100% found this document useful (1 vote)
2K views17 pages

Kata Sendi Nama介词

E-mel ini membahas tentang pertemuan keluarga yang akan diadakan pada hujung minggu ini. Ester menjemput Felicia untuk hadir ke pertemuan keluarga bersama suami dan anak-anaknya. Ester juga memberikan maklumat tentang tempat, tarikh dan waktu pertemuan tersebut.

Uploaded by

ya wen
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
100% found this document useful (1 vote)
2K views17 pages

Kata Sendi Nama介词

E-mel ini membahas tentang pertemuan keluarga yang akan diadakan pada hujung minggu ini. Ester menjemput Felicia untuk hadir ke pertemuan keluarga bersama suami dan anak-anaknya. Ester juga memberikan maklumat tentang tempat, tarikh dan waktu pertemuan tersebut.

Uploaded by

ya wen
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOCX, PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 17

Kata Sendi Nama 介词

1. Kata sendi nama digunakan untuk menyambung frasa nama dengan perkataan atau frasa lain.
介词用来连接名词短语与词语或其它短词。
2. Contoh-contoh kata sendi nama dan penggunaan:
介词的例子和用法:

Kata Sendi Nama 介词 Penggunaan 用法


di menunjukkan tempat dan arah
在 表示地方和方向
ke menunjukkan arah, tempat, masa/waktu
去、向、往、到 表示方向、地方、时间
pada menunjukkan masa, orang, tempat, binatang
在、于 表示时间、人、地方、动物
kepada menunjukkan orang, binatang, benda, pecahan
给、致 表示人、动物、东西、分成(部分)
dari menunjukkan arah, tempat, masa/waktu
从、自 表示方向、地方、时间
daripada menunjukkan orang, punca/sumber, perbandingan
从、自、由、比 表示人、来源/根源、比较
untuk/bagi menunjukkan kegunaan/tujuan untuk sesuatu, orang
给、为了 表示某事物的用途/目的、人
tentang menunjukkan sesuatu yang umum
关于 表示一般的事物
dengan menunjukkan bersama-sama, penggunaan sesuatu alat,
和、以…… 、工具/方式 perbandingan
表示一起、某工具的用途、比较
akan digunakan selepas kata adjektif yang bersifat emotif
对、对于 用在表示感受的形容词后面
oleh digunakan dalam ayat pasif
由、被 用在被动句
sejak menunjukkan keadaan permulaan
自从 表示开始的情况
hingga/sampai digunakan dalam jangka masa tertentu
直到 用在期限里
Kata Sendi Nama dari dan daripada
Dari digunakan untuk tempat dan masa: Daripada digunakan
untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan
1. Penyanyi itu dari Korea Selatan. untuk menunjukkan keanggotaan:
2. Saya menunggu Hao Zhe dari pukul 8:30
pagi. 1. Poskad ini daripada bapa saudara Amin.
2. Ya Ting lebih tinggi daripada kakaknya.
3. Kuih talam ini dibuat daripada tepung sagu.
4. Setiap kumpulan terdiri daripada lima
orang murid.

Kata Sendi Nama di dan ke


Di digunakan untuk tempat: Ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda
konkrit tak bernyawa:
1. Di dalam bakul ini ada barang mainan adik.
1. Kami sekeluarga akan ke Ipoh esok.
2. Pemeriksaan kesihatan itu akan diadakan
dari semasa ke semasa.
3. Gelas itu terhempas ke lantai.

Kata Sendi Nama kepada dan pada


Kepada digunakan untuk orang atau kata ganti Pada digunakan untuk masa, manusia,
diri: dan benda konkrit tertentu:

1. Surat itu telah diserahkan kepada Encik 1. Saya tidur pada pukul 10 malam.
Lim. 2. Bulu tangkis itu ada pada Beego.
3. Jem nanas itu disapu pada roti.

