Showing posts with label Haji. Show all posts
Showing posts with label Haji. Show all posts

Saturday, 10 May 2025

Fi Hifzillah 🤲🏻

Alhamdulillah,  Paklong (abang Walid) & Maklong dapat panggilan haji tahun ni. Dah selamat berangkat petang semalam (10.5). Semoga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yg baik, selamat pergi dan balik serta beroleh haji mabrur hendaknya 🤲🏻 

Sebak juga tak dapat nak peluk cium Maklong 🥹 
Takpa, my prayers are always with you dear 💗 

Disebabkan terikat dgn aktiviti sekolah anak² (Kakak ada event peringkat negeri) makanya Walid balik kampung sorang je kali ni, naik flight sebab nak balik sekejap saja. 

Dari Terminal Putra, Walid ke KL Sentral untuk naik ERL ke KLIA 1. 

RM55 harga tiket ERL sekarang ye.
Ummi pernah naik ERL sekali, long time ago. That time harga tiket was RM35. 

Ramai orang katanya, sebab long weekend kan... Syukur Walid dah self check in dan dropped luggage awal. Masa balik Kedah ni naik MAS. 

Cantik surau ni. Simple je deco tu tapi nampak outstanding

Boarding time... 
Alhamdulillah safely landed dekat Alor Star selepas 1 jam. 

Balik sini naik Firefly. Kena retimed daaa....
Almost 12 midnight jugalah sampai rumah malam tadi dari Subang airport tu. 
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti diharapkan. 









Thursday, 1 May 2025

KLMJ #2

Macam biasalah bila mengemas, Ummi suka mengulit kenangan. Itu yang suka kemas sorang², boleh layan perasaan sambil² mengemas. 

Ummi bukan saja kemas beranda tapi juga sorting baju untuk program pengumpulan baju di Masjid Ar Rahimah Greenwood last week.  

Ada satu storage box tu barangan/pakaian anak⁴ masa baby ... Kali ni baru ada kekuatan nak 'berpisah' dengan barang² ni... Sebelum ni kemas, simpan balik dah berapa kali dah 🤭

Mittens & booties yang belum guna ni Ummi let go. Yang warna hijau tu  baju kurung dari kain sari. Kainnya Walid beli di Mumbai

Lemek/lapik tidur Abang. Yang ni Ummi belum kuat untuk lepaskan. Besar sangat maknanya kehadiran Abang dalam hidup kami, selepas 5 tahun menunggu zuriat 🥹 
Of course la kehadiran anak³ lain pun setiap seorang tu membawa makna yg sangat besar dalam hidup Ummi Walid. Lemek ni memang keempat⁴ anak guna sebab sangat sentimental nilainya bagi Ummi. 

Dress Adik pakai masa kenduri aqiqah dia. Dress ni Makngah Fiza hadiahkan... 
Anak singa tu sibuk je, orang mengemas dia pun nak mengemas (baca: mengacau) haha... 

Barut baby 🤩
Yang sebelah tu bengkung moden, sangat mrmbantu ye esp bagi yang C-zer. Nak pakai senang, ada strap

Tali dan casing luggage bag masa gi haji. 
Jubah putih Ummi pakai masa wuquf manakala yang merah ni Ummi beli di Mina. 20 riyal je rasanya. Jubah biasa je, buat salin² di sana. 

Jubah untuk Kakak. Untuk Ummi pun ada, kiranya sedondon la kami 2 beranak. Beli di Madinah jubah ni. 

Ummi gi haji umur dia genap 10 bulan, hari berangkat tu. Kami balik haji, dia dah 11 bulan ½, dah mula nak bertatih. Allahu Akbar, bila ingat balik memang syahduuuu, auto mata berair ☺️

Dah penat mengemas dan penat melayan kenangan pi la beli kopi sat...

 Kitanya old school wakkkkk, beli 
Kopi Ais Mamak jer ... :D 

Sudi² baca: KLMJ #1 🤗




Friday, 29 March 2024

Anai² is Back 😬

Lama dah takde anai² di rumah kami ni... Minggu lepas Ummi sajalah nak kemas bilik Abang Angah tu... Ada lagi barang yang masih dalam kotak², yang kami kemas dan simpan masa ujian kebakaran dulu tu. 

Alih je satu kotak tu, amik kau... Merenyut anai²... 

Hari minggu ni, Walid & the geng pakat kemas bilik tu.

Alhamdulillah tak banyak sangat anai²-nya. Mungkin baru nak buat port la kot... 

Dalam kotak tu rupanya baju kurung dan jubah² Ummi. Alhamdulillah semuanya selamat. Depa baru makan kotak. 

