Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Sunday, 8 June 2025

Cerita Raya Haji Kami

Raya Haji kali ni kami sambut di perantauan, sama seperti kebiasaan tahun² sebelum ni. 

Juadah pagi raya;

Cantik Abang potong lemang 🫰🏻
Regu dengan Rendang Cik Ros. Walid dan Adik macam biasa, lemang cicah dengan susu pekat :) 

Nasi putih, nugget dan Teh Tarik. 

Kek Pisang Coklat by Acik Solehah. 

Solat raya pukul 8 pg on the dot
Berlari² anak Ummi dan gegirls ke surau. Terleka sikit di rumah. Dapatlah juga tempat di saf terakhir. Ini pun melimpah jemaah lelaki dan perempuan sampai ke luar. Abang solat di luar surau, atas kawasan bertar (hampar tikar). Ramai jemaah alhamdulillah. 

"Walid la Ummi"
Excited pulak dia nampak gambar Walid :) 

Balik rumah bancuh air sejuk pula. Cordial mango ni pemberian Cik Tah bulan puasa hari tu.

Lepas bergambar sekejap, Walid dan hero² terus tukar baju. Nak ke surau semula utk ibadah korban. Pisau baru beli, untuk hiris daging. Tahun lepas pun beli juga pisau rasanya. Tahun sebelum tu pun ada rasanya. Pendek kata, setiap kali korban beli pisau baru 😄

Abang Angah dua² petugas, dapat t-shirt sorang selai. Walid AJK dapat t-shirt collar warna grey. Untuk peserta korban, dapat sekaki payung. 

Selalunya Ummi akan ke surau semula lepas solat raya untuk tengok lembu tapi kali ni malas pula. Rupanya kali ni ada insiden yang tak diingini berlaku. Ada seekor lembu yang dah disembelih tapi belum mati melompat dan berlari ke sana sini hingga ada 2-3 orang cedera. Tak pasti sama ada dilanggar lembu atau terjatuh dalam keadaan panik dan kelam kabut tersebut. Terpaksa dibawa ke hospital juga dengarnya 2 orang yang tercedera tu. 

Dalam.pukul 1130 dah dapat daging/tulang/organ bahagian korban kami. Terus Ummi bersihkan dan rebus dalam PC. Lily nak bawa makcik² dan baby cousin dia datang rumah. Ummi suruh datang lepas Zohor, sempatlah nak masak sup tulang. 

Sambil² tu siapkan meja juga... 
Ketupat Palas frozen Ummi buat raya puasa hari tu. 

Biskut raya Acik Solehah, raih pujian ramai. Memang sedap 👍🏻 
Kak Sya sampai snapped gambar nak ambil no fon AS, nak order juga :) 

Untuk tetamu Ummi hidang nasi putih, sup tulang ni dan telur dadar serta cili kicap. Seronok tengok Baby Maryam pun boleh makan sup tu. 

Terima kasih Cik As dan Cik Ana sekeluarga datang beraya. Uncle Apai katanya dah sampai depan rumah, tapi tak tekan loceng atau bagi salam, tahu² dah balik :( 
Rupanya dia ada  call Walid tapi Walid sibuk uruskan korban memang tak pegang phone la kan... Takde rezeki nak jumpa. 

Semoga Allah luaskan rezeki kita semua untuk laksanakan ibadah korban setiap tahun hendaknya aamin 🤲🏻 






Friday, 6 June 2025

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1446H

Taqabbalallahu minna wa minkum 🤲🏻

Sekeping foto kiriman Hjh Afla dari Arafah menggamit rindu yang tak berpenghujung pada tanah suci dan kenangan indah menunaikan rukun Islam kelima. Mabruk buat semua jemaah haji 2025. Semoga dipermudahkan urusan untuk melengkapkan rukun dan wajib haji. Mudah-mudahan semuanya beroleh haji mabrur. 

Selamat menyambut Hari Raya Qurban semua 🤍

Monday, 28 April 2025

Jamuan Raya SRAI

Cerita Jumaat lepas, 26 Syawal. 

