Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Mei 2016

DAGING RUSA MASAK KICAP

Assalamualaikum

Selamat malam. Makan malam kali nie daging rusa lagi........betullah orang cakap, kalau dah sekali kena mesti nak kena lagi. Sebelum berpuasa nie, makan puas2 apa yang teringin di makan. Bulan puasa nanti dah tentu tak masak punya sebab masa bulan puasa saya memang tak berapa nak makan. Jadi apa yang ada dalam peti ais kena clearkan segera. Tinggalkan apa2 yang patut jer. Masa bulan puasa tak boleh ada stok ikan atau daging dalam peti, silap2 nanti sampai raya pun tak masak2 lagi.
Daging rusa nie saya masak kicap jer. Masak simple2 nie memang laju jer habisnya. Silap2 boleh makan macam tu jer tapi daging rusa nie tak boleh nak gatah jer macam daging biasa sebab dia ada bau sikit. Macam makan daging kambing juga lah, ada masanya ada bau sikit2. 

Daging rusa nie suami beli kat kawan sepejabat dia. Harga dalam rm35, lebih kurang dalam 700gm. Kalau nak beli kat Melaka, kami tak tahu nak beli kat mana. Kalau kami teringin nak makan, kami makan jer dekat Serama Park Durian Tunggal.  

DAGING RUSA MASAK KICAP

daging rusa - hiris nipis
halia
sos tiram

Perap daging rusa bersama halia, serbuk lada hitam dan sos tiram. Perap dalam 1 jam.
Tambah sedikit air dan masak sebentar daging hingga air kering atau sehingga daging empuk.

bawang putih*
halia*
bawang merah* - * tumbuk halus
bawang besar - hiris
cili api

sos cili
kicap pekat
kicap manis
air asam

Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan. 
Masuk daging , cili api dan bawang hiris, kacau sebati.
Masuk sos cili dan kedua2 kicap. Kacau rata
Masuk air asam dan angkat.

Sabtu, 7 Mei 2016

DAGING RUSA MASAK UNGKEP

Assalamualaikum
Selamat Hari Ibu bagi semua emak dan juga ibu2 yang dikasihi. Bagi saya hari2 adalah Hari Ibu. Jasa dan kasih sayang emak bukan hanya dirasai pada satu hari tapi sepanjang hayat kita selagi kita bernafas kita akan merasainya dan menghargainya. Doa dari anak mak, semoga Allah pelihara diri mak dan kesihatan mak. Semoga mak dapat melakukan ibadah dengan lebih baik Aminnnnn......

Berbalik pada n3 malam nie. Apa menu malam nie ye? Untuk makan malam kami, saya masak Daging Rusa Masak Ungkep. Resepi saya ambil di dapur Amie yang jauh di sabah sana. Saya memang tak pernah makan daging atau ayam masak ungkep walaupun dah bekerja hampir 7 tahun di area johor. Kata orang resepi nie asalnya negeri johor, betul ke? Entah tak tau saya......Saya tak pernah lagi memasak daging rusa. Makan daging rusa pernah, tapi nak masak sendiri nie memang pertama kali.

Jenuh juga nak cari resepi daging rusa tapi bila tengok Amie cakap sedapnya ya ampunnn......memang sedap ler tu kan hehehe.......jadi saya pun mencuba. Memang sedap masak ungkep nie rupanya. Lepas nie memang saya tak tolak ler kalau ada lauk ungkep. Sekali pandang macam rendang tapi bukan rasa rendang ye.......resepi nie saya buat separuh dari resepi Amie dan saya olah sikit untuk ikut tekak saya la.......
DAGING RUSA MASAK UNGKEP

Bahan2:
500 kg daging rusa - potong setebal 1 cm
2 batang serai - dititik
2 cawan air
Minyak
Garam
Gula pasir / merah

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
15 biji cili padi

1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih

Cara2:
1. Lumur daging rusa dengan garam dan kunyit . Perap seketika.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
3. Masukkan serai dan daging rusa dan kemudian gaul rata sehingga daging kelihatan layu atau berubah warna.
4. Tambahkan air, garam dan gula.
5. Kacau daging sekali sekala untuk memastikan daging rusa tidak hangus kekeringan atau hancur.
6. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya, tak perlu masak sampai kering) dan daging empuk, matikan api.








Jumaat, 20 Julai 2012

LAMB CHOP

Assalamualaikum........

Lamb Chop nie saya makan petang tadi. Kira makan tengahari saya la nie.....saya sukaaaa. Lamb nie che suami yang perap, pandaiiiii......sedapppp.


cuma buat kentang putar je dan sedikit salad....nak buat coleslaw tapi tak de sayurnya, nie pun jadi lah....

