Kesukarelawan
Kesukarelawan
Dicetak oleh;
PERCETAKAN SALAM SDN. BHD.
No 81 & 81A, Jalan KPK 1/8
Kawasan Perindustrian Kundang
48020 Kundang Jaya, Selangor
Tel: 03-60343532 Faks: 03-60344436
Emel: salamcetak97@yahoo.com.my
Isi Kandungan
Prakata V
BAB 1 :
KONSEP KESUKARELAWANAN, KESUKARELAWANAN
DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN KERJA SUKARELA DI
PERINGKAT LOKAL DAN GLOBAL. 1
BAB 2
ISU-ISU DAN KEPENTINGAN KESUKARELAWANAN
KEPADA KOMUNITI DAN PENGENALAN KERJA SOSIAL,
KERJA KOMUNITI DAN KERJA KEMANUSIAAN 19
BAB 3
PENGURUSAN KESUKARELAWANAN DAN PENGENALAN
ORGANISASI KESUKARELAWANAN 41
BAB 4
MENGENALPASTI MASALAH DAN KAEDAH SERTA
KEMAHIRAN MENDEKATI KOMUNITI 53
BAB 5
KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN, JENIS
KOMUNIKASI DAN KAEDAH KOMUNIKASI LAPANGAN 59
BAB 6
KEMAHIRAN MERANCANG DAN MERANGKA PROGRAM
KESUKARELAWANAN. PENYEDIAAN KERTAS KERJA,
KAEDAH PENGUMPULAN DANA DAN PERJALANAN
PROGRAM. 71
BAB 7
MENGENALPASTI MASALAH DAN MENCARI
PENYELESAIAN KERJA SUKARELA DALAM KALANGAN
KOMUNITI 85
RUJUKAN 88
Prakata
V
sumbangan kesukarelawanan terhadap masyarakat dan
aplikasi. Nota rujukan ini adalah sebagai sokongan bagi
memantapkan lagi kesefahaman pelajar berkaitan dengan
kesukarelawanan dan dapat mengaplikasikan apa yang
dipelajari melalui teori dan konsep serta memberi kefahaman
kepada mereka akan peranan mahasiswa dan msyarakat dalam
usaha memupuk semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam
kalangan rakyat Malaysia secara amnya.
KONSEP KESUKARELAWANAN,
KESUKARELAWANAN DARI PERSPEKTIF
AGAMA DAN KERJA SUKARELA DI
PERINGKAT LOKAL DAN GLOBAL.
PENGENALAN
Semangat kesukarelawanan merupakan satu daripada tuntutan
negara dan agama dalam kerangka perpaduan nasional bagi
mendepani cabaran zaman. Ia boleh menjadi ukuran tentang
sifat kemanusiaan yang ada dalam diri seseorang atau sesuatu
kumpulan manusia. Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (2001a;
2001b) dan Azizan Bahari (2003), semangat kesukarelawanan
perlu didorong oleh nilai-nilai budaya, ideologi, prinsip serta
tradisi kerana ia memberi impak besar dalam kehidupan
bermasyarakat. Malah, kesukarelawanan juga memberi
implikasi penting terhadap pembinaan negara bangsa yang
kuat dan maju.
KONSEP KESUKARELAWANAN
Semangat kesukarelawanan adalah dikaitkan dengan kerja-
kerja amal dan kebajikan yang dijalankan oleh seseorang
individu atau secara berkumpulan terhadap golongan yang
memerlukan bantuan.
Terdapat beberapa tokoh ilmuan telah menghuraikan
tentang definisi dan konsep kesukarelawanan antaranya
ialah; Bezruchka (2000), perkataan kesukarelawanan (Bahasa
Inggerisnya adalah volunteerism) berasal daripada kata kerja
volunteer yang pertama digunakan dalam konteks perkhidmatan
tentera disebabkan oleh keperluan kepada khidmat negara
terhadap seseorang warganegara. Menurut beliau, segala
kerja-kerja amal dan kebajikan yang dihulurkan adalah tanpa
1
mengharapkan apa-apa balasan sama ada berbentuk upah,
bayaran atau pertukaran barangan.
Eyler (1999) dan Geiser et al. (2014) berpendapat biasanya
tiada unsur mementingkan diri kerana semata-mata demi
kebaikan semua pihak dan meningkatkan kualiti hidup
manusia. Menurut Roberts (2006) pula, kesukarelawanan lebih
kepada penajaman kemahiran, sosialisasi dan keseronokan
apabila bersama sesuatu pihak lain. Bagi Xu dan Ngai (2011),
kesukarelawan yang sebenar seharusnya gembira dapat
membantu, menyediakan sumbangan dan menghulurkan
bantuan kepada seseorang atau pihak lain walaupun tanpa
ganjaran berbentuk nyata atau tidak nyata. Menurut Blau dan
Duncan (1967), ramai sukarelawan yang berkhidmat adalah
terlatih dalam bidang tugas masing-masing seperti aspek
perubatan, pendidikan atau kecemasan.
Menurut Musick dan Wilson (2003) serta Wilson (2000),
istilah sukarelawan ditafsirkan sebagai individu atau kelompok
individu yang istimewa dari aspek ciri peribadi dan keikhlasan
terhadap khidmat sukarela, kerja kemasyarakatan atau usaha
kemanusiaan yang diceburinya melibatkan aktiviti seperti
gotong-royong, membantu dan meringankan beban pihak lain.
Dorsch et al. (2002) juga berpendapat bahawa sukarelawan
penting kerana mereka menyumbangkan kepakaran,
kemahiran, pengetahuan dan tenaga. Ini termasuklah menjadi
sukarelawan kepada sesebuah organisasi mahupun memberi
sebarang bantuan dalam aktiviti kesukarelawanan kepada
masyarakat. Walau bagaimanapun, Azizan Bahari (2003) serta
Musick dan Wilson (2003) berpendapat kesukarelawanan pula
merupakan suatu konsep kerja atau khidmat secara sukarela
iaitu seseorang yang menyumbang bakti dengan rela hati tanpa
paksaan atau mempunyai niat ikhlas tanpa mengharapkan
ganjaran kebendaan.
2
JENIS DAN BENTUK KERJA SUKARELA
Bantuan kendiri
Bantuan kendiri merupakan sistem bantuan sosial dan
ekonomi yang utama di kebanyakan negara-negara sedang
membangun. Bermula dengan perhubungan tidak formal
dan kumpulan keluarga, kerja dan program kesukarelaan
telah berkembang menjadi kerja-kerja dan program-
program kebajikan masyarakat yang lebih formal. Bentuk
ini juga memainkan peranan yang penting di negara-negara
perindustrian, terutamanya dari segi bantuan dalam bidang
kesihatan dan kebajikan masyarakat di mana banyak organisasi
telah ditubuhkan untuk membantu mereka yang memerlukan.
Partisipasi
Partisipasi di sini merujuk peranan yang dimainkan
oleh individu-individu dalam proses governans iaitu
melalui penghakupayaan (empowerment), perundingan dan
perwakilan. Ia terdapat di seluruh dunia. Bagaimanapun, ia
lebih berkembang di negara-negara yang mempunyai tradisi
kesedaran dan kegiatan sivik yang tinggi. Partisipasi mulai
diiktiraf sebagai komponen penting dalam governans yang
3
baik (good governance) sejak mutakhir ini. Tetapi, terdapat
banyak kritik yang melihat bahawa banyak yang dianggap
sebagai partisipasi itu sebenarnya hanyalah sekadar tokenisme
atau cara untuk menjustifikasikan keputusan-keputusan yang
dibuat oleh pihak-pihak lain sahaja.
Advokasi
Advokasi atau berkempen ialah sesuatu yang digerakkan
oleh sukarelawan/wati, yang biasanya digelar aktivis, misalnya
melobi kerajaan untuk membuat atau meminda sesuatu
undang-undang. Kesukarelaan telah membuka jalan untuk
diperkenalkan perkhidmatan kebajikan yang baru dalam HIV/
AIDS, meningkatkan kesedaran masyarakat tentang hak asasi
manusia dan pencemaran alam sekitar, mengaktifkan gerakan
belia dan wanita dan sebagainya. Sesetengah kempen adalah
bersifat tempatan, manakala terdapat juga yang bersifat global.
1) Niat
Sesuatu perlu dimulakan dengan niat agar apa yang
dilakukan adalah untuk memberikan manfaat kpd orang lain.
Sesuatu kebaikan yg dilakukan bukan kerana Allah, maka apa
yang dilakukan mungkin sia-sia (tidak mendapat ganjaran drp
Allah s.w.t)
Cth: melakukan kebaikan tetapi mengungkit – maka semua
jadi sia-sia malah mungkin dapat dosa pula
Dalam surah al-Baqarah ayat: 261, Allah berfirman
maksudnya “…perumpamaan seseorang yg berbelanja di jalan
Allah, adalah seperti sebiji benih yang mengeluarkan tujuh
tangkai, dan setiap tangkai mengeluarkan seratus biji benih”.
2) Altruisme
Tindakan sukarela yang dilakukan seseorang atau
sekelompok orang untuk menolong atau membantu orang lain
tanpa mengharapkan imbuhan dan hanya mengingikan untuk
4
beramal. Mana-mana aktiviti yg dilakukan untk mendapatkan
imbuhan atau balasan dianggap bukan sebagai kesukarelaan
tulen. Seseorang sukarelawan selalu mendapat banyak faedah
daripada kerja sukarela yang tidak semestinya dalam bentuk
material seperti pelbagai imbuhan yang sama dengan nilai
wang; makanan dan minuman; yuran pendaftaran; penggunaan
peralatan; diskaun pembelian barangan; dan lain-lain. Semua
imbuhan ini menyediakan peluang untuk pertumbuhan diri
dan kerjaya seseorang. Ini bermakna tidak ada altrusime
tulen tetapi altrusime yg bersifat relative. Altruisme akan
bergantung kepada niat si penolong. Sebagai contoh, orang lain
yang mempertaruhkan nyawanya untuk menolong mangsa dari
bahaya kebakaran dan kemudian beliau berlalu begitu sahaja.
3) Komitment
Sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh
tenaga dan perhatian atau menunjukkan sokongan dan azam
yang sepenuhnya kepada sesuatu. Tidak mungkin kerja
sukarel boleh dilakukan dengan sempurna tanpa komitmen
dan kesungguhan yang tinggi dalam kalangan sukarelawan.
Berdasarkan pemerhatian, biasanya sukarelawan memberi
komitmen yang berbeza-beza. Ada yang komited terhadap
tujuan untuk memenuhi keperluan individu manakala yang
lain lebih berfokus kepada keadilan sosial sejagat. Komitmen
dan kesungguhan yang tinggi pada diri sukarelawan akan
memberi impak yang besar dan bermakna kepada masyarakat
dan Negara.
4) Kerelaan
Melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa
atau dikerah, dengan niat yang ikhlas atau setulus kudus dan
dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan kepada diri
sendiri. Apa juga tindakan yang dilakukan adalah atas kemahuan
diri sendiri tanpa paksaan dari orang lain sama ada individu,
kumpulan atau organisasi. Dalam organisasi formal mungin
ada sedikit elemen suruhan atau gesaan tetapi organisasi tidak
formal, kerelaan sepenuhnya adalah diperlukan.
5
5) Keinginan mendalami ilmu
Ilmu sama ada ilmu baharu atau ilmu yang selama ini telah
dilakukan. Melalui kerja sukarela seseorang sukarelawan mampu
mendapat pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan
melalui cara formal atau tidak formal. Oleh itu, seseorang
sukarelawan perlu belajar untuk terus mempertingkatkan ilmu
& amal kebaikan dalam kehidupannya.
6) Pengorbanan
Seseorang sukarelawn perlu sanggup berkorban bagi
memastikan sumbangan sukarela yang berkesan dan bermakna
dalam kehidupan diri sendiri atau orang lain. Pengorbanan
penting dan menjadi lebih ketara dalam keadaan kecemasan
dari keadan normal. Semangat berkorban atau sekurang-
kurangnya memberi adalah perlu bagi mewujudkan keikhlasan
yang lebih mendalam. Bentuk pengorbanan mungkin dalam
bentuk tenaga, kewangan, masa, dan lain-lain.
SEKTOR KESUKARELAWANAN
Sesebuah masyarakat yang bergerak maju diibaratkan seperti
kereta yang memerlukan 4 roda agar mantap dan berdaya maju
sepenuhnya: Roda pertama adalah sektor kerajaan atau sektor
awam (menyediakan dasar, perkhidmatan dan kewangan untuk
menentukan masyarakat wujud dalam keadaan yg aman dan
teratur agar membolehkan sektor-sektor lain berfungsi untuk
meningkatkan mutu kehidupan masyarakat secara optimum).
Roda kedua sektor swasta (menggunakan sumber-sumber
terhad dalam masyarakat untuk menghasilkan dan memasrkan
produk dan perkhidmatan kepada mereka yang mampu
memperolehinya). Roda ketiga sektor takformal (peranan yang
dimainkan oleh individu, keluarga dan komuniti dalam saling
membantu atara satu sama lain di luar lingkungan keluarga
masing-masing secara takformal). Roda keempat sektor
sukarela (pelbagai pergerakan dan persatuan ditubuhkan
untuk menyediakan pelbagai erkhidmatan sosial yang tidak
dapat disediakan sepenuhnya oleh sektor kerajaan, swasta
6
dan tak formal). Semangat kesukarelawanan perlu diserapkan
di dalam keempat-empat sektor tersebut. Oleh itu, setiap
anggota masyarakat perlu mempunyai sifat kesukarelawanan,
selain daripada bertugas dan berkhidmat untuk tujuan mata
pencarian.
7
perihatin dan bertanggungjawab social. Kakitangan swasta
juga perlu digalakkan untuk memberikan khidmat sukarela
secara peribadi melalui persatuan kepada masyarakat selain
urusan pekerjaan harian.
8
KESUKARELAWANAN DARI PERSPEKTIF AGAMA
Kesukarelaan adalah amalan murni dan mempunyai nilai
yang tinggi. Ini kerana setiap pekerjaan yang dilakukan di
atas landasan kesukarelawanan dapat membangkitkan sikap
kerjasama dan tolong menolong yang memungkinkan manusia
dapat hidup dalam masyarakat dengan penuh keharmonian
dan bersatu. Seharusnya setiap yang terlibat dalam kerja-
kerja dan programprogram kesukarelaan, sama ada secara
berseorangan ataupun secara berorganisasi, sama ada secara
sistematik ataupun tidak, dan sama ada tenaga yang diberi itu
adalah banyak ataupun sedikit, ia dianggap sebagai amalan
yang terpuji. Secara keseluruhanya setiap agama di dunia ini
mementingkan kehidupan harmoni dan kesejahteraan sejagat.
Semangat kesukarelawanan adalah salah satu eleman untuk
mencapai kedamaian dan kesejahteraan dalam kehidupan.
9
hanya mengharapkan balasan yang setimpal daripada Allah
SWT semata-mata.
Sifat keikhlasan menjadi nilai utama dalam kesukarewanan,
maka Islam telah meletakkan asas yang sangat kukuh terhadap
kesukarewanan. AlQardhawi (1995: 68) menyatakan bahawa
setiap amal sosial yang mempunyai manfaat adalah termasuk
di dalam kategori ibadah yang utama. Dengan syarat orang
yang melakukan ibadah ini mempunyai niat untuk kebaikan
dan bukan untuk mencari pujian atau sanjungan di mata orang
lain. Dengan erti kata lain, orang yang melakukan ibadah
umum perlu menyertakan niat yang ikhlas kerana Allah SWT
semata-mata.