Kotak buku pun buku²-nya mostly selamat 🤲




Jumpa juga buku rekod nursery Angah :D 
Masa ni kami tinggalkan depa 3 beradik (Adik belum lahir lagi)  di Jitra, Ummi Walid ke tanah suci. 

Perancangan Allah jualah yang terbaik ♥️

Tuesday, 21 June 2022

Selamat Berangkat Hjh Cikbi

Alhamdulillah, telah berangkat petang semalam 20/6 Hjh Cikbi & pasangannya ke tanah suci Mekah. Kalau Hjh Maya rakan rapat Ummi di uni, Cikbi pula bekas rakan sekerja Ummi dulu. Masa Ummi balik dari bercuti di Penang tahun 2006 kot, baru dia maklumkan dia resigned, sebab taknak kacau Ummi bercuti :p Baik orangnya... Tak ingat dia dapat offer mana masa tu, tapi lepas tu Cikbi dapat tawaran KPLI. W/pun berpisah jarak, ukhuwah kami kekal hingga hari ini. 

Malam semalam mereka mendaftar masuk di Movenpick KLIA. 

Pagi semalam pula kumpulan mereka diraikan dalam majlis yang dihadiri oleh SPB Raja Permaisuri Agong. 

Teringat perjalanan haji kami 8 tahun lepas, juga direzekikan layanan VVIP apabila diserikan dengan kehadiran adinda Sultan Kedah. 

Rezeki Cikbi...

Sabtu lepas kami sekeluarga memenuhi jemputan majlis bacaan Yasin, tahlil dan kenduri kesyukuran mereka di Masjid Al Iman, Kemensah Heights. Turut sama Hjh Nat, juga ex-officemate Ummi. Ditakdirkan depa Dua jadi roommate di maktab perguruan dulu. Pi mai pi mai tang tu :D 

[Terima kasih Cikbi utk gambar3 ni 👆]

Pertama kali kami ke sini. Cantik sangat masjid ni...

Hujan lebat mencurah-curah. Hujan rahmat harapnya...

Ruang solat sebelah dalam, berhawa dingin. Di luar ni macam anjung/serambi. Seronok lepak di luar ni. Sejuk sebab hujan lebat. 

Jamuan Nasi Daging Utara. Sedap baq hang la di tekak orang Kedah ni ...

Ikutkan hati, nak bersembang lama lagi. Banyak cerita yang nak dikongsi, tapi masa tak mengizinkan. Apapun doa Akak sentiasa mengiringi Cikbi. Moga Cikbi juga diterima sebagai'tetamu yang istimewa' 🤲


Sunday, 5 June 2022

Selamat Berangkat Hjh Maya 😘

Hari ni 5/6 bersamaan 5 Zulqaedah 
teman rapat Ummi di uni dulu berangkat ke Tanah Suci. Alhamdulillah, beliau dan suami dijemput direzekikan menjadi ke tetamu-Nya pada musim haji kali ini.

Alhamdulillah Ummi dah rasa manisnya menjadi tetamu Allah, sebab tu teruja sangat bila dapat khabar sebegini.Mudah-mudahan semua dari kita akan diberi rezeki untuk mengerjakan haji dan merasa nikmat mengerjakan rukun Islam kelima ni aamin 🌹

Dan bakal berangkat pada 20/6 nanti pula Cikbi, bekas rakan sekerja Ummi dulu. Haji yang tertangguh dek pandemik Covid-19. 

Setakat ni yang Ummi tahu, baru 2 orang ni. Selain tu, boss maktab kami dulu khabarnya bakal bertugas di Madinah.  Selamat bertugas Boss, kenang kami dalam doamu ☺️  

Didoakan agar semua urusan haji sahabat-sahabat Ummi dan para tetamu Allah semuanya dipermudahkan 🤲

Sunday, 13 June 2021

Rindu Madinah

Semalam 12/6 bersamaan 1 Zulhijjah. Ikut kebiasaan, 1 Zulhijjah hari pertama jemaah haji kita berangkat ke Tanah Suci. Biasanya penerbangan awal masuk ke Madinah dulu. Sama juga dengan kami suami isteri 8 tahun dulu.  Walaubagaimanapun, sekitar
Maghrib semalam dimaklumkan bahawa ibadah haji tahun ini hanya untuk warga Saudi dan warga luar yang berada di Saudi. 


