Memaparkan catatan dengan label Rencana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rencana. Papar semua catatan

09 Mac 2009

QLoA : Hukum Tarikan dalam Quran.

Sudah hampir setahun setengah aku berkecimpung dalam dunia blog. Dan sehingga kini sehari tidak menjengok TINTA SEMALAM semacam suatu kekurangan. Ianya menjadi rutin harian, walaupun sekadar melihatnya seketika cuma. Aku suka sekali mengunjungi blog-blog yang memberi semangat dan kekuatan jiwa. Mengapa? Mungkin kerana aku memerlukannya.

Antara blog yang sering aku kunjungi blog-blog yang dimiliki, Kak Tirana, Kak Aryani, Tuan Jinggo, I motivasi dan juga blog-blog yang dimiliki rakan-rakan yang membuatkan aku rindu pada MPRM. Heheheh hampir setiap hari aku mampir di sana. Juga beberapa blog yang berkisar tentang pembangunan diri. Kebanyakkan mereka ini pasti dalam penulisan mereka menyebut tentang bacaan mereka tentang Law of Attraction (LoA) ...Aku menjadi tertarik untuk memiliki buku tersebut. Dan nama buku itu sentiasa di minda. Sering! Sentiasa!

Sehinggalah semalam, aku bersahaja melayari dunia maya. Dan asyik terjumpa dengan buku ini. Eeeee geramnya. Rasa nak cari buku tu dan dan tu juga. Akhirnya petang itu juga, sekitar 6 ptg, aku turutkan hati ke MPH tesco ,Klang. Terus ke arah yang aku tuju...tak perlu mencari lama. Terus aku ternampak dan terus je aku capai. Wah...tak sangka pulak begitu mudah aku mendapatnya. Adakah ianya satu contoh hukum/kuasa tarikan??? ekekekek. Ah...yang penting aku dah miliki buku ini.
Aku nie dah masuk MPH macam biasa buku mesti ada yang di bawa keluar. Itu pasti! Dah puas hati LoA berada di tangan, mata aku masih lagi melirik2 pada buku-buku lain. Aissshhh rasa nak bawa balik semua buku yang ada di situ. Dalam melirik2 tu aku terpandang satu lagi buku berkisarkan LoA ini. Quranic Law of Attraction (QLoA). erm...aku belek2. Satu lagi buku yang tak patut aku abaikan. Heheheh. Buku ni baru dalam pasaran rasanya. kot...? Cetakan pertama 2009...Dan buku ini yang aku tela'ah dulu.

Law of Attraction mengajar kita mengenai kuasa minda. Dan buku ini memperlihatkan kepada kita bagaimana Al-Quran turut membincangkan hal ini. QLoA juga memperlihatkan kekuatan Hukum Tarikan yang terdapat dalam Al-Quran.
Hebatkan? Al-Quran...Sumber Hukum Tarikan. Salah satu kenyataan yang terdapat dalam buku QLoA :

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8 menambah keyakinan kita Hukum Tarikan wujud sejak Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad. Mari kita renung, selami dan hayati ayat ini, kebaikan dibalas kebaikan, kejahatan dibalas kejahatan. Tuhan mengingatkan kita supaya sentiasa berfikiran positif (kebaikan) dan memancarkan kebaikan itu kepada orang di sekitar kita.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s : Berapa dekatkah kita mengenali Al-Quran?

25 Disember 2008

Aku tak kira!

Setiap yang kita lakukan sebenarnya memerlukan perkongsian atau mungkin juga pengorbanan masa daripada mereka-mereka yang terlibat dengan perkara yang kita lakukan. Tidak mengganggukah kita dengan urusan-urusan mereka yang perlu mereka selesaikan? Tidakkah kita mencuri masa mereka untuk bersama keluarga. Adakah kita memikirkannya sebelum kita mengambil masa mereka untuk kegunaan kita? Keikhlasan mereka mengorbankan masa yang mereka ada untuk kita, adakah kita gunakannya dengan sebaik-baiknya?

Masa itu perlu dimanfaatkan sebaiknya agar di lain masa mereka bersedia memberikan masa yang mereka ada dengan senang hati. Tanpa merasakan masa itu dibazirkan sia-sia. Ini pemikiran saya apabila saya memerlukan masa orang lain. Agar tidak mengganggu masa mereka untuk diri, keluarga dan hal-hal lain juga. Masa itu amat penting dan menjadi keutamaan pada semua orang. Dengan memikirkan masa diri sendiri, tidak sepatutnya diabaikan masa yang hendak kita ambil dari orang lain. Namun ada masa kita sebagai manusia terlupa juga, dengan hanya memikirkan pentingnya masa itu pada kita dan memaksa orang lain memberikan masa mereka untuk kita. Ermmmm kita sememangnya manusia biasa, yang juga kadang kala mementingkan diri sendiri!