RESEPI LAMB CHOP

Bahan2 Perap :
4 keping lamb 
sedikit rosemary kering
seikit oregano kering
sedikit serbuk lada hitam
Sos BBQ
Sos tiram
Sedikit madu - optional
Minyak zaitun
Garam

Perap lamb dengan semua bahan. Banyak mana bahan tu agak2 sahaja. Perap selama 5 jam, lagi lama lagi sedap.....
Panaskan kuali panggang, letak minyak zaitun sedikit....tak letak pun tak pe. Masak lamb hingga daging lembut.
Hidangkan dengan kentang putar, salad, coleslaw @ apa2 sahaja yang disukai. Tak lupa juga dengan sos lada hitam.



SOS LADA HITAM

Bahan-bahan sos BBQ:
Sumber : Chah

1 tin susu cair (boleh juga digantikan dengan krim masakan)
1 labu bawang holland -didadu
2 genggam cendawan butang-Kisar
Lada hitam
Sos tiram
Sos wosterceshire - x letak
Garam 
Gula
Minyak zaitun

Cara-cara:
Tumiskan bawang hingga layu. Masukkan susu/krim dan cendawan. 
Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar. Juga sos-sos yang  berkaitan.
Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga mendidih dan sedia untuk dihidang.


RESEPI KENTANG PUTAR
sumber : Izah Muffin Lover

Bahan-bahan :
5-6 biji kentang
2 sudu besar butter
1 sudu besar mayonis
2 sudu besar susu segar
sedikit blackpepper
garam

Cara-cara :
Kupas kulit kentang. Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. Ketepikan.

RESEPI SOS KENTANG PUTAR

Bahan-bahan :
650 ml air
5 sudu besar stok ayam 
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang - x letak
40 gm mentega
20 gm tepung gandum- bancuh dengan sedikit air
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam- x letak

Cara-cara
Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati. Kemudian masukkan blackpepper.
Masukkan garam jika perlu.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
Kecilkan api, tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
Curahkan ke atas kentang putar.


jemput makan semua.....




Sabtu, 21 April 2012

SUP EKOR

Assalamualaikum.....

Selamat malam. Tengah buat apa tu.......saya tengah bersantai2 tengok tv dengan pc jer malam nie . Untuk makan malam saya dah santap petang tadi dengan che abang. Dia balik sekejap lepas maghrib pergi balik ke Hotel. Tinggal ler sorang2 lagi malam nie......nasib dia tinggalkan laptop...kalau tak bosannyeeee....

N3 malam nie hanya lah n3 yang tertangguh, menu makan tengahari tadi. Kali nie saya nak n3 Sup Ekor pulak. Sup ekor nie saya buat dalam 2 rasa. Mula2 tu buat rasa sup yang biasa sahaja untuk che abang makan tapi untuk saya rasa, saya tambah limau nipis dengan sedikit cili api....untuk rasa sup thai ler konon2......lalalala.....baru ler boleh berselera makan......nyum..nyum....


tak letak pun kentang, lobak, tomato....lambat dah lapo...che abang tak suka benda2 tu....

SUP EKOR

Bahan2:
6 ketul ekor (saiz besar)
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
1 1/2 sudu besar lada hitam*
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah* (*tumbuk halus)
1 inci halia - titik
5 biji cili api - titik
2 biji limau nipis - ambil airnya
Minyak
Garam
Sedikit daun sup
1 liter air - tambah air jika ekor tak empuk lagi

Cara2:
1. Tumis bahan tumbuk bersama buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan halia. Tumis hingga naik bau wangi .
2. Masukkan ekor dan tumis biar sebati dengan rencah. Setelah itu masukkan air, cili api dan garam. 
3. Jika ekor masih tidak empuk, boleh tambah air. Setelah ekor empuk, letak air limau dan rasa , jika suka masam boleh tambah lagi air limau. Jika suka sayur boleh juga letak kentang, lobak merah dan juga tomato.
4. Taburkan daun sup ketika hendak dihidangkan .



Selasa, 6 Mac 2012

HATI LEMBU GORENG KICAP

Assalamualaikum......

Selamat beristirehat buat teman2 saya dan juga buat diri saya khususnya. Penat sangat hari nie sebab sekarang hari2 dok training, ping pong dengan bola jaring. Badan dah ler semakin naik, tak larat betul nak angkat kaki. Dah tua2 nie masih lagi nak bersukan bagai. Tapi kalau tak join kang kata sombong pulak tak nak tolong kawan2...main juga lah, lagipun memang dah minat sangat . Tak ada paksaan dari sesiapa pun.

Pada hujung bulan nie akan ada Sukan Staff ILJTM Bagi Zon Selatan. Tu yang dok asyik training jer. Menang kalah kemudian cerita yang penting semangat kesukanan perlu ada. Kadang2 tu kalau tak main rasa rindu juga, mungkin minat tu masih menebal dalam diri. Main bola jaring dengan ping pong je la, game yang lain2 minta maaf la ye, bagi peluang orang lain pulak. Tak sabar nak lawan nie....jumpa kawan2 lama yang masih juga aktif bersukan. Semua tu dah berat punggung sebenarnya tapi ketagih nak bersukan, entah2 aku sorang jer yang dah berat punggung  huahua....

