0% found this document useful (0 votes)
45 views13 pages

Maqasid 2

This document summarizes a study that examined the relationship between the Islamic moral practices of Malaysian secondary school students, their perceptions of the school environment, and their Islamic education teachers. The study involved 3,262 students who completed questionnaires. The results showed that students reported a high level of Islamic practice and positive perceptions of the school environment and teachers. A significant correlation was also found between students' Islamic moral practices and their perceptions of both the school environment and Islamic education teachers.

Uploaded by

amaliza
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
45 views13 pages

Maqasid 2

This document summarizes a study that examined the relationship between the Islamic moral practices of Malaysian secondary school students, their perceptions of the school environment, and their Islamic education teachers. The study involved 3,262 students who completed questionnaires. The results showed that students reported a high level of Islamic practice and positive perceptions of the school environment and teachers. A significant correlation was also found between students' Islamic moral practices and their perceptions of both the school environment and Islamic education teachers.

Uploaded by

amaliza
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 13

e-ISSN 2289-6023 International Journal of Islamic Thought ISSN 2232-1314

Vol. 19: (June) 2021

Received: 13 Jan. 2021


Accepted: 15 March 2021
Hubungan Persekitaran Sekolah dan Guru dengan Amalan Akhlak
Murid Sekolah Menengah Malaysia
Relations of School Environment and Teachers to Islamic Morals Practices of Malaysian
Secondary School Students

AB HALIM TAMURI & AHMAD MUNAWAR ISMAIL1

ABSTRACT

This article examines the moral practice of secondary school students in Malaysia and
their perception towards the school environment and the teachers of Islamic education.
This article is part of the findings of a study that has used the survey as a method of data
collection. The questionnaires were distributed to the students in the form four and
lower six of secondary schools in Malaysia. They were selected based on the of multi
stages cluster sampling. A total of 3 ,262 students were involved in answering the
questionnaires. SPSS software has been used to analyze the data. It can be concluded
that, the Islamic practice of Muslim students in secondary schools is categorized as ‘a
high level of religious practice’ and their perception on school environment and Islamic
education teachers also is high. This study also shows that there is a significant
correlation between the Islamic moral practices of students and their perceptions of the
school environment, and between Islamic education teachers.

Key words: Islamic morals, Islamic education, school environment, students’ perception

Dalam konteks pelaksanaan Pendidikan Islam semasa di Malaysia, mata pelajaran Pendidikan
Islam dalam kurikulum pendidikan kebangsaan adalah salah satu mata pelajaran yang
diwajibkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada murid-murid Islam pada
peringkat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). Pada peringkat KBSM, mata pelajaran ini mengandungi kompenan Tilawah
al-Quran, Akidah, Ibadah, Akhlak dan Tamadun (KPM 2002). Dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) yang diperkenalkan selepas itu, mata pelajaran pendidikan Islam adalah mata
pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua murid beragama Islam. Sukatan pelajaran
pendidikan Islam dalam KSSR mencakupi semua asas yang diperlukan oleh murid Islam iaitu
tilawah al-Quran, kefahaman, tajwid, hadis, akidah, ibadah, sirah, adab dan jawi (KPM 2015a).
Untuk peringkat KSSM pula, sukatan pelajaran yang ditawarkan meliputi komponen asas dalam
pendidikan Islam iaitu al-Quran, hadis, akidah, fiqh, sirah dan tamadun Islam serta akhlak
Islamiah (KPM 2015b). Ini adalah usaha untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang telah diwartakan sebagi dokumen rasmi kerajaan, iaitu dalam Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550, KPM) yang dengan tegas menyebut bahawa (KPM, 2015a;
KPM2015b):

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan

1
Ab Halim Tamuri, Ph. D.* (corresponding author) Professor at Centre of Education Leadership
and Policy, Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 BANGI, Selangor,
Malaysia. Email: abhalim@ukm.edu.my; Ahmad Munawar Ismail, Ph. D., Assoc. Prof. at Research
Centre for Theology and Philosophy, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 BANGI, Selangor, Malaysia. Email: munawar@ukm.edu.my.