Mari dikait sarang tempua,
Anak tiung pandai meniti;
Hamba duduk gelak ketawa,
Untuk mencari penghibur hati.

18 Disember 2008

Pilih Kasih

Betullah dunia ni macam-macam ada. Kalau terlampau difikirkan boleh jadi mabuk, keliru atau lebih dasyat gila terus. Hehehehehe. Manusia kerap juga, perasan atau tidak selalu memandang yang jauh. Yang berada dihadapan mata, macam kalis pandangan pulak. Kalis pandangan? Yelah..telus je. Tak tahu lah buat-buat tidak nampak atau memang betul-betul tidak nampak.

Mungkin juga kerana yang di hadapan itu tidak 'adventure'? Atau mungkin kah kerana ingin menjadi superhero? Eh...superhero ker kalau hanya mengutamakan perkara-perkara yang besar tanpa memperdulikan perkara-perkara yang kecil? Jangan beratkan fikiranlah yea. Tulisan ini sekadar apa yang tersirat dalam hati sekian lama. Malam ini aku ada perkataan-perkataan yang dapat disusun untuk menjadi beberapa ayat dan perenggan. Maka , terhasillah tulisan garapan akal fikiranku sendiri.

Contoh paling mudah, dalam undangan-undangan yang diterima terutama dalam cuti-cuti begini. Ada undangan yang dekat.Ada juga undangan yang jauh. Dalam blog-blog blogger yang terdapat di dunia cyber ini terpapar kisah-kisah memenuhi undangan terutama undangan perkahwinan. Aku pun tidak ketinggalan. Di awal cuti, aku mempunyai dua undangan. Satu undangan Majlis Perkahwinan seorang teman yang dahulunya bertugas sebumbung nun jauh di Perak. Lama sudah tidak berjumpa. Kali terakhir pada tahun sudah Julai 2007. Itu secara kebetulan. Hati terasa ingin memenuhi undangan. Ingin sangat melihatnya di atas pelamin indah bersama pasangan pilihan hati. Undangan kedua, daripada seorang teman yang membuat Majlis Berkhatan anak lelakinya di sini, Klang. Juga perlu dihadiri.Aku lebih memilih yang dekat dengan mengorbankan yang jauh. Mungkin tiada rezeki aku untuk bertemu teman yang satu itu.

Keutamaan aku beri pada teman yang dekat denganku. Maklumlah susah senang yang dekat itulah yang akan terlebih dahulu sampai tatkala kita meminta bantuan. Iye kan? Yang jauh itu, bukan tidak membantu, sama membantu tetapi jarak menjadikannya kelewatan sedikit. Jadi tiada salahnya jika keutamaan di beri kepada teman yang dekat. Benar kan?

Namun, aku agak terkilan, kerana nyata aku masih punya teman yang mengutamakan yang di sana daripada yang di sini. Agaknya kenapa ya? Sanggup mencari dan bertanya jika ada teman-teman lain yang menuju ke sana. Ingin turut serta. Tak sampai hati katanya kerana yang di sana sudah mengundang. Silalah datang. Teman yang berada di sini, tidak pula dirisik khabar beritanya. Bukankah yang di sini pun mengundang sama. Jemputlah datang. Minggu lepas aku memenuhi undangan lagi. Di sini...Klang. Temanku dijemput sama, malah seisi keluarga. Ibu bapanya ku temui. Si anak? Enggan menghadiri. Alasan? Kepada si anak bila ditanya, mengapa tiada? Jawabnya..? Terkilan rasa setelah aku mendengarkan alasannya.

"Aku memang macamni. Kenduri-kenduri ini susah sikit.Takut nanti tersalah makan. Sakit perut". Patutlah jemputan kenduri arwah di rumahku saban tahun tidak pernah walau sekalipun dihadiri. Tidak mengapa. Itu pilihannya.
Bak baris ayat lagu Agnes Monica - Matahariku.....aku terdiam sepi.
Pilih kasih?

p/s : Apalah salah menghadirkan diri sekadar menghargai jemputan mengucap salam tahniah?
bukannya ada jemputan lain pun.....daripada terperap di rumah,kan lebih baik membahagiakan hati tuan rumah yang menjemput?

11 Disember 2008

Hari Keputeraan Sultan Selangor

Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul EhsanSerta Segala Daerah Takluknya


DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJIBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJD.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak).,D.K.(Perlis).,D.K.(NegeriSembilan).,D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 22 November 2001 bersamaan dengan 6 Ramadhan Tahun 1422 Hijrah. Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Padukan Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001. Baginda kemudiannya ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri,Istana Alam Shah, Klang dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan pada 8 Mac 2003 bersamaan dengan 5 Muharram 1424 Hijrah.

