim dengan anak-anak. Saya masak sambal kosong satu kuali di hujung minggu dan simpan peti ais. Bila nak masak sendukkan sambal panaskan tambah udang, sotong, ayam goreng, ikan bilis atau apa-apa sahaja mengikut selera. Jika suka boleh tambah bawag besar atau bawang holland jugak.


Saya memasak tetapi tidaklah masak sakan-sakan masakan biasa-biasa cuma bezanya di hari biasa saya cuma kadang-kadang memasak berbanding Ramadhan kali ini Allah s.w.t beri kelapangan masa lalu masa yang ada saya manafaatkan untuk memenuhi selera anak-anak. Mengambil kesempatan waktu lapang yang ada sebelum Allah berikan masa sibuk.




Tart Gulung Nenas Cinta Hati


Rutin menjelang Syawal tentulah mengeluarkan oven yang telah lama bertapa di dalam almari untuk aktiviti biskut-membiskut. Bagi memuaskan hati insan-insan yang tersayang disekeliling dengan gigihnya senarai pendek biskut-biskut pilihan telah dibuat awal-awal lagi. Biar tiada rehat biar keletihan namun semua itu umpama angina yang berlalu bila melihat mereka tersenyum dan makan dengan senyum di bibir.


Biskut nostalgia sepanjang zaman yang tidak pernah tidak perlu ada untuk anak-anak dan suami. Tart Gulung Nenas Cinta Hati buat suami tersayang, Almond London Permata Hati pilihan anak-anak serta Pak Usu Syafik di kampung, Coklat Cornflake Comel pilihan anak-anak. Tambahan untuk tahun ini saya buat Biskut Coklat Oat dan Biskut Mazola yang tahun-tahun kebelakangan ini saya buang dari senarai pendek kerana cinta hati saya terpaksa berpantang kacang dan tahun ini saya masukkan kembali kerana memenuhi permintaan Sheila sepupu di Puncak Alam.


Selasa cuti umum Nuzul Al-Quran saya mengambil kesempatan cuti extra ini untuk memenuhi permintaan cinta hati saya yang setiap hari asyik berzikir tentang biskut kegemaran dia, almaklumlah tahun ini saya memilih untuk membuat Biskut Mazola dahulu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini tahun lepas berulang kembali.



Tahun lepas si abang jadi pembantu tahun ini kakak kembali bersekolah di Kajang jadi dialah ambil alih jadi pembantu, anak-anak pun sama-sama membantu semampu mereka. Walaupun comot kadang-kadang tetapi kesungguhan mereka sangat saya hargai. Practice make you perfect! Alhamdulillah tahun ini lengkaplah kami berbuka dan bersahur sekeluarga. 



Menunggu giliran untuk masuk ke dalam ketuhar pembakar, terpaksa banyak bersabar kerana kapasiti ketuhar adalah kecil. Mengambil masa yang lama untuk membakar sahaja



Haaaaa...cantik tak Tart Gulung Nenas Cinta Hati ini? Alhamdulillah tahun ini tart saya menjadi dengan elok tanpa ada yang terhangus atau rosak. Tart debab-debab. Cair di mulut. Puas hati makan bila buat sendiri boleh letak jem sebanyak mana yang disukai.



Inilah hasilnya tetapi jumlah keseluruhannya adalah lima balang. Saya bila membuat biskut memang dalam kapasiti yang agak banyak untuk diagihkan kepada keluarga. Paling penting bahagian suami dan mak juga tukang jahit saya. Tahun ini mak mertua dah tak ada tahun pertama beraya tanpa dia.


Semalam saya upload gambar-gambar tart saya di FB tiba-tiba ada pula yang terbekenan dan minta saya buatkan. Haihhh...saya ingatkan hujung minggu ini nak mengemas rumah sahaja sebab minggu berikutnya sudah mula bercuti tetapi tak sampai hati pulak nak tolak permintaan kawan-kawan. Hujung minggu ini kena gigih


Resepi rujuk di sini. Saya sangat selesa dengan resepi ini sangat sedap yang cair dimulut, setiap tahun inilah rujukan saya.



