Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Benarkah Robby Calon PAS Paling Sesuai di Sibuti?!?!!?



Kalau benarlah Robby akan mewakili PAS di Sibuti seharusnya sedikit sebanyak kita perlu tahu siapa lawan kita ini.. Daripada risikan2 sahih lawan ini bukan budak biasa .. mari kita kenal sedikit sebanyak tentang calon utama PAS ini..
- Robby ini adalah iban Islam pertama era generasi baru yang sangat berjaya di channel TV iaitu TV Al Hijrah dan desas desus dia tengah mendapat surat tawaran pingat kebesaran di 2 negeri di semenanjung Malaysia sebagai ikon Iban ISlam pertama menjadi kebanggaan orang sarawak juga.

- Robby ini iban pertama juga sebagai ikon iban Islam yang bukan sahaja boleh berbahasa iban malah dia ni boleh berhasa cina, arab, english dan lebih2 lagi melayu.

- Dan satu risikan yang mungkin boleh membangunkan sentimen yang mungkin kita tidak jangka keluarganya adalah keluarga keturunan campuran dan dia ni Robby merupakan tanah cucu dari keturunan Datuk Edward Jeli.

- Moyang nya juga seorang penghulu yang amat terkenal iaitu Penghulu Sibak dan keturunan keluarga2 dia ini ramai yang jadi ketua kaum/kampung dan juga penghulu2.. Difahamkan sedara maranya sangat ramai malah ada yang jadi tuai rumah di kebanyakan kampung2 iban dari niah, sepupok,skaloh,Seloi, Kelitang, Lambir dan ramai juga sedara dia ni di Taman Tunku...

- Ada juga dari sumber terdekat yang sangat sahih pakciknya adalah penghulu kampung melayu/kedayan di bekenu. ini tak termasuk beberapa nama tuai rumah yang sangat rapat dgn arwah neneknya Seripah dan Kilau... tebaran keluarganya sangat ramai di baram dan sibuti...

JAdi ini menjadi indicator kepada kita agar jangan memandang rendah siapa dia Robby ini.. Skrg dia telah menjadi kebangaan orang2 Iban terutama dari kaum keluarganya yang sangat ramai di sibuti, baram dan Miri.. PErtaliannya sebagai cucu menakan Edward Jeli sedikit sebanyakan akan melonjakkan calon ini menjadi sangat diterima oleh orang Iban dan kebolehnnya berbahasa cina tidak musthil sokongan penuh dari masyarakat cina kepada calon ini ...

JAdi kita jangan sekali2 pandang rendah pada PAS dalam soal ini kerana kekuatan calon ini sendiri akan menepis sentimen agama dan kaum.. makin kita melemparkan serangan kepada calon ini secara peribadi kita seolah2 melemparkan sentimen kepada orang2 iban dan mungkin ramai orang iban akan tersinggung dgn kita,.. Harap info ini menjadi panduan kepada kita kalau boleh kita tarik calon ini sebelum dilepaskan betul dia bertanding dan menjadi senjata terkuat utk menawan hati pengundi...

Robby bukan Iban Islam yang pertama kerana di Sarawak terdapat ramai lagi orang Iban yang berjaya dan telah memeluk Islam!!??  Sekiranya Robby benar-benar disayangi dan dikagumi oleh sanak-saudaranya di Niah kenapa dia perlu menginap di hotel One Niah Caves Inn di bawah nama Firdaus Muhamad?!!

Inilah indicator yang menyatakan Robby sudah belot dua kali!!?/ Pertama dalam agamanya dan kedua dalam parti politiknya!?!? Bak kata bapa saudara Robby, baru sekarang ingat induk bapak!!??  Sebelum ini tidak kenal pun siapa induk bapaknya!!!?

Tuesday, February 14, 2012

PAS Nik Aziz Azankan PKR Anwar Ibrahim!!??

Anwar baru kena bang atau azan!!?? Begitulah cara yang terbaik untuk membetulkan orang telah rosak akidah dan akhlak ini!!?? Memetik Nik Aziz yang menyatakan bahawa adalah haram untuk mengiktiraf negara haram iaitu Israel!!??