Baginda adalah putera sulong D.Y.M.M. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Y.M.M Paduka Bonda Raja Selangor, Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah. Baginda diputerakan di Istana Jemaah, Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pada 24 Disember 1945. Pada September 1960 ketika Baginda berusia 15 tahun, Baginda telah diisytiharkan sebagai Raja Muda Selangor. Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli sebagai Raja Muda ke 8 telah diadakan pada tahun 1970 di Istana Alam Shah.

Baginda telah dikurniakan dengan dua orang Puteri iaitu Y.A.M Tengku Zerafina dan Y.A.M Tengku Zatashah, dan seorang Putera, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor.

Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Raja Muda, Kuala Lumpur dan St.John Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1954 hingga 1959. Pada tahun 1960, Baginda melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia hingga tahun 1964 dan meneruskan pelajaran Baginda di England hingga ke tahun 1968. Pada tahun yang sama Baginda kembali ke tanah air dan berkhidmat di dalam Pentadbiran Kerajaan di mana perkhidmatan pertama Baginda di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Baginda juga pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Kuala Lumpur dan Jabatan Polis Diraja, Kuala Lumpur yang membolehkan Baginda memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang begitu kuas di dalam bidang pentadbiran.

Baginda telah dilantik buat pertama kalinya sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja pada 23 Februari hingga 20 September 1969 semasa Paduka Ayahanda Baginda berangkat ke England. Baginda telah beberapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor dari masa ke semasa, dari tahun 1972 hingga tahun 1997. Pada 24 April 1999, Baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor sekali lagi apabila Paduka Ayahanda Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-11.

Baginda telah membuat beberapa lawatan rasmi ke Daerah-daerah untuk melihat pembangunan dan juga masalah-masalah setempat yang dihadapi oleh rakyat Baginda dan beramah mesra dengan mereka. Baginda juga telah beberapa kali merasmikan Mesyuarat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 1972, 1974, 1989, 1997, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004 dan 2005.

Baginda telah dianugerahkan Darjah Kerabat (Yang Amat Dihormati) Selangor pada tahun 1973 dan Darjah Kebesaran Pertama, Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada tahun 1975. Baginda juga telah dianugerahkan Darjah-Darjah Kerabat dari Negeri Terengganu, Kelantan, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Kedah.

Baginda adalah pemegang pertama Darjah Kebesaran Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang Baginda zahirkan pada tahun 2002. Baginda telah dianugerahkan Darjah Kebesaran-Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Pertabalan dan Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 8 Mac 2003.

Dalam bidang ketenteraan, Baginda telah ditauliahkan sebagai Mejar Kehormat Tentera Darat (Wataniah) Malaysia pada tahun 1974 dan Komander Kehormat Sukarelawan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1998. Pada tahun 2002, Baginda telah dilantik sebagai Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia.

Baginda amat berminat di dalam aktiviti sukan termasuk sukan lasak seperti mendaki gunung, memandu kereta antik jarak jauh dan belayar mengelilingi dunia dengan kapal S.Y.JUGRA. Baginda mendapat pengiktirafan sebagai Putera Inspirasi dan banyak lagi pengiktirafan yang dianugerahkan kepada Baginda berkaitan dengan "maritime". Baginda dilantik sebagai Penaung kepada Persatuan-Persatuan Sukan dan Seni.

Hobi Baginda adalah membaca, belayar, fotografi, mengumpul setem serta sampul surat Hari Pertama, mengumpul "vintage cars" dan mengumpul senjata tradisi orang-orang Melayu. Pada 9 November 1998, Baginda telah berjaya melancarkan buku pertama Baginda iaitu "Peking to Paris". Pada tahun 1976, Baginda telah dilantik sebagai "Honorary Member Of The Philatelic Society" di Malaysia. Yayasan Antarabangsa Rotary telah menganugerahkan "Paul Harris Fellow" kepada Baginda. Pada tahun 1998, Baginda telah menerima anugerah tertinggi dari Persatuan Pengakap Malaysia iaitu "Pingat Semangat Padi". Pada tahun 1989, Baginda telah dilantik sebagai "Honorary Life Commodore" oleh Pelayaran Diraja Selangor "Royal Selangor Yacht Club". Baginda berminat di dalam bidang seni dan telah mengumpul banyak lukisan-lukisan tempatan dan Baginda telah dilantik sebagai Pengerusi Galeri Shah Alam pada tahun 1991. Pada tahun yang sama juga Baginda telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Seni Selangor Darul Ehsan. Pada 11 Mei 2000, Baginda telah dilantik sebagai "Fellow of The Chartered Institute Of Transport". Pada 25 Mei 2000, Baginda telah dilantik sebagai "Pro Canselor" UiTM dan pada 31 Mac 2001, Baginda telah dianugerahkan Darjah Kehormat Doktor Pentadbiran Awam. Pada 1 April 2002 Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Putra Malaysia.