Penyegar RamadhanTeh Bunga Ros




Ramadhan yang panas dan kekadang berjerebu memang nikmat kalau dapat minum minuman berais bila berbuka puasa. Bagi saya memilih air panas untuk mengelakkan keletihan berganda selepas berbuka. Air pilihan adalah 'teh bunga ros'. Kewangian bunga ros yang sangat lembut dan menenangkan. Di kala kita mula minum kewangian itu menusuk hidung kemudian terus menerjah ke dalam mulut menjadi terapi yang memberi ketenangan.


Penyediaan cukup mudah. Masukkan dua kuntum 'teh bunga ros' ke dalam air panas, biar seketika sehingga kuntuman bunga agak berkembang. Jika suka masukkan gula. Nikmatilah teh dengan keharuman yang menenangkan, terasa seperti berada di SPA dengan haruman aromaterapi.


Saya telah jatuh cinta dengan teh ini sejak kali pertama mencubanya. Boleh juga dicampukan dengan chemomile untuk rasa yang lebih memikat atau lain-lain teh yang terdapat di pasaran.



Sup Ayam Kuah Kentang


Sup Ayam Kuah Kentang, alahai anak-anak sudah rezeki begitu hari ini. Jumaat biasanya menu simple, lazimnya sup ayam atau daging. Hari agak malas jam 5am baru bangun, potong bawang, potong kecil ayam, tumis bahan masak macam biasa sambil dadu kentang, dadu lobak merah dan belah tomato.


Kejap kacau sup, kejap perapkan ayam yang nak digoreng. Sambil tu goreng nugget tempura Ayamas sebab dah tak rajin nak masak sarapan pagi. Keluarkan 3 mug, 2 untuk milo 1 untuk nescafee sarapan anak-anak. Azan berkumandang, perasakan sup yang telah dimasukkan semua bahan kemudian mandi dan solat subuh sambil tu kejut anak-anak.


Usai solat ke dapur untuk goreng ayam dan sediakan meja untuk sarapan. Sekali tengok sup masih mendidih di atas  dapur. Terus menjerit. Kuah dah mengering dan memekat! Ambik senduk cedok sup tengok kentang dah terlebih masak, mencair dalam kuah. Tambah air, perasakan garam semula. Redha. Makanlah anak rezeki hari ini. Selalu anak-anak suka kentang dalam sup hari ini kentang yang tinggal dah tak banyak sebab memang dadu kecil sedikit sebab nak cepat empuk.


Jumaat datamg lagi. Selamat beristirehat di hujung minggu tapi ada ke istilah rehat bagi ibu-ibu?


Nasi Ayam Bogel




Dah jangan nak over ehhh, ini bukan spekulasi bukan mencari publisiti murahan pun tetapi rasa sakit hati dan rasa menyampah sangat melebihi segalanya. Bismillah makan dengan redha dalam terpaksa. Rezeki setakat tu sahaja hari Jumaat lepas tetapi kita bayar jadi penjual harus memberi yang sepatutnya.


Ceritanya Jumaat lepas balik ikut Jalan Cheras konon nak singgah kedai biasa rupanya tak buka pergi kedai sebelah lauk pula tiada yang berbaki. Tawakkal balik ikut Sungai Sekamat dengan harapan ada rezeki kami tiba-tiba nampak ayam bergayut kat sebuah kedai dan kami pun singgah. Kedai tak perasan namanya tetapi letaknya bersebelahan Bilik Gerakan PKR, Sungai Sekamat dan hari tersebut sempatlah bertentang mata dengan calonnya DSWan Azizah jugak.


Balik cerita nasi ayam. Order punyalah lama tunggu, yang ambik order tadi kejap-kejap lap celak kejap-kejap tengok cermin nasi ayam tak juga sampai. Perut lapar, saya berangin. Lambai-lambai waiter. Saya tanya nasi ayam mana, lama dah order. Cepat budak lelaki tu pergi buat. Sekali datangnya memang betul-betul nasi ayam! Hanya nasi, ayam yang dituang kicap serta cili dan sup. Saya pandang dia. Sayurnya mana dik? Tak ada kak. Pak Tuan sambung ini kena potong harga sebab tak lengkap. Budak tu berlalu tanpa minta maaf pun. Buat apa nak jaga pelanggan macam kami ni kot sebab dia lagi untung besar 2 minggu ni, agaknya!