SRAI buat jamuan raya. Kali ni menu lebih bebas w/pun setiap darjah tu sekolah galakkan bawa menu yang diberi. Tujuannya agar tidak membebankan ibu ayah. Sekolah pula sediakan nasi minyak dan bakso. 

Untuk T6 menunya pasta (tiada paksaan). Kakak requested pasta carbonara tapi sos carbonara habis jadi Ummi gantikan dengan pasta goreng letak Cheese & Herbs sauce

Letak sos ni memang sedap berlemak ye pasta kita. 

Letak chili flakes bagi ada rasa pedas² sikit, lagi sedap. Ummi campur 1 peket spaghetti, 1 peket fettuccine. Alhamdulillah licin, sekali dengan sudip hilang tanpa jejak 😆

Adik pula ikutkan cikgu suruh bawa teh bunga. Mana maunya dia....dia tak minum chrysanthemum tea jadi Ummi suggested bawa air Twister ni. 

Adik dan kawan² serta guru kelas. 

Bergambar juga ikut warna baju raya.
Adik pakai baju lama Kakak, warna soft pink. Kakak pula pakai baju raya ke-2, hijau. 

Ini makanan Adik tapau.

Yang ni Kakak bawa balik.
Dapat juga upah RM5, tolong cikgu² kemas dewan lepas majlis. Dadih comel gambar atas sekali tu Cg Tika bagi. Cute kan? 


Alhamdulillah selesai dah jamuan raya anak⁴ Ummi. Yang tak habis beraya lagi Walid depa 🤭 
Ada lagi jemputan dan jamuannya. 

Sunday, 27 April 2025

Raya, Raya, Raya

Cerita 28 Syawal...

3 open house raya kami raikan jemputannya hari ni. Sebab tu tajuknya Raya, Raya, Raya 3x :p 

#1 Open House Surau 

Tahun ni ada deko raya di anjung surau. Ajak Adik bergambar, taknak pulak dia. Makan pun tak hendak sangat, nak cari bestie zaman Pasti dia dulu, Pah. 

Ada nasi, kambing golek, sate dan kuih muih. Ini yang kami ambil. Yang tak diambil pun pelbagai jenis juadah lagi. 

#2 Open House Pak Tam & the Geng 

Geng peniaga buat open house juga. 

Atas tu laksa beras, tapi kuahnya macam kuah laksam. Atau mungkin ini yang dipanggil laksa lemak? 

Nasi tomato tu Adik sorang makan, habis sepinggan! Dia cuma makan kambing golek di open house surau itu yang lapar tu. 

Oh ya, Atok Omar tauke Nasi Lemak Kangkung tu dah takde :(  
Atok kembali ke rahmatullah pada Rabu, 24 Syawal. Masa balik kampung raya hari tu dah dengar khabar Atok dimasukkan ke hospital. Rabu lepas dapat khabar duka. Semoga Allah SWT menempatkan arwah di kalangan para solihin aamin 🤲🏻

#3 Open House MTM Mart

Ambil Mee Goreng sepinggan kongsi berdua dengan Walid. Keropok lekor tu sedap tapi mampu makan seketul je. 

Alhamdulillah D, isteri arwah Abe dapat jemputan haji 🤲🏻 

Tak habis lagi acara makan, jenguk anak soleh di asrama, makan lagi. 

Ummi bawa Kek Pisang Coklat dan creampuffs airtangan Acik Solehah. Sekarang payah nak dapat order dengan AS ni, banyak sangatttt tempahan di musim raya ni. Tak menang tangan dia... Ini dapat beli pun sebab ada extra

Ni je Ummi masak; Roti Canai Goreng. 
Leftover sarapan hari sebelumnya, simpan dalam peti ais. Nak masak tu hiris nipis², tumis la bawang cili kisar semua macam nak goreng mee tu... Letaklah telur ke, udang ke ayam ke sbg rencah. Ummi letak sosej. Anak soleh pulun makan, sedap la tewwww :p 

Alhamdulillah. 