Pencapaian tertinggi di dalam kegiatan sukan lasak ialah apabila nama Baginda telah terukir di dalam "Malaysia Book of Records" sebagai "The First To Sail Around The World" dan "The First To Complete Peking-Paris Motor Challenge"pada tahun 1998.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah seorang insan yang peka di dalam perkembangan semasa. Baginda selalu memberi idea yang bernas di dalam mengatasi masalah-masalah kemanusiaan. Di dalam bidang agama pula Baginda sering bertitah di masjid-masjid menasihatkan rakyat jelata agar benar-benar mengikut ajaran Islam dengan penuh keyakinan. Baginda adalah seorang Raja yang berjiwa rakyat dan menitikberatkan kemajuan rakyat Baginda dalam semua bidang termasuklah ekonomi, sosial dan alam sekitar.

p/s: Aku amik petikan ni dari sini.

05 Disember 2008

Leka hingga Luka

Aduh....kena lagi. Terluka lagi. Hati dan perasaan.Itu biasa dah rasanya. Sedang asyik mencuci pinggan mangkuk di dapur. Semangat betul nakkan dapur yang cantik lagi bersih. Waktu-waktu cuti dan masa yang terlebih-lebih lapang begini semua impian dapat dilaksana. Hari-hari biasa pun boleh juga sebenarnya. Cuma hati...antara mahu atau tidak sahaja. kan?

Kelmarin aku macam biasa membersihkan dapur. Sapu, lap siap mop lantai hampir setiap hari. Sambil-sambil tu bagi keluar peluh nak fit konon-kononnya. Selesai di dapur, beralih ke bilik, ruang tamu dan ruang tengah. Memang berpeluh. Usai segalanya, saat membersihkan diri lah pula. Rumah dah cantik bersih,kalau tuan rumah sebaliknya..uhhh tak sesuailah. Sementara tunggu masa untuk jadi chef pula....aku luangkan waktu membaca buku yang dah ku beli beberapa hari yang lalu, tapi tak abis-abis lagiku membacanya...kalau novel cinta paling lama pun 2 hari dah katam.heheheh boleh pulak ek?

Bum, sebab keletihan aku membaca dengan bertemankan bantal di kepala. Tu la pasal tak abis-abis membacanya kot.Bantal jadi teman. Tetiba terlihat ada kesan darah di helaian buku yang ku baca....ada darah? Em...aku cari-cari rupanya darah tu dari jari hantu tangan kanan aku. Baru lah nak terasa pedihnya. Dah macam-macam kerja dibuat, waktu santai baru perasan...Leka benar buat kerjanya.Hehehehhe. Ntah dari mana dapat lukanya aku pun tak tau...tau-tau berdarah je. Sikit je la. So aku pun x heran biarkan saja ia kering sendiri. Tanpa di letak minyak gamat mahupun di balut kain atau dililit handyplus.

Semalam, aku ulangi rutin kelmarin. Dapurku tetap ku pastikan bersih. Maklumlah jika tidak mak Tie dan mak Mut pasti datang menziarah. heheheh Usai segalanya, Jari telunjuk tangan yang sama pula rasa berdenyut-denyut. Aku lihat. Ada luka lagi, kali ini lebih dalam dan pedih. Denyut sakitnya sampai satu hari. Tapi masih aku biarkan seperti semalam. Mungkin kerana luka kecil. Tapi sakitnya boleh tahan juga. Merungut juga lah dalam hati. Lepas adu jugalah ke telinga ayah.

Dua kali luka di jari tanpa disedari. Leka hingga Luka. Itu fizikal kita. Sedar atau tidak sebenarnya hati kita juga pernah mengalami situasi begitu. Leka hingga Luka. Kita sering ketawa,walhal hati muram durja. Kita kata tak ada apa-apa, sebaliknya hati derita. Pernah? Tak kiralah siapa yang melukai...kekadang tanpa kita sedari.Mungkin keluarga sendiri,anak,isteri,suami, kawan dan sahabat taulan. Tapi kerana dah terlalu biasa maka kita tak ambil kisah pun. Walaupun sebenarnya kita dah terluka...walau untuk sesaat.