Nik Aziz, Majlis Syura Ulama PAS Gesa Anwar Tarik Balik Kenyataan Berhubung Israel

KOTA BAHARU, 14 Feb (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan beliau yang menyokong semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel.

Nik Abdul Aziz berkata Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat di Kuala Lumpur semalam, memutuskan supaya Anwar menarik balik kenyataan beliau mengenai Israel itu yang dilaporkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ).

"Sekiranya The Wall Street Journal ini tidak tepat melaporkan kenyataannya sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri (Anwar), kita harap Datuk Seri saman WSJ," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan malam Anggota Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada Isnin.

Anwar sebelum ini dilapor menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemu ramah akhbar The Wall Street Journal.

Nik Abdul Aziz berkata sepucuk surat yang meminta Anwar menarik balik kenyataan tersebut dan ditandatangani beliau pagi tadi, telah dihantar kepada ketua pembangkang itu.

"Kita sebagai kawan, kewajipan kita ialah tegur-menegur, apa yang kita tengok pada kawan kita tidak betul, kita tegur dan apa yang kawan kita tengok tidak betul pada kita, dia kena tegur kita. Itu ajaran agama Islam.

"Saya sudah tunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang kawan, sebagai Mursyidul Am PAS supaya dia tarik balik kenyataan dia mengenai Israel," katanya.

Dalam satu kenyataan berasingan, Menteri Besar Kelantan itu berkata keselamatan negara haram seperti Israel bukanlah tanggungjawab orang Arab atau umat Islam kerana negara itu sendiri ditegakkan atas dasar kezaliman.

-- BERNAMA

Wednesday, December 28, 2011

PAS Jadi Parti Ramalan Pula?!!!

Selepas memutuskan untuk menggugurkan Negara Islam dan menggantikan kepada Negara Kebajikan, Setiausaha Agung PAS kini menjadi ahli nujum?!?!  Mustafa Ali telah memberi ramalan!!??  Ramalan umpama ahli nujum?!!  Selepas ini apa pula?!!?  Sebelum ini Nik Aziz digelar Nabi!??  Anwar Ibrahim pula menjadi Imam Mahdi?!!?  Pelik betullah perangai Pakatan Rakyat yang haram ini!??!
Pas Ramal Pilihan Raya Umum Mac Depan 
 
28 Disember, 2011 16:31 PM
 
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) - PAS meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan Mac tahun depan dengan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan paling cepat selepas sambutan Hari Tahun Baru Cina pada 23 Jan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata selepas dibubarkan, masih ada tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya dan secara kasarnya tarikh berkenaan akan jatuh pada bulan Mac.

Ini termasuk tempoh untuk penamaan calon dan persediaan-persediaan lain, katanya.

"Sebenarnya kita sudah bercakap mengenai perkara ini sudah lama iaitu dua atau tiga bulan lepas. Pilihan raya umum tak akan diadakan pada 2011," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Mustafa berkata Barisan Nasional (BN) akan mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan masyarakat Cina pada sambutan Tahun Baru Cina nanti.

Beliau berkata pilihan raya juga perlu diadakan dalam tempoh itu kerana mendakwa kerajaan bimbang dengan krisis ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah akan memberi kesan kepada negara.

Sementara itu, dalam web rasmi PAS, Mustafa berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan laporan media dan ramalan awal tentang status ekonomi negara.

Beliau juga berkata PAS tidak mengharapkan masalah dalaman Umno dan BN untuk menang pilihan raya akan datang.

Tempoh penggal Parlimen sekarang hanya akan berakhir pada Mac 2013.

-- BERNAMA

Tuesday, December 6, 2011

Pakatan Haprak Kata 20 Peratus Konon Muka Baru?!! Pigi dah!!!?? Serupa Lidah Bercabang!!??

