Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Muffin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muffin. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Mac 2015

MUFFIN PISANG COKLAT CHIP

Assalamualaikum


Salam Jumaat, selamat petang semua. Duduk2 rehat sambil tunggu che abang balik dari kerja, kita pekena dulu sikit Muffin Pisang Coklat Chip. Resepi dari Chef Liza, Hanieliza's Cooking. Saya buat separuh jer dari resepi sebab pisangnya tinggal 2 ketul jer. Semua saya nak habiskan sebab hujung minggu nie nak ke Gold Coast Morib Resort. Takut nanti bila balik, pisangnya dah biru, hehehe.......bukan hitam ye.......

Saya sebelum nie, pernah juga buat muffin pisang coklat tapi resepi yang berbeza. Bagi saya semua tetap sedap rasanya. Asalkan ada pisang, tekak saya pasti 'on' jer......Untuk resepi asal Chef Liza, guna coklat rice tapi saya tukar kepada coklat chip sebab coklat rice tak ada. Yang penting ia tetap coklat, kena dengan pisang memang mantap..........


MUFFIN PISANG COKLAT CHIP

Bahan2:
140 gm butter
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum *
1 sudu kecil baking powder *
2 sudu besar koko * - saya tambah (* ayak bersama)
1 cawan pisang - lenyekkan
2 sudu besar susu tepung
1/2 cawan coklat rice - saya guna coklat chip

Badam cincang - saya tambah (hiasan)

Cara2 :
1. Gaulkan butter dengan gula sehingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak.
4. Masukkan pisang dan susu tepung. Kacau rata.
5. Masukkan coklat chip dan kacau lagi.
6. Masukkan adunan ke dalam muffin cup.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan dan hidang.



berminat? boleh amik sorang satu bagi rasa........








Sabtu, 18 Oktober 2014

MUFFIN PISANG COKLAT

Assalamualaikum


Bersua kembali. Hari ini kita buat n3 muffin pulak ye, Muffin Pisang Coklat. Sedap muffin nie, resepi dari Chef hanieliza. Muffin nie saya buat malam tadi untuk sarapan pagi nie. Memang dah lama  saya nak buat, asyik tertangguh sahaja. Nak buat pun tak susah, senang bangat sihhhh.....gaul2 je dah siap......kata orang tutup mata jer pun dah boleh bikin hihihi......

Muffin nie lembut sahaja tekstur nye.......walaupun nampak macam bantat tapi bila makan lembut jer....Sebelum nie saya pernah buat banana muffin di sini, pun sedap juga resepi dari shuhairi, kawan di fb. Saya nie memang hantu pisang, semua tentang pisang saya memang suka. Kalau dah malas sangat nak buat apa2, saya makan pisang montel dengan aiskrim maka jadilah ia ala2 banana split......gituuuuu!!!!!

Jom layan resepi mudah nie......


MUFFIN PISANG COKLAT
Resepi : Chef hanieliza
Rujukan : Buku 1 Hari 1 Resepi

Bahan2 A :
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu tek soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Garam secukupnya

Bahan B :
1 cawan pisang emas (sudah dilecek)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula perang
2 biji telur (dipukul sedikit)

Cara2:
1. Ayakkan bahan A ke dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan ke dalam acuan kecil.
4. Kukus selama 20 minit ataupun sehingga masak.







Rabu, 25 Disember 2013

BANANA MUFFIN

Assalamualaikum



Selamat petang dan selamat bercuti bagi mereka yang bercuti hari ini sempena Hari Krismas. Hari ini tak ke mana2 sebab suami saya dah cabut dengan kawan2 bikers Melaka pergi menyambut Bikers dari Temerloh yang datang bertandang ke Melaka. Tinggal sorang lagi!!!!!!! Tak pe lah, besok kami nak pergi makan angin ke Johor, tak pe kita bagi can kat dia bersama2 dengan kawan2 dia. Besok kita kepit jer dia jangan bagi merayap lagi hihihi............

Disebabkan hari nie tak ke mana, untuk menghilangkan kebosanan dan memenuhi selera tekak ni, so hari ini dapur tutup cuma oven jer on hehehe...... Hari nie kita memuffin pulak ye. Saya buat Banana Muffin yang mana resepinya saya rujuk di dapur shuhairi shuhainiJuicy Cafe. Saya memang suka rujuk blog dia, besttttttttt............ Memang tak pernah bersua tapi saya suka dengan layanan dia, tak sombong, mudah mesra, ceria sahaja, tu yang buat saya rasa hubungan kami dekat dihati, saya sukaaaaaaa!!!!!!!!! hahahaha, perasannnnnn!!!!!! kalau dia tau buat malu je hihihhi............

Seperti yang Shuhairi cakap, muffin nie memang lembut walaupun nampak macam keras. Untuk adunan nie tak dapat banyak. Buat malam tadi, sarapan pagi tadi dah habis. Jom lah kita tengok resepinya.......


