Buku baharu: Zikir Selepas Solat - Antara Sunnah dan Bidaah
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Pengumuman lain
- Hits: 6083
Assalaamu`alaikom wa rahmatulaahi wa barokaatuh
Dimaklumkan bahawa buku Zikir Selepas Solat: Antara Sunnah dan Bidaah telah diterbitkan dan dijual di pasaran. Ia juga telah dimuat naik dalam format pdf. untuk bacaan secara percuma. Buku ini membincangkan tentang zikir selepas solat yang telah telah bercampur aduk antara amalan sunnah yang menjadi ibadah dan sunnah masyarakat tempatan.
Sila layari laman e-Buku Hafiz Firdaus Abdullahh untuk mula mentelaah perbincangan ini. Semoga dengan pendedahan ini, ibadah zikir selepas solat dapat dikembalikan di atas sunnah Rasulullah.
Wassalaamu`alaikom wa rahmatulaahi wa barokaatuh
E-buku baharu : Mencari Pahala Di Sebalik Perceraian.
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Pengumuman lain
- Hits: 5007
Alhamdulillah suka cita dimaklumkan penerbitan buku terbaru saya berjudul Mencari Pahala Di Sebalik Perceraian.
Perkahwinan apabila dilaksanakan dengan baik oleh pasangan menurut petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah, akan diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Akan tetapi tahukah kita bahawa perceraian juga, apabila dilaksanakan dengan baik oleh pasangan menurut petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah, turut diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala?
Selari dengan keadaan perkembangan media massa dan untuk menggalakkan pembacaan, buku ini diterbitkan dalam edisi PDF sahaja dan adalah percuma. Ia tidak dicetak untuk jualan.
Layari ruangan E-Buku Hafiz Firdaus Abdullah dari menu utama untuk mulakan pembacaan dan mendapat manfaat darinya.
Soalan 51: Bolehkah Mendoakan Keampunan Kepada Orang Kafir?
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
- Hits: 5777
Soalan: Bolehkah Mendoakan Keampunan Kepada Orang Kafir?
Jawapan:
Hukum mendoakan orang kafir terbahagi kepada dua keadaan. Pertama, Setelah mereka meninggal dunia. Dilarang mendoakan keampunan kepada orang kafir yang sudah meninggal dunia berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,
مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ.
Tidaklah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun bagi orang-orang musyrikin, meskipun mereka itu adalah kaum kerabat(nya), sesudah jelas bagi mereka bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahim. [al-Taubah 9:113]
Soalan 50: Bolehkah Mendoakan “Rest In Peace”?
- Details
- Written by Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
- Category: Soal-Jawab Adab-Adab Berdoa
- Hits: 5018
Soalan: Bolehkah Mendoakan “Rest In Peace”?
Jawapan:
Antara aqidah Islam adalah wujudnya soal jawab malaikat dan azab kubur kepada setiap orang yang meninggal dunia. Perkara ini benar-benar berlaku dan menggerunkan sehingga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sering berdoa perlindungan daripadanya dan mengajar kita agar melakukan hal yang sama.
Sa’ad bin Abi Waqash radhiallahu 'anh berkata,
إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَتَعَوَّذُ مِنْهُنَّ دُبُرَ الصَّلاَةِ:
Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lazimnya berlindung daripada hal berikut di penghujung solat (dengan berdoa),
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ العُمُرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ.
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada sifat pengecut, dan aku berlindung kepada Engkau daripada dikembalikan kepada umur yang menghinakan[1], dan aku berlindung kepada Engkau daripada fitnah dunia dan dan aku berlindung kepada Engkau daripada azab kubur.”[2]
Page 1 of 67