https://doi.org/10.24035/ijit.19.2021.190
1
Persekitaran Sekolah dan Amalan Akhlak Murid Sekolah Menengah Malaysia
Ab. Halim & Ahmad Munawar

dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Falsafah tersebut digubal berdasarkan kepada matlamat yang mahu dicapai serta hasrat
dan falsafah pendidikan yang unggul. FPK menganjurkan konsep pendidikan sepadu, dengan
memautkan ilmu yang bercorak naqliah dan mutlak untuk kehidupan sebenar dan menguasai
pelbagai kemahiran yang canggih bagi kehidupan seharian manusia (Zarin & Ab. Halim 2007;
Noor Hisham 2018). Perkara yang diberikan tumpuan ialah melahirkan insan yang baik dengan
salah satu kriterianya berakhlak mulia. Selain itu, ini selaras dengan matlamat utama Falsafah
Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketermpilan, beramal
soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah ke arah menjadi hamba dan
khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah meningkatkan tamadun bangsa dan
negara. Matlamat Pendidikan Islam dalam KSSM telah dinyatakan seperti berikut (KPM 2015b;
KPM 2016):

“Matlamat KSSM Pendidikan Islam adalah untuk membina dan membentuk hamba dan
khalifah Allah SWT yang berilmu, beriman, bertaqwa, beramal soleh, berakhlak mulia dan
berketerampilan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta menyumbang ke arah
mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta kesejahteraan alam demi mencapai
kesejahteraan dunia dan akhirat.”.

Pendidikan dan Praktik Akhlak dalam Kehidupan

Secara umumnya, tumpuan utama sistem pendidikan di Malaysia ialah untuk melahirkan warga
Malaysia yang baik dan dapat menyumbangkan kepada pembangunan negara seperti termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diwartakan melalui Akta Pendidikan 1996 itu.
Minda kelas pertama tidak akan terbentuk dan wujud di dalam persekitaran yang mengutamakan
hiburan semata-mata tanpa memperkasakan nilai kerohanian di dalam jiwa (Ahmad Munawar et.
al. 2012; Marhaiza et. al. 2015). Dalam konteks pendidikan formal, aspek ini diberikan tumpuan
melalui komponen pendidikan akhlak dalam mata pelajaran pendidikan Islam diperingkat
sekolah rendah dan menengah.
Dalam pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah, terdapat beberapa isu yang dikenal pasti
antaranya aspek yang perlu dipertingkatkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam yang berkaitan pembinaan akhlak pelajar (Azhar 2010; Asmawati 2003; Ab. Halim 2000;
Kementerian Pendidikan Malaysia 1996) Bagi mengatasi masalah tersebut, kurikulum
Pendidikan Islam telah digubal dan disemak semula oleh pihak KPM. Sebagai contoh, Pendidikan
Akhlak Islamiyyah diperkenalkan sebagai salah satu komponen yang utama dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam menggantikan Bahagian Sifat dan Cara Hidup Islam. Selepas itu,
sukatan pelajaran Pendidikan Islam disemak semula buat kali keduanya kerana dikatakan
kurikulum Pendidikan Islam khususnya komponen pendidikan akhlak kurang berkesan dan
terdapatnya peningkatan keruntuhan akhlak pelajar Islam (Asmawati 2003). Pendidikan akhlak
dalam mata pelajaran pendidikan telah dipertingkatkan dengan semakan perubahan sukatan
mata pelajaran dan pendekatan pengajarannya (Asmawati 2003). Komponen ini dinamakan
dengan Adab dan Akhlak Islamiyyah dan mula dilaksanakan secara berperingkat-peringkat pada
tahun 2003 dengan dimulai pada Tingkatan Satu dan Empat sepenuhnya pada tahun 2005
(Asmawati 2003). Pada tahun 2017, satu sukatan baru mata pelajaran pendidikan Islam dalam
KSSM telah diperkenalkan melalui Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Islam
(KPM 2015b). Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara
berperingkat mulai tahun 2017 ini menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1989 (KPM 2018). Dalam konteks pendidikan
akhlak, sukatan baru Pendidikan Islam KSSM ini dikenali sebagai Akhlak Islamiah. Objektif utama