Mohon bersabar buat sahabat handai, saudara-mara, rakan taulan yang sedang menunggu panggilan istimewa ini. Tahun ni tahun kedua ibadah haji ditangguhkan  bagi jemaah luar Saudi. Ada kawan Ummi dah ambil vaksin wajib sebagai persediaan ke sana. Tapi, kita hanya merancang... Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Detik itu akan hadir, dengan izin-Nya aamiin 🤲 

Bandar Madinah 2 minggu lepas... Sayu tengok Madinah yang 'kosong'.

Credit source. 

Credit source. 

Bertambah sayu bila lihat Masjid Nabawi juga lengang 😭😭😭

Credit source. 

Gambar-gambar ni kiriman dari seorang kenalan di sana. Secara peribadi, Ummi sangat suka berada di Madinah. Sibuk, tapi tenang. Hangat, tapi mesra. Riuh, tapi berkat. Memang berhajat untuk bermastautin di sana. Siapa taknak berada di bumi penuh barokah ni kan... Seronok ikuti pengalaman Prof Kamil dan Kak Roza sekeluarga yang diberi rezeki menjadi warga Madinah selama beberapa tahun. Hari-hari mereka sekeluarga'berkampung' di Masjid Nabawi. Seronoknya! 

Teringat hari-hari kami lalui di Madinah. Awal pagi berpusu-pusu ke Masjid Nabawi yang jaraknya sekitar 50-60 meter dari Hotel Al Haram, hotel penginapan kami. Usai solat Subuh, kami suami isteri keluar dari masjid mencari sarapan. Kedai favorite ialah sebuah restoran Indonesia yang agak jauh sedikit dari masjid. Kadangkala kami hanya membeli kebab atau roti dan makan di dewan makan hotel. Minuman panas tersedia di sini. Usai sarapan, kami akan ke masjid semula untuk solat Dhuha, iktikaf dan membaca Al Quran. Ada ketika, kami round satu masjid untuk melihat kesan sejarah, mengintai-intai perkuburan Baqi' ataupun sekadar berdiri menatap 'kubah hijau itu'. Pasti jatuh airmata setiap kali menatapnya. 

Namun, ada juga kisah lucu yang berlaku di perkarangan Masjid Nabawi. Sedang kami suami isteri berjalan di sekitar Masjid Nabawi, tiba-tiba ada seorang remaja Arab bergegas menyapa Walid "Mahir Zain?" Belum sempat Walid jawab, terus dipaut bahu Walid dan minta Ummi ambilkan gambar. Sampai sekarang kami akan tergelak bila ingatkan peristiwa ni. Terasa seperti selebriti pula kena serbu sebegitu :D 

Ya Allah, angkat dan hapuskan wabak ini ( Covid-19) dari bumi-Mu agar kami dapat kembali ke rumah-Mu, menziarahi kekasih-Mu Ya Allah aamin aamin aamin Ya Mujib 🤲

Moga diberi rezeki untuk kembali ke sini lagi, dan lagi... 

Rindunya! 





Sunday, 14 July 2019

Haji ~ Selamat Berangkat Dhuyufurrahman!


'Membelek' MukaBuku pagi tadi, terpandang beberapa keping foto kawan-kawan dan kenalan yang telah berangkat ke tanah suci. Alhamdulillah tahun ni ramai yang terpilih menjadi tetamu-Nya. Syukur sangat bila dapat berita  masing-masing sudah menerima panggilan istimewa ini. Doa Ummi agar semua dari kita dapat tunaikan haji. Aamiin. 

Credit source. 

Antara yang menarik perhatian Ummi tentulah jemputan yang di terima oleh Dr Sham. Beliau terpilih sebagai pembimbing ibadah haji TH. Tugas pembimbing ibadah haji ni merangkumi hal-hal berkaitan ibadah khususnya haji di tanah suci nanti. Pastinya bila di sana nanti pelbagai masalah/persoalan yang perlukan penjelasan ustaz/ustazah. Real situation. Di sini sewaktu kursus haji, kita hanya belajar teori. Praktikalnya di Mekah nanti. Bagus TH ni, siap bawa ustaz/ustazah sebagai pakar rujuk. 


Di Maktab 86 di mana kumpulan kami ditempatkan, pihak TH menyediakan 4 orang pembimbing haji; Ust Zukri dari Kedah, Ust Khairuddin dari Negeri Sembilan dan 2 orang ustazah dari Majlis Agama Islam Sarawak; Ustzh Siti Asmah dan Ustzh Rokiah (kalau x silap namanya). Setiap hari mereka akan bertugas mengikut giliran di bilik operasi TH yang dibuka di setiap maktab. Rezeki terpilih sebagai Sahabat TH membuka ruang kepada kami untuk mendekati mereka dan mengutip ilmu dari mereka. Paling seronok bila berada di Mina. Ramai jemaah datang bertanya itu ini pada ustaz/ustazah jadi Ummi pun ambil kesempatan untuk turut 'pasang telinga'. Tapi sekiranya soalan berkaitan peribadi ataupun perkara sensitif, pastinya Ummi akan menjarakkan diri. 