Manusia , insan biasa memang selalu leka hingga luka tanpa disedari. Namun tiada apa yang kita buat agar tidak dilukai lagi. Walhal kita boleh buat sesuatu, kita ada akal, kita ada mulut...tuhan dah beri. Tapi kita tak berapa nak hargai. Atau mungkin tak tahu bagaimana nak buat supaya ia berfungsi? Atau tak tahu bagaimana dan dari mana datangnya luka? dari diri kita sendiri atau dari 'sesuatu' yang membuatkan kita luka?

p/s : kalau sesuatu itu sudah tersurat dalam takdir kita...suatu saat pasti kita perlu lalui juga.

.

.

23 September 2008

Guru yang berjiwa guru ?




Untuk menjayakan program Prosidar (Program Sifar Dadah (rendah) - (sk la tu maksudnya)....akhirnya aku selamat menjalankan tajuk yang terakhir tu hari ini.hahahahhah bereh dah semua tiga tajuk. 2 tajuk aku dah selesaikan sebelum puasa bagi kelas Amanah dan hanya 1 tajuk bagi kelas Hormat. So...di kesempatan bulan ramadhan ni aku pulun habiskan 1 lagi tajuk bagi Amanah dan 2 tajuk bagi kelas Hormat. Almaklumlah.....puasa2 macam ni tak turun padang....so aku amik peluang ni untuk selesaikan Prosidar ni. Weiiii geng aku abish dah tau ! hehehehehh.....

Dalam gambar2 kat atas nih....selepas tgk slaid n terangkan sikit2 kanak-kanak nakal ni semua buat lembaran masing-masing yang aku dah photostat kan....kuikuikui..isi tempat kosong and aktiviti mewarna tak nak merokok. Aku bio kan ajer kana-kanak ni nak meniarap ker apa ker as long as diaorang buat kerja baik2 n buat kerja sama-sama. Ini kelas Hormat, kelas terakhir aku sebelum nak balik ...3o minit jer lagi. Pada aku ok dah....kira success gaklah sebab kekanak ni bleh bagitau balik apa yang ade dalam sebatang rokok n akibatnya jika mengamalkan tabiat merokok nih.....huhuhuhuhu harap2 kekanak ni semua akan ingat sampai bila2 apa yang aku sampaikan nih......eeeeeeaaaiiii cikgu pun sesak nafas dengan asap rokok tau! heheheh

Ahhhhhh....Tuesday, hari yang memenatkan. Hari ini waktu pembelajaran berlangsung selama 270 minit termasuklah 20 minit waktu rehat untuk kanak-kanak riang di SKTP ni. So kira-kira waktu pembelajaran kanak-kanak ini untuk sepanjang hari ini 250 minit la kan.....

Untuk aku, cikgu kepada kanak-kanak riang ni pulak....huhuhuhu I hate tuesday...coz waktu pengajaran yang perlu aku hadapi 180 minit lamanya....dan waktu senggang yang aku miliki untuk hari ini cuma 70 minit sahaja (180 + 70 = 250 kan kan kan ). Itu jika tiada sebarang mesyuarat dan surat relief la. Macam hari ni aku perlu menghadiri mesyuarat PPSMI untuk kali yang ke-4 bagi tahun ini. Habis dah waktu senggang aku untuk 20 minit yang pertama. Malah perlu ditambah waktu bertugasku 20 minit lebih awal....coz mesyuarat bermula sekitar jam 12.20 tengahari. Kira pukul rata jumlah waktu bertugas aku untuk hari ini selama 200 minit semuanya dengan waktu senggang cuma 50 minit sahaja.....huhuhuu cam xde free kan.....? (coz waktu p&p kan ke 250 minit?) . But....aku redha je....dah kerja aku macam tu kan....tu la aku xde nak komen ape2 bila ade mulut2 yang berkata susah ker jadi cikgu ni??? Actually jawapannya sangatlah subjektif...terpulang kepada individu guru itu sendiri untuk membuat penilaian terhadap profesionnya sendiri.

Kepada guru yang benar-benar 'berjiwa' guru, aku kira segala susah payah apalah sangat jika hasilnya nanti seorang perdana menteri yang berjaya memimpin negara, jika hasilnya nanti seorang cendiakawan yang budiman, apalah sangat tugas lebih masanya, jika hasilnya nanti seorang pemimpin yang berjaya memimpin keluarganya sendiri walaupun hanya sebuah keluarga yang kecil. Apalah sangat pengorbanannya jika suatu hari nanti hasilnya insan yang menyumbang kepada pembangunan dan kejayaan negara. Jom cikgu2....kita renung sama2. Kita ni guru yang berjiwa guru ke ? atau guru yang berkira elaun ke? hehehehehe jangan sesapa kecik ati ekkkkk !!!!
.

