100% found this document useful (11 votes)
2K views11 pages

RJ 45

Uploaded by

Suzie87
Copyright
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOC, PDF, TXT or read online on Scribd
100% found this document useful (11 votes)
2K views11 pages

RJ 45

Uploaded by

Suzie87
Copyright
© Attribution Non-Commercial (BY-NC)
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as DOC, PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 11

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
(B06-02-04-LE3-IS3B)

TAJUK KEMAHIRAN DAN TEKNOLOGI TELEKOMUNIKASI – TAHAP2 (SEMESTER2)


TAHAP

No. DAN TAJUK MODUL M04 – COMMUNICATION LINES & TEST EQUIPMENT

No. DAN TAJUK LE1-COMPILE INSTALLATION INFORMATION


PENGALAMAN
PEMBELAJARAN LE2- TEST LINE
LE3- PERFORM CAN EQUIPMENT

PERFORM COMMUNICATION LINE USING WORK ORDER


OBJEKTIF PRESTASI SUPPORTING DOCUMENT SITE PLANS, CHECKLIST,
AKHIRAN / TERMINAL DATABASE, COMMUNICATION TOOLS, WORKPERMIT,
PERFORMANCE REQUISTION FORMS SAFETY EQUIPMENT, TEST
OBJECTIVE INSTRUMENT, FIELD PHONE, TRANSPORTATION, STAFF
DUTY ROSTER GEAR, CAN EQUIPMENT SO THAT:
1. RELEVANT INSTALLATION IS IDENTIFIED, VERIFIED,
COMPILED AND SUBMITTED TO RESPECTIVE
PARTIES ACCORDING TO ESTABLISHED
PROCEDURES.
2. THE CABLE IS IDENTIFIED AND CONNECTED,
CONNECTOR FABRICATED, TERMINATION POINT
IDENTIFIED AND CHECKED ACCORDING TO
TECHNICAL AND CONNECTION IS RECORDED TO
ESTABLISHED PROCEDURES.
3. THE EQUIPMENT SUPPORT IS IDENTIFIED,
MOUNTED, CHECKED AND RECORDED ACCORDING
TO SPECIFICATION AND ESTABLISHED
PROCEDURES.
4. THE VOICE EQUIPMENT IS IDENTIFIED, INSTALLED,
CONNECTED, TESTED AND DOCUMENTED
ACCORDING TO SPECIFICATION AND ESTABLISHED
PROCEDURES.
5. THE NON-VOICE EQUIPMENT AND CONNECTION IS
IDENTIFIED, CONNECTED TESTED, CONNECTION
TESTED AND RECORDED ACCORDING
SPECIFICATION AND ESTABLISHED PROCEDURES.

109
ISI KANDUNGAN

LE3 – PERFORM CAN EQUIPMENT

 TASK 02.08 - Install Voice Equipment Connection

 TASK 02.09 – Install Non-Voice Equipment Connection

110
No. & TAJUK
PENGALAMAN LE3 – Perform CAN Equipment
PEMBELAJARAN

No. & TAJUK


TASK 02.09 - Install Non-Voice Equipment Connection
TUGASAN

Muka : 1 drp.9
Code No. : B06-02-04-LE3-IS3B

TAJUK : PENGENALAN KEPADA SISTEM RANGKAIAN DAN TOPOLOGI

TUJUAN :

Tujuan kertas penerangan ini adalah untuk menjelaskan definisi sebenar sistem rangkaian disamping dapat
mengetahui jenis-jenis sistem rangkaian yang digunakan. Disamping dapat mengetahui perkakasan-perkasan
yang digunakan untuk membina sesebuah sistem rangkaian.Selain daripada itu menerangkan ciri-ciri yang
terdapat pada topologi. Pelajar juga akan didedahkan dengan kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada
pelbagai jenis topologi di dalam sistem rangkaian.

PENERANGAN :

Definisi sistem rangkaian

Rangkaian merupakan dua atau lebih komputer terhubung untuk berkongsi sumber (contoh: pencetak dan
CDROM), bertukar fail dan membenarkan perhubungan secara elektronik. Komputer dalam rangkaian
dihubungkan dengan kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit atau pancaran cahaya inframerah.