Beberapa contoh amalan perbuatan yang termasuk di
dalam kategori kesukarelawanan dalam Islam. Antaranya
menghilangkan kesedihan orang lain, meringankan beban
penderitaan orang yang ditimpa musibah, membalut luka
mangsa bencana, menyelamatkan jiwa orang yang terabai dan
memberi manfaat kepada sama makhluk, menziarahi orang sakit,
memberi makan dan minum kepada orang lain terutamanya
kepada yang amat memerlukannya. Semua ini akan dikira
sebagai mengerjakan ibadah yang dapat menghampirkan diri
kepada Allah SWT jika dilakukan dengan penuh rasa ikhlas dan
niat yang benar dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi
Allah SWT dan akan diganjari dengan ganjaran yang setimpal.
10
“Heal the sick, raise the dead cleanse the lepers cast out
demons; freely you received, freely give”.
(Matthew 10:8)
“…and do good…expecting nothing in return; and your
reward will be great, and you will be sons of the Most High…”.
(Luke 6:35)
11
Bagaimanapun, kesukarelaan mungkin membawa makna
yang berbeza kepada orang yang berbeza, kepada masyarakat
yang berbeza dan kepada zaman yang berbeza. Ini adalah
kerana makna kesukarelaan turut juga dipengaruhi oleh
pelbagai faktor, seperti sejarah, politik, ekonomi dan budaya
sesuatu masyarakat dan tempat. Ada orang mungkin melihat
kesukarelaan dalam bentuk “idealisme” atau “altruisme” atau
“goodness of heart” atau “charitable souls”. Ada orang mungkin
menyanjung kesukarelaan sebagai gerakan yang baik atau
positif lalu, jika di Amerika Syarikat sebagai tempatnya,
menyelarikannya misalnya, dengan Martin Luther King.
Sebaliknya, ada pula orang di Amerika Syarikat yang mungkin
mencemuh kesukarelaan dengan menyelarikannya pula
misalnya, dengan Klu Klux Klan. Kedua-dua persepsi yang
bertentangan ini adalah akibat dipengaruhi oleh pengalaman-
pengalaman tertentu.
Perkataan “kesukarelaan” biasanya digabungkan dengan
perkataan “khidmat” atau “bakti” (service). Makna perkhidmatan
juga berbeza-beza dari seorang ke seorang. Bagi sesetengah
orang, ia mungkin bermaksud “satu tradisi atau tanggungjawab
agama atau moral”. Orang kedua mungkin melihatnya sebagai
“suatu perlakuan yang jelas, yang tidak sentimental dan
merupakan semangat keberkawanan”. Manakala orang ketiga
boleh sahaja melihatnya sebagai “bukan sahaja kebaikan
kemanusiaan, malahan peluang untuk belajar tentang mereka
yang dihulurkan bantuan perkhidmatan itu”. Kesukarelaan
juga boleh dijadikan ukuran atau pembayang tentang sifat-sifat
kemanusiaan yang terdapat dalam diri seseorang atau sesuatu
kumpulan manusia. Orang yang sering terlibat dalam kerja-
kerja sukarela akan dilihat sebagai seorang yang bersifat mulia.
Manakala yang tidak mahu langsung menyertai kerja-kerja
kesukarelaan akan dilihat sebagai seorang yang mementingkan
diri sendiri.
Kerana itu, apabila sesuatu kumpulan manusia ingin
memilih seseorang untuk diberikan sesuatu tugas atau
tanggungjawab, misalnya menjadi pemimpin untuk sesuatu
organisasi, maka antara kayu ukur yang digunakan untuk
12
memilih calon pemimpin tersebut ialah seseorang yang
mempunyai banyak pengalaman dalam kerja atau program
kesukarelaan. Di samping itu, hidup dan bebasnya organisasi
sukarela boleh pula membayangkan tahap amalan demokrasi
dalam sesebuah negara. Lazimnya di negara yang kerajaannya
bersifat autokrasi, organisasi sukarela tidak digalakkan untuk
bergerak dengan bebas. Jika terdapat organisasi sukarela yang
aktif, maka ia berkemungkinan besar adalah yang pandai
mengampu atau yang memang ditubuhkan oleh elemen-elemen
kerajaan tersebut untuk menjadi ejennya.
Pada masa yang sama, keaktifan kerja-kerja kesukarelaan
boleh membayangkan tahap kesedaran politik masyarakat di
sesebuah negara. Ini terutamanya apabila kerja kesukarelaan
melibatkan unsur-unsur gerakan dan perjuangan. Masyarakat
yang tidak celik politik atau rendah kesedaran politiknya akan
sukar memahami kerja sukarela yang berorientasi advokasi.
Organisasi-organisasi kesukarelaan, yang biasanya lebih
dekat dengan denyut nadi rakyat, perlu dibawa oleh kerajaan
untuk berpartisipasi dalam proses membuat keputusan, iaitu
dengan mengamalkan konsep perundingan (syura) dalam
governans atau tadbir urus (governance) negara. Tetapi, amalan
perundingan hanya akan dapat berkembang dan memanfaatkan
jika terdapat suasana yang kondusif, kemerdekaan berfikir,
kebebasan bersuara dan sikap terbuka, dan bukannya dalam
suasana takut berbeza pendapat dengan seseorang yang
lebih berkuasa. Adakah kesukarelaan bermaksud semuanya
percuma? Dengan mengambil kira semua makna dan persepsi
tentang kesukarelaan, maka ia harus dilihat dalam satu
continuum yang bermula dengan yang seidealnya dan berakhir
dengan seminimumnya. Dalam konteks yang praktikal, yang
dimaksudkan kesukarelaan di sini ialah:
“Satu continuum yang bermula dari seideal melakukan
sesuatu dengan percuma dan setulus kudus hinggalah ke
tahap menerima upah, tetapi yang di bawah garis harga
pasaran semasa”. Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman,
kesukarelaan mungkin menyerlah dalam corak yang berbeza
13
dalam keadaan yang berbeza, akibat kefahaman yang berbeza.
Sesuatu yang dilihat sebagai kesukarelaan di sesebuah negara
mungkin dianggap sebagai pekerjaan gaji rendah atau bidang
intensif buruh di negara yang lain. Meskipun begitu, di sebalik
kefahaman yang berbeza-beza ini, tiga ciri asas masih dapat
dikenalpasti untuk menentukan kesukarelaan.
Pertama, kerja tersebut tidak dilakukan dengan matlamat
untuk mendapatkan balasan kewangan. Bagaimanapun,
gantian (reimbursement) bagi perbelanjaan yang diperlukan
dan sedikit bayaran saguhati (token) adalah dibenarkan. Kedua,
kerja tersebut hendaklah dilaksanakan secara sukarela iaitu
mengikut kerelaan si-pelaku itu. Di sini terdapat juga ruang yang
kabur, misalnya dalam kes di mana sekolah menganjurkan skim
khidmat masyarakat yang menggalakkan, dan kadangkalanya
memerlukan, pelajar-pelajarnya terlibat dalam kerja-kerja dan
program-program kesukarelaan. Dan ketiga, kerja tersebut
hendaklah mendatangkan manfaat kepada sesuatu kelompok
masyarakat atau orang lain dan bukannya sukarelawan itu
sendiri. Bagaimanapun, hakikat bahawa kesukarelaan juga
mungkin mendatangkan manfaat yang signifikan terhadap si-
sukarelawan itu sendiri perlu juga diterima.
Faktor-faktor
Berdasarkan kajian Coles dan kajian serta pengalaman
tempatan, dapat digariskan beberapa faktor yang menyebabkan
dan memotivasikan seseorang untuk menjadi sukarelawan/wati
atau terlibat dalam kerja-kerja dan program-program sukarela.
Bagaimanapun, dalam membincangkannya, wujud kesedaran
akan kemungkinan dan bersalahnya jika faktor-faktor ini
dipaparkan secara stereotype. Ini adalah kerana faktor-faktor
tersebut amat kompleks. Sekompleks kesukarelaan itu sendiri.
Dan sekompleks setiap sukarelawan/wati yang empunya diri.
Faktor yang pertama, ialah perjuangan sosial dan politik
untuk menuntut kemerdekaan atau memperbaiki nasib bangsa
dan negara. Ini melibatkan komitmen. Dalam keadaan-keadaan
tertentu, komitmen yang diperlukan amatlah tinggi, iaitu
sehingga menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Setiap
14
negara yang pernah dijajah mempunyai kisah-kisah perjuangan
kemerdekaannya masing-masing. Ribuan, malah jutaan
sukarelawan/wati yang telah mencurahkan sumbangan bakti
mereka. Mereka mengorbankan pelbagai: masa, tenaga, masa
depan, keluarga, harta, malahan juga nyawa. Dalam pelbagai
bidang. Tidak hanya terhad dalam ketenteraan dan peperangan
sahaja. Dan dalam pelbagai peringkat. Tidak hanya terhad
kepada ketua parti politik dan jeneral sahaja. Setelah merdeka,
atau di negara yang tidak dijajah juga, terdapat perjuangan yang
berteruan untuk memastikan tertegaknya kebenaran, keadilan
dan keamanan serta tenggelamnya kepalsuan, kezaliman dan
kehuruharaan. Contohnya jika di Malaysia ialah memastikan
pertumbuhan ekonomi adalah bersekali dengan pengagihan,
iaitu falsafah pembangunan negara yang merupakan asas Dasar
Ekonomi Baru yang dilanjutkan dalam Dasar Pembangunan
Nasional dan kini Dasar Wawasan Negara.
Faktor yang kedua, ialah rasa prihatin yang timbul dalam
diri untuk menaburkan bakti dan khidmat kepada masyarakat
dengan berbuat sesuatu. Kebiasaannya faktor ini dikaitkan
dengan idealisme atau altruisme, iaitu satu perasaan yang
amat tinggi, yang biasa juga dianggap sebagai pendirian atau
prinsip.Idealisme merujuk kepada pegangan atau fundamental
yang dihayati dan diamali. Ia berasaskan dua perkara pokok:
kecintaan terhadap nilai-nilai yang murni lagi tinggi, dan
kebencian terhadap benda-benda yang buruk lagi teruk.
Lazimnya, idealisme akan disertai oleh aktivisme. Iaitu proses
menerjemahkan idealisme itu agar menjadi langkah-langkah
yang praktikal: sama ada aktiviti, bakti atau advokasi. Inilah
faktor yang kadangkalanya menyebabkan sesetengah orang
menjadi hairan melihat betapa sukarelawan/wati tertentu
sanggup berbuat apa-apa sahaja, di mana-mana sahaja, bila-
bila masa sahaja dan dengan cara-cara apa sahaja demi
menafsirkan panggilan dalamannya ini atau the call to service
dengan setulus kudus dan setulin batin.
Faktor yang ketiga, ialah akibat pengalaman peribadi
atau tragedi yang berlaku terhadap diri sendiri atau orang
yang terdekat dan tersayang. Seseorang yang mengalami
15
sakit jantung, yang menurut kefahaman dan kepercayaannya
adalah akibat rokok, mungkin akhirnya menjadi sukarelawan/
wati dalam kempen dan gerakan anti-merokok. Supaya orang
lain tidak mengalami kesakitan yang pernah dihidapinya
itu. Manakala seseorang yang pernah kehilangan anggota
keluarganya akibat kanser, mungkin akhirnya menjadi
sukarelawan/wati dalam kempen dan gerakan menyedarkan
orang lain tentang bahaya, cara mengenali dan mengelak serta,
jika terkena juga, cara merawat kanser. Supaya orang lain
tidak mengalami kesakitan yang dilalui anggota keluarganya
itu dan supaya orang lain tidak melalui kesedihan yang pernah
dirasainya itu.
Faktor yang keempat, ialah keinginan berbuat amal dengan
memberikan sumbangan dalam bentuk wang atau barangan.
Ini biasanya di kalangan yang berada. Beliau mungkin
mendermakan sejumlah wang untuk biasiswa, membeli alatan
dan kelengkapan sekolah, membiayai rawatan pesakit dan
sebagainya. Beliau juga mungkin mendermakan rumah atau
tanah untuk digunakan bagi kerja-kerja dan program-program
tertentu.
Faktor yang kelima, ialah untuk mendapatkan keredhaan
Tuhan, iaitu mengikut ajaran agama. Bagi orang Islam,
contohnya, berbuat kerja-kerja kesukarelaan, dengan syarat
secara ikhlas dan tidak untuk menunjuk-nunjuk, akan
mendapat balasan pahala. Kerja-kerja kesukarelaan tidak pula
bermakna hanya yang kelihatan rapat dengan yang dianggap
Islam, misalnya mencuci masjid, berbelanja menghantar orang
ke Mekah dan membantu sesama Muslim sahaja. Ia juga
termasuk kerja-kerja kesukarelaan yang lebih luas, misalnya
membantu orang miskin, membangunkan ekonomi negara dan
termasuk memberikan pertolongan kepada orang bukan Islam
yang memerlukan.
Faktor yang keenam, ialah menyertai kerja-kerja dan
program-program kesukarelaan yang didokong oleh kerajaan
atau beberapa buah kerajaan, iaitu menyahut seruan kerajaan.
Contoh kerja dan program kesukarelaan yang didokong
16
oleh kerajaan ialah, jika di Malaysia, menjadi Sukarelawan
Sukom. Manakala contoh bagi kerja dan program sukarelawan
yang didokong oleh beberapa buah kerajaan ialah menjadi
sukarelawan/wati dalam program United Nations Volunteers.
Faktor yang ketujuh, ialah sebagai khidmat kepada negara.
Sesetengah negara mempunyai program khidmat negara
yang khusus (national service). Seseorang rakyat diperlukan
berkhidmat dalam pasukan tersebut untuk sesuatu jangka
masa tertentu, misalnya selama dua tahun. Walaupun terdapat
ramai yang menyertainya akibat terpaksa, namun ramai juga
yang benar-benar secara sukarela.
Dan faktor yang kelapan, ialah bagi memenuhi keperluan
psikologi. Sesetengah sukarelawan/wati merasai atau mendapat
kepuasan psikologi tertentu apabila terlibat dalam kerja-kerja
kesukarelaan. Antaranya ialah rasa mendapat pengiktirafan,
rasa berjaya melaksanakan sesuatu, mengawal sesuatu, proses
pembinaan dan pengembangan diri, berkawan dan bersosial,
seronok, berkuasa, keunikan, pengalaman, imej tersendiri dan
sebagainya. Tetapi, faktor ini mempunyai dimensi yang lebih
luas. Contohnya, bagi Malaysia, khidmat kepada negara adalah
salah satu elemen patriotisme. Dalam konteks zaman ini, yang
dimaksudkan di sini ialah patriotisme alaf baru. Walaupun
patriotisme mempunyai makna yang sama pada setiap masa,
iaitu cintakasih yang kekal dan kental terhadap negara
Malaysia, tetapi fokusnya adalah mengikut keperluan masa.
Bagi generasi yang melalui zaman dijajah, fokus patriotisme
ialah memerdekakan negara. Selepas itu, fokus patriotisme
ialah mengisi kemerdekaan. Selepas peristiwa 13 Mei 1969,
fokus patriotisme ialah menyatupadukan rakyat yang berbilang
kaum. Semasa kegawatan ekonomi yang dipaksakan baru-
baru ini, fokus patriotisme ialah mempertahankan kedaulatan
ekonomi negara. Dan kini, fokus patriotisme ialah bagaimana,
dengan semangat kesukarelaan, setiap rakyat menyumbang
kepada pembangunan negara supaya berjaya mencapai
matlamat Wawasan 2020 dengan cemerlang dan gemilang.