21 September 2008

Istimewanya menjadi perempuan

Untuk renungan kita bersama!! Bagi kaum hawa, bersyukurlah kerana awak seorang wanita dan patuhilah perintah Allah.Wassalaam

ISTIMEWANYA PEREMPUAN ISLAM

Kaum feminis bilang, susah jadi perempuan Islam, lihat saja peratuan dibawah ini :-

- Perempuan auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki,
- Perempuan perlu meminta izin suaminya apabila mau keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya,
- Perempuan saksinya kurang dibanding lelaki,
- Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki,
- Perempuan perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak,
- Perempuan wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat kepada istrinya,
- Talak terletak ditangan suami dan bukan ditangan istri,
- Perempuan kurang dalam beribadah karena masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Kenyataannya...

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan disayang serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Tentunya intan permata tidak akan dibiarkan terserak bukan? Demikian halnya dengan perempuan dan auratnya.

Perempuan perlu taat kepada suaminya, tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang perempuan?

Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki, tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima warisan, perlu menggunakan hartanya untuk istri dan anak-anaknya.

Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tatapi setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah di muka bumi ini, dan jika meninggal karena melahirkan adalah syahid.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan diminta pertanggung jawabannya terhadap 4 perempuan, yaitu istrinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Sedangkan seorang perempuan, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki yaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang perempuan boleh memasuki pintu surga melalui pintu surga manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat yaitu sholat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah, tetapi perempuan jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggung jawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berjihad tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya Allah....begitu sayangnya Allah kepada perempuan.

23 Mei 2007

Ketam mengajar anak berjalan lurus

Ramah mesra dengan sesiapa sahaja akan memudahkan diri kita untuk didekati oleh sesiapa sahaja. Keramahan menunjukkan kemesraan. Jangan terlebih ramah, susah juga . Itu sebab kita digalakkan bersederhana sahaja dalam banyak perkara.

Peperiksaan pertengahan tahun di sekolah tamat hari ini. Memberikan peluang untuk beramah mesra dengan murid-murid. Anak-anak kecil ini mudah untuk berkongsi cerita, apatah lagi apabila mereka berasa selamat tatkala bersama kita.

Pendekatan ini (ramah) boleh juga kalau cikgu sekolah gunakan untuk mendekati murid-muridnya. Pasti banyak cerita akan kedengaran. Pelbagai aduan bakal disampaikan. Walaupun sekecil kuman, cikgu yang ramah itulah yang akan dicarinya!!!

Hingga hal-hal peribadi pun murid-murid sekarang tidak segan silu untuk ditanyakan kepada guru mereka.Pelbagai soalan ditujukan. Dan selaku guru haruslah bersedia untuk menjawabnya.Tapi haruslah berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata. Tersilap bahasanya boleh tersilap tafsirannya.

Kepercayaan mereka pada gurunya juga membolehkan mereka ke tahap berkongsi rahsia bersama gurunya. "Cikgu....nak tahu tak saya ada rahsia pasal cikgu **** " antara ayat-ayat yang mungkin pernah sampai ke telinga para guru."Tapi...cikgu jangan cakap dengan sapa-sapa tau...ini rahsia" . Kata-kata itu bukanlah keluar daripada murid berumur 12, 16, atau 17 tahun sahaja. Malah juga daripada murid yang baru menjangkau 8 tahun.

Wahai cikgu-cikgu sekalian, sedarilah perlakuan kita sememangnya menjadi perhatian murid-murid kita. Bahasa kita walau senakal mana pun murid tetap sampai kepada pendengaran mereka.Ramah dan rapat bagaimanapun kita bersama murid kita , kita tetap perlu berwaspada dengan tingkah laku dan pertuturan kita. Apa yang didengar,dilihat akan tetap menjadi contoh!

Jangan sampai satu hari nanti kita akan terdengar " Fariz mana?" "Entah, dah pergi mati kat belakang sana". Aduh itukah bahasa anak merdeka? Di tanya guru yang mendengar..."Eh, kenapa cakap macam tu?". "Cikgu **** cakap macam tu, boleh!"

Macam mana nak membela ya? Awas cikgu , guru di sekolah sewajibnya mengajar budi bahasa yang penuh kesopanan dan bukan sebaliknya, gara-gara keramahan yang berlebihan membuatkan kita lupa yang berhadapan dengan kita itu adalah waris yang bakal menjunjung adat budaya dan kesopanan.

Bersopanlah kita sebelum kita mengajar anak murid kita erti budi bahasa dan kesopanan.Jangan menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus!!