Nasiblah hari tu angin Pak Tuan baik, kalau tak kecoh satu kedai.



Perapan Ayam Panggang Simple


Saya memanglah kan suka yang senang-senang sahaja, 10-15 minit kat dapur dah siap tak perlu berlama-lama. Jimat masa jimat tenaga, jimat bahan-bahan bermakna jimat duit tapi yang pasti hasilnya sangat menyelerakan. Saya belajar dari mak saudara yang memang satu keluarga suka masak-masak, dari suami sampai anak-anak dan kadang-kadang dia hanya jadi mandur.


Resepi perapan ini hanya menggunakan 3 bahan asas. Bahan yang setiap masa memang ada di dapur kita jadi kalau nak perap ayam tiba-tiba macam-macam bahan tak ada boleh sahaja guna resepi ini. Tetap lazat sehingga menjilat jari.





Resepi Perapan Ayam Panggang Simple

Lada Hitam
Gula 
Garam


Masuk ke dalam pengisar kering dan kisar halus. Terus masukkan ke dalam ayam yang telah siap dicuci. Perap sekejap, lagi lama lagi best. Sukatan bahan-bahan ikut suka hati, kalau suka manis letaklah lebih gula. Kalau ada anak-anak kecil kurangkan sikit lada hitamnya. Garam secukup rasa.


Panggang pun mudah. Tak perlu nak bersabut, nak cari arang bagai sebab sekarang ini trend setiap rumah mesti ada pemanggang ajaib. Tak kiralah brand apa pun sebab pemanggang ajaib sekarang sangat mudah didapati. Tepuk dada tanyalah poket brand apa yang kita kehendaki.


Masak-masak ini memang mudah. Kita yang buat dia!


Tomyam Mudah : Mama Masak Lauk Hari Ini Sedap


Pukul 14.43 dapat sms dari tab adik. Sms dari abang.
'Mama masak lauk hari ini sedap. Thankss...'
Amboi anak...hari lain tak sedap ka...ehehehee...

Pagi tadi saya bangun seperi biasa rutin pagi main masak-masak, seja buka sekolah tahun ini saya masak lauk untuk anak-anak manakala nasi adik masakan. Kesian adik saya sibuk menjahit dan sibuk uruskan anak dia sekolah tadika sebelah petang. Menu hari ini tomyam daging. Mula-mula ingat nak campur sotong tapi bila teringat amalan pemakanan Rasulullah s.a.w yang tidak mencampur-adukkan jenis makanan saya batalkan niat itu.


Rebus gaging. Potong kubis panjang, potong panjang lobak merah. Bawang merah, bawang putih hiris nipis dan halia saya ketuk. Serai, lengkuas dan daun limau purut tak ada tapi saya masak dia jadi ada saya kisah pada benda yang tak ada.


Tumis bawang, kemudian masukkan paste tomyam dalam tin yang saya beli di Padang Besar (halal paste). Kacau-kacau masuk air. Masuk sos cili. Masuk daging yang sudah empuk tadi (saya rebus daging dulu sebab nak jimat masa). Agak kuah meresap dalam daging masukkan sayur (saya lebur je dua-dua sekali). Perasakan dengan garam agak sayur layu tutup api. Akhir sekali saya masukkan bawang goreng yang saya asingkan sedikit semasa menumis tadi.


Masak simple yang kena denga selera depa haruslah depa makan lebih. Menu esok? Pening...ahahhaaa...



Daging Masak Asam Rezeki Korban


Rezeki Raya Korban tahun ini adalah sekilo lebih Pak Tuan bawak balik petang raya tu. Balik makan mee kari yang dimasak atas permintaan dia, makan bersungguh-sungguh malam repeat lagi. Puas hati isteri memasak. Dia tak banyak cerita bab makan ni, sedap pun makan tak sedap pun makan je. Kalau termasin pun senyap je.


Daging korban ni fresh je, jadinya tak perlu beriya-iya masak berbumbu bagai. Masak simple pun dah sedap rasanya. Terasa kemanisan daging. Saya biasanya kalau dapat daging korban ini suka goreng kunyit sahaja. Satu menu kegemaran lagi Daging Masak Asam. Masak main campak-campak sahaja. Potong daging yang super lembut dan super fresh. Hiris bawang putih, bawang merah dan halia dan tumis. Masukkan daging, air dan rebus sekejap sampai agak empuk. Masukkan air asam jawa serta sedikit kunyit dan masak sehingga air kering. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Masukkan cili api dan cili besar dan kacau lagi. Siap untuk di hidang.