https://doi.org/10.24035/ijit.19.2021.190
2
ISSN 2289-6023 International Journal of Islamic Thought ISSN 2232-1314
Vol. 19: (June) 2021

pelaksanaan sukatan Akhlak Islamiah ialah untuk merumus kefahaman akhlak Islamiah dan
mengamalkan serta menghayatinya dalam kehidupan (KPM 2015b; KPM 2018).
Sebagaimana kurikulum-kurikulum Pendidikan Islam sebelum ini, kandungan kurikulum
Pendidikan Islam KSSM juga memberikan tumpuan kepada dua komponen utama dalam akhlak
iaitu akhlak dengan Allah, dan akhlak sesama manusia dan makhluk lain. Secara umumnya
kandungan pendidikan akhlak dalam kurikulum yang ditawarkan adalah merangkumi semua
komponen akhlak sebagaimana yang diditilkan oleh Darraz (1987). Melalui pelaksanaan KBSM
diperingkat sekolah menengah, pendedahan pendidikan akhlak bukan sahaja tertumpu dalam
satu bahagian daripada mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu Akhlak Islamiyyah semata-mata,
tetapi juga turut diaplikasikan secara gabung jalin dalam pengajaran bidang-bidang lain dalam
pendidikan Islam serta diterapkan juga mata pelajaran lain dan juga aktiviti-aktiviti ko-
kurikulum di sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia 1990). Walaupun kadangkala ianya
menggunakan istilah nilai murni atau nilai moral, tetapi matlamatnya adalah untuk melahirkan
generasi berperibadi mulia (Wan Hasmah 1993). Malah dalam KSSM, kurikulum ini dibina
berasaskan enam tunjang utama iaitu (KPM 2018):

“. . . Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan


Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain
utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis,
kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati
nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran
kritis dan kreatif serta inovatif”.

Umumnya, terdapat berbagai bentuk cabaran yang perlu dihadapi dalam aspek
pengamalan akhlak kalangan murid. Satu aspek utama kini ialah cabaran media sosial yang
terbuka dengan budaya negatif berasaskan kepada keseronokan, pakaian dan budaya hidup bebas
yang mengetepikan nilai-nilai Islam. Penggunaan media sosial seperti Facebook, YouTube,
Instragram, Whatsapp, TikTok, Telegram, Wechat menjadi semakin popular di Malaysia menjadi
satu budaya baru yang akan memberi kesan dalam kehidupan mereka. Faktor-faktor di luar
sekolah seperti ibu bapa, rakan sebaya, masyarakat serta undang-undang turut mempunyai
pengaruh terhadap pembangunan dan amalan akhlak murid (Ahmad Munawar et. al. 2012).
Kini perkembangaan revolusi industri 4.0, berbanding dengan generasi terdahulu, proses
sosialisasi dan kematangan pada masa kini berlaku dengan keadaan yang berbeza-beza
berdasarkan kepada faktor persekitaran yang ada. Pada asasnya, gaya kehidupan remaja Islam
tidak boleh disamakan dengan gaya hidup remaja Barat kerana remaja Muslim perlu dididik
dengan nilai-nilai keislaman dan yang berteraskan kepada tauhid dan akhlak Islam (Ab. Halim
2015). Selain faktor ibubapa dan masyarakat, aspek pencapaian akademik, pengalaman tinggal di
asrama, dan kemudahan peranti komunikasi dan aliran sekolah memberikan kesan kepada
amalan akhlak murid (Ahmad Munawar & Wan Kamal 2012). Menurut kajian Rohana et. al.
(2016) tahap pendidikan keagamaan yang dilalui oleh anak secara tidak formal bersama ibu bapa
berada pada tahap tinggi, majoriti responden kajian berpendapat bahawa tingkah-laku ibu bapa
menjadi contoh kepada akhlak Islam mereka. Seterusnya, kajian Rozmi et. al. (2017) mendapati
adanya hubungan sosio-demografi remaja dan faktor keterlibatan seperti keluarga (pengawasan
ibu bapa, pengurusan keluarga, pelekatan keluarga, tekanan keprihatinan keluarga, tekanan
kehidupan), faktor persekitaran sosial (penglibatan aktiviti di sekolah, aktiviti berisiko di sekolah,
komuniti, pelindung persekitaran sekolah, komuniti dan rakan sebaya) dan tingkah laku berisiko
salah guna bahan. Dalam melahirkan generasi yang tinggi keupayaan kognitifnya, penuh dengan
nilai murni dan kuat pegangan ajaran agamanya, maka guru perlu bertindak sebagai penggerak
kepada transformasi pendidikan negara (Noornajihan & Ab. Halim 2012). Sehubungan itu, guru
dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan murid dari segi
fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan
aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah serta iklim sekolah yang kondusif serta
dilengkapi dengan kemudahan pengajaran pembelajaran akan membantu perkembangan