Berikutan daripada kenyataan MB Kelantan semalam, maka Apai John akan menyerang Kelantan dengan fitnah yang pernah digunakan untuk Sarawakerepot!!??  Kali ini Kelantankerepot akan dilancarkan agar Nik Aziz berundur sepertimana yang pernah dibuat ke atas Pehin Sri!!??

Apakah reaksi blogger PAS untuk menyekat kemarahan Apai John yang tidak suka orang politik memegang parti terlalu lama???  Mungkin lebih ramai lagi yang akan menjadi seperti Francis Siah di Kelantan?  Tukang kasut pun tidak apa janji berjaya menyuruh Nik Aziz untuk berundur?!!  Begitulah Francis Siah, tidak kenal pun siapa dirinya tiba-tiba mahu Pehin Sri berundur!!???  Setakat boleh membawa beratus orang untuk berhimpun nampak gayanya rempit di Pulau Pinang lagi hebat kerana berjaya memberi kesan kepada Lim Guan Eng untuk membina litar lumba!!??  Walaupun belum terlaksana namun setelah mendirikan Kampung Buah Dada maka adalah nanti sebuah litar lumba di tengah Kampung Buah Dada di tapak Kampung Buah Pala suatu masa dahulu!!??

Adakah Karpal Singh akan menjadi seperti Salleh Jaaparuddin yang akan bermati-matian menjual jam Rolex palsu untuk diagihkan di sekitar rumah Orang Asli di Kelantan bagi memastikan Nik Aziz berundur dan tidak menjalankan Hukum Hudud??!!

Pembangkang Tak Mahu Beri Laluan Kepada Yang Muda, Kata Shafie 
 
BERNAMA 06 Disember, 2011 20:19 PM 
MIRI, 6 Dis (Bernama) -- Pakatan pembangkang tidak mahu memberi laluan kepada generasi muda untuk mengambil alih kepimpinan mereka, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, Selasa.

Katanya ini jelas terbukti daripada kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam yang mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurut Mohd Shafie, pendirian Nik Abdul Aziz, 80, ini bertentangan dengan langkah Barisan Nasional (BN) yang bersedia meletakkan lebih ramai calon muda dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita sudah bersetuju untuk mengetengahkan calon muda supaya dapat menjadi barisan pelapis kepada kepimpinan yang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek bekalan air luar bandar di Kampung Kuala Sibuti di sini, Selasa.

Katanya hanya rakyat yang akan dapat menentukan sama ada akan terus menyokong pemimpin yang sudah berumur ataupun memilih mereka yang lebih muda.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata beliau yakin Sabah dan Sarawak akan terus kekal sebagai kubu kuat BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya tiada sebab untuk rakyat Sabah dan Sarawak untuk memberi sokongan kepada pihak pembangkang yang baru-baru ini mempersoalkan keputusan kerajaan untuk menyalurkan peruntukan besar kepada kedua-dua negeri ini.

Katanya kemudahan asas khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak masih kurang dan memerlukan peruntukan yang besar untuk dibangunkan.

Hakikat inilah yang menjadi landasan kepada kerajaan untuk memberikan keutamaan kepada Sabah dan Sarawak supaya rakyat khususnya di luar bandar dapat menikmati pembangunan yang lebih baik lagi, katanya.

Monday, December 5, 2011

PAS Patut Ambil Tindakan ke atas Dakwaan Nabi Palsu!!??

Bab-bab agama ni  memang sensitif, apalagi apabila Rukun Iman telah dilanggar oleh anggota PAS?!!  Bagaimana Nik Aziz boleh menjadi Nabi sedangkan dia bukan Nabi!?? 

Atau terdapat ajaran baru yang telah mengiktiraf Nik Aziz sebagai Nabi kerana sesungguhnya ini bukan salah satu ajaran Islam?!!  Mungkin Ustad Boodak ni dah dirasuk patung Budha yang banyak di Kelate???!!!
Kufur samakan dengan nabi
 
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my
ABDULLAH SA‘AMAH
KOTA BHARU 4 Dis. – Sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Malah mereka turut mendesak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) mengambil tindakan ke atas Shamsul Zaman Sukri atau ‘Ustaz Budak’ kerana bimbang ucapan orang fanatik seperti itu akan menjadi wabak dan malapetaka kepada masyarakat.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah berkata, punca utama perkara tersebut berlaku adalah disebabkan jahil agama dan sikap terlalu mendewa-dewakan pemimpin.