10 April 2007

Alahai Peperiksaan!

macam-macam rasa!Hari ini aku berkesempatan untuk menambah entri lagi. Almaklumlah sedang bercuti mc. Demam. Alhamdulillah esok aku akan kembali menjalankan tugasku seperti sediakala. Cuma aku agak terkilan sedikit sebab tidak berkesemptan meninggalkan pesanan kepada anak-anak didikku yang ketika ini sedang menjawab kertas ujian bulanan yang kedua.
Pagi tadi juga ada sahabat yang prihatin kepada kerisauanku mengenai keputusan ujian etems yang telah dijalani. Nyata kerisauanku benar, aku tidak bernasib baik. Terpaksalah aku menghabiskan cuti sekolahku kelak menghadiri kursus dan peperiksaan yang telah disediakan oleh pihak atasan untuk kami yang tidak lepas ujian ini. Alhamdulillah, dalam sedih aku masih bersyukur kerana masih ada peluang untuk kami mempertingkatkan ilmu kami dengan adanya kursus itu.
Tapi di mana ya agaknya kesilapan dan kesalahan itu? Teman-temanku juga agak kaget dengan keputusan yang keluar. Mana tidaknya keputusan MUET yang kududuki tahun lepas ( 2006) agak baik(bukannya sudah berlalu bertahun-tahun lamanya pun....x sampai setahun pun). Cukup syarat malah lebih pun mengikut syarat lulus OUM yang diperlukan.Nampaknya aku masih perlu mendaftarkan namaku untuk ujian MUET yang akan datang. Kali ini untuk mengekalkan status guru etems pula. Agaknya kalau 3-4 bidang aku ceburi maka 3-4 kali MUET aku perlu hadiri. Untung ya mereka?
Tapi dalam kemurungan pun aku masih redha, aku akan tunggu dan lihat apakah hikmah yang telah / sedang menanti aku dihadapan.Pasti ada.kan? Semoga dengan kursus yang bakalku duduki ini juga akan membantu aku untuk pengajianku di OUM.

27 Mac 2007

Guru dan bidangnya....

Antara aktiviti yang dijalankan ketika Perkhemahan Unit Beruniform 2006
Setiap orang ada cita-cita sendiri. Kita tanya saja kepada budak-budak sekolah sekarang, ada yang nak jadi cikgu, polis, tenteta, peguam, doktor, jurutera....dan macam-macam lagilah.Saya pernah juga terdengar ada yang nak jadi penjaga kedai! Opsss....jangan di pandang rendah. Mungkin kedai yang dia bayangkan sekarang hanya sekadar kedai biasa, kitalah yang boleh ubah persepsi kedai supaya menjadi supermarket atau hypermarket ke....tak hebat ke?
Berbalik kepada yang nak jadi cikgu, pun tak kurang ramainya, tapi sudah faham benarkah mereka dengan identiti seorang cikgu. Atau yang mereka nampak gaji besar, kerja separuh hari, tiap-tiap tahun pasti dapat hadiah sempena hari guru?
Kepada yang sedang bercita-cita untuk menjadi cikgu, sila fikirkan yang lebih jauh lagi. Kalau setakat yang tersenarai tu, ada baiknya carilah cita-cita yang benar-benar akan menjadikan kalian anggun, malah hebat.Menjadi guru tidaklah semudah yang disangka, mentelaah pula di zaman siber yang serba canggih.
Jika di maktab/universiti bidang anda adalah matematik , Itu bukan lah alasan untuk anda menyatakan anda lemah dan tidak mampu untuk mengajar pelajaran di luar bidang anda. Berusahalah supaya anda baik dalam semua bidang,kerana guru seharusnya tahu banyak perkara. Luaskan pengetahuan dan tolong tidak menyempitkan ruang anda sebagai guru. Baik dan bagus di dalam bukan bidang dan seharusnya anda hebat di dalam bidang anda. Nah, itulah guru yang asli!
Bagaimana untuk menjadi baik serta hebat? Belajarlah. Tidak semestinya setelah anda mengajar maka anda berhenti belajar. Guru harus sentiasa belajar agar tidak putus ilmu yang hendak di ajarkan kepada orang lain. Tidak begitu?
Biarlah apa orang lain nak kata "nak naik gaji lagi ke, maka sambung belajar?" . Yang penting nawaitu untuk menyebarkan ilmu yang terkini agar bangsa dan negara tidak ketinggalan.
Di sekolah sudah maklum, ada ramai guru yang mahir dalam bidang masing-masing. Apalah salahnya guru menjadi pelajar kepada rakan sejawatnya. Dan tidak ada anehnya guru menjadi guru kepada rakan sejawatnya. Sama-sama akan mendapat faedah. Secara tidak langsung semua guru akan menjadi mahir dalam semua bidang. Tidaklah bergantung harap kepada guru bidang semata-mata. Andaikan jika guru bidang tidak ada, tidaklah terkontang kanting kelemasan kerana ada pelapisnya.
Kepada guru yang ada rakan sejawat memohon untuk menjadi pelajar anda , jangan pula anda berasa berat hati untuk menurunkan ilmu. Ilmu itu ALLAH amanahkan kepada anda untuk dikongsikan juga dengan orang lain. Maka berkongsilah, insya'allah ilmu anda akan bertambah hebat.
Guru sesama guru harus bersama-sama menaikkan taraf guru. Jika tidak siapa lagi? Seperti entri saya yang lalu, pengetahuan, pengalaman jangan ditunggu kedatangannya kepada kita. Tetapi kitalah yang harus mencarinya untuk kesejahteraan semua.
Jadilah guru yang asli bukan klon. Saya sendiri masih berusaha kearahnya.Tulisan ini sekadar menjadi peringatan kepada semua yang bergelar guru, bakal guru dan sebenarnya untuk diri sendiri juga.
Almaklumlah dek kerana terlampau banyak tekanan adakalanya kita terlupa siapakah sebenarnya insan yang digelar "GURU"....."CIKGU"....sehingga terlupa juga amanah yang diamanahkan kepada kita.