https://doi.org/10.24035/ijit.19.2021.190
3
Persekitaran Sekolah dan Amalan Akhlak Murid Sekolah Menengah Malaysia
Ab. Halim & Ahmad Munawar

kognitif, efektif dan psikomotor murid (Ahmad Munawar & Wan Kalam 2012). Maka kajian ini
akan melihat perbezaan tahap amalan akhlak murid berdasarkan beberapa pembolehubah yang
berkaitan dengan sistem persekolahan iaitu tingkatan, pengalaman tinggal di asrama, internet,
telefon bimbit, peranti telekomunikasi seperti komputer riba, aliran sekolah dan pencapaian
pendidikan Islam dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberikan perbezaan kepada
amalan akhlak dalam kalangan murid atau sebaliknya.

Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan (survey) sebagai instrumen utama pengumpulan data.
Dalam kajian ini, tumpuan diberikan kepada maklum balas dan persepsi murid terhadap
persekitaran sekolah dan guru pendidikan Islam yang mengajar mereka. Soal selidik digunakan
untuk mendapatkan data daripada sampel yang telah dipilih secara rawak bagi mewakili populasi
yang dipilih dari kalangan murid sekolah menengah di Malaysia. Instrumen ini telah melalui
proses kesahan muka dan kesahan kandungan termasuk semakan daripada 30 orang pakar dan
guru-guru pendidikan Islam yang berpengalaman di dalam 4 bengkel yang dijalankan. Kajian
rintis telah melibatkan seramai 99 orang murid tingkatan empat daripada pelbagai aliran
akademik telah dipilih secara rawak dari dua buah sekolah di negeri Selangor, satu mewakili
kawasan luar bandar, dan satu mewakili kawasan bandar. Hasil analisis dijalankan, didapati nilai
pekali alpha bagi tahap kebolehpercayaan borang soal selidik yang digunakan adalah tinggi iaitu
iaitu 0.877 bagi pengamalan akhlak dan 0.869 persekitaran sosial. Populasi kajian ini terdiri
daripada murid tingkatan empat dan enam rendah daripada pelbagai sekolah menengah di
Malaysia iaitu sekolah menengah kebangsaan (SMK), sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah
menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sekolah menengah teknik (SMT). Kaedah multi stage
cluster sampling telah digunakan untuk memilih murid sebagai sampel kajian ini (Burn 2000;
Cohen et. al. 2000; Ary et. al. 1990). Unit-unit sampel ini dipilih secara rawak daripada kawasan-
kawasan sampel berdasarkan sistem zon, negeri, daerah dan sekolah iaitu, Zon Utara (Kedah,
Pulau Pinang dan Perlis) -550 responden; Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan) -567
responden; Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) -570 responden; Zon Tengah (Perak,
Selangor dan Wilayah Persekutuan) -539 responden; Sabah (Zon Utara, Tenggara dan Selatan);
538 responden dan Sarawak (Zon Utara, Tengah dan Selatan) -498 responden. Keseluruhan 3,262
orang murid terlibat dalam kajian ini.