“Orang Pas sememangnya taksub kepada pemimpin mereka dan tidak pelik perkara ini berlaku kerana sejarah telah membuktikannya, sebagai contoh di India kumpulan Qardiyani menganggap pemimpin mereka sebagai nabi.

“Hadis ulama pewaris nabi yang digunakan oleh Shamsul Zaman untuk merujuk Nik Aziz nabi adalah salah, ahli sunnah memahami ulama pewaris nabi dalam ilmu hukum dan meneruskan misi dakwah dan bukan menjadi nabi, kalau begitu semua ulama dari zaman Rasulullah SAW sehingga sekarang berjuta-jutalah nabi.

“Kecintaan ‘Ustaz Budak’ itu kepada Nik Abdul Aziz keterlaluan dan melampaui batas sehingga mendewa-dewakannya melebihi segala-galanya sehingga tidak sedar batas-batas perkataan yang boleh membawa kufur atau murtad,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) supaya MAIK menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Abdul Aziz dengan nabi.

Desakan tersebut dibuat selepas sebuah portal detikaperubahan.com mendedahkan rakaman video yang menunjukkan Shamsul Zaman telah menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi berasaskan hadis, ‘ulama adalah perwaris nabi’.

Sementara itu, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Nik Abdul Aziz juga perlu bertanggungjawab dalam isu tersebut kerana sikapnya yang membentuk penyokong Pas menjadi taksub dan menanam kebencian kepada umat Islam dalam UMNO.

“Pada setiap minggu di hadapan Pejabat Pas Kelantan, Nik Abdul Aziz mengajar orang ramai supaya menganggap orang UMNO tidak Islam kerana mahu orang UMNO dan Pas bermusuh serta menanam benih-benih benci terhadap pemimpin parti itu.

“Dia turut bertanggungjawab dan jangan mendiamkan diri, kerana membenarkan pembohongan dan terlalu suka kalau dia dipuji dan dipuja,” katanya yang secara sinis bertanya adakah Ustaz Budak itu sudah mumayiz, dapat membezakan baik dan buruk atau akil baligh sehingga mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Jurucakap sebuah pertubuhan yang menghimpunkan warga institusi pondok tradisional, Minda Pondok, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman pula berkata, Shamsul Zaman wajib bertaubat kerana kenyataan itu amat bertentangan dengan Islam.

“Hadis nabi yang sahih sudah jelas iaitu ‘tiada nabi lagi selepas aku’. Jadi bagaimanapun pula kita boleh samakan Nik Abdul Aziz dengan nabi.

“Dalam Islam mengaku Imam Mahadi pun haram apatah lagi nabi, dahulu al-Arqam dikenakan tindakan kerana pemimpinnya mengaku Imam Mahadi, sebab itu JAIK kena ambil tindakan,” katanya.

Wednesday, November 16, 2011

Puak Pembangkang Mesti Sakit Hati!!??

Kajian UIA mendapati populariti Najib meningkat manakala ketua pembangkang 3 stooges pula merosot?  

Biar betik?!!  Adakah laporan ini berdasarkan data yang sahih?  Begitulah komen Rafizi Romen nanti dan Saifuddin Naksution pula akan menangkis kesahihan kajian manakala Nurul Izzah pula akan menjinjing barangan KR1M sambil menghayun-hayunkan botol kicap dengan tidak puas hati!!??  Manakala Wardina akan mentwit kan blogger pro-UMNO tidak pandai blogging sebab dah sah Wardina nak bertanding jadi mangkuk Parlimen!!??  Kalau tidak pun dia akan marah Nik Aziz, Anwar dan Guan Eng agar belajar dulu cara untuk menjadi popular bukan ikut suka cakap sahaja??!!

