Konco-konco ku

Showing posts with label muhyiddin yassin. Show all posts
Showing posts with label muhyiddin yassin. Show all posts

Wednesday, October 26, 2016

HANYA MENTERI-MENTERI, PEGAWAI JASA, CYBERTROOPERS UMNO PERTAHANKAN 1MDB - MUHYIDDIN

ISU 1MDB terus diperkatakan dan dipersoalkan dengan hangat di dalam Dewan Rakyat. Jika sebelum ini Dato' Seri Husni, Ahli Parlimen Tambun yang juga bekas Menteri Kewangan II mempersoalkan apa sebab diwujudkan 1MDB, hari ini Dewan Rakyat digegarkan lagi dengan pertanyaan mengenai 1MDB oleh bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden PPBM.

Sepertinya mereka-mereka ini tidak pernah diberikan penerangan secara jelas oleh Arul Kanda tentang matlamat penubuhan 1MDB yang akan membantu Malaysia dalam menghadapi kekangan ekonomi global masa kini.

Persoalan serta sindiran terus diajukan kepada Ahli Parlimen Pagoh ini tanpa memberi peluang kepada Ahli Parlimen BN yang lain untuk menjawab walaupun Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bangun untuk mencelah namun tidak dibenarkan oleh Muhyiddin.

Lebih menjadi persoalan apabila Muhyiddin cuba untuk menyalahkan Menteri-menteri kabinet, Pegawai-pegawai JASA serta Cybertroopers UMNO kononnya mereka-mereka ini diupah untuk menyembunyikan hal sebenar mengenai 1MDB serta cuba menegakkan benang yang basah.

Betullah orang kata ahli politik yang sudah setengah abad memang ramai yang nyanyok!

Dahulu semasa dalam kerajaan dan menjawat sebagai orang nombor dua dalam kerajaan tidak sedikit pun persoalan-persoalan ini ditimbulkan. Malah apabila diberikan penjelasan dengan jawapan-jawapan dalam buku tebal mengenai 1MDB tidak pernah pun nak selak dan baca.

Tapi nak buat macam mana, Beginilah sikap pemimpin yang gila kuasa dan tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri.


Friday, September 27, 2013

#TESTEDTEAM4UMNO BUKTI UMNO BUKAN SEMAKIN LEMAH PADA PRU13!!!

KEPUTUSAN pada PRU13 yang lalu membuktikan yang parti Melayu UMNO ini bukanlah sebuah parti yang lemah. Berdasarkan kiraan kerusi parlimen yang dimenangi oleh UMNO pada PRU12 pada 2008 yang lalu sebanyak 79 kerusi, manakala pada PRU13 kali ini UMNO menunjukkan yang parti ini masih lagi mendapat kepercayaan rakyat Malaysia terutama orang Melayu dengan 88 kerusi parlimen.

Jumlah 88 kerusi parlimen yang dimenangi UMNO sebagai sebuah parti tunggal, hampir menyamai dengan 89 kerusi parlimen yang dimenangi oleh pakatan dalam gabungan tiga buah parti (DAP, PKR, PAS).

Jadi dimanakah yang memperlihatkan yang UMNO itu dilihat semakin lemah dan dikatakan semakin ditolak rakyat? PAS sendiri dalam akhbar mereka mengakui yang parti konon Islam mereka itu tidak mendapat sokongan orang muda Melayu. Malah, bilangan kerusi mereka juga merosot dengan amat teruk dari 73 (PRU12) kepada hanya 52 kerusi parlimen sahaja pada PRU13 Mei yang lalu.

#TestedTeam4UMNO

Selepas selesai PRU12 pada 2008, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak telah meletakkan calon-calon yang memang dilihat punyai aura untuk membantu rakyat atas kemenangan mereka dalam pilihanraya malah dalam pemilihan agong UMNO. Dengan meletakkan Timbalan Presiden parti beserta dengan 3 orang Naib Presiden parti dilihat semakin mengukuhkan keadaan yang masa itu berlaku tsunami dimana BN telah kehilangan 5 buah negeri (Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kelantan) dan merupakan keadaan paling kritikal dan genting saat itu. Mujurlah 3 orang pemimpin pakatan dari Perak keluar parti dan menyokong kerajaan, maka tertubuhlah kerajaan BN negeri Perak selepas 11 bulan dibawah pemerintahan PAS.

Najib, Muhyiddin, Zahid, Shafie, Hisham - Mereka inilah 'tested team' dalam UMNO yang cuba dirangka oleh Perdana Menteri. Bayangkan dalam saat genting 2008, mereka masih lagi boleh berdiri teguh membina semula empayar kekuasaan Melayu dengan hanya berlandaskan majoriti bukan 2/3 semasa zaman Tun Mahathir. Lagipun Najib hanya sekadar menyambung tugas Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009 dengan keadaan parti dan negara yang sedikit kucar-kacir selepas pembebasan Anwar Ibrahim.

Kenapa harus dipersalahkan DS Najib dalam kekecohan negara sehingga hari ini? Adakah team transformasi yang digubal DS Najib tidak meninggalkan apa-apa kesan?

Cuba dilihat dan direnung dari sudut pandang positif. Apa yang telah 'tested team' ini lakukan sejak dari tahun 2009 lagi. DS Dr. Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri, DS Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menunjukkan kerja mereka dengan cukup tersusun. Walaupun ada beberapa perkara yang masih menjadi perbualan sehingga menjadi sejarah hitam kepada Naib-naib Presiden ini, namun itulah onak dan ranjau dalam perjuangan.

Masing-masing punya kelebihan, masing-masing punya kekurangan. Manusia tidak pernah dilahirkan sesempurna ciptaan. Kerana itulah dalam kerja sepasukan harus punyai ramai orang yang punyai pelbagai kemahiran agar setiap lompang dapat ditampung tanpa meniggalkan kesan.

Cuba renungkan. Cuba fikirkan.