17
Kajian-Kajian Tentang Kesukarelawanan
Kajian-kajian tentang kesukarelaan telah mula dijalankan
di beberapa buah negara. Penemuan daripada kajian tersebut
dapat memberikan gambaran tentang faktor-faktor mengapa
para sukarelawan/wati terlibat dalam kerja-kerja dan program-
program kesukarelaan. Contohnya, satu kajian di Brazil
menunjukkan bahawa 50 peratus daripada para sukarelawan/
wati menyertai kerja-kerja kesukarelaan kerana mereka merasa
bahagia apabila membantu orang lain, 38 peratus merasa
bertanggungjawab membantu mereka yang kurang bernasib
baik, manakala 31 peratus pula kerana agama atau pengajian
mereka memerlukannya. Di Perancis, 19 peratus daripada
golongan dewasanya terlibat dalam kerja-kerja sukarela. 60
peratus daripadanya menyumbangkan 20 jam atau lebih bagi
setiap bulan. 46 peratus daripada responden menyatakan
bahawa mereka melibatkan diri dalam kesukarelaan kerana
suka menolong orang lain, manakala 27 peratus menyatakan
yang mereka merasa bertanggungjawab untuk menolong. Di
Jerman pula, lebih kurang seorang dari setiap 3 orang dewasa,
iaitu 34 peratus, terlibat dalam kerja-kerja sukarela pada purata
15 jam sebulan melalui pelbagai organisasi, inisiatif, projek
dan kumpulan menolong sendiri. Tiga suku daripada mereka
terlibat untuk menambahkan ilmu dan pengalaman. Lebih
kurang 33 peratus orang dewasa Ireland terlibat dalam kerja-
kerja sukarela. 72 peratus daripadanya berpendapat bahawa
sukarelawan/wati mampu menawarkan sesuatu yang tidak
akan dapat disediakan oleh golongan profesional yang bergaji.
Manakala, lebih 26 peratus daripada orang dewasa Jepun yang
dikaji menyatakan bahawa mereka sedang atau pernah terlibat
sebagai sukarelawan/wati. 48 peratus daripada mereka terlibat
dalam kesukarelaan kerana ia berguna, manakala 33 peratus
menyatakan ia dilakukan untuk menimba pengalaman.
18
BAB 2
19
Ketiga, terdapat sukarelawan/wati yang, walaupun
mempunyai niat yang mulia, tetapi tidak mempunyai ilmu
dan kemahiran yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu
perkhidmatan yang ingin atau telah diceburinya. Pada waktu
yang sama, jika mereka berhidmat melalui sesebuah organisasi
sukarela, organisasi itu pula tidak mempunyai kemampuan,
sama ada dari segi jurulatih atau sumber-sumber, untuk
memberikan latihan dan pendedahan yang secukupnya.
Keempat, sebahagian daripada organisasi sukarela tidak
mempunyai sistem pengurusan, sokongan dana dan strategi
pemasaran yang kukuh.
Kelima, sesetengah organisasi sukarela yang besar
jumlah anggotanya terpaksa menjalankan pelbagai jenis
aktiviti sehingga kehilangan fokus, dan ini mengurangkan
keberkesanannya.
Keenam, sebahagian organisasi sukarela dipimpin oleh
orang atasan seperti pemimpin politik atau korporat, sehingga
menjadi elitis sifatnya. Terdapat juga muka-muka yang sama
yang memimpin beberapa buah organisasi sukarela, di samping
adanya pemimpin yang telah memegang sesuatu jawatan untuk
satu tempoh masa yang amat lama. Sementara itu, ada juga
kelihatan mereka yang memegang jawatan dalam organisasi
sukarela seperti untuk kepentingan peribadi atau menjadikan
organisasi sukarela sebagai batu loncatan.
Ketujuh, bagi sesetengah ibu bapa dan pelajar, masa yang
digunakan untuk kerja-kerja sukarela dianggap mencuri masa
yang sepatutnya digunakan untuk belajar atau mengulangkaji
demi meraih keputusan peperiksaan yang paling cemerlang.
Kelapan, bagi setengah pekerja muda dan mereka yang
berpendapatan rendah, setiap masa yang terluang digunakan
pula untuk melakukan kerja lebih masa untuk menambah
pendapatan mereka.
Kesembilan, bagi sesetengah mereka yang berada pula,
kerana mereka mampu segala, maka kurang pula perasaan
untuk bermasyarakat.
20
Kesepuluh, budaya wang telah begitu sekali mencengkamnya
sehingga sukar sekali untuk menggerakkan sesuatu secara
benar-benar sukarela. Kini, sebahagian daripada kerja yang
dahulunya dijalankan secara sukarela oleh organisasi, telah
mula diswastakan. Budaya ini, mungkin juga dipengaruhi sama
oleh faktor masa, turut meresap ke dalam kubu kesukarelaan
yang tradisi seperti kenduri-kendara di kampung.
Kesebelas, sebahagian dari masyarakat telah menjadi
begitu manja dengan kerajaan sehingga merasakan bahawa
apa-apa sahaja kekurangan yang wujud itu, akhirnya akan
diselesaikan oleh kerajaan. Oleh itu, mereka mengambil sikap
“tidak apa” sahaja.
Keduabelas, ramai orang yang berada, sama ada secara
individu atau melalui syarikat korporat, yang sedia untuk
menderma. Tetapi, jika para dermawan ini, dengan tidak
menidakkan sumbangannya yang amat berharga itu, tidak
bergerak ke tahap yang satu lagi, iaitu menjadi mereka
yang benar-benar prihatin, maka, jika kesukarelaan terlalu
dipengaruhi oleh wang, sekiranya ekonomi mengalami
kemerosotan, adalah dirisaukan yang berkemungkinan besar,
dermawan ini akan pudar kesukarelaannya.
Ketigabelas, sebahagian daripada kerja-kerja sukarela yang
dilaksanakan kini menggunakan pendekatan “memberi kepada
yang memerlukan” dan belum sampai ke tahap “membimbing
dan menggalakkan semangat berdikari”.
Keempatbelas, masyarakat seperti kurang berminat (atau
takut?) dalam hal-hal kepentingan awam yang melibatkan
kritikan terbuka terhadap kerajaan, yang diperjuangkan
melalui advokasi oleh sesetengah organisasi sukarela.
Kelimabelas, terdapat ramai belia dan golongan profesional
yang sedia menjadi sukarelawan tetapi kurang frasarana yang
dapat menguruskan kesediaan mereka ini secara sistematik.
Keenambelas, negara ini belum mempunyai tradisi
sukarelawan sepenuh masa, iaitu yang berkhidmat sepenuh
masa dalam sesuatu kerja kesukarelaan tertentu, yang
21
memerlukan seseorang itu sama ada bercuti dari kerjayanya
atau berkhidmat selepas tamat pengajian tetapi sebelum mula
bekerja, di dalam negara ataupun di luar negara.
Ketujuhbelas, sektor kesukarelaan di negara ini tidak padu.
Terdapat banyak pertindihan dan kerana itu terjadi pembaziran
manakala keberkesanannya tidak dapat dioptimumkan.
Kelapanbelas, ramai orang awam yang tidak sedar atau
mengetahui tentang peluang-peluang sebenar yang wujud
dalam sektor kesukarelaan, sama ada kerana hanya orang-
orang dan organisasi-organisasi sukarela tertentu sahaja yang
sering ditonjolkan oleh media atau kerana organisasi-organisasi
sukarela tertentu memilih untuk bersifat eksklusif.
Kesembilanbelas, terdapat organisasi sukarela yang tidak
menguruskan dengan baik sukarelawan/wati yang datang
kepadanya yang menyebabkan mereka mendapat pengalaman
kesukarelaan yang negatif.
Keduapuluh, umumnya pengiktirafan terhadap
kesukarelaan, organisasi sukarela dan sukarelawan/wati masih
kurang.
22
dan menyumbangkan lebih kurang 40 bilion pound kepada
ekonominya. Di Kanada, lebih 5 juta orang dewasa melibatkan
diri dalam kerja-kerja sukarela dan menambahkan sebanyak
US16 bilion terhadap ekonominya. Kajian di 22 buah negara
Eropah pada tahun 1998 mendapati kerja-kerja yang dilakukan
para sukarelawan/wati menyamai 10.5 juta pekerja sepenuh
masa. Manakala di Korea Selatan, seramai 3.8 juta orang
menyumbangkan 451 juta jam kerja sukarela pada tahun 1999
yang bernilai US2 bilion.
Kedua, partisipasi telah lama dilihat sebagai elemen
penting bagi governans baik dan pembangunan. Kesukarelaan
ialah satu daripada kunci utama dari segi cara individu-individu
mengartikulasi peranan mereka sebagai rakyat. Dengan
terbinanya kepercayaan dan kerjasama antara semua sektor,
iaitu kerajaan, perniagaan dan organisasi sukarela serta rakyat,
kesukarelaan memberikan sumbangan dalam pembinaan
sebuah masyarakat yang stabil, harmoni dan bersatu padu.
Ketiga, kesukarelaan dapat membantu mengintegrasikan
ke dalam masyarakat mereka yang terpinggir (marginalised).
Sebagai contohnya, apabila seseorang yang istimewa menyertai
kerja-kerja sukarela, ia dapat mencabar pandangan stereotype
yang menganggap mereka hanya sebagai penerima manfaat
program-program kebajikan sahaja. Manakala bagi bagi
warga emas, melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela
membantu secara positif proses active aging. Kesukarelaan juga
menyediakan pengalaman amat mahal dari segi persediaan
kewarganegaraan dan kepemimpinan. Mereka belajar tentang
masyarakat yang lebih luas dan cara-cara serta implikasi-
implikasi hidup dalam masyarakat. Mereka belajar tentang
undang-undang, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat
perniagaan, organisasi-organisasi sosial dan pelbagai lagi
yang semuanya dapat membantunya memahami sistem politik
negaranya. Jelasnya, kesukarelaan mempunyai kesan yang
amat mendalam dan mempengaruhi belia dari segi keperibadian,
pesonaliti, jati diri, nilai, kepercayaan dan motivasi.
Keempat, kesukarelaan juga mempunyai peranan dalam
mempromosi peluang pekerjaan penuh (full employment).
23
Iaitu dari segi meningkatkan peluang orang yang menganggur
diambil bekerja (enhancing the employability of the unemployed).
Contohnya, bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan,
kerja-kerja sukarela dapat memperkukuhkan keyakinan,
mendapatkan akses kepada jaringan-jaringan dan peluang-
peluang pekerjaan dan dapat melatih diri dengan pelbagai
kemahiran yang diperlukan majikan-majikan. Dalam keadaan
tertentu, kesukarelaan juga dapat merekacipta kerja-kerja baru
dengan cara mengembangkan perkhidmatan-perkhidmatan
tertentu, misalnya kerja-kerja inovatif dalam menangani masalah
HIV/AIDS, yang kemudiannya diambil alih oleh kerajaan atau
dijadikan pekerjaan yang bergaji. Dalam konteks negara ini,
kesukarelaan telah memberikan sumbangan yang amat besar
dalam pelbagai bidang pembangunan. Walaupun belum terdapat
kajian emperikal mengenai impaknya, namun ia masih dapat
dilihat dengan nyata dalam pelbagai bidang dan di pelbagai
peringkat. Dari segi advokasi, terdapat banyak keputusan yang
telah dibuat adalah berdasarkan sumbangan pemikiran, idea,
pendapat dan pendirian dari organisasi-organisasi sukarela.
Antaranya ialah undang-undang mengenai perlindungan kanak-
kanak dan wanita yang dianiaya, penguatkuasaan peraturan-
peraturan tentang alam sekitar, peraturan-peraturan tentang
hal ehwal kepenggunaan, dasar pendidikan, dasar belia, dasar
wanita, dasar sosial dan perancangan-perancangan seperti yang
terdapat dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga,
Rancangan Malaysia Kelapan dan sebagainya.
Dalam hal ini, terdapat tiga perkara utama yang dapat
disumbangkan oleh organisasi-organisasi sukarela. Pertama,
ia dapat membantu dalam transformasi masyarakat melalui
idea-idea, teknologi-teknologi dan pendekatan-pendekatan
baru. Ia menimbulkan kesedaran, mempamerkan perubahan,
menunjukkan perspektif-perspektif baru dan menganjurkan
struktur-struktur untuk perubahan di peringkat akar umbi.
Kedua, ia dapat membantu menawarkan perkhidmatan-
perkhidmatan tertentu yang belum dimulakan oleh pihak-pihak
lain. Organisasi-organisasi sukarela menawarkan pelbagai jenis
dan bentuk perkhidmatan untuk mereka yang kurang bernasib
24
baik, seperti anak-anak yatim, warga emas, golongan istimewa,
penagih dan golongan miskin.
Dan ketiga, ia dapat membantu dari segi pemantauan
terhadap sistem-sistem yang dilaksanakan. Sebagai contohnya,
gerakan pengguna memainkan peranan utama dalam memantau
harga barangan-barangan dan perkhidmatan-perkhidmatan,
gerakan wanita menimbulkan isu-isu diskiriminasi terhadap
wanita dan gerakan alam sekitar menyuarakan kes-kes
pencemaran alam sekitar.
Manakala dari segi aktiviti dan bakti pula, contoh-contoh
sumbangan yang ditawarkan oleh organisasi-organisasi sukarela
adalah lebih mudah untuk digambarkan. Ini adalah kerana kerja-
kerja kesukarelaan meliputi kumpulan sasar dan jenis-jenis atau
bentuk-bentuk aktiviti dan bakti yang luas. Ini termasuklah
perkhidmatan di institusi-institusi kebajikan (seperti kanak-
kanak yatim, warga emas dan golongan istimewa), aktiviti-
aktiviti berasaskan komuniti, tindakan-tindakan tentang alam
sekitar, kesedaran dalam isu-isu wanita, kesedaran tentang
isu-isu dan hak-hak kanak-kanak, kesedaran tentang peranan
belia sebagai rakan pembangunan, isu-isu kepenggunaan, isu-
isu pekerja dan program-program yang berorientasi isu (seperti
HIV/AIDS, kanser, kesihatan reproduktif dan lain-lain). Antara
contoh sumbangan-sumbangan tersebut ialah seperti yang
disenaraikan di bawah ini:
Memberikan bantuan ketika berlaku kecemasan dan
bencana. Tentu terbayang di mata bagaimana pasukan-pasukan
pertolongan cemas bertungkus lumus setiap kali berlaku banjir,
ketika menyelamatkan mangsa bangunan tinggi yang runtuh
dan semasa berlaku tanah runtuh.
Meningkatkan mutu pendidikan dan latihan. Ada organisasi
sukarela yang menganjurkan program kelas bimbingan. Ada
yang menubuhkan sekolah-sekolah swasta kebajikan. Manakala
ada pula yang menganjurkan latihan-latihan kemahiran.
Menjalankan usaha atau kempen kesedaran dan pendidikan
komuniti dalam pelbagai bidang, seperti pembangunan belia,
pemeliharaan alam sekitar, kesedaran pengguna, memerangi
25
penyalahgunaan dadah, anti merokok, kesedaran tentang HIV/
AIDS, kesedaran tentang kanser dan lain-lain lagi.
Melaksanakan program pendidikan agama. Terdapat
organisasi sukarela yang menganjurkan program seperti kelas
agama, kursus dakwah, kelas al Qur’an, acara-acara sambutan
perayaan agama dan sebagainya.
Menganjurkan program-program mengisi masa lapang.