Inilah rupanya Daging Masak Asam kegemaran saya yang dimasak dua hari lepas. Bawang goreng tu buat sendiri sebab terlebih rajin.



Pengorbananan bermaksud mengenepikan kepentingan diri sendiri dan mengutamakan kepentingan orang lain terutama sekali kepentingan mereka yang di sayangi dan di cintai~Petikan dari sini. Dari itu saya sangat-sangat berharap pengorbanan saya selama ini akan mendapat redza Allah, moga juga keberkatan akan sentiasa bersama kami dunia dan akhirat. Saya tidak sempurna tetapi sebaik mungkin saya tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik.



Mee Kari Mudah Aidiladha


Rasanya hampir 8 tahun juga saya meninggalkan menu mee kari dari hidangan keluarga, tak pernah memasak. Kalau teringin hendak makan pun saya cuma membeli. Entah kenapa. Biasanya Aidiladha hidangan mee kari akan menjadi menu utama 'tukang jahit' saya. Tahun ini saya penuhi permintaan Pak Tuan yang meminta saya masakkan mee kari menongkah arus dari hidangan biasa hari raya iaitu rendang dan ketupat.


Inilah hidangan ala kadar Aidiladha kami sekeluarga. Kegembiraan yang hanya dikongsi bersama jiran-jiran tanpa keluarga di sisi. Hidangan set mee kari, sepinggan pulut kuning dan rendang kerang, semangkuk laksa serta 2 potong kek oren dari jiran sebelah. Paginya ziarah jiran terdekat dan sebelah petangnya ziarah ke Musolla Ehsan.






Terima kasih buat Kak Ita kerana berkongsi resepi yang sedap ini tetapi saya telah ubahsuai sedikit mengikut bahan mentah yang ada di dapur. Ada benda yang tidak dimasukkan kerana tiada stok di salam peti ais juga makanan laut terpaksa dikeluarkan dari menu. Juga bahan-bahan untuk karinya telah saya ubah suai mengikut kehendak sendiri.





Resepi Mee Kari
Resepi asal dari Kak Ita

8 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
5 tangkai cili kering - dikisar (saya guna 5 tangkai sahaja)
6 bungkus kecil rempah kari daging
I biji kelapa diambil santannya
serai dan lengkus di titik
(halia tak ada stok jadi saya tak masukkan)
3 keping asam gelugor
ayam dipotong halus
fishball
fishcake
(tak ada seafood dan unsur kacang soya sebab Pak Tuan tak boleh makan)

Mee kuning
Tauger dicelur
Sayur sawi dicelur
Telur rebus
Limau
Bawang goreng (stok tak ada dan malas pulak nak menggoreng bawang kecil)


Cara-cara memasak:

Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan cili dan serbuk kari yang telah di bancuh dengan santan pekat.
Masukkan juga serai dan lengkuas dan masak sehingga pecah minyak dan garing.
Kemudian masukkan ayam, asam gelugur dan sedikit garam untuk menggelakkan ayam hancur.
Agak kering air ayam masukkan santan dan biarkan mendidih perlahan-lahan.
Apabila ayam masak masukkan fishcake dan fisahball dan biar mendidih sekejap.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.
Tutup api dan siap untuk di hidangkan.


Selari dengan Raya Korban saya tetap melakukan pengorbanan dengan cara tersendiri. Syukur dengan nikmat rezeki bahagia  yang Allah beri selama ini moga pengorbanan saya saban tahun akan mendapat keberkataan dari Ilahi.


Resepi Nasi Ulam dan Asam Pedas Keladi Perlis





Kalau penduduk di Pantai Timur Terkenal dengan Nasi Kerabu di utara pula terkenal dengan Nasi Ulam. Cara hidangan agak berbeza bagi kedua jenis nasi ini. Sebahagian bahan asas tetap sama. Nasi Kerabu sangat mudah di dapati walaupun di Kuala Lumpur dijual di mana-mana gerai sarapan tetapi Nasi Ulam sangat jarang dapat dilihat. Kebiasaannya hanya dijual ketika hadirnya Ramadhan, itupun sangat terhad bilangan penjualnya.