Selamat berangkat ke tanah suci dan menunaikan rukun Islam ke-5 buat;  Ust Izrean, K. Long Baya, Maz & AF, Nat & Amri, my favorite couple SA & AS, Dr Sham, Mayah serta pasangan romantis Mak Hainom & Pak King dll yang mungkin Ummi terlepas pandang. Didoakan segala urusan mereka dipermudahkan dan beroleh haji yg mabrur aamiin. Kenang daku dalam doa kalian 🤗 Doakan kami dapat kembali ke tanah suci ye.

Beg merah depa tahun ni. Kami dulu beg kuning 😁


Thursday, 20 June 2019

Haji ~ Kisah Nabi Ibrahim Penguat Semangat dan Pengubat Resah


Dengar berita pagi tadi, menurut Dato' Seri Zukri Samat (MD & CEO, Tabung Haji) penerbangan pertama jemaah haji tahun ni akan bermula 4 Julai 2019 bersamaan 1 Zulhijjah 1440H. Kata beliau lagi, Kursus Haji Perdana akan bermula hujung minggu ni. Tahniah kepada yang bakal menjadi tetamu Allah. 


Pastinya saat ni  para bakal tetamu Allah akan bercampur baur perasaannya; gembira, teruja, sebak, sayu semuanya menjadi satu rasa yang sukar untuk diungkapkan. Ummi dulu macam tu jugak :) seminggu sebelum berangkat, demam! Walaupun terselit rasa teruja, tapi tak dinafikan dalam hati tetap tak keruan. Memikirkan anak-anak yang bakal ditinggalkan memang rawan jadinya. Tambahan pula Kakak tetap menolak bila Ummi mula bagi susu botol. Tok pun jatuh sakit sebab risau memikirkan cucu-cucunya 😇😇😇. Tapi kita kenalah kuatkan semangat. Yakin sepenuhnya bila Allah dah jemput kita ke rumah-Nya, pasti Dia aturkan yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Mungkin juga Dia ingin menguji iman kita, samada bersediakah kita untuk meninggalkan segala kecintaan dunia demi  meraih cinta-Nya? Tepuk dada tanya iman. Haji itu sendiri sebenarnya menuntut pengorbanan yang sangat besar dari kita. 

Bagi yang masih berasa gusar, bimbang terutama dalam hal nak meninggalkan anak-anak kerana menyahut panggilan haji, ingatlah kisah Nabi Ibrahim AS. Lagi hebat ujian Baginda bila terpaksa meninggalkan anak kecil dan isteri tercinta di lembah tandus bernama 'Bakkah' (nama lain bagi Mekah). Cuba bayangkan kerisauan Baginda. Tiada manusia, tiada bekalan asas hatta air sekalipun. Apatah lagi alat komunikasi seperti kita sekarang pun tiada. Namun, kasih sayang Allah mengatasi segalanya. Ditakdirkan Nabi Ismail 'menjumpai' mata air yang dinamakan Zam Zam (berkumpul) bersandarkan perkataan yang disebut bondanya Siti Hajar tatkala mengumpulkan air tersebut. Akhirnya ditakdirkan lembah tandus tersebut menjadi singgahan dan penempatan para kafilah Arab yang berdagang melalui kawasan tersebut. Sehingga sekarang Mekah kekal menjadi kota yang Istimewa dan dambaan jutaan umat Islam seluruh dunia. 

Sorang 3 tahun, sorang 10 bulan time tu. 

Abang baru 6 tahun. Adik pula bayi pasca haji 😊

Berkenaan Kursus Haji Perdana pula, kami suami isteri dijemput ke Masjid Putra, Putrajaya untuk kursus ini. Malangnya kami tidak dapat mengikutinya kerana terikat dengan urusan lain. Kalau tak silap, tarikh yang sama kami ada kenduri sepupu dan keesokan harinya kenduri kesyukuran di rumah kami sebelum kami berangkat pulang ke kampung seminggu kemudiannya dan seterusnya berangkat ke tanah suci. Walaubagaimanapun Kursus Intensif Haji peringkat Wilayah Persekutuan sempat kami ikuti. Alhamdulillah urusan haji kami dipermudahkan Allah dari sebelum, semasa dan selepas haji. Moga ianya menjadi haji yang mabrur buat kami suami isteri. 

