Showing posts with label orkid. Show all posts
Showing posts with label orkid. Show all posts

January 6, 2015

TeRaPi MinDa: OrKiD 2014


Hampir setahun tak bercerita 
tentang orkid.
Tak ada cerita pun cuma untuk
kenangan di masa hadapan elok juga saya
simpan gambar orkid  dalam blog ni.


Pokok pokok orkid saya tak ada yang mahal.
Asal bunganya cantik pada pandangan saya,
saya beli jer .




Saya suka bunga orkid ni sebab bunganya tahan 
lama, lebih dari sebulan. 



Orkid orang lain ada rumah/pondok tapi
orkid saya letak atas pagar sahaja.





Spesis yang bawah ni bunganya tahan berbulan-bulan,
texture macam baldu.








Salah satu nama orkid yang saya tahu ialah 
DENDROBIUM.

Sekian 


July 5, 2013

YanG Ni JeR RaJin

Kemalasan melanda sebab tu jarang-jarang
menghapdate blog sekarang.
Yang ni jer rajin skit, menepek gambar
bunga dan pokok-pokok yang
saya jumpa dan juga beli.

Terserempak dengan bunga ros jepun ni 
di depan bilik peperiksaan di sekolah ahad lepas.
Tertarik dengan warna yang menyerlah
terus snap.



Bunga orkid yang belum masuk blog lagi.
Yang terdahulu dah layu bunganya.

Bunga ekor kucing ni baru beli petang kemarin.
Sepatutnya digantung tapi tempat nak sangkut/gantung
tak ada jadi letak atas pagar saja dulu
sementara fikir nak buat tempat gantungnya.

Sama juga dengan pokok ni, baru beli juga.
Duk la atas pagar tu dulu.

Sewaktu membelek-belek pokok, burung
jiran datang ziarah hehe.

Burung Lebar..pandai dia posing.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sebelum basi wajib semadikan gambar ni..
Tradisional vs moden,
Pulut kuning vs Red Velvet cupcake.


Biskut raya tapi bukan untuk raya :)

Selamat menyambur Ramadhan Al mubarak


March 30, 2013

SeMua OrKiD Laa!


Ok..orkid kita berbunga lagi..
orkid yang sama macam dalam entri yang lepas lepas
juga yang dulu dulu.
tak ada masa nak tambah/beli yang lain.
Cuma yang ni entah dah kali ke berapa berbunga,
saya tak ingat!

tapi yang ni baru berbunga kali ke 2.


Ingat tak yang pokok-pokok orkid saya tak ada rumah atau pun 
pondok, saya letak atas pagar rumah saja.
 Memandangkan cuaca panas terik,
 pasu-pasu orkid saya pindahkan ke pagar dalam sikit.








Orkid bunga putih yang masih panjang umur
walaupun dah kena "ngap" dek kambing dulu.
Kelihatan batang yang tinggal macam tunggul
tu kena kerat. Daun juga dah tak ada.
Semuga tak jemu hidup dan berbunga ya!


Errr..ada tak lagu pasal bunga orkid?
Pasal teratai, mawar, tanjung, melur ada pulak.
Ke sebab bunga tu bunga dulu- dulu?
Tapi pasal anggerik ada kot..
tak pe..tak penting pun.!



December 3, 2012

BeRaKHiRnYa PeNaNTiaN


Hampir 15 tahun menunggu penantian
saya berakhir jua.
 Pokok orkid yang dibeli pada tahun 1997
telah mengeluarkan bunga 2 minggu lepas.

sebelum kembang



Orkid ini dibeli oleh suami  
sewaktu dia ke Bukit Cherakah
pada tahun 1997.
Sewaktu menyewa rumah lama pokok 
ini hanya digantung pada 
pokok mangga tepi rumah.
Bila berpindah ke rumah kami,
saya potong2 batangnya dan 
letak di tepi tiang rumah.
Tengok2 pokoknya dah memanjat tiang 
rumah seperti gambar di bawah.


beberapa hari lepas saya amat teruja bila 
ternampak bunganya dah keluar. 
Belang2 macam rimau coraknya.

dah nak malam sempat shoot lagi.

nampak bulan tu?

Pokoknya tinggi, bila nak ambik 
gambar saya kena panjat pagar hehe..

Gambar yang bawah ni baru
ambil petang tadi, semua kelopak
dah kembang.
Sukanya saya!



15 tahun, satu masa yang lamakan?
tak sia2 menunggu.

Terima kasih kerana meluangkan 
masa layan orkid saya ni.
Next time ada lagi tau!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...