Bahan asanya adalah nasi, putih, ulam-ulaman dan kerisik. Lagi banyak jenis ulam yang di masukkan lagi beraroma nasi ulam tersebut bermakna semakin sedap. Daun sekentut  antara ulam wajib yang perlu ada kerana aromanya. Kenapa di panggil daun sekentut? Cubalah anda ambil daunnya koyakkan sedikit dan hidu pasti anda akan dapat jawapannya.


Resepi Nasi Ulam

Bahan-bahan:

Nasi putih
Ulam-ulaman (lagi banyak jenis ulamnya lagi sedap-beluntas, sekentut, ulam raja, kaduk, mengkudu, tenggek burung, pegaga, pucuk gajus dan lain-lain yang ada sekeliling rumah)
Kerisik
Bawang
Serai
Lengkuas
Lada  (tumbuk halus)
Garam
Ikan kering

Cara:

1. Semua ulam dihiris halus.
2. Bawang, serai dan lengkuas ditumbuk halus (ada sebahagian tempat hanya mayang sahaja).
3. Masukkan nasi ke dalam mangkuk gaul bersama kerisik, lada dan bahan tumbuk.
4. Masukkan ulam-ulaman, gaul rata akhir sekali masukkan ikan kering yang di carikkan mejadi kecil. Paling senang guna isi ikan talang (garam ikut kesesuaian).


Biasanya di hidangkan bersama Asam Pedas Keladi tetapi resepinya agak berlainan dari asam pedas kawasan selatan tanahair. Sangat mudah untuk memasaknya.

Resepi Asam Pedas Keladi 


Batang keladi
Sedikit cili kering (boleh diganti dengan serbuk cili tambah serbuk kari)
Asam keping
Bawang merah (di tumbuk)
Lada hitam (tumbuk halus)
Daun kesom
Beras yang digoreng sehingga sedikit kekuningan serta wangi dan ditumbuk (sedikit sahaja fungsinya untuk memekatkan kuah dan kuah akan wangi dari beras goreng)
Isi ikan yang di rebus dan tumbuk halus (biasanya ikan kembung putih atau nama lain pelaling kadang-kadang saya tak masukkan pun)
Air


Cara-cara :
1. Siang keladi dengan membuang kuli bahagaian luar jangan dikupas pulak tapi siat je dari bahagian bawah tarik ke atas.
2. Rebus keladi dan tos
3. Didihkan air masukkan bawang merah, asam keping, isi ikan rebus dan serbuk beras didihkan perlahan-lahan.
4. Masukkan keladi, lada hitam dan daum kesum biar mendidih sekejap dan tutup api.


* Saya kalau buat asam pedas cara utara ni main lebur sahaja rempah dicampur dengan serbuk cili. Kadang-kadang ada orang panggil Asam Rebus.


Puasa terakhir yang lalu bapa saudara minta Makcik Uji buatkan nasi ulam, tiap-tiap tahun tok akan buat tapi tahun ini terpaksalah makan air tangan orang lain pulak. Nak membeli di Bazar Ramadhan semua peniaga dah tutup kedai masing-masing sibuk dengan persiapan raya.




Resepi Tart Gulung Nenas Kegemaran Serasi Di Jiwa dan Di Mulut


Resepi saya copy dari yatiememories. Terima kasih Yatie kerana berkongsi resepi tart yang sedap ini. Saban tahun saya guna resepi inilah. Jadi kali ini saya syer di sini untuk ingatan diri sendiri dan mungkin dapat membantu kawan-kawan lain juga. Suami saya penggemar tart pun suka kulit tart ini yang sedekit gebu dan terasa kelemakan kerana menggunakan minyak sapi.