Wednesday, 23 April 2025

D'Splash Garden Homestay, Baling

Checked out dari Damai Homestay, Meru kami checked in pula di D'Splash Garden Homestay, Baling. Lokasinya di Batu 42, atau sekarang dipanggil Kota Baling Jaya. Homestay ni belakang Kompleks Rakan Muda tu je. Dulu kawasan ni kebun getah, sekarang dah naik perumahan, kedai²... Begitulah, arus kemodenan melanda setiap ceruk dan pelusuk. 

Tak kurang cantik juga homestay ni pun, alhamdulillah. Rumah Semi-D setingkat, ada 4 bilik tidur dan 2 bilik air. 3 bilik tidur tu dilengkapi aircond. Satu lagi aircond di ruang tamu. Sewa RM250/semalam. 

Taman baru juga, 2 baris rumah je jadi tak crowded kawasan ni. 

Ada spot cantik, sesuai untuk ambil gambar raya :D 

Bilik tidur yang ber-aircond

Bilik tidur ke-4. Kami tak guna pun bilik ni. 
Bantal, selimut extra banyak ye disediakan. Ummi suka owner yang tak berkira macam ni, kita pun rasa seronok.  

Bilik air pun luas. 
Air laju itu yang best tu....

Dapur dan ruang makan. 
Ada mesin basuh juga. 

Pinjam rice cooker depa untuk masak nasi. 
Beras Ummi packed siap²; sebungkus sekali masak. Petang tu jalan kaki je ke Speedmart seberang jalan, beli barang dapur. Saudara Ummi tanya juga kenapa tak book homestay di kampung. Kampung kami tu ada masalah air, bila time raya lagilah kritikal. Masalah yang dah berlaku sejak Ummi lahir sampai sekarang, Ummi dah 40-an masih tak selesai 😇

Lagipun, D'Splash Garden Homestay ni lokasinya sangat strategik; tengah² antara kampung Ummi dan pekan Baling. Senang kami nak berulang-alik ke kampung atau ke pekan. Di Kota Baling Jaya ni juga sekarang  ada pasaraya Billion, butik, restoran dan pelbagai kemudahan lain. Semuanya walking distance je, termasuklah self service laundry.  Bazar Aidilfitri pun dekat KBJ ni juga. 

Meriah betul malam tu, sampai dalam taman ni depa parked kereta. Mostly owner balik kampung, nak senang depa parked je kereta sini dan jalan kaki ke Bazar Aidilfitri, yang nampak lampu terang² tu...

Gosok sampin malam raya tu acara wajib :D 

Sambil² tu dengar PMX takbir raya ...

Alhamdulillah selesa dan puashati bermalam di sini. Owner pun sangat professional, mudah berurusan. In Sha Allah ada rezeki kami singgah lagi sini. 

Seperti mana kita masuk, seperti itulah kita tinggalkan. Mudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita In Sha Allah. 

Terima kasih daun keladi En Faizal 👍🏻

# Boleh hubungi D'Splash Garden Homestay di FB. 



Tea w Abang

Anak sulong buah hati kesayangan kami ni sedang berjuang... Berjuang untuk masa depannya. Sebagai ibu bapa, kami cuba untuk bagi yang terbaik untuk Abang dari segala segi. 

Setiap minggu yang Abang tak boleh PB, kami akan melawat Abang, bagi moral support 💪🏻 Setiap kali datang tu Ummi masaklah apa² juadah untuk Abang. Ada rezeki lebih, ajak sekali kawan²-nya. Memandangkan masih ada mood raya, Ummi masaklah makanan tema hari raya 😆

Minggu lepas masak Soto Nasi, minggu ni Ummi masak Pulut Kuning, Kari Ayam dan Roti Jala. 

Masak Pulut Kuning 1kg

Kari Ayam ni Ummi guna dlm 1½ ekor ayam. Minta tukang potong tu cincang siap² sebab nak buah kuah roti jala. Regu sekali la dengan pulut kuning tu. 