BANANA MUFFIN
Rujukan : Juicy Cafe

Bahan-bahan..
280 gm tepung gandum*
1 sdk double action baking powder*
1/2 sdk baking soda*
1/2 sdk garam halus* - *satukan dan ayak
250 gm pisang - lecekkan
120 gm gula kastor
1 biji telur - pukul sedikit
90 gm susu segar
90 gm minyak jagung

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk sederhana, satukan pisang yang telah dilecek bersama gula kastor, telur, susu segar dan minyak, gaul sebati.
2. Masukkan adunan kering yang telah diayak dan gaul rata, JANGAN TERLEBIH GAUL.
3. Sediakan loyang muffin bersama papercup dan tuangkan sepenuhnya adunan dalam papercup.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 25 minit atau sehingga masak.
5. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai. Sedia untuk hidangan petang.






Selasa, 6 Mac 2012

BANANA CHOCOLATE CHIP MUFFFINS

Assalamualaikum....


Bersua lagi...kali ini saya nak n3 muffin pulak yang saya sempat buat tadi. Tak banyak pun sebab nak perhabiskan pisang yang dah nak lembik tu. Tak larat nak meratahnya...ingat nak buat kek pisang tapi malas le pulak, buat muffin senang sikit. 


Resepi nie saya ambil kat dapur Puteri Manja yang ciut miut tu. Geram tengok orangnya, rasa macam nak kuti2 jer pipinya yang gebu tu.....walllaaaaa!!!! Jom layan resepi PM yang gerenti sedap punyaa......yokk!!!




BANANA CHOCOLATE CHIP MUFFFINS
Resepi :
Puteri Manja



Bahan2 :


1 ½ cawan tepung gandum(diayak)
80 gm gula biasa
1 ½ sudu kecil baking powder(diayak) - saya letak 1 sudu kecil baking powder + 1/2 sudu kecil soda bikarbonat)
¼ sudu kecil garam
1 cawan pisang yg dah lenyek
1 biji telur gred A - saya guna gred B jer
120 gmbutter (dicairkan)
¼ cawan susu segar(pakai susu cair pun bole gak)
100 gm chocolate chip atau nak lebih pun bole(asingkan suku tuk diletak diatas adunan)

Hirisan badam - saya tambah



Cara2nya  :
1. “Bahan A” - satukan tepung, gula, baking powder dan garam di dalam mangkuk. kacau rata(guna sudu sahaja). 
2. “Bahan B” - satukan pula susu, butter dan telur ke dalam mangkuk lain. Kacau rata menggunakan whisk sahaja. Setelah rata masukkan pisang. Kacau lagi hingga rata.
3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan kacau rata dengan menggunakan whisk atau senduk. 
4. Akhir sekali masukkan coklat dan gaul hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam mangkuk muffin ½ atau ¾ penuh. Jangan penuh sangat nanti terkeluar .

5. Bakar adunan pada suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing2. Kalau nak garing lagi bakar lama sikit. Saya bakar lama sikit nak nampak atas dia gelap sedikit.....saya tak suka kalau atas dia pucat jer....





memang sedap dan mudah resepi nie.....yummyyy!!!!! Dah lewat malam jom kita titon.....zzzzzzzzzzzz

Isnin, 2 Januari 2012

PEACH MUFFIN.....Macammana boleh lupa pulak.!!

Assalamualaikum....Macam mana boleh lupa pulak nak n3 Peach Muffin yang saya buat pagi semalam. Muffin nya dah selesai tapi resepinya tak nampak pun...ishishishhh!!!
Resepi Peach Muffin nie saya terpandang kat dapur Rahel lama dulu tapi baru sekarang nak buat sebab baru beli peach, selalu tu lupa je nak beli. Kalau nak cuci mata boleh la tengok kat dapur Rahel dan kalau nak resepi boleh tengok kat dapur My Resepi sebab Rahel dah letak resepi kat situ. Muffin yang saya buat nie tak nampak gebu pulak macam yang Rahel punya. Buatnya pun senang saja. Jom tengok....
PEACH MUFFIN
Resepi : Rahel

Bahan-bahan : saya dapat 8 muffin
250 gm tepung gandum
150 ml minyak masak
150 ml susu cair
100 gm iai buah peach, potong kecil2
4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
2 biji telur gred A-pukul guna garfu selama 1 minit
150 gm gula castor

Cara-cara :
1. Satukan gula, susu cair, garam, minyak dan telur dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Ayak tepung dan baking powder ke dalam adunan tadi. Kaup balikkan hingga rata (jangan terlebih kacau, nanti muffin keras).
3. Masukkan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh. Kemudian letakkan 1 sudu kecil potongan buah peach.
4. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit pada suhu 170C.
5. Pesan: Jika suka, taburkan parutan keju cheddar di permukaan muffin baru bakar .