Kata Sendi Nama akan dan oleh


Akan digunakan selepas kata adjektif yang Oleh digunakan selepas kata kerja pasif
menyatakan perasaan atau sikap: yang berawalan di- dan ter-:

dengan
1. Saya sangat sayang akan datuk. akan di
1. Sampah itu dibuang oleh Xian Rui.
2. Kotak itu tidak terangkat oleh adik.
daripada ke dari

Latihan Pengukuhan
A. Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata sendi nama yang sesuai.

1. Encik Hassan berasal ____________ negeri Kelantan.

2. Terdapat sebatang pokok manggis _____________ belakang rumah saya.

3. Cawan itu terhempas ____________ lantai lalu pecah.

4. Datuk membelah kayu api itu ____________ lantai lalu pecah.

5. Yu Xuan sangat sayang ______________ adik lelakinya.

6. Kakak menerima surat ______________ kawannya.

B. Pilih kata sendi nama yang betul.

1. Pasu bunga itu diperbuat ____________tanah liat. ( dari, daripada )

2. Cigku Woon menghadiahkan sebatang pen ____________ Xing Fang. ( kepada, pada )

3. Wen Xi belajar sekelas ___________ Yu Xuan. ( dari, dengan )

4. Bapa selalu memancing ikan ___________ tepi sungai. ( ke, di )

5. Hartawan itu menderma ___________ rumah kebajikan.( akan, kepada )

6. Angin kencang itu bertiup __________ arah timur. ( di, ke)


7. Bas itu akan bertolak ____________ pukul lapan pagi. ( pada, kepada )

8. Kawan baik saya itu berasal ___________ Selangor. ( dari, daripada )

C. Pilih jawapan yang betul.


1. Burung-burung merpati itu terbang __________ arah matahari terbit.
A. di
B. ke
C. pada
D. kepada

2. Zhi Yi menyerahkan bungkusan itu __________ Zhe Xuan.


A. pada
B. untuk
C. kepada
D. daripada

3. Rambut Wei Wen lebih panjang ___________ rambut Xian Rui.


A. dari
B. pada
C. kepada
D. daripada

4. Jun Ming dimarahi ___________ ibunya kerana selalu menggangu adiknya.


A. oleh
B. pada
C. akan
D. dengan

5. Datuk menggait buah mangga ___________ sebatang galah.


A. akan
B. pada
C. dengan
D. kepada
6. Baju kebaya yang berwarna merah itu lebih cantik ___________ baju kurung yang saya beli.
A. dari
B. pada
C. kepada
D. daripada
7. Ahmad mengambil seekor ikan lalu diberikan __________ kucing peliharaannya.
A. kepada
B. pada
C. ke
D. di

8. Sifat Esther yang rajin sama ___________ kakaknya.


A. pada
B. dengan
C. kepada
D. daripada

9. Pertandingan silat olahraga itu diadakan __________ dalam dewan.


A. dari
B. ke
C. di
D. pada

10. Guru besar menyampaikan hadiah __________ para pemenang Pertandingan Bercerita 2019.
A. pada
B. kepada
C. dengan
D. untuk

11. Aiman tekun berlatih silat ___________ mengharumkan nama sekolahnya.


A. oleh
B. demi
C. akan
D. terhadap

12. Taklimat khas itu akan diadakan ___________ menjelaskan peraturan pertandingan kepada
semua peserta.
A. dengan
B. sejak
C. untuk
D. pada

13. Pengetua dan jurulatih Kelab Wushu sedang berbincang ____________ perlawanan yang
akan datang.
A. tentang
B. terhadap
C. dengan
D. pada

14. Ayah menghadiahi ibu kain pua kumbu yang dibelinya __________Sarawak.
A. dari
B. di
C. daripada
D. pada

15. Pasukan bola sepak sekolah dibimbing ____________ jurulatih yang berpengalaman.
A. oleh
B. pada
C. kepada
D. daripada

16. Bas ekspres ke Ipoh akan bertolak ____________pukul 10.00 malam nanti.
A. daripada
B. dengan
C. di
D. pada
Bahagian A: Pemahaman
Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Zaman sekarang dikenali sebagai zaman sains dan teknologi kerana terciptanya
pelbagai hasil ciptaan yang canggih dan berteknologi tinggi seperti komputer dan
Internet, alat-alat elektrik, kenderaan dan sebagainya.