Ummi kongsikan semula link tentang keperluan haji yang boleh di jadikan panduan. Tengok lah kesesuaiannya. Mana yang rasa nak bawa, bawa. Taknak takpe hihi... Ummi pun pergi haji 5 tahun lepas, pastinya banyak perubahan dari segala segi. 


Happy reading 🤗


Thursday, 4 April 2019

Memori Haji ~ Kursus Haji Bersiri


Rejab yang dah di penghujung ni bukan sekadar hadir bersama aura Ramadhan tapi juga aura haji. Bila sebut Rejab, secara automatik teringat bulan puasa. Lepas puasa, raya. Lepas raya (Syawal) maka akan berangkatlah ke tanah suci para tetamu Allah, bermula 1 Zulqaedah. Kami dulu 2 Zulqaedah dah berangkat. Ambil penerbangan awal. 

Bila dapat perkhabaran ada antara kenalan dan rakan yang telah mendapat jemputan-Nya, Ummi tumpang gembira. Antara yang bertuah dipilih untuk mengerjakan haji tahun ni ialah Mak Hainom yang OK sokmo dan kawan Ummi, Maz (founder mybabycanread). Ummi doakan urusan haji mereka dipermudahkan; sebelum, semasa dan selepas haji kelak. Doakan Ummi dapat ke sana lagi bersama semua chenta hati Ummi; suami dan anak-anak aamiin. 

Alhamdulillah rezeki menunaikan haji buat Ummi dan Walid hadir 5 tahun lepas (2014). Dua tahun sebelum tu, kami mula mengikuti Kursus Asas Haji Bersiri yang diadakan di masjid kariah kami sebagai persediaan awal. Tahun 2012 Walid dengan tekun menghadirkan diri ke kursus haji. Ummi pula jaga anak-anak. Tahun 2013 giliran Ummi pula untuk hadir kursus haji. Tapi Ummi hanya sempat joined 2-3 kali kelas je. Sebabnya? Ummi mabuk kepayang :D pregnant pula haha... Dok melayan pregnancy woes, kursus haji pun dah tamat! 

Jadinya bila dapat surat tawaran haji penghujung December 2013 tu, Ummi bertekad untuk menekuni kursus haji tahun 2014 tu. Kakak lahir hujung bulan 10, 2013 jadi bila kursus haji tu start sekitar bulan dua 2014, Kakak baru berusia sekitar 3-4 bulan. Tenaga pengajar ialah Ust Ahmad Rosli, Ust Dato Nizam dan Ust Md Rodzi Rejab. Alhamdulillah penceramah semuanya 'otai' dan berpengalaman luas dalam urusan haji. Banyak ilmu yang dapat kami kutip. 

Bagaikan memahami, Kakak tak pernah sekalipun meragam tatkala Ummi Walid berkursus. Alhamdulillah syukur. 

Gigih kami suami isteri usung anak-anak termasuk Kakak yang masih bayi tu ke masjid saban minggu. Kalau kelas dalam dewan solat, Abang dan Angah kami sajikan dengan video Upin & Ipin atau pun main game di laptop. Kakak pula setia di sisi Ummi, dalam carrier. Jika kelas dalam dewan kuliah pula, Ummi duduk di belakang sekali. Senang nak monitor anak-anak yang main di belakang. Ingat lagi depa dua main kereta Hot Wheels. Tapi tidaklah sehingga mengganggu kelas. Depa pun umur 6 dan 3 tahun masa tu, masih senang nak kawal berbanding sekarang 😇😇😇 Turut bersama ialah Amani, anak istimewa berusia belasan tahun yang suka sangat bermain dengan Kakak. Ibunya, Hjh Ani berjaya dalam rayuan haji dan 'terbang' ke tanah suci kira-kira 2 minggu sebelum hari wukuf. Malangnya rayuan untuk Amani gagal. 

Manisnya memori kami anak beranak berkongsi kuih dan air yang di sediakan oleh pihak urusetia masih terbayang. Kuih dua ketul (satu portion Ummi, satu portion Walid) di kongsi 4 beranak! Memang kami tak benarkan Abang atau Angah ambil sendiri atau mengendeng di meja makan, takut terambil bahagian peserta lain. Kecuali jika pihak urusetia sendiri yang menghulurkan kepada anak-anak, kami tiada halangan. Rezeki depa jika ada lebihan atau ada yang tak hadir. 