Ok lah, sambil saya bersantai2 tengok tv cerita vanila coklat dan merehat badan yang sengal2 nie....saya nak n3 sikit. Bukan resepi apa2 pun cuma nak n3 resepi Hati Lembu Goreng Kicap yang saya sempat masak tadi. Che abang dah siapkan bahan2, saya balik tumis jer sekejap dah siap. Lain kali kalau che abang nak buat dah boleh buat sendiri. Senang jer.....jom layannn......


HATI LEMBU GORENG KICAP

Bahan2 :

200 gm hati lembu - potong dlm 1 inci
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* (* tumbuk lumat)
1 biji bawang besar - potong bulat
4 biji cili padi
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kisar
sedikit kicap masin
sedikit kicap manis
sedikit air asam jawa

Cara2 :

1. Cuci bersih hati lembu yang telah dipotong2 . Lumurkan dengan garam dan kunyit dan goreng dengan menggunakan minyak yang sedikit. Kalau boleh kerap mengacau supaya hati goreng masak sekata.
2. Setelah hati agak masak, keluarkan sedikit minyak dan tinggalkan sedikit, masukkan bahan tumbuk dan tumis bersama2 hati goreng tadi.
3. Selepas itu masukkan cili kisar dan tumis hingga cili kisar masak.
4. Masukkan cili api, sos cili, sos tiram, kicap masin, kicap manis dan kacau seketika kemudian masukkan air asam jawa.
5. Setelah hati masak sepenuhnya dan kuah sedikit pekat taburkan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau sekejap, bolehlah diangkat dan dihidangkan .

Mudahkannnn...!!!!


Ahad, 15 Januari 2012

PARU GORENG CILI vs TEMPE TAUHU LEMAK PUTIH vs SAMBAL BELACAN MAK MERTUA

Assalamualaikum......

Selamat petang semua. Apa perancangan untuk hari nie? Walaupun sekarang bukan lagi waktu cuti persekolahan tapi masih ada banyak lagi jemputan perkahwinan. Malasnya nak pergi tapi kena pergi juga. WAJIB ditunaikan kecuali jika ada halangan yang tak dapat dielakkan. Makan2 lagi, dah tak larat nak makan nasi minyak jer hari2..jemuu!!!

Ingat hari nie nak pergi Tesco Melaka nak pergi cari Bread Maker. Dah lama nak beli tapi tak jumpa2 tapi hari tu ternampak kat dapur CMG. Siap tunjuk promosi BM lagi kat Tesco rasanya, murah...jadi tu yang nak pergi cari..kalau ada lagi la...Jadi, sebelum nak pergi bersenang lenang masak la dulu apa yang patut. Masak yang mudah2 jer. Masakan yang ringkas tapi amat menyelerakan tekak saya.

Menu saya hari nie....Masak Paru Goreng Cili sama Tempe/Taugeh/Tauhu Masak Lemak Putih sama Sambal Belacan Mak Mertua. Hehehe....jangan marah saja letak nama resepi mak mertua hahaha....Balik kampung 3 bulan lepas tengok mak mertua buat sambal belacan blend jer semua...senang dan sedap...bertambah2 menantu dia makan tak ingat orang lain dah.

Nak resepi boleh tengok apa yang patut.....
PARU GORENG CILI

Bahan-bahan :
150 gm paru (potong saiz ikut suka)
4 biji cili merah*
10 biji cili api hijau*
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih* (*tumbuk bersama)
1 biji bawang besar - potong bulat
1 inci halia - hiris halus
Garam
Gula

Cara-cara :
1. Bersihkan paru yang telah di potong. Lumur dengan garam dan kunyit. Goreng paru hingga masak .
2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan paru, garam, gula dan bawang besar, kacau sebentar dan angkat. Hidangkan .
TEMPE/TAUGEH/TAUHU MASAK LEMAK PUTIH

Bahan-bahan :
2 keping tauhu putih
3 keping tempe
100 gm taugeh
1 sudu besar udang kering* - rendam
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih* (* tumbuk halus)
1 helai daun kunyit
1 biji cili merah
2 cawan santan cair
1/2 cawan pati santan
Garam
Gula

Cara-cara :
1. Masukkan bahan tumbuk, daun kunyit, garam, gula dan santan cair ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau sentiasa untuk mengelakkan lauk bertahi minyak.
2. Setelah mendidih masukkan tauhu, tempe, cili merah dan pati santan. Masak hingga mendidih. Tutup api dan masukkan taugeh. Hidangkan .
SAMBAL BELACAN MAK MERTUA

Bahan-bahan :
5 biji cili merah
5 biji cili padi
1 biji bawang besar (sederhana)
1 inci belacan - bakar
Garam
Gula
1/4 cawan air asam jawa(pekat)

Cara-cara :
1. Blend semua bahan dan hidangkan.