Kewujudan sains dan teknologi telah menyebabkan banyak kerja manusia menjadi
lebih mudah untuk dilaksanakan. Bayangkan kerja mengemas rumah tanpa alat
pembersih habuk atau mesin pembasuh pakaian yang menyenangkan kerja membasuh
baju kita. Kerja mengemas yang mudah ini menjadikan kehidupan manusia lebih
produktif. Malahan, manusia juga memperoleh banyak ilmu pengetahuan menerusi sains
dan teknologi.

Selain itu, sains dan teknologi juga mampu menjimatkan masa perjalanan seseorang
dengan terciptanya sistem pengangkutan moden. Manusia boleh bergerak ke satu
tempat yang lain dengan mudah melalui kereta, kapal terbang dan kapal laut serta
kereta api. Kalau dahulu perjalanan memakan masa sebulan atau setahun, kini perjalanan
itu hanya memerlukan beberapa jam atau minit sahaja. Di samping itu, hasil teknologi
dan sains juga menjadikan wujudnya pelbagai peralatan yang menjadikan manusia lebih
baik kehidupannya.

Kesimpulannya, teknologi dan sains memang memberi sumbangan yang ketara


terhadap kehidupan kita semua. Mungkin ada hasil ciptaan itu membawa keburukan
tetapi semua kesan buruk itu ditimbulkan oleh sikap manusia sendiri. Oleh itu, kita
harus menghargai semua ciptaan sains dan teknologi ini.
1. Mengapakah zaman sekarang dikenali sebagai zaman sains dan teknologi?
A. Terciptanya sistem pengangkutan moden.
B. Kehidupan manusia pada zaman ini semakin selesa.
C. Masyarakat pada zaman sekarang semakin moden.
D. Terciptanya pelbagai hasil ciptaan yang canggih dan berteknologi tinggi.

2. Berikut merupakan sumbangan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia kecuali
A. sains dan teknologi menjadikan kehidupan manusia lebih selesa.
B. sains dan teknologi hanya membawa keburukan kepada kehidupan manusia.
C. manusia memperoleh banyak ilmu pengetahuan menerusi sains dan teknologi.
D. sains dan teknologi mampu menjimatkan masa perjalanan seseorang dengan terciptalah
sistem pengangkutan moden.

3. Apakah kelebihan sistem pengangkutan moden?


A. Membawa kesan positif dan negatif.
B. Menjadikan kehidupan manusia lebih selesa.
C. Dapat menjimatkan masa perjalanan seseorang.
D. Memudahkan manusia memperoleh pelbagai informasi.

4. Maksud rangkai kata produktif dalam petikan ialah


A. bersatu
B. berhasil
C. bercampur
D. berhimpun
Bahagian B: Pemahaman
Baca petikan e-mel di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kepada : Felicia@gmail.com
Daripada : Ester@gmail.com
Perkara : Faedah Hidup Berjiran

Menemui sahabatku Felicia yang berada di Kuala Lumpur, semoga sihat sejahtera
bersama keluarga tersayang. Bersama-sama ini saya sertakan maklumat tentang
faedah hidup berjiran untuk dijadikan bahan rujukan dalam membuat karangan Bahasa
Melayu seperti yang dikehendaki oleh guru saudari.
Untuk pengetahuan saudari, antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana
kehidupan setempat yang aman dan harmoni. Selain mudah untuk memberikan
pertolongan pada saat kita ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan
kemahiran yang dimiliki oleh mereka.
Seterusnya, hidup berjiran juga mampu menjamin keselamatan setempat. Di
samping itu, dengan hidup berjiran kita dapat membendung gejala sosial dan
melahirkan perpaduan sesama jiran.
Akhir sekali, hidup berjiran juga dapat mencegah perkara yang mencemarkan
keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu, semua pihak perlulah
menghargai jiran agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan.