Waktu praktikal haji di hujung kursus, Ummi dan Walid bergilir jaga anak-anak. Mujur juga sesi dibahagikan kepada 2 kumpulan; lelaki dan perempuan. Dapat juga Ummi ikut. Tapi waktu praktikal tawaf dan melontar di luar masjid, Ummi  tak ikut. Hanya meneman anak-anak dalam masjid. 

Penutup kursus, pihak urusetia menjemput SS Dato Dr Dzulkifli al Bakri (Mufti Wilayah) dan seorang doktor wanita yang berpengalaman sebagai petugas kesihatan di tanah suci. Kesempatan ini Ummi ambil untuk bertanya tentang keperluan mengambil ubat tahan haid yang bertujuan untuk menghalang kitaran haid secara normal. Jawapan doktor lebih kepada tiada keperluan. Haid adalah suatu yang normal. Jika disekat, ada kemungkinan memudharatkan badan. Walaubagaimanapun, terpulang kepada kondisi badan masing-masing. Sebaik-baiknya rujuk dengan doktor dan ustaz/ustazah terlebih dahulu sebab badan kita berbeza. Mungkin bagi A tak perlu, tapi B perlu. Case by case basis. Ada juga petua dari orang-orang tua dalam hal ni. Dan jangan lupa, doa adalah senjata paling ampuh. Mohon dari sekarang agar dipermudahkan urusan haji kita. Jika tak dapat melaksanakan salah satu rukun haji maka tak sahlah haji kita. 

Sewaktu bertugas di khemah TH di Mina, Ummi di datangi sepasang suami isteri yang memohon untuk Nafar Awal kerana period cycle si isteri makin dekat. Mereka khuatir jika tidak sempat kembali ke Mekah untuk melaksanakan tawaf ifadah (tawaf rukun). Bukan bidang kuasa Ummi untuk menasihati mereka, Ummi sekadar sukarelawan ((yang digelar Sahabat TH) yang membantu jadi Ummi minta mereka rujuk dengan ustaz/ustazah bertauliah yang dilantik sebagai pembimbing haji. Memang kes sebegini akan berlaku. Jika ditakdirkan period di kemuncak haji, segera berbincang dengan pihak TH untuk reschedule flight dsbnya supaya dapat melaksanakan semua rukun haji. Insha Allah ada jalannya. 

Suka juga Ummi nak pesan pada bakal tetamu Allah, ibadah haji ni menuntut pengorbanan yang sangat tinggi. Sebab ianya kemuncak kepada rukun Islam yang 5. Pengorbanan material, fizikal, emosi semuanya diperlukan. Dan tuntutan pengorbanan tu bermula di sini, di tanah air lagi. Cabaran dan ujian akan hadir saat kalian dipilih sebagai tetamu-Nya. Banyakkan bersabar dan belajarlah berlapang dada. Semuanya untuk kita bersihkan hati, untuk ajar kita supaya meletakkan pergantungan hanya pada-Nya, untuk kita menambah persediaan dan pelbagai hikmah lain. 

Bulatkan tekad dan serahkan segalanya pada Dia. Usah risau, usah gundah. Bila Dia jemput kita, Dia ada perancangan untuk kita. Teringat Ummi pesanan Dato' Dr Asyraf Wajdi bila Ummi suarakan kebimbangan untuk tinggalkan anak kecil, beliau mengingatkan Ummi bahawa jemputan haji ni jemputan yang sangat istimewa, datang dari-Nya. Hanya yang terpilih akan dijemput. Jadi, sandarkan pergantungan hanya pada-Nya. Dia sebaik-baik Perancang. Buang segala resah, fikir yang baik-baik sahaja. Insha Allah yang baik-baik sahaja datang kepada kita. 

Labbaikalah humma labbaik!

Saturday, 15 September 2018

Dungun ~ Minum Petang Bersama Hj M.


Menanti kami di Dungun ialah Hj M, yang kami kenali sewaktu sama-sama memikul amanah sebagai Sahabat TH sewaktu di tanah suci. Di Mina, Walid dan Hj M bersama beberapa sahabat lain ditempatkan di khemah khusus untuk Sahabat TH. Disitulah mereka mula menjalin ukhuwah. Ini kali pertama kami bertemu selepas 4 tahun...

Indah, tenang, mendamaikan. 

Kami dibawa oleh Hj M ke tepi pantai untuk "mengeteh" sambil mengambil angin petang. Nun di seberang jalan ternampaklah ombak memukul pantai. Tapi masa sangat suntuk untuk kami ke pantai jadi hanya berborak sambil mengunyah makanan yang terhidang. Murah sungguh hati Hj M, pelbagai makanan yang diorder untuk kami. Terharu dan tersentuh hati Umi dengan kebaikan Hj M. Moga Allah murahkan juga rezeki untuk beliau sekeluarga.. Aamiin.