Tapi kalau betullah populariti Najib semakin naik kenapa anggota DAP masih menjual burung Ubah dan majalah Ubah semakin banyak bertimbun di kedai-kedai buku di Miri seperti di Belle's Bookstore?!!?? 

Populariti Najib meningkat; Anwar, Nik Aziz dan Guan Eng merosot : Kajian UIA

16/11/2011 -Bernama

Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dengan mantap sejak 2009 tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 
 
Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003 manakala Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot.

Prof Datuk Syed Arabi Idid dari Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.

Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri daripada pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu.

Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah.

"Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib," katanya.

Pada Okt 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.

"Hakikatnya rakyat kini lebih bersedia menerima Datuk Seri Najib sebagai pemimpin mereka," kata Syed Arabi yang menjalankan kajian mengenai populariti pemimpin-pemimpin sejak 1989.

Mengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, beliau berkata ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal.

Azrul Hisyam, yang menyelaras kajian itu, berkata kajian yang sama mendapati rakyat Malaysia masih memandang tinggi Dr Mahathir dan segala sumbangannya.

Purata 74 peratus daripada responden dalam soal selidik itu menunjukkan mereka menyanjungi Dr Mahathir sepanjang kajian empat tahun itu.

Azrul Hisyam berkata rakyat Malaysia melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang telah membuktikan kebolehannya dan masih lantang bersuara.

"Mereka melihat beliau sebagai pemimpin teladan," katanya.

Sunday, November 6, 2011

Nik Aziz Tidur...

Malas nak bangun atau umur dah lanjut??  Walau apa jua situasi beginikah seorang MB beradab di dalam masjid?  Kalau nak tahu cerita selanjutnya silalah ke pautan ini

Wednesday, October 26, 2011

Bongkar!!! PAS Parti Angkat Senjata?

Ustaz Saidi kali ini dibogelkan oleh Gomo dan taipingmali... Apa tujuan mereka berseronok di Selatan Thailand?!! Bukannya kahwin baru tapi main senjata api?  Apa tujuan Ustaz Saidi belajar senjata api?  Bukannya ada kem menembak di Kelantan?!!  Ini sudah mendatangkan kemusykilan ini!!??
Apa Motif PAS Wujudkan Kem Bersenjata Di Selatan Thai?

Wednesday, October 26, 2011
papagomo

Video diatas menjelaskan mengenai kewujudan Kem Latihan Ketenteraan buat Ahlol PAS terutama yang menjawat jawatan Pengawal Keselamatan PAS di Selatan Thailand.

Mengikut apa yang dinyatakan oleh Ustaz Saidi, mereka yang mendapat latihan dikem tersebut diberi latihan pertempuran dan juga Senjata.

Apakah pihak Keselamatan Malaysia terlepas pandang dengan apa yang telah dinyatakan oleh Ustaz Saidi ini? APakah kita sebagai kerajaan yang berdaulat membiarkan pekara ini wujud?

Al Maunah merupakan ahli PAS yang juga mendapat latihan ketenteraan di Selantan Thai sebelum bergiat aktif dan kemudiannya melakukan peperangan ke atas YDP Agong dan Kerajaan Malaysia. Apakah kita lupa?

Isu Al Maunah turut disokong PAS dengan menyatakan sokongan mereka ke atas Al Maunah. Apakah kerajaan terutama pihak Keselamatan seperti PDRM, TENTERA, MKN, dan lain lain agensi hanya menutup mata diatas apa yang dilakukan PAS ini?

Gomo yakin jika Kelantan Tumbang pada PRU 13 ini dan negeri tersebut berada dibawah pentadbiran Barisan Nasional adalah tidak mustahil akan wujud persekentaan yang mana mungkin akan mengakibatkan kehilangan nyawa.

Pohon Pihak Keselamatan Negara PDRM,TENTERA, MKN dan mana mana agensi yang berkenaan menyiasat secara detail apa yang dinyatakan oleh Ustaz Saidi sepetimana didalam Video diatas.