KEBAIKAN MENGGUNAKAN SISTEM RANGKAIAN

1. Berkongsi fail – pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada pelayan (server) atau komputer
pusat.
2. Memindahkan fail – memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang
lain.
3. Berkongsi perisian (aplikasi) dan mengurangkan kos – memudahkan pengguna untuk berkongsi program
aplikasi seperti Office, Lotus dan sebagainya. Ini dapat menjimatkan kos dan memudahkan instalasi
perisian.
4. Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data – data-data dapat dimasukkan serentak
oleh dua atau lebih pengguna ke dalam satu aplikasi. Pada masa yang sama pengguna lain dapat
menggunakan data-data tersebut.
5. Berkongsi pencetak, CD-ROM dan lain-lain – pencetak atau CD-ROM yang terdapat pada sesebuah
komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang menggunakan komputer yang lain.
6. Menggunakan mel elektronik (E-mail) – pengguna dapat menghantar memo dari satu komputer ke
komputer yang lain.

111
Code No. : B06-02-04-LE3-IS3B Muka : 2 drp. 9

JENIS-JENIS SISTEM RANGKAIAN

 Local Area Network (LAN) - Rangkaian kawasan setempat


 Metropolitan Area Network (MAN) - Rangkaian kawasan metropolitan
 Wide Area Network (WAN) - Rangkaian kawasan luas

RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)

Rangkaian komputer jenis ini merangkumi kawasan yang kecil. Ia dihadkan mengikut kawasan geografi seperti
bilik darjah, makmal, sekolah atau bangunan.

Ciri-ciri LAN

 LAN selalunya mempunyai kurang dari 2 km


 Menghantar data lebih kurang 10 mbps – 100 mbps
 Selalunya LAN digunakan untuk system rangkaian sesuatu bangunan, sekolah, institusi ataupun pejabat.
 Menggunakan topologi STAR, RING dan BUS.

112
Code No. : B06-02-04-LE3-IS3B Muka : 3 drp. 9

RANGKAIAN KAWASAN METROPOLITAN (MAN)

Rangkaian ini merangkumi kawasan geografi yang luas seperti antara bandar, atau sekolah dan daerah

Ciri-ciri MAN

 MAN selalunya mempunyai kurang dari 50 km


 Gabungan LAN
 Sistem rangkaian MAN lebih besar dari LAN
 Menghubungkan bandar ataupun metropolis

RANGKAIAN KAWASAN LUAS (WAN)

WAN menghubungkan rangkaian di antara LAN dengan LAN. Ianya boleh melibatkan kawasan yang luas
iaitu di antara bandar, negeri dan negara.Ia mengandungi beberapa mesin untuk melarikan aplikasi
pengguna dan mesin ini dinamakan hosts. Hosts dihubungkan oleh subnet. Tugas subnet ialah membawa
mesej dari satu host ke satu host

PERKAKASAN SISTEM RANGKAIAN:-

• File server - Pelayan fail

• Workstation - Stesen kerja

• Network Interface Cards - Kad antaramuka rangkaian

• Concentrators/Hubs - Penumpu

• Repeaters - Pengulang

• Bridges - Tetimbang

• Routers - Pelalu

113
Code No. : B06-02-04-LE3-IS3B Muka : 4 drp. 9

File Server - Pelayan Fail


File server merupakan jantung bagi semua rangkaian.

Network Interface Cards - Kad Antara Muka Rangkaian


Network Interface Cards (NIC) merupakan penyambungan fizikal antara rangkaian dengan komputer stesen
kerja.
i) Ethernet Cards
ii)LocalTalk Connectors
iii) Token Ring Cards

Concentrators / Hubs - Penumpu


Concentrator atau Penumpu adalah peranti penyambungan bagi semua kabel yang bersambung antara stesen
kerja, pelayan dan persisian

Repeaters
Repeater adalah peranti yang menguatkan isyarat rangkaian apabila melaluinya.

Bridges
Bridge atau tetimbang ialah peranti yang membahagikan satu segmen rangkaian komputer
kepada dua rangkaian kecil supaya lebih cekap.

Routers
Router bertugas menterjemahkan maklumat daripada satu rangkaian kepada rangkaian lain.

HUB SERVER

REPEATER NIC

114
38
Code No. : B06-02-04-LE3-IS3B Muka : 5 drp. 9

DEFINISI TOPOLOGI

Topologi rangkaian merujuk bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan.