Dapatan Kajian dan Perbincangan

Jadual berikut melaporkan dapatan kajian yang berkaitan dengan tahap amalan akhlak murid
Islam dalam kehidupan seharian mereka yang diperolehi daripada borang soal selidik yang
diedarkan.

Jadual 1: Tahap Amalan Akhlak Murid-Murid


KEKERAPAN DAN PERATUSAN
Bil AMALAN AKHLAK MIN Sp.
STS TS KS S SS
1 Saya berfikir dan memerhati 19 28 391 1743 1069 4.17 0.71
tanda-tanda kebesaran Allah (1%) (1%) (12%) (53%) (33%)
pada diri dan alam pada setiap
masa.
2 Saya berdoa untuk 12 22 154 1205 1862 4.50 0.65
mengharapkan kasih sayang (0%) (1%) (5%) (37%) (57%)
Allah.
3 Saya sentiasa berhati-hati 11 37 407 1494 1303 4.24 0.74
dalam setiap tindakan kerana (0%) (1%) (12%) (46%) (40%)
takut kepada Allah.

https://doi.org/10.24035/ijit.19.2021.190
4
ISSN 2289-6023 International Journal of Islamic Thought ISSN 2232-1314
Vol. 19: (June) 2021

4 Saya patuh kepada hukum 48 88 625 1459 1030 4.03 0.87


Islam walaupun terpaksa (1%) (3%) (19%) (45%) (32%)
meninggalkan perbuatan
kegemaran saya.
5* Saya mendirikan solat hanya 1450 822 666 246 62 4.03 1.06
sekadar melengkapkan rutin (44%) (25%) (20%) (6%) (2%)
harian.
6* Saya meninggalkan ajaran Islam 2372 569 187 78 46 4.58 0.82
apabila ia tidak sesuai dengan (73%) (17%) (6%) (2%) (1%)
kemahuan saya.
7* Saya percaya ada kuasa lain 2626 413 90 42 77 4.68 0.80
selain Allah yang boleh (80%) (13%) (3%) (1%) (2%)
menyembuhkan penyakit
manusia.
8 Saya perlu melaksanakan 40 17 57 732 2412 4.67 0.66
perintah Allah dan menjauhi (1%) (0%) (2%) (22%) (74%)
larangan-Nya dengan hati yang
terbuka.
9 Saya tidak melakukan perkara- 82 121 517 1149 1386 4.12 0.97
perkara yang menghampiri (2%) (4%) (16%) (35%) (42%)
zina.
10 Saya mengucapkan salam 8 13 119 1191 1927 4.54 0.61
apabila bertemu guru. (0%) (0%) (4%) (36%) (59%)
11 Saya mengucapkan salam 26 78 617 1558 974 4.04 0.81
apabila bertemu rakan-rakan. (1%) (2%) (19%) (49%) (30%)
12 Saya suka beramal dengan 12 49 538 1694 962 4.09 0.74
sunnah nabi. (0%) (1%) (16%) (52%) (29%)
13 Saya memelihara solat fardu 53 95 535 1178 1390 4.15 0.91
lima waktu. (2%) (3%) (16%) (36%) (43%)
14* Saya melakukan hubungan seks. 2768 282 90 52 57 4.74 0.74
(85%) (9%) (3%) (2%) (2%)
15 Saya sentiasa memelihara 143 190 703 1278 940 3.82 1.05
pandangan saya dari melihat (4%) (6%) (22%) (39%) (29%)
aurat wanita (bagi lelaki) /
aurat lelaki (bagi wanita).
16 Saya sentiasa meyakini 10 10 51 570 2615 4.78 0.51
kewujudan malaikat. (0%) (0%) (2%) (17%) (80%)
17 Saya percaya semua perbuatan 13 5 13 254 2974 4.89 0.40
baik atau buruk yang kita (0%) (0%) (0%) (8%) (91%)
lakukan dicatat oleh malaikat
yang ditugaskan oleh Allah.
18* Saya mengambil sesuatu barang 1702 745 528 226 58 4.17 1.04
walaupun ia bukan milik saya. (52%) (23%) (16%) (7%) (2%)
19* Saya bercakap tentang 1163 711 767 512 100 3.71 1.19
keaiban/keburukan orang lain (36%) (22%) (23%) (16%) (3%)
tanpa pengetahuan teman
berkenaan.
20 Saya segera bertaubat jika 34 88 675 1452 1005 4.01 0.85
melakukan dosa. (1%) (3%) (21%) (44%) (31%)
21 Saya yakin tentang kewujudan 54 29 154 953 2066 4.52 0.77
syaitan. (2%) (1%) (5%) (29%) (63%)