a. Perkataan harmoni dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

b. Apakah faedah hidup berjiran?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
c. Mengapakah kita perlu menghormati jiram?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

d. Pada pendapat kamu, apakah cara untuk memupuk semangat kejiranan?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
Penilaian
Bahagian A
1. __________,kamu telah terpilih sebagai tokoh pelajar cemerlang !
A. Oh B. Amboi C. Aduhai D. Syabas

2. “ Wen Xi, ____________ hidangkan kuih-muih ini di atas meja,” kata Puan Cheung.
A. sila B. tolong C. minta D. harap

3. “ ____________ edarkan risalah tentang kepentingan menjaga alam sekitar ini kepada
rakan-rakan kamu,” kata Cikgu Woon.
A. Sila B. Minta C. Harap D. Jemput

4. “Kempen Kesihatan dan Kecergasan akan diadakan ___________?” tanya Jia Fu kepada
Yu Xuan.
A. bila B. apa C. mana D. berapa

5. Harga buku cerita yang kamu beli itu ________?


A. apa B. mana C. siapa D. berapa

6. “___________ jelaskan kepada saya tentang piramid makanan ini,” kata Yu Xuan kepada
doktor itu.
A. Usah B. Harap C. Tolong D. Jemput

7. “____________ para hadirin mengambil tempat masing-masing kerana tetamu kehormat


akan tiba sebentar lagi,”kata jurucara itu.
A. Usah B. Minta C. Jemput D. Jangan

8. ____________ pastikan operasi rondaan kita bermula tepat pada pukul 8.00 malam” kata
Inspektor Zaridah kepada Sarjan Ahmad.
A. Sila B. Minta C. Harap D. Jangan

9. “___________ petik bunga itu,” kata ayah kepada adik.


A. Minta B. Harap C. Jemput D. Jangan

10. __________, cantiknya anak gadis Pak Sukman.


A. Eh B. Hai C. Aduh D. Amboi

11. ______________, datuk rupa-rupanya !


A. Eh B. Nah C. Aduh D. Amboi

12. _____________ kelebihan komputer riba itu?


A. Apakah B. Siapakah C. Mengapakah D. Bagaimanakah

13. _____________ lelaki yang memakai baju hitam itu?


A. Apakah B. Bilakah C. Siapakah D. Bagaimanakah

14. Luka yang dialami oleh abang Zhi Yi meninggalkan parut yang jelas _________ kakinya.
A. di B. pada C. akan D. terhadap

15. Kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Karak itu berpunca ____________ pembalakan tidak
terkawal.
A. di B. dari C. pada D. daripada

Pilih ayat yang betul.


16. A. Wahai anakku, insaflah !
B. Wei Wen tidur dalam bilik.
C. Apa nama kawan kamu itu?
D. Deman denggi berpunca dari nyamuk aedes.
Bahagian A: Pemahaman
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

19 Julai 2019
7:00 pagi
Para peserta rombongan berkumpul di dewan serbaguna. Kami terdiri daripada 15 buah
keluarga yang mendiami Taman Perumahan Seri Gading, Shah Alam. Setengah jam
kemudian, kami bertolak ke A’ Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka.

9:30 pagi
Kami tiba di A’ Famosa Resort. Kedatangan kami disambut oleh pengurus resort
tersebut, Puan Wendy Choh. Beliau memberikan kata alu-aluan sebelum menyerahkan
kunci apartmen kepada 15 buah keluarga yang menyertai rombongan. Kawasan di
sekitar apartmen hijau, sejuk mata memandang.

12:00 tengah hari


Kami dihidangkan dengan pelbagai juadah tengah hari. Sungguh enak makanan di sini!
Kami kemudiannya berkumpul untuk menjelajah kawasan resort seluas 520 hektar.
Antara tempat menarik yang kami lawati ialah Cowboy Town dan Animal World Safari.
Kami dapat menyaksikan perarakan kereta berhias dan haiwan-haiwan jinak yang telah
dilatih khas. Sungguh menghiburkan!