Tart Gulung



Tart Gulung Nenas

Bahan- Bahan 
  • 250 gm butter
  • 2 sudu besar gula castor
  • 2 sudu besar minyak sapi 
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • 3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung

  • jem nenas secukupnya ~ gentel sedikit bujur (saya biasa guna jem yang dibeli sahaja untuk jimatkan masa)

Hiasan: 
  • 1biji kuning telur
  • 1 titik pewarna kuning
  • 1 sudu air
Cara
  1. Bancuh ketiga-tiga bahan hingga sebati.
Cara-cara: 
  1. Ayak ke tiga-tiga tepung.
  2. Pukul butter dengan gula hingga putih.
  3. Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
  4. Pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
  6. Perap sebentar (resipi asal) tujuan supaya doh mesra tapi saya terus sahaja buat
  7. Masukkan doh ke dalam acuab. Tekan memanjang. Letak jem nenas dan gulung. Sapu kuning telur.
  8. Bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C. Yatie bakar dlm 25 minit.
  9. Angkat dan sejukkan atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara


Doh akan sedikit lembik. Ambil sedikit doh masukkan ke dalam bekas berasingan, tambah sedikit tepung  gandum mengikut kesesuaian jangan terlalu keras takut susah nak tekan dari acuan. Part ini kena kreatif dan try and error. Mangkuk asal ditutup dengan tuala basah untuk elakkan doh mejadi kering dan keras.


Selamat mencuba.



Resepi Ayam Panggang Mudah


Sejak beli Pemanggang Ajaib Happy Call saya rajin sangat dok membakar bagai, kejap kambing, ikan, ayam dan daging. Selalu ayamlah paling kerap dipanggang. Bukan apa anak-anak enjoy sangat makan ayam panggang ni. Sebagai wanita bekerjaya yang sentiasa sibuk di pejabat kemudisn pula bertungkus lumus di dapur semestinya mencari resepi mudah untuk hidangan keluarga. Selain mudah ai akan mempercepatkan masa persediaan makan, bermakna kita mempunyai lebih masa untuk suami dan anak-anak.


Pemanggang Ajaib Happy Call ini sangat membantu. Kalau tak ada boleh sahaja gunakan pan biasa tetapi mungkin masa memasak akan lebih panjang. Pemanggang Ajaib Happy Call bertindak seperti pressure cooker jadi bahan-bahan yang dibakar akan cepat masak, lembut dan berjus.


Jom kita tengok resepi-resepi mudah yang selalu saya gunakan.



Ayam Panggang Mudah

Bahan-bahan:

Potongan ayam/Paha ayam (ikut suka hati)
(Bersihkan)
Bawang putih+bawang merah+halia ditumbuk
Sos tiram
Madu (boleh juga gantikan dengan gula)
Sedikit minyak/butter/minyak zaitun (salah satu sahaja)
Garam secukup rasa
Kunyit

Cara-cara:
Garam kunyitkan ayam
Campurkan bawang merah, bawang putih, halia ke dalam mangkuk.
Masukkan sos tiram. 
Gaul rata.
Masukkan ayam (boleh perap atau boleh masak terus)
Panaskan pemanggang agak panas masukkan minyak.
Masukkan ayam tutup pemanggang, sesekali alihkan untuk pastikan ayam masak sekata.
Siap.



ayam panggang

Mula-mula saya konon nak cantik jadi bakar whole leg sebab macam dah lambat saya tukar fikiran.


ayam panggang

Saya potong-potong ayam kepada bahagian yang lebih kecil. Cepat masak dan garing sahaja ayam tetapi tetap berjus.



Bila sesekali nak memasak tiba-tiba terpandang sos tiram tak ada tak perlu pening kepala. Bakar ja ayam tu macam biasa guna bahan lain tanpa sos tiram, sedap juga. Madu pula boleh diganti dengan gula, rasa lebih kurang sahaja.


Selamat mencuba.


Resepi Cornflakes Coklat Sempoi


Gigih kerjakan biskut kat rumah. Sebenarnya saya salah menghitung hari, mabuk puasa kot. Sangkanya masih ada dua kali Sabtu sebelum mula bercuti jadinya sambil lewa sahaja siapkan biskut konon masih ada masa. Bila anak bagi tahu hanya lagi seminggu akan balik kampung saya naik angin juga sampaikan dia ambik kalendar dan tunjuk. Masa tu sedang berbaring selepas berbuka puasa terus bangun, duduk dan menung. Kemudain bingkas ke dapur buat biskut. 