https://doi.org/10.24035/ijit.19.2021.190
5
Persekitaran Sekolah dan Amalan Akhlak Murid Sekolah Menengah Malaysia
Ab. Halim & Ahmad Munawar

22 Saya yakin segala bisikan ke 38 34 132 742 2310 4.61 0.72


arah kejahatan datang dari (1%) (1%) (4%) (23%) (71%)
syaitan.
23 Membaca al-Quran dapat 5 5 35 520 2694 4.81 0.45
menenangkan hati saya. (0%) (0%) (1%) (16%) (83%)
24 Saya berasa sedih apabila al- 36 27 52 378 2756 4.78 0.62
Quran dihina dan dibakar. (1%) (1%) (2%) (12%) (84%)
25 Saya gemar mendengar lagu- 767 564 1106 678 137 2.64 1.17
lagu rentak terkini berbanding (23%) (17%) (34%) (21%) (4%)
bacaan al-Quran.
26* Kita boleh untuk TIDAK 2628 315 135 70 101 4.63 0.90
mengikut ajaran al-Quran. (81%) (10%) (4%) (2%) (3%)
27 Saya melakukan sesuatu urusan 63 84 625 1659 821 3.95 0.85
mengikut peraturan yang ada. (2%) (3%) (19%) (51%) (25%)
28 Saya membeli pakaian atau 26 75 496 1615 1043 4.10 0.79
makanan sekadar yang (1%) (2%) (15%) (49%) (%)
diperlukan.
29 Saya mempertahankan prinsip 41 38 255 1422 1496 4.32 0.77
agama walaupun menghadapi (1%) (2%) (8%) (44%) (46%)
pelbagai ancaman.
30* Saya TIDAK merasa kesal 1914 626 487 156 70 4.28 1.02
apabila saya meninggalkan (59%) (19%) (15%) (5%) (2%)
solat.
31* Kebahagiaan di dunia adalah 957 609 996 415 273 3.48 1.26
matlamat hidup saya. (%) (%) (%) (%) (%)
32 Saya berfikir tentang 45 31 105 1085 1981 4.51 0.73
pembalasan yang akan saya (1%) (1%) (3%) (33%) (61%)
terima di akhirat.
33* Saya TIDAK merasa apa-apa 1904 728 384 130 109 4.29 1.04
kesan dalam jiwa apabila (58%) (22%) (12%) (4%) (3%)
berlaku sesuatu bencana alam
seperti tsunami.
34 Saya mengajak rakan-rakan 19 26 268 1632 1310 4.29 0.70
saya melakukan kebaikan. (1%) (1%) (8%) (50%) (40%)
35 Saya takutkan azab Allah di 9 7 23 517 2695 4.81 0.46
dunia dan di akhirat. (0%) (0%) (1%) (16%) (83%)
36 Saya mencegah rakan-rakan 24 45 470 1447 1266 4.19 0.78
dari melakukan perbuatan (1%) (1%) (14%) (44%) (39%)
maksiat.
37 Halangan dalam hidup tidak 21 25 186 1248 1770 4.45 0.70
menghalang usaha saya untuk (%) (%) (%) (%) (%)
mencapai cita-cita.
38 Saya mengingatkan diri saya 15 15 57 693 2468 4.72 0.56
bahawa segala yang berlaku ada (0%) (0%) (0%) (21%) (76%)
hikmah dari Allah.
39* Saya merasakan segala usaha 1314 735 806 263 130 3.87 1.15
yang gagal adalah sia-sia. (40%) (22%) (25%) (8%) (4%)
40 Saya membalas cacian dengan 95 167 834 1304 851 3.81 0.98
senyuman dan doa. (3%) (5%) (26%) (40%) (26%)
41 Saya menghormati kebolehan 14 30 180 1534 1490 4.37 0.67