20 Julai 2019
9:00 pagi
Peserta rombongan gembira sambil mandi-manda di Water World. Ada yang
bergambar kenang-kenangan. Ada juga yang menjamu selera. Kami menghabiskan masa
dua jam di sana sebelum berkemas-kemas untuk pulang.

1. Apakah maksud rangkai kata sejuk mata memandang?


A. Kawasan tersebut mengalami musim hujan.
B. Hawa kawasan tersebut sejuk apabila dipandang lama-lama.
C. Mata penulis berasa sejuk.
D. Pemandangan di kawasan tersebut tenang dan damai.

2. Semua tempat yang berikut dilawati oleh peserta rombongan, kecuali…


A. Water World.
B. Cowboy Town.
C. pekan Alor Gajah.
D. Animal World Safari.

3. Jika rombongan itu bertolak dari A’ Famosa Resort pada pukul 12:00 tengah hari, bilakah
mereka akan tiba di Shah Alam?
A. 2:00 petang
B. 2:30 petang
C. 3:00 petang
D. 3:30 petang

4. Pernyataan yang tidak benar tentang petikan tersebut ialah…


A. Puan Wendy Choh pengurus di A' Famosa Resort.
B. haiwan-haiwan di Animal World Safari telah dilatih.
C. peserta rombongan ialah penduduk di Taman Perumahan Seri Gading.
D. peserta rombongan menghabiskan masa selama dua jam di Water World.
Bahagian B: Pemahaman
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang


keempat. Beliau dilahirkan di Sebarang Perak, Alor Setar, Kedah. Tun Dr
Mahathir merupakan anak bongsu daripada sembilan orang adik-beradik. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sebarang Perak pada tahun 1930
selama 2 tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Government English
School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Hamid selepas memasuki
kelas peralihan selama setahun memperoleh keputusan Senior Cambridge yang
cemerlang pada tahun 1945.
Gelaran ”Bapa Pemodenan” telah diberikan kepada beliau kerana beliau telah
menjadi negara Malaysia sebagai sebuah negara yang moden, dan mampu bersaing
di persada dunia. Kejayaan melonjakkan kemajuan Malaysia menjadikan beliau
seorang individu dan pemimpin yang dihormati dan disegani.
Sumbangan beliau terhadap negara dapat dilihat dengan wujudnya pusat
pentadbiran negara yang baru, iaitu Putrajaya. Atas inisiatif beliau, Cyberjaya dan
Proton City turut dibina untuk memperlihatkan kemampuan negara dalam bidang
teknologi. Atas sokongan dan idea beliau juga terbinanya dua mercu tanda yang
menjadi kebanggaan Malaysia, iaitu Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar.

Nama Tun Dr.Mahathir akan terus terpahat sebagai “Bapa Pemodenan


Malaysia”, negarawan ulung yang berwawasan menjadikan Malaysia sebuah negara
moden dan makmur dengan purata pertumbuhan ekonomi yang tinggi setiap tahun.
Di bawah pentadbirannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, Malaysia
berjaya menonjol sebagai sebuah negara Islam yang bermaruah dan disegani di
mata barat.
(a) Tun Dr Mahathir dilahirkan di __________________________________.

(b) Mengapakah Dr Mahathir digelar sebagai “ Bapa Pemodenan”?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(c) Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan

sebagai contoh.

Tun Dr Mahathir mendapat


pendidikan awal di Sekolah
Melayu Seberang Perak pada
tahun 1990 selama 2 tahun.

Tun Dr Mahathir merupakan


Perdana Menteri Malaysia Betul
yang ketiga.

Tun Dr Mahathir telah Salah


mentadbir negara Malaysia
selama 22 tahun.

Tun Dr Mahathir merupakan


anak sulung daripada
sembilan orang adik-beradik.

You might also like