Ini merupakan antara bidang utama yang dijalankan oleh
persatuan-persatuan belia. Pelbagai aktiviti dilaksanakan
seperti perkhemahan, rekreasi, ekspedisi, sukan rakyat,
kesenian dan budaya, lawatan, pameran dan pelbagai jenis
pertandingan.
Membantu mereka yang kurang bernasib baik. Terdapat
organisasi sukarela yang terlibat dalam program-program
memberi bantuan makanan, bantuan pakaian dan peralatan
bersekolah, pinjaman mikro kredit, pembinaan rumah murah
dan lain-lain lagi.
Memperjuangkan hak dan kepentingan golongan tertentu,
misalnya dari segi hak bersuara, gaji, cuti dan sebagainya. Ini
dilakukan oleh organisasi-organisasi sukarela yang mewakili
para pekerja, pengguna, belia, wanita, golongan istimewa, warga
emas, ahli sukan, seniman dan karyawan, golongan profesional
dan sebagainya.
Mengadakan latihan-latihan kepemimpinan. Ini dijalankan
oleh pelbagai organisasi sukarela. Ia ditujukan kepada pelbagai
golongan. Antaranya ialah belia, pelajar, wanita, bekas tentera
dan polis, pemimpin-pemimpin masyarakat dan juga golongan
profesional.
Menjayakan pelbagai program utama negara. Antaranya
ialah kempen mendapatkan Malaysia sebagai tuan rumah
Sukan Asia, Larian Sukan Sea, Sukom, Grand Prix Formula
Satu Malaysia, Rakan Muda dan lain-lain.
Menjayakan pelbagai program sukan, sama ada yang
berkonsep sukan prestasi tinggi ataupun sukan untuk semua
dan menggerakkan bantuan kemanusiaan terhadap mereka
26
yang memerlukan. Contohnya ialah projek mengutip derma,
malam amal, pertunjukan fesyen, tayangan filem perdana,
pertandingan golf untuk kebajikan, larian untuk kebajikan dan
sebagainya. Bantuan ini kadangkalanya turut dihulurkan juga
kepada masyarakat di luar negara seperti di Palestin, Myanmar,
Vietnam, Bosnia, Kosova dan Timor Timur.
Di samping sumbangan yang jelas dilihat oleh masyarakat,
organisasi sukarela juga memberikan sumbangan yang
tersendiri dalam mengembangkan budaya kerja dan sistem
kerja kesukarelaan yang unik, yang dalam hal-hal tertentu
kini mulai ditiru oleh sektor kerajaan dan perniagaan. Harvard
Business School dan Drucker Foundation, misalnya, telah
mula menggunakan teknologi pengurusan kesukarelaan atau
non-profit dalam kelas-kelas untuk pegawai-pegawai kerajaan
dan perniagaan. Dalam konteks ini, persatuan-persatuan
belia negara ini kaya dengan pengalaman pembangunan
belia. Antaranya ialah budaya demokrasi, perpaduan kaum,
latihan kepemimpinan dan pemimpin pelapis, hubungan dan
citra antarabangsa, pembangunan sumber manusia, teknologi
pemasaran sosial, konsep doing more with less, orientasi
non-partisan dan pendekatan outreach. Kini, sumbangan
kesukarelaan dan organisasi sukarela semakin diiktiraf,
termasuk oleh kerajaan. Kerana itu, terdapat ayat-ayat dalam
dokumen-dokumen rasmi kerajaan yang mencatatkan dengan
jelas akan sumbangan-sumbangan tersebut. Contohnya
ialah di dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga
dan Rancangan Malaysia Kelapan. Walaupun dari segi
pelaksanaannya, ia masih jauh dari memuaskan, namun ia
adalah permulaan yang positif.
27
Morales dan Sheafor (1998 ; 34) telah membincangkan
dengan terperinci mengenai tiga usaha penting yang telah
dijalankan bagi mencari satu definisi kerja sosial yang tepat dan
jelas.Usaha yang pertama telah dijalankan pada tahun 1920-an
di mana Persatuan Kerja Sosial Malaysia telah mengadakan
beberapa mesyuarat bersama eksekutif-eksekutif agensi di
Milford,Pennsylvania.Para perwakilan yang mempunyai latar
belakang yang berbeza ini telah mengenalpasti beberapa faktor
yang mirip kepada amalan kerja-kerja sosial tetapi masih gagal
untuk mendapatkan definisi yang tepat dan jelas.
Seterusnya pada tahun 1950-an sekali lagi timbul minat
untuk membangunkan definisi kerja sosial ini.Penggabungan
di antara beberapa organisasi yang khusus dalam bidang kerja
sosial dan National Association of Social Work (NASW) selesai
pada tahun 1955.Buat pertama kalinya semangat perpaduan
telah mempengaruhi profesion kerja sosial dan usaha untuk
mencari definisi kerja sosial yang akan menggambarkan
keseragaman amalan kerja sosial yang pelbagai mula dijalankan
dengan bersungguh-sungguh1.
Salah satu langkah penting yang telah diambil ialah dengan
menerbitkan Working Definition of Social Work Practise pada
tahun 1958.Walaupun ia tidak menyediakan satu definisi yang
menyeluruh, tetapi dokumen yang telah dibentuk ini menjadi
asas penting kepada definisi yang akan datang. Dokumen ini
sebenarnya memberi gambaran bahawa pekerja sosial bukan
sahaja menumpukan perhatian terhadap matlamat merawat
tetapi juga menekankan soal pentingnya perubahan sosial
atau pencegahan.Ia juga menekankan soal perhubungan di
antara individu dan persekitarannya serta menggariskan
bahawa tanggungjawab sebagai pekerja sosial adalah untuk
memberikan perkhidmatan serta menjadi sebahagian daripada
pelbagai kumpulan masyarakat.
Konsep ini disokong oleh Mary Ann Suppes dan Carolyn
Cressy Wells(1991;6) di mana mereka percaya bahawa kerja
sosial adalah satu profesion berkenaan dengan hubungan
antara manusia dan persekitaran yang mempengaruhi
kemampuan seseorang untuk menyempurnakan sesuatu tugas
28
serta menyedari aspirasi dan nilai.Adalah penting bagi pekerja
sosial memeriksa aspek individu dan persekitaran sosial bagi
mengetahui bahawa kedua-dua faktor berkenaan berinteraksi
dalam proses penyelesaian masalah yang konstruktif.Ia dapat
dijalankan melalui penggunaan maklumat daripada pelbagai
bidang terutamanya sosiologi dan psikologi dalam usaha untuk
menilai permasalahan klien serta membentuk pelan intervensi
yang realistik dan berguna.
Usaha terakhir dalam mencari definisi kerja sosial berlaku
di sekitar tahun 1970-an dan 1980-an di mana NASW telah
menerbitkan tiga edisi khusus di dalam jurnal Social Work.
Antara isi kandungan tiga edisi ini ialah beberapa perbahasan
dan perbincangan yang teguh walaupun bukan kesimpulan
berkenaan dengan sifat kerja sosial.Sungguhpun aktiviti yang
dilakukan ini meningkatkan pemahaman terhadap ciri-ciri
kerja sosial, ia tidak mendorong kearah definisi yang telah
diterima umum.
Walau bagaimanapun, sebagai sebahagian daripada usul
yang yang sejajar dengan para petugas yang mengklasifikasikan
system untuk pekerja sosial, Lembaga Pengarah NASW
akhirnya menerima definisi yang diterima dengan meluas oleh
kita sekarang iaitu :
“Kerja sosial adalah satu aktiviti professional yang
membantu individu, kelompok atau masyarakat untuk
meningkat atau membaiki kapasiti mereka bagi memenuhi
keperluan sosial dan mewujudkan satu keadaan yang kondusif
bagi mencapai tujuan tersebut”. (Morales and Sheafor, 1998;35).
Center For Human Rights United Nations(1994,4)
menjelaskan bahawa kerja sosial adalah satu profesion yang
bertujuan menghasilkan perubahan sosial kepada masyarakat
secara umumnya dan perkembangan individu secara dasarnya.
Biasanya kerja sosial diamalkan dalam lima konteks yang berkait
rapat antara satu sama lain iaitu dari aspek geografi, politik,
sosioekonomi, budaya dan kerohanian.Perhatian kepada kelima-
lima konteks ini akan menentukan kesedaran dan hala tuju kearah
keunggulan serta pencapaian amalan kerja sosial yang dinamik.
29
KAEDAH KERJA SOSIAL
Secara umumnya terdapat 3 kaedah atau praktis yang utama
dalam kerja sosial:
30
• Apabila individu dlm keluarga tidak mampu menyelesaikan
masalah yang berlaku maka bantuan profesional diperlukan
utk membantu spt pekerja sosial
• Praktis kerja sosial dengan individu dan keluarga merupakan
kaedah kerja sosial tertua yang lebih dikenali sebagai kerja
kes social.
• Akibat tekanan dan persekitaraan hidup keluarga yang
berubah maka wujud pelbagai bentuk struktur keluarga
sekarang ini
• Pembentukan bentuk keluarga baru ini berlaku dalam
era perindustrian dengan taraf pendidikan wanita yang
tinggi telah mengubah senario keluarga tradisional kepada
beberapa bentuk keluarga baru.
• Setiap bentuk keluarga yg wujud adalah unik dan tersendiri.
Kini terdapat pelbagai bentuk keluarga baru: Keluarga
induk tunggal, Keluarga dengan ibu berkerjaya, Keluarga
dengan ibu tanpa anak, Keluarga tidak berkahwin, Keluarga
komuter, Keluarga adik beradik, Keluarga sandwich,
dan Keluarga berlainan bangsa. Umumnya terdapat 4
bentuk krisis dalam keluarga: pertama, The bolt from the
blue. Kedua, Development crisis. Ketiga, Strictural crisis.
Keempat, Caretaker crisis.
31
hubungan dan Sedar akan haknya dan kebergantungan
yang positif untuk mereka sama-sama mencapai matlamat.
Chess dan Norlin (1996) mendefiniskan kerja kumpulan
sebagai satu bentuk organisasi sosial yang mana setiap
ahlinya bukan sahaja mengenali dan berinteraksi antara
satu sama lain tetapi turut berkongsi dan menjadi ciri-ciri
kelompok sebagai satu entiti. Konopka kerja kumpulan
sebagai satu kaedah kerja sosial yang menolong individu
menambahbaik kefungsian sosialnya melalui pengalaman
kumpulan dan bertujuan untuk menghadapi segala masalah
peribadi, kumpulan dan komuniti dengan lebih berkesan.
Toseland dan Rivas (1998) menyatakan kerja kumpulan
sebagai: Aktiviti bermatlamt yang dilaksanakan terhadap
sekumpulan orang untuk memenuhi keperluan sosioemosi
dan menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan.
Aktiviti ini dibentuk khusus untuk individu dalam
kumpulan dan kumpulan secara keseluruhan dalam sistem
yang memberi perkhidmatan.
• Andaian terhadap kerja kelompok adalah berdasarkan
kepada pernyataan bahawa manusia mempunyai keperluan
yang sama untuk melibatkan diri mereka dalam kehidupan
kelompok yang tidak dapat dipenuhi melalui masyarakat
industri masa kini.
• Antara pendapat bagi kerja berkumpulan ialah: masyarakat
moden menyediakan peluang yang terhad untuk orang
ramai mewujudkan dan menikmati perhubungan yang
bermakna di antara satu sama lain. Sekularime telah
melemahkan institusi keagamaan tradisional yang sebelum
ini telah mengintegrasikan komuniti. Proses perbandaran
serta perindustrian telah memberi autonomi yang lebih
dan mengurangkan peluang untuk persahabatan. Keluarga
menjadi semakin kecil dan semakin terasing daripada sanak
saudara. Orang ramai semakin memencilkan diri daripada
satu sama lain dan ramai yang diketepikan daripada
mendapat faedah melibatkan diri dalam kumpulan.
• Kepercayaan bagi kerja berkumpulan bahawa kejadian
seperti kesunyian orang tua, delinkuensi juvana di kalangan
32
kanak-kanak miskin serta peminggiran orang bujang
dan orang-orang yang kematian salah seorang pasangan
hidupnya adalah beberapa petanda mengenai perpecahan
institusi sosial tradisional. Masalah ini boleh dielakkan
jikalau individu menganggotai kumpulan dan melibatkan
diri dalam aktiviti kumpulan. Penglibatan dalam kelompok
dapat mengembangkan seseorang individu, menguatkan
personaliti, dan pada amnya memperbaiki perhubungan
sosial mereka.
• Adalah menjadi tugas pekerja kumpulan untuk
menggalakan orang ramai melibatkan diri dalam kumpulan
dan melakukannya dengan bermakna. peluang untuk
penglibatan kumpulan yang teratur disediakan oleh
agensi kebajikan. Agensi kerja kumpulan yang berbeza
menggunakan aktiviti yang berlainan untuk menarik klien
dan mewujudkan integrasi sosial.
• Antara bentuk kumpulan yang biasa ditubuhkan dalam
aktiviti kerja kumpulan ialah: kumpulan rekreasi, Kumpulan
kemahiran rekreasi, Kumpulan pendidikan, Kumpulan
sosialisasi, Kumpulan sokongan (sel help), Kumpulan
theraputik dan kumpulan pertemuan.
33
manusia di sesuatu kawasan geografi spt kampung,
pekan, bandar, kejiranan atau daerah dalam bandar dan
termasuklah manusia yang tinggal dalam sesebuah wilayah,
negeri , negara atau dunia.
• Kerja komuniti merupakan proses di mana ahli komuniti
mengenalpasti keperluan atau objektif, menyusun
keperluan atau objektif mengikut keutamaan, mencari
sumber (dalaman/luaran) bagi memenuhi keperluan atau
objektif, melaksanakan tindakan, membentuk kerjasama
dalam komuniti (organisasi komuniti). Kerja komuniti juga
merujuk kepada tindakan pekerja sosial menggunakan
sumber komuniti untuk menyelesai atau memperbaiki
masalah yang wujud dalam komuniti serta membawa
perubahan persekitaraan (kerja sosial komuniti).
• Kerja komuniti juga dilihat sebagai proses merangsang dan
membantu komuniti setempat dalam menilai, merancang dan
menyelaras usaha-usaha mereka bagi memenuhi keperluan
kesihatan, kebajikan dan rekreasi komuniti. Suatu proses
yang menggabungkan usaha manusia dalam komuniti
dengan usaha-usaha badan kerajaan dan bukan kerajaan
untuk memperbaiki taraf ekonomi, sosial, dan kebudayaan
komuniti supaya kemajuan itu nanti akan mewujudkan
pembangunan negara keseluruhannya (Pembangunan
komuniti)
• Amalan kerja sosial dalam bentuk kerja kes, kerja kumpulan
dan kerja komuniti memerlukan prinsip agar segala
tindakan yang diambil akan mengikut lunas-lunas tertentu
atau panduan-panduan yang ditetapkan. Menghormati
dan memahami klien, Mengwujudkan hubungan yang
bermakna antara pekerja sosial dan klien merupakan
prinsip asas kepada amalan kerja social beserta dengan
prinsip-prinsip lain seperti; Keindividuan, Penerimaan,
Sikap tidak menghukum, Kerahsiaan, Penentuan kendiri,
Melahirkan perasaan dengan bertujuan, Penglibatan emosi
yang terkawal, dan Intervensi secara langsung. Prinsip
keindividuan, menurut Friedlander, menyatakan prinsip ini
sebagai sifat harga diri semula jadi, penghargaan, ketulusan
34
kehormatan individu. Kita mengindividukan seseorang dan
memberi pandangan atau gambaran kepada klien bahawa
kita sebagai makhluk tuhan yang khas. Mempunyai nilai-
nilai hidup sistem nilai tertentu, norma-norma, kasih dan
benci. Semua ini membuatkan manusia itu berbeza dalam
pandangan hidup dan konsep diri daripada individu yang
lain. Kita tidak boleh menganggap manusia yang mempunyai
masalah yang sama sebagai sama dari aspek yang lain. Kita
tidak boleh mencampuradukkan masalah seseorang dengan
masalah orang lain dan masalahnya adalah unik atau
ganjil baginya sahaja. Oleh itu individu dan masalahnya
adalah berlainan sekali dengan individu yang lain berserta
masalahnya. Prinsip keindividuan dikatakan mengawal
ketiga-tiga jenis kaedah kerja sosial dan setiap kaedah ini
mentakrifkannya ke dalam praktik yang berbeza.