https://doi.org/10.24035/ijit.19.2021.190
6
ISSN 2289-6023 International Journal of Islamic Thought ISSN 2232-1314
Vol. 19: (June) 2021

orang lain biar bagaimanapun (0%) (1%) (5%) (47%) (46%)


pencapaian mereka.
42* Saya merungut apabila ditimpa 934 836 932 461 87 3.64 1.12
penyakit. (29%) (26%) (29%) (14%) (3%)
KESELURUHAN 4.26 0.36
*Item negatif yang telah dikodkan semula

Paparan Jadual 1 merupakan dapatan analisis mengenai tahap amalan Islam dalam
kalangan murid sekolah menengah. Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan bagi tahap
amalan akhlak ialah 4.26 (sp.=0.36). Paparan pada jadual di atas adalah dapatan analisis
mengenai tahap amalan akhlak murid Islam. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah bagi
melihat tahap amalan akhlak murid dalam menjalani aktiviti seharian mereka. Secara
keseluruhannya, hanya dua item yang berada pada tahap sederhana iaitu Item 25 “Saya gemar
mendengar lagu-lagu rentak terkini berbanding bacaan al-Quran” (M=2.64, Sp.=1.17) dan Item 42
“Saya merungut apabila ditimpa penyakit” (M=3.64, Sp.=1.12). Manakala 40 item lain berada pada
tahap tinggi. Item 35 “Saya takutkan azab Allah di dunia dan di akhirat” (M=4.81, Sp.=0.46)
direkodkan sebagai item yang mendapat nilai min paling tinggi. Dapatan kajian juga
menunjukkan min keseluruhan bagi tahap amalan akhlak ialah 4.26 (Sp.=0.36). Murid juga telah
memberikan maklum balas terhadap beberapa item yang berkaitan dengan persekitaran sekolah
mereka dan guru pendidikan Islam mereka.

Jadual 2: Persepsi Murid terhadap Persekitaran Sekolah


PERSEKITARAN KEKERAPAN DAN PERATUSAN
BIL MIN Sp.
SEKOLAH
STS TS KS S SS
1 Persekitaran sekolah saya 88 145 726 1473 607 3.78 0.92
menjadi panduan akhlak diri (3%) (4%) (22%) (45%) (19%)
saya.
2 Tindakan yang diambil 66 96 444 1586 841 4.00 0.86
terhadap salah laku murid (2%) (3%) (14%) (49%) (26%)
melalui peraturan sekolah
mempengaruhi
pembentukan akhlak diri
saya.
3 Persekitaran sekolah saya 55 105 602 1434 838 3.95 0.88
menjadi faktor pendorong (2%) (3%) (18%) (44%) (26%)
yang kuat untuk saya
mengamalkan sikap dan
tingkah laku berakhlak.
4 Persekitaran sekolah saya 232 231 628 1260 678 3.63 1.14
menjadi benteng untuk diri (7%) (7%) (19%) (39%) (21%)
saya dari melakukan perkara
yang tidak berakhlak.
JUMLAH 3.84 0.70