Hj M ni muda lagi orangnya. Rasanya lebih muda dari Umi Walid. Guru sekolah tahfiz. Bila ada masa lapang, rajin ke laut, memancing. Time dapat ikan, selalu juga dia post gambar dalam group wasap :D Kadang tu timbul juga keinginan nak join Hj M memancing di laut atau mencandat sotong  hikhik... Entah bila tu tak tahulah :( 

Tengoklah apa yang Hj M jamu kami... Memandangkan kami late lunch di Marang tadi, perut masih kenyang. W/pun sedap dan menggoda, perut tetap kata "NO". Jadi, kita tapau saja... 


Sotong goreng tepung di Dungun ni sedikit berbeza dengan di KT. Ada sayur sekali. 

Ikan celup tepung pun sama, ada sayur juga. 4 ekor Hj M order. Kami mampu makan 2 ekor je. Lagi 2 ekor tapau, buat dinner. Tapi ikannya memang sedap. Ikan fresh, terasa manisnya. 


Nasi minyak ikan aye. Umi jeling je hehe... Sudahnya Hj M sendiri yang habiskan :) 

Tak cukup dengan belanja kami makan besar, Hj M juga bekalkan kami dengan pelbagai kuih muih; popia sata, pulut panggang dan keria viral Ganu. Bukan sikit2, 10 orang makan pun belum tentu habis. Mungkin berkat keikhlasan beliau, semuanya elok lagi hingga kami bawak balik ke KL keesokkan harinya. 


Moga beliau sekeluarga sentiasa dilimpahi rezeki yang berkat dan beroleh rahmat oleh-Nya. 

Keria viral ni Umi dah nampak di Batu Burok tapi dek kerana ramai sangat orang beratur, Umi malas nak beli. Lagipun tak masuk dalam wish list, Umi tak kisah sangat tak beli pun. Tup-tup Hj M bagi 2 kotak terus. Dah tertulis rezeki kami, alhamdulillah. 

Kami berpisah di sini, di kilang Keropok Sura. Umi nak beli keropok untuk dibawa balik ke KL. Plan asalnya kami nak borong keropok di Kemaman tapi memandangkan hari dah lewat, kami berpakat untuk menggunakan LPT 2 sebagai jalan pintas ke Temerloh. Kenapa Temerloh, bukan KL? Hah tunggu.... 




Thursday, 26 July 2018

Hotel Al Haram, Madinah.



Di sinilah Umi dan rakan jemaah KT07 di tempatkan selama hampir 8 hari kami di Madinah. Kami tiba di Lapangan Terbang Prince Muhammad sekitar jam 12 t/malam (pagi jumaat) dan berangkat meninggalkan kota suci ni selepas Asar jumaat seterusnya menuju ke rumah Allah, Baitullahil Haram. 

Boleh BACA DI SINI untuk catatan sebelumnya. Sehingga musim haji kali ini Hotel Al Haram masih digunakan sebagai tempat penginapan jemaah Malaysia. W/pun pernah terdengar ura-ura ianya akan dirobohkan untuk projek pembesaran Masjid Nabawi namun ia masih bertahan hingga kini. 

Pernah panjat tangga ke bilik sebab lift jam/packed.
Mujur tingkat 4, boleh gagah lagi.  

Alhamdulillah rezeki Umi ditempatkan di sebuah suite 2 bilik beserta 2 bilik air di Hotel Al Haram ni. Memandangkan ianya suite maka kedudukannya di corner lot sehingga ramai jemaah menggelarkan suite kami 'banglo'. Walid pula ditempatkan di bilik hotel standard bersama 5 jemaah lain. Rumah teres :) bukan niat Umi untuk bermegah tapi suka Umi nak kongsikan kepada para tetamu Allah, 
sentiasa berdoa agar Dia jadikan kita tetamu-Nya yang istimewa. W/pun kita bukan siapa-siapa, tapi yakinlah dengan DOA kita. Boleh rujuk buku Prof Kamil "Haji:Mengupah Sempadan Iman" untuk kupasan lanjut. Berkat DOA minta dilayan sebagai tetamu yang istimewa, banyak keistimewaan yang Umi dapat. Alhamdulillah syukur. Dengan keistimewaan ni fokus Umi kepada ibadah haji dan ibadah harian jadi lebih mudah. Tenang je hati. Kuncinya? Banyakkan berdoa dalam ungkapan yang kita maksudkan. Tak perlu berbunga-bunga. Nyatakan hasrat kita dan Dia sebagai sebaik-baik tuan rumah pasti akan menunaikan. 