• Prinsip penerimaan tanpa syarat bererti pegangan tanpa
menghukum yang dapat dilihat dalam sikap pekerja sosial
terhadap nilai neutral mereka. Tidak boleh mempunyai idea
yang berperangsangka mengenai standard moral. Klien-
klien diterima sebagai diri mereka tanpa mengira perkara
yang telah mereka lakukan atau kegagalan mereka, Kerja
sosial tidak membezakan antara klien yang baik atau
jahat. Prinsip penerimaan ini berdasarkan kepercayaan
yang manusia adalah pada asalnya baik, suci dan patut
dilayan dengan baik. Tetapi pada masa yang sama pekerja
sosial percaya individu sepatutnya bertanggungjawab
terhadap tindakannya dan berkelakuan dengan penuh
tanggungjawab terhadap orang lain. Penerimaan bukan
bermakna kita menerima perbuatan jahatnya dan kita
bersimpati, bersubahat dengan perbuatan anti sosialnya.
Kita menerimanya semata-mata untuk memahami perasaan
yang dilahirkan dan mendapat kerjasama dari klien. kita
faham bahawa senang untuk seseorang untuk menerima
dan memberi kasih saying terhadap orang yang kita kasih,
baik, berbudi bahasa dan lain-lain sifat yang disukai. Tetapi
adalah sesuatu yang agak sukar untuk kita menerima
seseorang yang memiliki sifat yang tidak disukai seperti
pengotor, malas, dan pendiam.
35
• Prinsip sikap tidak menghukum merupakan sikap
menentukan sesuatu secara melulu tanpa diselidiki,
disamping menolong klien mengikut kehendaknya serta
bersesuaian dengan keadaan masyarakat. Seperti pepatah
inggeris “don’t judge a book by its cover”, kerja sosial dilakukan
berdasarkan fungsi kerja kes yang tidak menetapkan
sesuatu nilai baik atau buruk, betul atau salah, dosa atau
pahala. kita tidak patut menetapkan sesuatu tentang klien
berdasarkan perasaan kita, sedangkan perasaan klien yang
terlibat tidak kita selami. oleh itu sebelum kita menjatuhkan
hukuman adalah perlu untuk kita fahami dan keadaan
klien yang menyebabkannya datang meminta pertolongan.
Kita mempunyai pendapat, pandangan berkenaan dengan
perangai klien tetapi kita jangan menyimpan perasaan
menghina terhadap klien dengan mengatakannya bersalah.
Dalam konsep keagamaan istilah yang sering digunakan
ialah “benci pada kesalahannya, tetapi kasih kepada
pesalah”.
• Prinsip kerahsiaan adalah Seperti juga pengamal-pengamal
perubatan, peguam, dan kaunselor yang menganggap
maklumat peribagi sebagai sulit. Pekerja sosial juga percaya
yang klien mereka berhak merahsiakan tingkahlaku mereka
yang lalu dan sekarang. Apa yang diberitahu oleh klien
kepada pekerja sosial adalah merupakan persafahaman
dan sifat saling percaya dan mempercayai antara mereka.
Ia merupakan rahsia diantara klien dan pekerja sosial
dalam konteks tugas rasmi. Klien tidak akan menceritakan
segala-galanya dengan jujur jika perhubungan yang mesra
antara pekerja sosial tidak wujud, ataupun mereka berasa
was-was dan tidak yakin kepada pekerja sosial. Oleh sebab
itu perhubungan yang wujud antara kedua-dua pihak
perlu dijaga supaya sikap pekerja sosial terhadap kilen
mereka tidak rosak dan sebaliknya. Sebaik-baik pekerja
sosial mempunyai bilik yang berasingan bagi membolehkan
klien mereka melahirkan perasaan mereka dengan selesa
tanpa rasa curiga tentang apa yang diceritakannya akan
didengari oleh orang lain. Persoalannya, sejauh manakah
36
“kerahsian” itu perlu dipatuhi? Walau bagaimana pun
pekerja sosial sering kali perlu ntuk menyampaikan
maklumat sulit kepada rakan sekerja, ahli profesional
lain, pihak berkuasa awam, dan juga keluarga klien.
Pekerja sosial dalam bidang pemulihan akhlak dan kerja
sosial psikiatri sering berhadapan dengan masalah ini.
Seperti apabila mereka mengetahui bahawa klien-klien
mereka telah melanggar peraturan tempoh percubaan atau
arahan-arahan lain maka, pekerja sosial bertanggungjawab
melaporkan pesalah kepada pihak berkuasa, tetapi jika klien
membuat pengakuan secara sukarela, mereka mungkin
merasa tidak sepatutnya membuka rahsia itu, bukan
sahaja untuk menghormati prinsip kerahsiaan tetapi juga
untuk mengekalkan perhubungan yang sudah dijalinkan.
kerahsiaan ini bergantung kepada keadaan dan tempat
kerana kerahsian bukanlah bermaksud tiada sesiapa yang
boleh tahu tentang sesuatu kes yang dikendalikan. Perlu
bertukar fikiran antara pekerja sosial dalam mengendalikan
kes kerana pertukaran dalam pemberian perkhidmatan
dalam membantu klien mereka. Prinsip kerahsiaan juga
tidak perlu dipatuhi lagi jika klien mereka memberitahu
kepada pekerja sosial akan perbuatan jenayahnya. Dalam
soal ini pekerja sosial mestilah memberitahu kepada klien
kedudukannya yang menyedarkan klien atas hakikat
kejujuran dan mematuhi undang-undang negara. Begitu
juga dalam kes pekerja sosial yang terpaksa hadir ke
mahkamah yang melibatkan klien mereka. Pekerja sosial
telah diminta mengangkat sumpah bercakap benar, dan
jika dia berbohong demi menjaga rahsia dan kepentingan
klien, maka ia telah melakukan satu kesalahan besar yang
boleh dihukum. Dalam keadaan begini pekerja sosial mesti
memberitahu klien yang ia terpaksa bercakap benar kerana
undang-undang negara melebihi segalanya dan sebagai
rakyat pekerja sosial bertanggunjawab menunaikannya.
• Bagi prinsip penentuan kendiri, walaupun pekerja sosial
merasakan bahawa masalah sosial mesti diselesaikan
dengan betul, tetapi mereka tidak boleh menyatakan kepada
37
individu, kumpulan, dan komuniti tentang keperluan
mereka. Pekerja sosial hanya hanya cuba menolong klien
mengenalpasti keperluan tersebut. Ianya merupakan
pengakuan atas hak dan kehendak klien terhadap
kebebasannya untuk membuat keputusan dan pilihannya.
Pekerja kes juga mempunyai sikap menghormati hak klien,
mengakui kehendak-kehendak itu serta menyedarkan
dan menolong membina segala kebolehannya. Pekerja
sosial tidak mengarah, merayu atau memujuk klien-klien
mereka untuk membuat keputusan. Profesion kerja sosial
percaya bahawa adalah sesuatu yang tidak baik kepada
perkembangan personaliti klien mereka jika penyelesian
sesuatu masalah ditentukan oleh pekerja sosial. Pekerja
sosial perlu membantu klien mereka untuk mendapatkan
semula keyakinan serta mempercayai kebolehan mereka
untuk menyelesaikan masalah sendiri.
• Prinsip melahirkan perasaan dengan bertujuan adalah
apabila Klien berhadapan dengan pekerja sosial ingin
melahirkan perasaannya sebebas yang boleh dengan
sesuatu tujuan. Pekerja sosial dilatih menggalakan klien
mencurah perasaan mereka. Dengan cara ini pekerja sosial
boleh memahami masalah klien dengan lebih mendalam
lagi dan akan menjadi lebih sensitif terhadap keperluan
mereka. Pencurahan emosi ini juga membenarkan pelepasan
perasaan yang terpendam, perasaan ini boleh berupa marah,
benci, takut, cemas, was-was, mesra dan sebagainya. Pekerja
sosial perlu mendengar penuh berhati-hati dengan tujuan
tidak membantut, mencemuh, atau mentertawakanya. Apa
yang dilahirkan adalah rasa yang wujud daripada fikirannya
yang kusut, perasaan yang bercelaru, dan konsep hidupnya
yang mungkin samar-samar.
• Prinsip penglibatan emosi yang terkawal adalah pencurahan
emosi ini juga membenarkan pelepasan perasaan yang
terpendam. Walaubagaimanapun pencurahan emosi mesti
dikawal dan digunakan dengan bertujuan meskipun pekerja
sosial mesti bersimpati dan memahami, mereka mesti
mengawal diri daripada penglibatan emosi dengan klien
38
kerana masalah yang dialami ini boleh mengurangkan
kecekapan mereka berfungsi secara rasional dan efektif.
Oleh itu perlu penglibatan perasaan yang terkawal supaya ia
tidak terlampau melibatkan dirinya hinggakan terbawa oleh
perasaan yang menenggelamkan fokus dan daya pemikiran
untuk memberi petunjuk yg bijak. Jika keadaan ini berlaku
keadaan pejabat akan heboh kerana klien menangis, dan
disertai dengan pekerja sosial yang sama-sama menangis,
atau klien yang marah-marah dengan suara lantang dan
pekerja sosial juga turut marah-marah sehingga berlaku
pergaduhan.
• Intervensi secara langsung adalah salah satu prinsip
generik yang telah diambil daripada kerja kes sosial. Dalam
pembentukan prinsip ini pekerja sosial memindahkan
pengalaman perhubungan kerja kes profesion dengan
menolong orang-orang yang memerlukan berdasarkan
hubungan bersemuka. Pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki oleh pekerka sosial digunakan melalui perhubungan
antara perseorangan dan ahli-ahli kumpulan. Pekerja
komuniti juga mesti membentuk perhubungan yang baik
dengan pemimpin tempatan dan orang perseorangan dalam
percubaan meningkatkan kebajikan komuniti.
39
40
BAB 3
PENGURUSAN KESUKARELAWANAN
DAN PENGENALAN ORGANISASI
KESUKARELAWANAN
41
dengan memberikan tambahan-tambahan dan makna-
makna lain kepada kependekan NGO itu. Contohnya: CINGO
(corporate interest NGO), RINGO (royal interest NGO), BINGO
(beareucrate interest NGO), GINGO (government interest NGO)
dan WINGO (wife interest NGO). Walaupun sinis, tetapi jika
diamati dengan teliti, ada juga kebenarannya untuk berfikir
demikian. Sebenarnya, organisasi sukarela perlu lebih sensitif
dengan latarbelakang penggunaan gelaran NGO dan NPO (non-
profit organisation). NGO digunakan dalam budaya di mana
organisasi sukarela tidak mahu dikaitkan dengan kerajaan.
Manakala NPO digunakan dalam budaya di mana organisasi
sukarela tidak mahu dikaitkan dengan perniagaan.
Persoalannya, mengapa perlu punya budaya yang
sedemikian rupa? Bukankah kedua-dua pihak, iaitu kerajaan
dan perniagaan, adalah rakan pembangunan kepada organisasi
sukarela?
Dalam hal yang sama, mengapakah organisasi sukarela
digelar dengan nama yang tidak mendefinisikannya secara
tepat? Analoginya, perlukah lelaki digelar bukan-perempuan
dan sebaliknya perempuan digelar bukan-lelaki? Bukankah
lebih tepat apabila lelaki digelar lelaki dan perempuan digelar
perempuan?
Oleh yang demikian, semua pihak perlu membebaskan
pemikiran yang pelik ini. Kerana itu, organisasi sukarela perlu
digelar organisasi sukarela. Atau, boleh sahaja digelar dengan
nama-nama lain yang juga sesuai, misalnya persatuan belia jika
ia organisasi belia, CBO untuk community based organisation,
PO untuk peoples’ organisation atau organisasi masyarakat sivil.
Dari segi keorganisasian, organisasi sukarela muncul dalam
beberapa bentuk. Pertama, ialah dari segi lokasi. Ada yang
bersifat tempatan, ada yang kebangsaan, ada yang serantau,
ada yang antara rantau (contohnya Utara-Selatan) dan ada
yang antarabangsa.
Kedua, ialah dari segi pemilikan. Ada yang tidak
mempunyai keahlian. Di Malaysia misalnya, dua orang sahaja
sudah mencukupi untuk mendaftarkan sebuah syarikat
42
sendirian berhad dengan modal berbayarnya hanya RM2.00
sahaja dan syarikat itu digelar organisasi sukarela. Banyak
organisasi think tank tidak mempunyai ahli atau ahli yang
ramai. Manakala, ada pula yang mempunyai bilangan keahlian
yang ramai. Contohnya ialah persatuan-persatuan belia.
Ketiga, ialah dari segi orientasi. Lain organisasi sukarela,
lain pula orientasi operasinya. Umumnya organisasi sukarela
mempunyai dua orientasi utama. Pertama, ialah “orientasi
operasi”. Manakala kedua, ialah “orientasi advokasi”. Dari
segi orientasi operasi pula, ia terbahagi kepada dua, iaitu
“aktiviti” dan “bakti”. “Aktiviti” ialah kerja atau program yang
dianjurkan dari semasa ke semasa. Ia mungkin diadakan secara
sekali sahaja, mungkin beberapa kali, mungkin sempena tarikh
tertentu dan sebagainya. Contohnya ialah seminar menjawab
peperiksaan yang dianjurkan sekali dalam setahun. “Bakti”
pula ialah kerja atau program yang diadakan dengan objektif
yang khusus untuk satu jangka masa yang agak panjang yang
ditentukan dan dengan hasil tertentu yang dituju. Contohnya
ialah kelas bimbingan yang dianjurkan pada sepanjang tahun.
Manakala “advokasi” ialah proses memperjuangkan sesuatu
impian, aspirasi, pendapat atau pandangan. Ia bergerak
dalam satu continuum dan melibatkan banyak elemen seperti
idealisme, altruisme, hak asasi, partisipasi, autonomi dan
lain-lain. Ia diungkapkan melalui ucapan, kenyataan akhbar,
kempen, memorandum, pembentukan pendapat khalayak
(public opinion) dan sebagainya.
Keempat, ialah dari segi pendekatan. Ada yang
menggunakan pendekatan top-bottom, ada yang participatory
tetapi terhad, manakala ada yang participatory penuh yang
mengamalkan penghakupayaan (empowerment).
Dan kelima, ialah dari segi modus operandi. Ada yang
menjalankan penyelidikan dan inovasi, ada yang menjalankan
operasi dan pelaksanaan, manakala ada yang menjalankan
kedua-duanya sekali.