Jangan Biarkan Pekara Ini Membawa Musibat kepada negara Malaysia.


Psssttt.. Dasyat depa gunakan duit untuk buat semua tu, Babi lah PAS ni

Tuesday, November 2, 2010

PAS Menangguk di Air yang Keruh

Sudahlah jatuh ditimpa tangga.  PAS yang baru didedahkan dengan isu rasuah terhadap orang Asli kini hilang arah untuk meneruskan jentera pilihanraya mereka.  

PAS sudah mati kutu dan mula mengamalkan politik kotor iaitu politik wang.  Baru-baru ini sprm disuruh menyiasat isu pengundi luar yang diberi wang sogokan untuk mengundi PAS menjelang PRK Galas.  Belum habis isu ini kini timbul pula isu yang lebih panas.  


Bagaimana boleh terlepas gambar Nik Aziz memberi sedekah berupa rasuah kepada penduduk orang Asli di Galas.  Ini memandangkan mereka yang baru ditipu mengenai sijil tanah seperti mana yang telah berlaku pada tahun 2007 lepas.  Kenapa PAS sanggup mengulangi taktik kotor ini?  Adakah PAS sudah kehilangan modal dan arah untuk menggerakkan jentera pilihanraya mereka? 

Kerajaan Pas berbohong - Ku Li
TENGKU Razaleigh Hamzah bersama Datuk Mustapha Mohamad serta calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff menjulang Piala Malaysia selepas meraikan pemain Kelantan pada Piala Malaysia di Dataran Kesedar, Gua Musang, semalam.

GUA MUSANG 1 Nov. - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Kerajaan Pas Kelantan berbohong apabila menuduhnya menghilangkan dokumen penting berkaitan masyarakat Orang Asli di negeri ini ketika kerajaan campuran Kelantan di antara Parti Melayu Semangat 46 dan Pas berpecah kira- kira 14 tahun lalu.

Tegas beliau, ia adalah rekaan semata-mata malah hal ehwal mengenai Orang Asli tidak pernah dibincang dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang mewakili kedua-dua parti ketika itu.

Jelasnya, beliau sendiri yang berusaha memberikan tanah kepada mereka melalui kuasa pegawai daerah yang menguruskan tanah mengikut dasar kerajaan negeri bukannya melalui parti.

"Benda ini tidak betul. Saya pun hairan kenapa orang yang mewakili parti Islam berbohong macam itu kerana kita tidak pernah bincang soal Orang Asli.

"Orang Asli ada di Gua Musang jadi saya bertanggungjawab tetapi tidak pernah dibincangkan dalam Angkatan Perpaduan Ummah malah orang yang tuduh itu tidak pernah berada dalam posisi itu.

''Tetapi tidak apalah, tuduhan itu tidak betul, biarlah mereka jawab," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sebelum ini, Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika membuat tuduhan berkenaan ke atas Tengku Razaleigh menganggap Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) itu sebagai pengkhianat.

Tuduhan tersebut merupakan serangan peribadi terhadap Tengku Razaleigh meskipun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengeluarkan kenyataan untuk tidak berbuat demikian.

Selain itu, dalam siri kempennya Pas telah memulakan serangan peribadi terutama dalam butir-butir ucapan yang diberikan oleh penceramah pembangkang.

Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata, Barisan Nasional (BN) akan tetap meneruskan kempen secara berhemah dan tidak akan menyerang balik dengan cara yang sama.

Tegasnya, jentera pilihan raya BN akan meneruskan langkah mengutamakan perjuangan dasar parti dan tidak akan menyerang peribadi sesiapa pun.

"Kita tidak akan serang peribadi sesiapa walaupun saya ada menerima risalah menuduh calon Pas tetapi saya tidak mahu ini dilakukan malah saya mendapat maklumat ia daripada kalangan parti mereka sendiri.

"Bagaimanapun kita tetap tidak akan menyerang atau menuduh sesiapa kerana apa yang mahu kita serang hanya dasar kerajaan negeri," tambahnya.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More