Roti Jala ni tak halus, entah apa kena dgn botol/acuan roti jala Ummi ni, hujung² baru nak cantik elok roti jalanya plus Ummi pun tak pandai sangat nak 'menjala' sebenarnya 🤭Tapi, roti jalanya lembut, I like... 

Resepi Ummi ambil dari Cookpad. Terima kasih banyak empunya resepi, menjadi sangat 🌹

Bahan²: 
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk kunyit / pewarna kuning
1 sudu teh garam halus
2 cawan air
1 cawan santan - Ummi guna 1 pek santan segitiga Kara + air sikit 
2 1/2 sudu makan minyak masak
1 biji telur

Cara Penyediaannya:
1. Satukan tepung gandum, serbuk kunyit, atau pewarna kuning dan garam halus. Gaul
 sebati, ketepikan

2. Dalam bekas lain, campurkan 2 cawan air, santan, minyak masak dan telur. Kacau sebati dan tuang ke dalam tepung tadi

3. Kemudian, kisar dengan blender /mixer hingga tiada tepung berketul². 

4. Tapiskan. Masukkan ke dalam botol/acuan roti jala.  

5. Panaskan kuali dan sapukan minyak sikit. Bila kuali panas, bolehlah mula 'menjala' ikut kreativiti masing². Masak guna api kecil, tak perlu terbalikkan. Angkat dan gulung/lipat roti jala yang dah masak. 

Alhamdulillah seronok tengok Abang dan kawan² makan ❤️

Credit: SPM A+ Miracle 

Good luck Haziq & Batch 07
Semoga semuanya beroleh kejayaan cemerlang hendaknya 🤲🏻 







Tuesday, 22 April 2025

Menu Puasa 6

Kalau tak cerita pasal anak⁴, cerita pasal makanan je la Ummi ni ye 😁

Alhamdulillah Ummi baru selesai Puasa 6. 

Fadhilat Puasa 6

Menu berbuka utk hari pertama dan kedua Puasa 6 ni Ummi dah letak dalam entry sebelum ni, jadi kita sambung utk menu hari ke 3-6

Menu Berbuka Hari Ke-3 Puasa 6

Ummi goreng ayam je, Walid beli lauk tambah. Sayurnya tak ambil gambar kot...

Nasi lemak ni dari surau, ada orang kenduri lepas Isyak. 

Hari ke-4; 


Meriah lauknya sebab anak soleh #2 balik PB. Ayam Gunting dan Ayam Korea tu depa minta Walid beli di pasar malam. Ummi goreng sayur kobis telur dan potong timun je :) 
Lauk2 ikan tu Walid beli di kafe. 

Popia Carbonara Walid beli juga, croissant Angah beli di kiosk kopi sekolah dia dan roti /bun Kakak bawa balik, Cg Hazim bagi katanya. Kakak puasa, itu yang bawa balik, makan masa berbuka. 

Hari ke-5; 

Ummi masak Keli Belado, Kakak potong timun. Walid beli ayam goreng tapi Walidnya sampai rumah dah lepas azan 😅 Terus ngap, tak ambil gambar dah la kan :) 

Adik sponsor bun kantin, pun tak ambil gambar.

Walid bawa balik juga goodies kenduri dari staff. Kenduri adiknya tak silap. 

Hari ke -6 dan terakhir alhamdulillah 🤲🏻

Ummi siap masak Sup Ayam dah, then Walid bagitau ada beli Ayam Minang  dan Daging Masak Kurma. Ulam timun je. 

Harap² Abang (lagi 3 hari) dan Kakak (lagi sehari) sempatlah habiskan Puasa 6 ni. Abang tu dah elok puasa minggu lepas, tup² kena diarrhea. 3 hari juga katanya sakit perut. Dalam masa yang sama  ada Ujian Dalaman, jadi tak puasalah.  

Kakak hari ni ada selection BoJa, kalau terpilih akan mula berlatih. Tak laratlah nak puasa kalau ada training. Harapnya weekend ni dapatlah dia habiskan Puasa 6 dia. Sayang pula dah 5 hari puasa...