Sementara itu, kerja-kerja dan program-program mereka
juga turut diberikan pelbagai gelaran. Antaranya ialah: “kerja
43
sukarela”, “kerja amal”, “bakti atau khidmat masyarakat”
dan “bakti atau khidmat sosial”. Ia diselarikan pula dengan
beberapa ungkapan kemasyarakatan tertentu. Antaranya
ialah: “masyarakat penyayang”, “masyarakat prihatin”, “rakan
masyarakat”, “kepedulian sosial”, “tanggungjawab sosial” dan
“muafakat sosial” dan akhir-akhir ini, “masyarakat madani”.
Jika dalam bab yang terdahulu telah dibincangkan jenis-jenis
kerja kesukarelaan, kerja dan organisasi kesukarelaan boleh
juga dibahagikan mengikut beberapa kategori. Antaranya
ialah: kebajikan (welfare), bantuan ketika bencana (relief),
bantuan teknikal, kontraktor perkhidmatan awam, organisasi
pembangunan, organisasi akar umbi, dan kumpulan atau
jaringan advokasi. Objektif, falsafah, struktur organisasi,
sistem pentadbiran, sistem kewangan, pendekatan,
perancangan, bentuk dan pelaksanaan kerja dan program juga
berbeza-beza di antara satu organisasi sukarela dengan yang
lain. Namun demikian, secara umumnya, semua organisasi
itu dapat dirangkumkan dalam satu gerakan sukarela yang
memperjuangkan matlamat-matlamat yang tidak dapat diukur
dengan indikator-indikator seperti peningkatan keuntungan,
penembusan pasaran, sokongan undi, dan lain-lain, yang sekali
gus menjadikan organisasi tersebut unik dan strategik di
tengah-tengah masyarakat.
44
menganjurkan latihan-latihan dan kursus-kursus kemahiran.
Manakala dalam bidang budaya ialah seperti membuat
persembahan kesenian secara percuma. Dari segi advokasi pula,
contohnya ialah mempengaruhi keputusan-keputusan tentang
dasar pendidikan, kualiti pendidikan dan strategi-strategi
pendidikan, tentang skima latihan kemahiran yang baru dan
tentang dasar kebudayaan kebangsaan.
Kedua, ialah mengadakan keadaan yang menghalang dan
mengurangkan kesan-kean negatif. Dari segi aktiviti dan bakti,
contohnya ialah mengadakan program-program pencegahan
jenayah, menawarkan bantuan pemulihan kepada penagih
dadah atau pengidap HIV/AIDS dan melaksanakan program
menanam pokok. Dari segi advokasi pula, contohnya ialah
mempengaruhi keputusan-keputusan tentang penguatkuasaan
atau pemindaan undang-undang jenayah tertentu, penggubalan
dasar mengenai diskriminasi terhadap bekas penagih dadah atau
mangsa HIV/AIDS dan pelaksanaan konvensyen-konvensyen
antarabangsa mengenai kualiti alam sekitar.
Ketiga, ialah menyediakan bantuan atau perlindungan
sementara kepada mereka yang kurang bernasib baik atau yang
ditimpa bencana. Dari segi aktiviti dan bakti, contohnya amat
mudah digambarkan: bantuan pertolongan cemas, mencari
mangsa yang hilang atau tertimbus, memindahkan mangsa
banjir atau kebakaran, melindungi kanak-kanak yang dianiaya
dan lain-lain lagi. Dari segi advokasi pula, contohnya ialah
mempengaruhi keputusan-keputusan tentang kualiti bangunan-
bangunan tinggi, pasukan dan infrastrukur pertolongan cemas
serta penggubalan undang-undang mengenai penganiayaan
kanak-kanak.
Keempat, ialah memperjuangkan keadilan dari segi
mendapatkan manfaat bersama dan dari segi beban
tanggungjawab. Dari segi aktiviti dan bakti, contohnya ialah
mengadakan program pinjaman mikro-kredit dan projek
perumahan untuk membantu golongan miskin. Dari segi
advokasi pula, contohnya ialah mempengaruhi keputuan-
keputusan tentang rasuah, penipuan, pengagihan, jurang
45
pendapatan, inflasi dan harga barangan atau perkhidmatan
yang berpatutan.
Kelima ialah memperjuangkan hak asasi manusia. Dari
segi aktiviti dan bakti, contohnya ialah program kesedaran
dan pendidikan mengenai hak asasi, bantuan guaman kepada
mereka yang memerlukan dan bantuan-bantuan kepada
golongan miskin. Dari segi advokasi pula, ia mungkin sensitif di
sesetengah negara, contohnya ialah mempengaruhi keputusan-
keputusan mengenai undang-undang yang menyekat kebebasan
bersuara, berkumpul dan berorganisasi serta memastikan tiada
rakyat yang miskin atau lapar.
Dan keenam, ialah menyediakan pemimpin pelapis.
Program ini lebih banyak dijalankan oleh persatuan-persatuan
belia. Dari segi aktiviti dan bakti, contohnya ialah mengadakan
latihan-latihan dan kursus kepemimpinan. Dari segi advokasi
pula, contohnya ialah mempengaruhi keputusan-keputusan
tentang pengiktirafan terhadap konsep penghakupayaan
belia (youth empowerment), peranan belia sebagai rakan
pembangunan dan perwakilan belia.
Dalam hal ini juga, di sebalik kepelbagaian bentuk, sistem,
tujuan dan orientasi organisasi dan kerja sukarela itu, dapat
juga dikumpulkan sebaris ciri yang mengunikkan organisasi
sukarela itu.
(1) Mempunyai misi yang bersifat altruisme, iaitu keinginan
untuk melakukan sesuatu yang baik untuk orang lain.
(2) Hasil dan faedah yang lebih bersifat manusiawi, atau
dengan kata lain, bottom linenya tidak dapat diukur dengan
indikator ekonomi yang biasa.
(3) Menggunakan strategi pemasaran yang tersendiri.
(4) Mendapatkan modal dan dana melalui sumbangan dan
yuran yang tidak akan dipulangkan dalam bentuk wang.
(5) Amat bergantung kepada tenaga-tenaga sukarela.
(6) Memiliki struktur dan sistem pentadbiran yang amat
fleksibel.
46
(7) Peranan ahli jawatankuasa yang berbeza dengan peranan
ahli lembaga pengarah dalam sektor-sektor lain.
(8) Perhubungan awam yang istimewa dengan penyumbang
dan penerima manfaat.
(9) Menjalankan program pengutipan dana, yang sebahagiannya
mendapat insentif cukai.
(10) Dihambati masalah kelesuan atau burnout yang sukar
diatasi.
Secara ringkasnya, organisasi sukarela mempunyai ciri-ciri
yang unik, yang menjadikannya tidak sama dengan organisasi
kerajaan, dan yang menjadikannya berlainan dengan organisasi
perniagaan.
Planning
obtaining buy-in; designing member positions; creating
application forms; developing applicable policies and procedures;
and educating others in the organization about involving
members
47
Recruitment
who, why, where, when and how. Who would be the ideal member?
Why would they be interested in your member opportunity? Where
and when can you reach these people? How can you create a
recruitment message that encourages potential members to serve
for your organization?
Recognition
happens in an informal way every time a “thank you” is said.
Formally, members are thanked through celebrations and
recognition events planned in their honor. It is important that
the thank you fits the member; you need to know your members so
that they can be thanked in a way that leaves them feeling truly
recognized.
Pendahuluan
Pertubuhan berdaftar hendaklah berfungsi mengikut
kehendak undang-undang berdaftarnya dan mematuhi
sepenuhnya Akta Pertubuhan 1966 serta Peraturan-Peraturan
Pertubuhan 1984.
48
Undang-Undang Dan Peraturan-Peraturan Yang
Berkuatkuasa
Akta Pertubuhan 1966;
Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.
Takrif Pertubuhan
Di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 “Pertubuhan”
ditakrifkan sebagai persatuan, kelab atau badan-badan yang
bergerak berasaskan keahlian mengandungi 7 orang ahli atau
lebih serta mempunyai tujuan-tujuan tertentu sama ada kekal
atau sementara tetapi tidak termasuk pertubuhan-pertubuhan/
badan-badan yang telah disahkan pengwujudannya di bawah
undangundang lain yang berkuatkuasa di Malaysia seperti
syarikat, kesatuan sekerja, koperasi dan sebagainya.
49
e. menyedia/meluluskan Undang-undang Tubuh
(Perlembagaan) Pertubuhan yang hendak didaftarkan.
(Undang-undang ini hendaklah memenuhi keperluan
Jadual 1 Akta Pertubuhan, 1956);
Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan (Minit
Mesyuarat Penubuhan) pertubuhan serta keputusan terhadap
ketetapan-ketetapan yang dibuat. Minit mesyuarat hendaklah
mengandungi tarikh, masa mesyuarat dan jumlah kehadiran
(senarai kehadiran perlu disertakan di lampiran berasingan)
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
50
e. 2 salinan minit mesyuarat penubuhan yang
mencatatkan ketetapan seperti disebutkan pada di
para 4.2;
f. Surat kebenaran menggunakan alamat daripada tuan
punya alamat, jika berkenaan. (Jika menggunakan
alamat pejabat, sekolah, hospital, ladang, syarikat atau
kilang, surat kebenaran majikan/tuan punya alamat
hendaklah disertakan); dan
g. Fi pemprosesan berjumlah RM30.00 dalam bentuk wang
tunai/bank draf/kiriman wang atas nama Pendaftar
sekiranya permohonan dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Penolong
Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Negeri.
Tiap-tiap salinan dokumen di (a), (b), (c), (d) dan (e)
mestilah ditandatangani oleh 2 orang pemegang jawatan utama
pertubuhan. Pemegang jawatan utama bermaksud Presiden/
Yang DiPertua/Pengerusi, Timbalan Presiden/Timbalan Yang
DiPertua/Timbalan Pengerusi, Naib Presiden/Naib Yang
DiPertua/Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
Borang-borang permohonan bagi mendaftarkan pertubuhan
(Borang 1) boleh dimuat turun secara percuma di Portal JPPM
atau diperolehi daripada Ibu Pejabat dan mana-mana Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Negeri dengan bayaran RM1.00
senaskah.
51
penolakan permohonan pendaftaran boleh membuat rayuan
terhadap keputusan itu kepada Menteri Dalam Negeri dalam
tempoh 30 hari dari tarikh keputusan Pendaftar.
Surat rayuan dan bayaran fi pemprosesan berjumlah
RM50.00 dalam bentuk wang tunai/bank draf/kiriman wang
hendaklah dikemukakan kepada Ibu Pejabat, Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Negeri di mana alamat berdaftar pertubuhan
ditetapkan.
52
BAB 4
53
personaliti pada masa depan. Keperluan juga boleh difahami
secara umum seperti yang dijelaskan dalam hierarki keperluan
Maslow yang bermula dengan:
• keperluan fisiologi
• Keperluan keselamatan
• Keperluan kasih sayang
• Keperluan penghargaan diri
• Keperluan pencapaian kendiri
Mengenal Masalah
54
KAEDAH DAN KEMAHIRAN MENDEKATI
KOMUNITI
Kerja komuniti merupakan profesion yang berkembang di atas
keperluan kelompok komuniti yang memerlukan bantuan untuk
meningkatkan kapasiti mereka melalui tindakan bersama.
Personel yang bekerja dengan komuniti ini akan berusaha
untuk memenuhi keperluan-keperluan kelompok komuniti
ini berdasarkan pengetahuan dan kemahiran profesional.
Shulman (1999) berpendapat kemahiran adalah merupakan
perkara terpenting untuk membantu klien mencapai matlamat
mereka. Untuk memberikan perkhidmatan yang bermutu,
teknik-teknik yang berkesan adalah perlu supaya klien
berasa selesa dan mempunyai keinginan untuk menjayakan
aktiviti dengan bersungguh-sungguh (Whiston & Coker
2000). Bagi mereka memahami manusia merupakan perkara
awal yang perlu untuk membolehkan kemahiran digunakan
pada tempat dan masa yang sesuai. Hepworth dan Larsen
(1986) dan Neukrug (2002) merupakan antara individu yang
mengetengahkan aspek kemahiran di dalam proses memberi
pertolongan. Mereka melihat kemahiran sebagai keperluan
utama bagi menggerakkan perkhidmatan memberi pertolongan.
Kemahiran juga merupakan nilai kepada tindakantindakan
yang dilaksanakan berdasarkan pengetahuan serta kaedah-
kaedah yang digunakan untuk memberi respons kepada
sesuatu situasi. Menurutnya kemahiran tidak semestinya
bersifat teknikal tetapi juga mempunyai pegangan nilai yang
dapat memberi kepuasan kepada pertolongan yang diberikan.
Neukrug (2002) menyatakan kemahiran sebagai pengetahuan
yang dipelajari dan ia berkemampuan untuk menyalurkan
pengetahuan kepada golongan yang memerlukannya. Beliau
juga merujuk kemahiran sebagai satu pengalaman yang pernah
dilalui dan pengalaman itu digunakan bagi tujuan untuk
mencapai matlamat. Cournoyer (1991) mentakrif kemahiran
sebagai satu set kognitif tersendiri serta tindakan tingkah laku
berdasarkan pengetahuan nilai, etika dan tanggungjawab yang
boleh menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti. Menurut
Cournoyer, walaupun terdapat fasa-fasa berbeza melaksanakan
55
intervensi, kualiti kemahiran dapat membantu di dalam proses
memberi bantuan. Baginya kemahiran merupakan bahagian
terpenting yang menjadi inti pati kejayaan sesuatu program,
tetapi ramai pengamal bidang ini tidak dapat menguasainya
dengan baik. Kerja komuniti perlu mengikuti proses tertentu.
Umpamanya, sebelum pekerja komuniti berada bersama-sama
dengan komuniti, mereka hendaklah terlebih dahulu mengenali
siapakah komuniti mereka. Menurut Rivera dan Erlich (1992),
dalam banyak keadaan, membangunkan komuniti sangat
sukar untuk dilakukan kerana pekerja komuniti gagal untuk
mengenali komuniti dan mengenal pasti sumber-sumber
yang boleh membantu komuniti. Kekurangan kefahaman dan
keprihatinan untuk mengenali komuniti menyebabkan proses
intervensi sukar dilaksanakan.
Untuk menjalankan intervensi, komunikasi merupakan
aset kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh pengamal
profesion ini untuk mewujudkan hubungan dengan klien.
Dengan berkomunikasi, maklumat dan idea boleh dikongsi.
Menurut Hope & Timmel (1996) sebagai individu yang
terlibat di dalam profesion memberi perkhidmatan kepada
manusia, kemahiran menemu bual merupakan kemahiran
yang perlu dikuasai dengan baik. Melalui temu bual, klien
akan memberikan maklumat yang diperlukan dan juga
klien memperoleh maklumat yang penting untuk mereka.
Dari temu bual juga klien dapat mengenali kita secara tidak
langsung. Dalam melaksanakan kerja komuniti keperluan
klien ditentukan sendiri oleh klien dan pekerja komuniti
hanya bertindak membantu komuniti mendapatkan keperluan
mereka. Dengan teknik dan cara yang betul, pekerja komuniti
dapat membantu menggerakkan komuniti. Untuk mengerakkan
komuniti, pekerja komuniti perlu mengenal pasti sumber yang
ada dan juga mencari sumber-sumber daripada luar yang boleh
membantu. Menurut Payne (1986), untuk mendapatkan sumber
sama ada sumber dalaman ataupun luaran, pekerja komuniti
perlu menyediakan satu sistem jaringan dengan pihak-pihak
yang berminat untuk memajukan komuniti. Dengan adanya
jaringan yang baik, komuniti akan mempunyai sumber yang
56
boleh membantu menjayakan matlamat pembangunan mereka
dan membantu meningkatkan kapasiti individu.