Katil Umi. 

Katil Tok Yah & Makcik Intan. Rindunya 😍😍😍

Kisah mereka ada SINI. Rindunya pada mereka berdua :( 

Bilik ke-2. Dihuni Makcik Ani & co. Ada 4 orang semuanya.

Ruang tamu.
Kami gunakan untuk menyidai pakaian 😊
Tak sempat untuk bersantai di sini w/pun ada sofa juga TV. Masing-masing ambik kesempatan sebanyak mungkin untuk berada di Masjid Nabawi. 

Ada kettle, fridge di kitchen. Cuma Tak sempat guna juga :) 

Hotel Al Haram ni sangat strategic kedudukannya kerana pintu pertama yang akan kami temui untuk masuk ke Masjid Nabawi ialah pintu Uthman bin Affan, pintu khusus untuk jemaah wanita.  Setiap hari kami akan melalui pintu belakang hotel dan berjalan terus ke Masjid Nabawi. Hanya sekadar 50-60 meter. 


Makanan pertama kami oleh pihak TH. Hanya untuk hari pertama sahaja pihak TH menyediakan sarapan untuk jemaah. Masuk hari kedua dan seterusnya sarapan adalah 'sdn bhd' (tanggungan sendiri). Pihak hotel hanya menyediakan minuman; kopi/tea juga gula & krimer di dewan makan. Untuk makan t/hari dan malam sahaja disediakan setiap hari. 

Selain nasi dan lauk, air mineral dan buah disediakan untuk lunch & dinner. 

Dewan makan.
Selain menjamu selera, sebarang taklimat/perjumpaan diadakan di dewan ni.

Istimewanya Hotel Al Haram ni, di aras bawah terdapat deretan kedai menjual pelbagai jenis barangan yang kebanyakannya sesuai untuk dijadikan buah tangan seperti pakaian, makanan kering (kurma, kekacang dsbnya) serta minyak wangi dll. Yang paling best, pusat operasi PosLaju juga ditempatkan di sini. Jika jemaah hotel lain perlu mengangkut barang ke sini atau pihak PosLaju sendiri yang akan mengangkut barang yang hendak di pos, kami hanya perlu turun ke bawah dan melakukan transaksi yang sepatutnya. Sangat mudah dan menjimatkan masa dan tenaga. W/bagaimanapun hotel utama yang lain seperti Movenpick juga ada menempatkan perkhidmatan courier lain. Nationwide kalau tak silap. Di hotel kami juga ada counter TH untuk sebarang urusan berkaitan. Nak keluar masuk duit umpamanya hanya menggunakan name tag yang diberi. Tidak perlu membawa passbook TH ke sana. 

Terserempak dengan staff PosLaju yang sedang mengangkut barang kiriman jemaah untuk dipos ke pusat operasi di Hotel Al Haram dari hotel berdekatan. 


3 kotak besar kami pos balik ke Jitra.
Barang sampai dulu sebelum tuan balik ke tanah air. 

Kami borong sejadah untuk sedekah pada kawan-kawan dan saudara mara. Kadang tu terasa juga ralatnya bila memikirkan kos yang terpaksa ditanggung untuk mengepos tapi bila difikirkan sejadah boleh digunakan lama (lasting) berbanding perfume umpamanya, kami tekad. Moga setiap kali ada yang menggunakan sejadah yang kami hadiahkan mengalir juga pahala untuk kami. Itulah hasratnya. 


Masjid Imam Bukhari di hadapan hotel. Kami tak berkesempatan masuk ke dalam masjid  (rasanya tak dibuka) tapi hanya meninjau di sekitarnya sahaja. 

Antara kedai yang ada...

Di kiri kanan hotel penuh dengan deretan kedai. Kedai cenderamata, runcit, telefon, restoran, semuanya ada. Ada juga yang mendakwa kedai yang diuruskannya milik Dato' Azeez (mantan Chairman TH). Entah betul entah tidak. 

Ambik peluang untuk waqaf Quran. Pastikan anda beli ditempat yang betul. Ada Al Quran yang tidak dibenarkan diletakkan dalam Masjid Nabawi. Untuk standardization. 

Hotel berdekatan...





Pergerakan asal. Bila ditunda selepas asar, sempat kami bersolat jumaat sekali lagi di Masjid Nabawi. Alhamdulillah dapat 2x solat jumaat di sini. 

 Ya Allah! Berilah kami kesempatan untuk ke sana lagi. Jemput dan bawalah kami ke rumah-Mu sekali lagi. Aamiin. 

Rindu.