Almond London yang dibiarkan bogel buat sementara waktu tetapi sejak dua malam lepas saya gigih celup coklat hasilnya berbalang-balang saya dapat. Teringin? Lihat kat sini. Malam tadi pula saya gigih buat Cornflakes Coklat Sempoi. Kenapa sempoi? Sebab saya hanya gunakan 2 bahan asas utama.



cornflakes coklat sempoi

Hasil kerja keras semalam dapat 3 balang malam nanti mungkin lagi 3 balang tu pun tak cukup lagi kena jadikan 8 balang.


Resepi Cornflakes Coklat Sempoi

Bahan-bahan:

Cornflakes
Coklat bar (belilah kat kedai jual barangan buat kek saya beli yang besar nak lagi sedap beli coklat yang mahal).
Sedikit butter untuk kilatkan coklat (tak ada pun ok ja).


Cara-cara:

Masak air dalam periuk.
Potong coklat kecil-kecil dan masukkan dalam mangkuk berasingan.
Letak magkuk atas periuk, hanya perlukan wap sahaja tak perlu dimasukkan mangkuk ke dalam air.
Masukkan sedikit butter.
Kacau sehingga coklat cair.
Angkat.
Ramas cornflakes sedikit.
Masukkan ke dalam mangkuk berisi coklat.
Kacau rata.
Cedok dengan sudu masukkan ke dalam cup.
Hias dengan manik urai.
Masuk ke dalam peti ais sekejap sekadar untuk keraskan coklat.


Mudahkan? Tak perlu oven untuk membakar pun. Anak-anak pun suka. Biasa orang lain buat letak badam dan perasa hazelnut tapi saya tak nak sabotaj raya suami kerana dia tak boleh makan semua tu. Jadi mengalah jelah asal suami pun enjoy biskut mudah saya ini. Satu lagi jimat kos!



Resepi Gulai/Kari Cair Jenahak Rebung Madu


Bulan puasa sepatutnya dikurangkan pengambilan makanan berasaskan cili dan berempah. Bagi kami sekeluarga yang berasal dari Perlis gulai atau kari adalah masakan seharian jadinya menu ini tak dapat di skip sepanjang puasa ini, bezanya resepi diubahsuai sedikit untuk menyesuaikan dengan keadaan.


Rebung madu sangat sinonim dengan rakyat Perlis, banyak petani di negeri kelahiran saya mengusahakan secara komersial. Kadang-kadang permintaan melebihi penawaran, tak menang tangan pengusaha tanaman rebung madu ini terutama bila tiba musim kenduri tak kitalah kenduri kahwin atau kenduri bersunat. Biasanya rebung madu akan dimasak gulai/kari bersama daging atau tulang. Acar rebung pun sedap sama seperti acar buah cuma isi diganti dengan rebung tetapi jangan tanya bagaimana cara memasak. Dulu-dulu semasa arwah emak bapa tiri saya masih ada rendang ayam bersama rebung adalah menu wajib hari raya yang dimakan bersama ketupat palas, rebung yang diracik halus. Rebung buluh yang kecil-kecil bukan yang besar tu.





Gulai Cair Jenahak Rabung Madu

Bahan-bahan :

4 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 sudu serbuk kari ikan
Halba campur
Daun kari
Santan
Sedikit air asam jawa
2 potong ikan jenahak
Rebung siap di gubah (rebung ini direbus dahulu)


Cara memasak:

Tumis bawang merah, bawang putih dan masukkan halba campur dan daun kari.
Bancuh serbuk kari ikan bersama santan pekat dan masukkan kedalam periuk setelah bahan tumisan berbau wangi serta bawang bertukar keperangan.
Masak sehingga pecah minyak serta garing.
Masukkan air asam jawa
Tuang santan.
Masukkan ikan.
Didihkan dengan api perlahan.
Masukkan rebung yang siap digubah dan biarkan mendidih.
Masukkan garam dan siap dihidang.
(Kadang-kadang saya masukkan rebung semasa memasak rempah untuk mesrakan rasa rempah ke dalam rebung).


Gulai/kari ini memang sedikit cair hasilnya kerana penggunaan rempah yang terhad dan santan yang sedikit. Sekiranya ingin mengelakkan penggunaan santan bolehlah masak kari mamak sahaja, tanpa penggunaan santan. Gulai/kari ikan yang berasa sedikit rasa masam asam jawa sangat menambat selera di bulan ramadhan.