Sistem jaringan adalah penting untuk menjamin komuniti
tidak keseorangan dan mempunyai sumber-sumber yang boleh
memberi bantuan apabila keadaan memerlukan. Scanzoni (2001)
mendefinisikan jaringan merupakan satu bentuk perhubungan
yang wujud sama ada antara ahli komuniti itu sendiri. Selain
itu, jaringan juga mampu mewujudkan satu perkongsian
pengetahuan dan kemahiran dalam membentuk tujuan yang
sama sebagai strategi yang membawa faedah bersama. Ini
adalah melalui pembentukan rakan kongsi yang merupakan
satu bentuk kerjasama antara sektor awam, swasta dan
komuniti. Kemahiran memimpin juga merupakan kemahiran
penting yang perlu dikuasai oleh pekerja komuniti. Menurut
Goodman et al. (1998), cara kepimpinan akan mempengaruhi
komuniti dan juga proses pendayaupayaan keseluruhannya.
Pekerja komuniti yang mempunyai corak kepimpinan baik dapat
menggalakkan penglibatan peserta di dalam setiap peringkat
proses pembangunan. Untuk menjadi pemimpin yang baik,
pekerja komuniti perlu memahami karaktor dan keperluan
komuniti. Walau bagaimanapun, sebagai praktis peringkat
makro, kemahiran kerja komuniti sukar dilaksanakan kerana
pekerja komuniti perlu mempunyai dua kemahiran dalam satu
masa.
Pertama, pekerja komuniti perlu mempunyai kemahiran
bekerja dengan kumpulan-kumpulan yang besar (komuniti)
dan keduanya perlu mempunyai kemahiran bekerja dengan
individu (Zastrow 1999; 2004). Kajian yang dijalankan oleh
McMinn dan O’Meara (2000) mendapati 2 kategori kemahiran
yang diperlukan oleh pekerja komuniti, iaitu kemahiran mind-
set dan kemahiran skill-set. Kemahiran mind-set dikategorikan
sebagai kemahiran tingkah laku, nilai dan penampilan diri,
manakala kemahiran skill-set merujuk kepada kemahiran
spesifik yang boleh diukur tahap kecekapannya. Kajian
yang mereka jalankan mendapati kemahiran mind-set perlu
ada terlebih dahulu sebelum seseorang pekerja komuniti
boleh menggunakan kemahiran skill-set untuk membantu
57
komuniti. National Association of Social Workers (1982) pula
menyenaraikan sepuluh kemahiran yang boleh dipraktikkan
iaitu: kemahiran mendengar dan memahami klien; kemahiran
mentafsir informasi; kemahiran mengekal hubungan profesional
dengan klien; kemahiran memerhati dan mentafsir tingkah laku
verbal dan bukan verbal; kemahiran menyelesaikan masalah
dan membina kepercayaan klien; kemahiran berbincang isu-
isu sensitif dan emosional; kemahiran menyedia penyelesaian
yang inovatif; kemahiran memberhentikan hubungan yang
diwujudkan dengan klien; kemahiran mentafsir penemuan-
penemuan kajian; dan kemahiran menjadi orang tengah untuk
menyelesaikan konflik.
Selain daripada kemahiran-kemahiran berbentuk teknikal,
peranan pekerja komuniti semasa menjalankan intervensi
juga merupakan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai
untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada klien.
Di dalam kerja komuniti, terdapat beberapa peranan yang
perlu dimainkan oleh pekerja komuniti, iaitu peranan sebagai
penggerak, fasilitator, pendorong, enabler, pendidik, pemerhati
dan perancang.
Namun begitu, asas sebagai pekerja komuniti perlulah
menggabungkan kemahiran, nilai dan pengetahuan yang perlu
dimiliki dalam pengalaman sebagai pekerja komuniti. Gabungan
ketiga-tiga unsur ini merupakan asas penting kepada seseorang
pekerja komuniti untuk membentuk kerangka praktis yang
akan dilaksanakan. Keperluan kepada asas praktis kerja
komuniti adalah kepada nilai, pengetahuan dan kemahiran
yang dimiliki oleh seseorang pekerja komuniti bermula daripada
mengaplikasikan teori kepada praktis kepada penggunaan
teknologi dan pengurusan masa dengan berkesan.
58
BAB 5
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Komunikasi merupakan satu perkara atau bahagian yang
terpenting dalam kehidupan seharian manusia. Melaluinya
seseorang itu dapat menyampaikan mesej, maklumat dan
sebagainya kepada individu dan kumpulannya melalui pelbagai
bentuk, melalui suara, gambar, bahasa tangan, isyarat dan
dapat difahami oleh penerima komunikasi tersebut. Dalam
konteks ini komunikasi yang berkesan merujuk kepada berita
yang disampaikan difahami oleh sumber secara menyeluruh
apa yang hendak disampaikan.
Individu yang berkomunikasi dengan berkesan sebenarnya
yamenggunakan setiap deria pancaindera dengan bijaksana.
Pernyataan ini disokong oleh Bernard Baruch (Decker, 1993)
yang bersaing menguasai seni kemahiran komunikasi berkesan
adalah kunci untuk mencari maklumat dan perhubungan.
KOMUNIKASI BERKESAN
59
berkesan adalah komunikasi yang berlaku dalam keadaan-
keadaan berikut (Maimunah, 2000):-
i. Mesej yang disampaikan difahami dengan tetap dan jelas
oleh penerima.
ii. Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh
penghantar dan penerima.
iii. Perubahan yang berlaku akibat daripada mesej seperti
perubahan yang dikehendaki oleh penghantar.
iv. Mesej yang mempunyai unsur kos-efektif.
60
Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dalam
memastikan elemen-elemen dalam proses komunikasi yang
berkesan :-
Penghantar
• Penghantar jelas tentang mesej yang hendak disampaikan.
• Meneliti dengan baik mesej sebelum disampaikan.
• Yakin dengan mesej.
• Pasti dengan kepentingan mesej.
• Dapatkan perhatian penerima.
• Hantar mesej pada waktu yang sesuai.
• Sensitif kepada maklumbalas pihak lain.
• Kenalpasti gangguan sebelum atau semasa mesej disalurkan.
• Kurangkan gangguan yang dikenalpasti.
Mesej & Enkod
• Enkod berperanan sebagai mengambarkan mesej yang
disampaikan untuk difahami.
• Pilih perkataan, simbol, isyarat atau ayat yang mudah
ditafsir dan tetap.
• Memberi gambaran jelas pada maksud mesej.
• Gunakan bahasa atau isyarat yang difahami oleh penerima.
• Ringkas dan padat sesuai dengan maksud.
• Mesej hendaklah lengkap supaya dapat difahami dengan
jelas gambaran keseluruhan.
Saluran
• Ambil kira kepentingan mesej sama ada perlu segera atau
tidak.
• Keperluan menerangkan mesej dengan jelas melalui lisan.
• Gunakan saluran yang boleh diterjemah, difahami, diingati
atau disimpan mesej dengan baik.
61
• Tentukan saluran terlebih dahulu bagi mengelakkan mesej
tidak difahami atau hilang.
• Kepentingan sama ada untuk didokumenkan atau tidak
untuk rujukan kemudian.
Penerima & Dekod
• Menerima mesej dengan fikiran terbuka.
• Cuba memahami dengan jelas mesej yang dihantar.
• Menggunakan proses maklumbalas apabila perlu untuk
mengesahkan kefahaman anda mengenai mesej.
• Menerima dan memahami keseluruhan mesej sebelum
memberi tafsiran
• Kenalpasti halangan penerima mesej dan meminimumkan
halangan.
Maklumbalas
• Mengemukakan soalan-soalan sama ada daripada
penghantar atau penerima.
• Reaksi-reaksi bukan lisan yang kelihatan
• Mohon ulangan jika gagal menafsir atau memahami dengan
tetap.
• Ringkasan mesej bagi mencepatkan tindakbalas penerima.
Gangguan
• Kurang persediaan penghantar menyebabkan mesej kurang
jelas dan sukar ditafsir.
• Penghantar dan penerima tidak dapat mengenalpasti atau
memisahkan antara pemerhatian, sangkaan atau mesej
sebenar.
• Permilihan enkod yang tidak tetap dan terlalu umum akan
menyebabkan salah tafsir.
• Tahap kefahaman berbeza antara penghantar dan penerima
menyebabkan tempoh sesuatu mesej difahami.
62
• Mempunyai prasangka awal menyebabkan enkod ditafsir
tidak tepat.
• Tidak memberi maklumbalas dengan baik.
• Keadaan sekitar yang tidak sesuai.
• Latarbelakang berbeza membentuk sikap penghantar atau
penerima.
JENIS-JENIS KOMUNIKASI
Komunikasi lisan
Komunikasi lisan secara langsung adalah komunikasi
yang dilakukan oleh dua orang atau lebih yang saling bertatap
muka secara langsung dan tidak ada jarak atau peralatan yang
membatasi mereka. lisan ini terjadi pada saat dua orang atau
lebih saling berbicara/ berdialog, pada saat wawancara, rapat,
berpidato.
Komunikasi lisan yang tidak langsung adalah komunikasi
yang dilakukan dengan perantara alat seperti telepon,
handphone, dan lain sebagainya karana adanya jarak dengan si
pembicara dengan lawan bicara (Fadli, 2011).
Komunikasi tulisan
Komunikasi tulisan adalah komunikasi yang di lakukan
dengan perantaraan tulisan tanpa adanya pembicaraan secara
langsung dengan menggunakan bahasa yang singkat, jelas,
dan dapat dimengerti oleh penerima. Komunikasi tulisan
dapat berupa surat-menyurat, sms, surat elektronik, dan lain
sebagainya.
Komunikasi tulisan juga dapat melalui naskah-naskah
yang menyampaikan informasi untuk masyarakat umum
dengan isi naskah yang kompleks dan lengkap seperti surat
kabar, majalah, buku-buku, dan foto pun dapat menyampaikan
suatu komunikasi secara lisan namun tanpa kata-kata. Begitu
pula dengan spanduk, iklan, dan lain sebagainya (Fadli, 2011).
63
Selain itu Komunikasi juga dibezakan menjadi dua bentuk,
iaitu komunikasi verbal dan non verbal.
Di dalam komunikasi verbal dibezakan lagi, iaitu
komunikasi verbal menggunakan vokal, seperti : bahasa lisan.
Komunikasi verbal non vocal seperti: bahasa tertulis.
Komunikasi nonverbal juga dibezakan lagi, yaitu
komunikasi non verbal menggunakan vokal seperti desah,
jeritan, menggumam, menggerutu, kualiti vokal. Komunikasi
non verbal non vokal seperti gerakan, penampilan, ekpresi
wajah.
Komunikasi Verbal
Komunikasi Verbal adalah proses penyampaian fikiran,
pesan atau perasaan seseorang kepada orang lain dengan
menggunakan simbol yang menggunakan satu kata maupun
lebih sebagai medianya. Media yang sering dipakai yaitu bahasa.
Kerana, bahasa mampu menerjemahkan pikiran seseorang
kepada orang lain.
64
Komunikasi Nonverbal
Komunikasi Nonverbal adalah kebalikan dari komunikasi
verbal yaitu proses penyampaian pesan kepada orang lain
dengan tidak menggunakan kata-kata. Semua gerakan tubuh
manusia mempunyai suatu makna dan tidak ada gerakan yang
kebetulan. Contoh: mengangkat alis diartika tidak percaya,
memukul dahi karena lupa sesuatu, mengetuk-ngetukkan jari
tanda tak sabar.
65
Proxemik, yaitu jarak, tempat atau lokasi posisi. Proxemik
atau bahasa ruang, yaitu jarak yang Anda gunakan ketika
berkomunikasi dengan orang lain, termasuk juga tempat atau
lokasi posisi Anda berada. Pengaturan jarak menentukan
seberapa jauh atau seberapa dekat tingkat keakraban Anda
dengan orang lain, menunjukkan seberapa besar penghargaan,
suka atau tidak suka dan perhatian Anda terhadap orang lain,
selain itu juga menunjukkan simbol sosial.
Dalam ruang personal, dapat dibedakan menjadi 4 ruang
interpersonal:
i. Jarak intim. Jarak dari mulai bersentuhan sampai jarak
satu setengah kaki. Biasanya jarak ini untuk bercinta,
melindungi, dan menyenangkan.
ii. Jarak personal. Jarak yang menunjukkan perasaan masing
- masing pihak yang berkomunikasi dan juga menunjukkan
keakraban dalam suatu hubungan, jarak ini berkisar antara
satu setengah kaki sampai empat kaki.
iii. Jarak sosial. Dalam jarak ini pembicara menyadari betul
kehadiran orang lain, karena itu dalam jarak ini pembicara
berusaha tidak mengganggu dan menekan orang lain,
keberadaannya terlihat dari pengaturan jarak antara empat
kaki hingga dua belas kaki.
iv. Jarak publik. Jarak publik yakni berkisar antara dua belas
kaki sampai tak terhingga
Vokalik, unsur nonverbal dalam suatu ucapan, iaitu cara
bicara. Vokalik atau paralanguage adalah unsur nonverbal
dalam suatu ucapan, yaitu cara berbicara. Ilmu yang mempelajari
hal ini disebut paralinguistik. Contohnya adalah nada bicara,
nada suara, keras atau lemahnya suara, kecepatan berbicara,
kualitas suara, intonasi, dan lain-lain. Selain itu, penggunaan
suara-suara pengisi seperti “mm”, “e”, “o”, “um”, saat berbicara
juga tergolong unsur vokalik, dan dalam komunikasi yang baik
hal-hal seperti ini harus dihindari.
Lingkungan, diantaranya adalah penggunaan ruang,
jarak, temperatur, penerangan, dan warna. Lingkungan juga
66
dapat digunakan untuk menyampaikan pesan-pesan tertentu.
Diantaranya adalah penggunaan ruang, jarak, temperatur,
penerangan, dan warna
Adapun jenis- jenis komunikasi dalam organisasai antara
lain:
i. Komunikasi satu arah dan dua arah. Komunikasi satu arah,
pengirim berita berkomunikasi tanpa meminta umpan balik,
sedangkan komunikasi dua arah adalah penerima dapat dan
memberi umpan balik.
ii. Komunikasi ke bawah vs komunikasi ke atas vs komunikasi
lateral. Komunikasi kebawah mengalir dari peringkat atas
ke bawah dalam herarki. Komunikasi ke atas adalah berita
yang mengalir darin peringkat bawah ke atas atas suatu
organisasi. Komunikasi lateral adalah sejajar antara mereka
yang berada tingkat satu wewenang.
iii. Komunikasi formal vs informal. Komunikasi formal adalah
komunikasi yang mengikuti rantai komando yang dicapai
oleh hirarki wewenang. Komunikasi informal adalah
komunikasi yang terjadi diluar dan tidak tergantung
pada herarki wewenang. Komunikasi informal ini timbul
karena adanya berbagai maksud, yaitu: (a) Pemuasan
kebutuhan manusiawi, (b) Perlawanan terhadap pengaruh
yang monoton dan membosankan, (c) Keinginan untuk
mempengaruhi perilaku orang lain, (d) Sumber informasi
hubungan pekerjaan.
Jenis lain dari komunikasi informasi adalah adalah
dasas-desus yang secara rasmi tidak setuju. Desas-desus ini
juga mempunyai peranan fungsional sebagai alat komunikasi
tambahan bagi organisasi.