19 Mac 2007

"Kenapa?"

mendamaikan pandangan"Kenapa?" Kata tanya 'kenapa' ini kerap digunakan oleh anak-anak zaman IT ini. Jika kita amati setiap kali ada larangan jangan, maka kata tanya 'kenapa' ini akan berada di bibir.Cubalah berikan pernyataan jangan kepada anak-anak kita, tunggu dan lihat responnya. Walaupun tidak semua tetapi hampir kebanyakkan daripada mereka pasti mahukan penjelasan.

Pemikiran anak-anak zaman ini sudah tinggi dan adakalanya melebihi had umur anak itu sendiri. Jangankan anak remaja, anak kecil yang baru sekolah tadika pun banyak persoalan yang diutarakan. Semakin membesar anak-anak hari ini semakin berat persoalan yang diperlukan untuk penjelasan.

Suatu perkembangan yang agak sihat. Anak-anak ini menunjukkan minatnya untuk mengetahui sesuatu. Perasaan ingin tahu inilah yang perlu diselia oleh orang yang lebih dulu makan garam. Mereka harus diawasi dan dibimbing agar tidak tersalah mencari penjelasan dan agar sentiasa berada di kawasan yang selamat.

Untuk itu, apakah mereka-mereka yang lebih berpengalaman bersedia untuk bersama-sama bagi memberikan tunjuk ajar dan pengalaman kepada anak-anak yang sedang mahu meneroka hidup? Cuba renungkan seketika , apakah setelah menjadi seseorang, kita juga telah bersedia untuk membantu seseorang yang lain agar menjadi seseorang? Dan setelah semua persoalan 'kenapa' terjawab, kita mungkin perlu bersedia dengan persoalan 'bagaimana' pula.

Kenapa perlu pengalaman? Bagaimana untuk dapatkan pengalaman?

Belajar sebenarnya tidak pernah berehat.Sama seperti masa yang tidak pernah berhenti walaupun sesaat.......

18 Mac 2007

Belajar dan belajar

Tekun...menyiapkan latihan yang diberi
Belajar itu satu tugas bagi setiap individu. Tidak kira tua atau muda. Manusia seharusnya tidak berhenti belajar untuk menjadi seseorang yang boleh digelar "Insan". Pembelajaran adalah sepanjang hayat. Itulah sebabnya sampai ke liang lahat pun kita masih lagi belajar.

Belajar tidak kira di mana-mana pun kita berada. Ianya satu maah dan tanggungjawab terhadap diri kita sendiri.Seharusnya juga kita menanamkan rasa minat untuk belajar kepada anak-anak yang masih kecil. Mereka ini tidak patut jemu untuk mengutip ilmu sebagai bekalan disepanjang perjalanan hidupnya.
Ilmu-ilmu ini pastinya akan berguna dan membawa maanfaat yang maha besar kelak. Tidak semuanya akan segera menunjukkan hasil setelah kita menjayakannya. Pokok pun berbuah hanya apabila sudah tiba masanya.
Kita harus menjadi seseorang. Lakukanlah sesuatu melebih orang lain walaupun hanya selangkah ke hadapan. Saya akan ingat pesanan majikan saya yang saya panggil ayahanda di sekolah. Pengalaman ayahanda yang pernah diceritakan kepada saya akan saya jadikan tauladan untuk saya menjadi seseorang.
Pengalaman adalah pengajar yang terbaik untuk seseorang. Kita harus lakukan sesuatu untuk mendapatkan pengalaman itu. Itu adalah sesuatu yang pasti. Jangan tunggu untuk disuapkan pengalaman tetapi carilah pengalaman.