Topologi rangkaian terbahagi kepada dua iaitu topologi fizikal dan topologi logical

Topologi fizikal
Suatu rangkaian merujuk pada suatu bentuk konfigurasi rangkaian yang terdapat pada kabel komputer dan
lain-lain peripheral.

Topologi logical
Merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat diantara satu komputer
dengan dengan satu komputer yang lain dalam stesen kerja.

JENIS-JENIS TOPOLOGI DALAM SISTEM RANGKAIAN

Terdapat 3 jenis topologi yang utama iaitu;

 Topologi Bus
 Topologi Bintang
 Topologi Cincin

115
Code No. : B06-02-04-LE3-IS3B Muka : 6 drp. 9

TOPOLOGI BUS

Topologi bus menggunakan satu kabel yang panjang yang menyambungkan kesemua sumber didalam network
tersebut. Mesej atau data yang dihantar akan pergi ke pada semua komputer yang berada didalam sistem
rangkaian tersebut sebelum sampai ke komputer yang sepatutnya menerima data atau mesej tersebut.

Kelebihan Topologi Bus

1. Pemasangan amat mudah dan murah.


2. Mudah untuk menambah nod iaitu dengan menyambung nod baru secara bersiri
3. Sesuai untuk rangkaian yang kecil

Kekurangan Topologi Bus

1. Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut berupaya menjadikan
keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.
2. Titik pemula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang belakang kabel tersebut.
3. Sukar untuk mengenali pemasalahan yang dihadapi jika keseluruhan system rangkaian itu gagal
berfungsi

Tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian rangkaian utama di dalam sesebuah bangunan
yang besar.

116
Code No. : B06-02-04-LE3-IS3B Muka : 7 drp. 9

TOPOLOGI BINTANG

Topologi bintang menggunakan perkakasan pertengahan yang dipanggil hub. Semua sumber di dalam network
atau sistem jaringan akan bercantum dengan menggunakan hub yang menjadi penghubung di antara sumber-
sumber tersebut. Semua mesej yang disampaikan akan melalui hub sebelum sampai ke destinasi yang
sepatutnya.

Kelebihan Topologi Bintang

1. Mudah untuk ditempatkan (install) dan dipasang kabel (wiring)


2. Rangkaian tidak akan terganggu apabila salah satu daripada sumber dialih.
3. Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku dan memindahkan perkakasan yang
rosak.

Kekurangan Topologi Bintang

1. Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang berbanding dengan topologi bas.
2. Jika hub atau concentrator gagal berfungsi, nod juga turut gagal untuk menjalankan tugasnya.
3. Kos yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan topologi bas kerana melibatkan kos
concentrators yang agak mahal.

Apabila komputer hos rosak, semua komputer akan terjejas menyebabkan kebilangan besar kuasa
pengkomputeran

117
Code No. : B06-02-04-LE3-IS3B Muka : 8 drp. 9

TOPOLOGI CINCIN

Topologi cincin memerlukan beberapa sumber yang dicantumkan menjadi satu bentuk bulatan. Mesej atau data
dari satu komputer pada yang lain dengan satu arah. Apabila sesebuah komputer menerima mesej atau data
yang dihantar kepadanya, ia kemudianya akan mengubahsuai dan mengembalikanya untuk menunjukan yang ia
telah menerima mesej tersebut.

Kelebihan Topologi Cincin

1. Jika komunikasi terputus di antara dua system bersebelahan, satu lintasan alternatif dia antara dua
tempat ini boleh digunakan.
2. Mudah ditempatkan (install) dan dikabelkan (wiring) peralatan
3. Mudah mengesan kesilapan dan kerosakan dan mengasingkan peralatan yang rosak

Kekurangan Topologi Cincin

1. Memerlukan kabel yang lebih panjang sama seperti topologi bintang.

Jika hub atau concentrator gagal berfungsi, node berkenaan juga turut gagal berfungsi.

118
Code No. : B06-02-04-LE3-IS3B Muka : 9 drp. 9

SOALAN:

1. Apakah definisi sistem rangkaian?

2. Berikan 3 jenis sistem rangkaian?

3. Apakah yang dimaksudkan topologi bintang?

4. Nyatakan 5 perkakasan-perkakasan yang digunakan dalam sistem rangkaian.

5. Berikan dua kelebihan topologi bintang

6. Berikan dua kekurangan topologi bus dan topologi cincin

RUJUKAN :

1. Network + : Guide to Networks


2. http://www.topology.com.htm

119

You might also like