Komunikasi Lapangan
Dalam keadaan hidup anda bergantung pada 4 perkara,
iaitu: perlindungan dari cuaca (dingin, hujan, panas), makanan,
air dan tim pencari. Juga dalam operasi, seperti operasi SAR,
memanjat pasukan, pelepasan bencana alam, komunikasi
67
memainkan peranan penting dalam operasi. Keupayaan
untuk berkomunikasi dengan orang lain sangat penting untuk
dikuasai dalam aktiviti luar. Ini akan dirasakan apabila kita
berada dalam keadaan hidup di mana kita mesti dapat memberi
isyarat untuk memberitahu atau meminta bantuan daripada
seseorang yang mungkin dapat memberi bantuan kepada kita.
Dalam bahan ini akan dijelaskan beberapa cara praktikal untuk
berkomunikasi yang akan berguna secara langsung dalam
aktiviti luar, iaitu:
Semaphore
Ini adalah isyarat untuk menyampaikan berita menggunakan
sepasang bendera semaphore. Untuk penghantaran jarak
jauh, sejauh jarak masih boleh ditangkap oleh mata dengan
betul. Tetapi pada kebelakangan ini jarang berlaku dan
hampir tidak pernah digunakan lagi, walaupun kadang-
kadang berguna untuk kecemasan.
Morse
Adalah satu bentuk isyarat komunikasi, dalam bentuk
gabungan kod bentuk yang panjang dan pendek yang
mewakili semua huruf, nombor dan tanda baca. Pada masa
ini Morse masih digunakan terutamanya untuk kecemasan
(keadaan kecemasan).
Alat yang biasa digunakan termasuk:
• Peluit
Peluit ini biasanya digunakan dalam bentuk isyarat yang
dinyatakan dengan suara pendek dan suara panjang.
• Cahaya
Yang terbaik ialah cahaya lampu suluh yang ditutupi dengan
kain merah / oren agar tidak memejamkan mata. Ia mesti
dikekalkan supaya cahaya pengirim dapat dilihat dengan
jelas oleh penerima. Tanda dinyatakan dengan Sinaran
segera dan tanda dengan penyinaran panjang (panjang).
68
• Asap
Sukar untuk digunakan mesti dikekalkan supaya ia dapat
dibaca dengan jelas.
• Telegraph (Elektronik)
Digunakan secara meluas semasa peranti telegraf masih
digunakan. Kenyataan tanda adalah sama dengan wisel itu.
69
70
BAB 6
KEMAHIRAN MERANCANG
DAN MERANGKA PROGRAM
KESUKARELAWANAN. PENYEDIAAN
KERTAS KERJA, KAEDAH PENGUMPULAN
DANA DAN PERJALANAN PROGRAM.
71
perubahan yang berlaku dalam ruang lingkup kerjaya mereka
(Hellriegel, Jackson dan Slocum, 1999).
PENYEDIAAN KERTAS KERJA PROGRAM
72
73
74
75
76
KAEDAH PENGUMPULAN DANA DAN
PERJALANAN PROGRAM
Pengumpulan Dana
• Membuat Festival Atau Karnival
Untuk mengumpul dana, ia juga mampu meraih jumlah
keuntungan yang besar sehingga lebih RM30,000. Namun ia
perlu dibahagikan kepada kelab-kelab atau unit yang terlibat.
• Menjual Modul
Menjual modul merupakan salah satu cara yang paling
cepat untuk mendapatkan dana, namun memerlukan usaha,
kerjasama dan kepakaran dalam menghasilkan modul yang
berkualiti. Kepada siapa nak jual? Boleh sahaja jual secara
hardcopy atau sofcopy, terdapat beribu olrang memerlukan
modul khsususnya bagi subjek peperiksaan.
• Memohon Sumbagan Syarikat Korporat
Perkara ini selalu dibuat oleh pihak sekolah, Syarikat-syarikat
besar kebiasaannya mempunyai peruntukkan khas untuk
memberi sumbangan, mereka juga akan dapat pelepasan cukai
dari kebajikan yang telah mereka buat.
• Membuat Persembahan
Membuat persembahan ini biasanya yang mempunyai
kumpulan, seperti kumpulan nasyid, kumpulan dikir barat,
kumpulan lakonan dan sebagainya. Perkara ini agar sukar
melainkan anda memang mumpunyai pasukan yang hebat dan
berbakat.
• Membuat Jualan Meja
Jualan meja ni apa? Jual meja ini sebenarnya salah satu kaedah
yang selalu digunakan Badan-badan Kebajikan atau NGO untuk
mencari dana daripada orang ramai. Biasanya satu majlis akan
diadakan, dan terdapat meja-meja yang dihidangkan makanan
dan ia ditaja oleh mereka yang berminat. Makanan itu pula
akan dipelawa orang ramai atau anak-anak yatim untuk makan
77
bersama. Setiap meja mungkin berbeza harganya, dari situ kita
akan dapat dana hasil jualan meja.
• Waqaf
Program Waqaf biasanya dilaksanakan oleh universiti dengan
kerjasama Majlis Agama Islam Negeri. Ia dibuat apabila ingin
mendapatkan dana untuk pembinaan atau penambah baikan
surau. Kebanyakkan sekolah yang menyertai Pertandingan Suau
Imarah memerlukan dana yang banyak akan melaksanakan
perkara ini.
• Kutipan Derma
Ini sememangnya Idea yang sudah ramai tahu, tabung derma
digerakkan ke setiap kelas dan guru. Ada juga di letakkan
ketika majlis atau program bersama ibu bapa.
Segala kaedah yang diberikan ini adalah sebagai panduan
sahaja, untuk mengetahui kaedah pelaksanaannya secara
lengkap perlulah merujuk pakar-pakar khususnya dalam
pemasaran. Semoga artikel ini dapat memberi idea kepada anda
dalam mendapatkan dana atau sumbangan (Creative, 2018).
78
Rujukan
• Seksyen 15(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
• Pekeliling Bendahari Bil. 2/2011 Tatacara Pengurusan
Sumbangan / Hadiah / Derma di Universiti
Tanggungjawab
• Pegawai Penyelaras bertanggungjawab memberi nasihat
kepada pelajar untuk mengikuti tatacara permohonan
memungut derma / kutipan wang.
• Pelajar bertanggungjawab menyediakan surat permohonan
sumbangan/penajaan dan memungut derma untuk
dikemukakan kepada Naib Canselor.
Proses Mendapatkan Kelulusan
1. Semua permohonan perlu dikemukakan melalui Pejabat
HEP untuk mendapat kelulusan Naib Canselor.
2. Setiap permohonan perlu mengikuti format permohonan
yang ditetapkan oleh Universiti.
3. Setiap permohonan sumbangan/penajaan dan memungut
derma bagi program yang diadakan perlu dikemukakan
selewat-lewatnya 3 bulan sebelum tarikh program
dijalankan .
4. Pejabat HEP bertanggungjawab memastikan permohonan
yang dikemukakan mengikuti peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan oleh Universiti sebelum diproses bagi
mendapatkan kelulusan Naib Canselor.
a) Nama IPTA
b) Tujuan
c) Maklumat Program
i. Nama Program
ii. Tarikh dan tempat program
iii. Anjuran
iv. Objektif Program
79
v. Justifikasi Mengadakan Program
vi. Matlamat Program
vii. Jenis Program
viii. Jangkamasa Program
ix. Bilangan peserta - Nyatakan bilangan peserta
dan sertakan senarai nama peserta, nombor kad
pengenalan, alamat dan nombor telefon bimbit
peserta program (sertakan dalam kertas kerja).
x. Senarai ahli jawatankuasa pelaksana program
xi. Tentatif program
80
Menyediakan surat dan senarai terimaan sumbangan
tunai dan cek untuk dihantar ke Pejabat Bendahari
(Tindakan PP HEP)
Menyediakan rekod perbelanjaan dan tuntutan
(sila rujuk Syarat-syarat dan Peraturan Asas
menganjurkan Kegiatan Pelajar) (Tindakan Pengarah
Program)
81
Ringkasan Ekesekutif Bagi Permohonan Kebenaran
Memungut Derma / Kutipan Wang Di Luar Kolej
Kampus Di Bawah Seksyen 15A Akta Universiti Dan
Kolej Universiti 1971 Dan Program Pelajar Ke Luar
Negara.
IPTA
TAJUK PROGRAM
JENIS PROJEK
MATLAMAT DAN
PENCAPAIAN
PROGRAM
ANJURAN
BILANGAN PESERTA
ANGGARAN KOS
82
Perjalanan Program
Model Am Latihan menggambarkan langkah-langkah
utama merencanakan program latihan. Model ini agak berbeza
kerana wujudnya elemen belanjawan, penjadualan dan
pengesahan program.
83
84
BAB 7
KENALPASTI MASALAH
Menurut Ibrahim (1996), jurang prestasi merupakan masalah
yang dihadapi oleh seseorang pekerja dalam melaksanakan
tugasnya. Dalam erti kata yang lain, seseorang pekerja sukarela
menghadapi masalah prestasi kerja kerana tahap pengetahuan
dan kemahirannya lebih rendah daripada standard yang
sepatutnya. Sebagai contoh seorang wakil konsep amal yang
hanya mampu menelefon 25 orang pelanggan sahaja dalam
sehari untuk menghebahkan tentang kerja amal organisasinya,
walhal pihaknya organisasi tertinggi pula mengharapkan
wakil konsep amal tersebut mampu membuat panggilan
telefon kepada 50 orang pelanggan. Oleh yang demikian, wakil
konsep amal tersebut memerlukan latihan untuk merapatkan
jurang prestasi atau mengatasi permasalahannya. Untuk
melaksanakan latihan, maka analisis terhadap keperluan
latihan perlu dibuat. Analisis keperluan latihan akan melibatkan
tiga bentuk analisis iaitu analisis organisasi, analisis kerja
dan analisis individu (Kadir, 2002).
PENYELESAIAN
a. Analisis Organisasi
Analisis organisasi bermaksud melihat sesebuah organisasi
secara menyeluruh. Ini melibatkan proses pemeriksaan dalaman
terhadap persekitaran luaran, lokasi, pencapaian, objektif,
sumber manusia dan suasana organisasi. Tujuan utama analisis
organisasi adalah untuk menentukan sejauh mana sesuatu
85
latihan harus dijalankan dan boleh dijalankan dalam sesebuah
organisasi. Persekitaran luaran dan lokasi sesebuah organisasi
boleh menjadi faktor kritikal dalam /menentukan sama ada
sesuatu program latihan harus dijalankan atau sebaliknya.
Ini kerana kedua-dua faktor ini dapat mempengaruhi cara
pengurus organisasi mereka bentuk pekerja, sukarela menyelia
pekerja dan membuat keputusan (Mumtaz Begam, 2002).
Menurut Blanchard dan Thacker (1999) dan Ivancevich
(1999), analisis organisasi adalah satu proses yang digunakan
untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas mengenai
ciri-ciri organisasi dengan tujuan untuk menentukan bahagian
mana dalam organisasi yang memerlukan latihan dan iklim
organisasi di mana latihan akan dijalankan. Komponen yang
wujud dalam analisis organisasi menurut Ivancevich (1999)
melibatkan objektif organisasi, sumber-sumber organisasi,
iklim untuk latihan dan halangan persekitaran. Sumber data
pula termasuklah inventori pekerja, inventori kemahiran, iklim
organisasi dan indeks kecekapan (Mondy, Noe dan Premeaux,
2002).
b. Analisis Kerja
Analisis kerja merupakan satu bentuk kutipan data yang
sistematik mengenai sesuatu kerja atau kumpulan kerja untuk
menentukan apakah yang perlu diajar kepada pekerja untuk
mencapai prestasi kerja yang optimum (Mohd Hizam dan Zafir,
2002). Hasil daripada analisis kerja ini termasuklah prestasi
piawai, bagaimana kerja perlu dilakukan untuk memenuhi
piawai, pengetahuan, kemahiran dan sikap (KSA) dan ciri-
ciri lain yang perlu ada pada pekerja untuk memenuhi piawai
yang ditetapkan. Sumber-sumber data yang boleh digunakan
untuk analisis kerja termasuklah deskripsi tugas, pemantauan
kerja, dan pemeriksaan kajian-kajian mengenai sesuatu tugas
(Mondy, Noe dan Premeaux, 2002).
c. Analisis Individu
Analisis individu digunakan untuk menentukan keperluan
latihan bagi seseorang pekerja sukatrela. Ia sesuai dijalankan
86
oleh seseorang yang mempunyai peluang untuk mengawasi
pencapaian pekerja sukarela dengan kerap seperti penyelia atau
first line manager. Penyelia berperanan dalam memerhati dan
memantau hasil dan pencapaian pekerja-pekerja bawahannya.
Merekalah key-person yang dijadikan rujukan oleh pihak
organisasi dalam menentukan tahap prestasi para pekerja
(Goetsch, 2002). Di antara sumber data untuk analisis individu
adalah Performance Data, laporan hasil pemantauan, Work
Sampling, borang soal selidik, dan keputusan ujian. Menurut
Mumtaz Begam (2002), analisis individu melibatkan dua
langkah yang penting seperti berikut:
1. Penilaian prestasi – menilai teknik latihan yang
digunakan oleh jurulatih dan mengukur kecekapan pekerja
melaksanakan kerjanya.
2. Diagnosis – Jika prestasi pekerja didapati lebih rendah
daripada piawai yang telah ditetapkan, ia merupakan
petanda bahawa diagnosis diperlukan. Diagnosis
melibatkan proses menentukan kemahiran khusus dan
pengetahuan yang mesti dibangunkan secara terperinci
sekiranya pekerja ingin mempertingkatkan prestasi kerja
mereka.
87
RUJUKAN
88
Hellriegel,D., Jackson, S.E. dan Slocum, J.W. 1999.
Management. Ohio : South-
Western College Publishing.
Ibrahim Mamat. 1996. Reka Bentuk Dan Pengurusan
Latihan : Konsep Dan
Amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ivancevich, J.M. 1998. Human Resource Management. New
York: Irwin McGraw-
Hill.
Maimunah Aminuddin.1999. Human Resource Management.
Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
M.B. Muda, et.al. 2003. Pengajian Perniagaan 1. Selangor
Darul Ehsan: Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohd Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makhbul. 2002.
Pengurusan Organisasi. Kuala
Lumpur: McGraw-Hill.
Mondy, R.W., Noe, R.M. dan Premeaux, S.R. 2002. Human
Resource Management.
New York: Prentice Hall International Inc.
Mumtaz Begam Abdul Kadir, et.al. 2002. Kualiti Dalam
Pengurusan Sumber
Manusia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Nadler, L. 1983. Designing Training Programs :The
Critical Events Model.
Reading: Addison-Wesley Publishing Company.
Robbins, S.P. dan Coulter, M. 1999. Management. New Jersey:
Prentice Hall
International Inc.
89
Rozhan Othman. 2002. Pengurusan Personel Dan
Perancangan Guna Tenaga.
Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saifuddin Abdullah. 2001. Gerakan kesukarelaan: menjana
perubahan bermakna. Majlis Belia Malaysia, Yayasan
Salam Malaysia dan Akademi Belia, Kuala Lumpur.
Schlegelmilch BB, Tynan C. 1989. Who volunteers? An
investigation into the characteristics of charity
volunteers. Journal of Marketing Management 5(2), 133-
151.
Siti Hawa Ali, 1995. “Senario Kesukarelaan di Malaysia:
Dulu, Kini dan Masa Depan”. Kertas kerja Seminar
Kebangsaan Mengenai Kesukarelaan anjuran Institut
Kajian Dasar dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Kuala Lumpur. 20-21 Jun 1995.
Wan Ee Lin, 2001. “Why Voluntary Work?”. Rencana di New
Straits Times. Kuala Lumpur: New Straits Times. 23 Mac
2001.
90