Paparan pada jadual di atas menunjukkan bahawa item yang mendapat nilai min tertinggi
ialah Item 2 iaitu tindakan yang diambil terhadap salah laku murid melalui peraturan sekolah
mempengaruhi pembentukan akhlak diri murid (M=4.00, Sp.=0.86). Ini menunjukkan bahawa
tindakan yang diambil atas salah laku murid memberi kesan yang positif kepada mereka.
Persekitaran sekolah saya menjadi faktor pendorong (Item 3, M=3.95, Sp.=0.88) dan panduan

https://doi.org/10.24035/ijit.19.2021.190
7
Persekitaran Sekolah dan Amalan Akhlak Murid Sekolah Menengah Malaysia
Ab. Halim & Ahmad Munawar

yang kuat untuk saya mengamalkan sikap dan tingkah laku berakhlak(Item 1, M=3.78, Sp.=0.92).
Namun begitu, min yang rendah dilihat dalam Item 4 yang mana terdapat sejumlah murid yang
merasakan persekitaran sekolah mereka tidak mampu menjadi benteng untuk diri dari
melakukan perkara yang tidak berakhlak (Item 4, M=3.63, Sp.=1.14). Umumnya, nilai min
keseluruhan bagi pengaruh persekitaran sekolah dalam pembentukan akhlak murid ialah pada
tahap 3.84 (Sp.=0.70) iaitu masih berada pada agak tahap tinggi.

Jadual 3: Persepsi Murid terhadap Guru-Guru Pendidikan Islam


GURU-GURU PENDIKAN KEKERAPAN DAN PERATUSAN
BIL MIN Sp.
ISLAM
STS TS KS S SS
1 Tingkah laku guru 42 139 643 1391 1021 3.99 0.90
Pendidikan Islam saya (1%) (4%) (20%) (43%) (31%)
menjadi ikutan diri saya.
2 Maklum balas yang 27 67 364 1587 1191 4.19 0.78
diberikan oleh guru (1%) (2%) (11%) (49%) (36%)
Pendidikan Islam
terhadap tingkah laku
saya mempengaruhi
pembentukan akhlak diri
saya.
3 Guru Pendidikan Islam 30 52 417 1485 1249 4.19 0.79
menjadi faktor (1%) (2%) (13%) (45%) (38%)
pendorong yang kuat
untuk saya mengamalkan
sikap dan tingkah laku
berakhlak.
4 Nasihat guru Pendidikan 259 113 212 1410 1242 4.00 1.14
Islam menjadi panduan (8%) (3%) (6%) (43%) (38%)
daripada melakukan
perkara yang tidak
berakhlak.
JUMLAH 4.10 0.66

Melihat kepada peranan guru Pendidikan Islam dalam pembentukan akhlak murid pula,
dapatan menunjukkan min keseluruhan berada pada tahap tinggi iaitu 4.10 (Sp.=0.66). Selain ibu
bapa, guru Pendidikan Islam juga menjadi faktor pendorong yang kuat untuk murid
mengamalkan sikap dan tingkah laku berakhlak (Item 2, M=4.19, Sp.=0.79). Maklum balas yang
diberikan oleh guru Pendidikan Islam terhadap tingkah laku, murid mampu memberi kesan
kepada pembentukan akhlak diri mereka (Item 3, M=4.19, Sp.=0.78). Nasihat guru Pendidikan
Islam menjadi panduan kepada murid agar tidak melakukan perkara yang tidak berakhlak (Item
4, M=4.00, Sp.=1.14), namun segelintir mereka yang tidak dapat menjadikan tingkah laku guru
Pendidikan Islam sebagai ikutan (Item 1, M=3.99, Sp.=0.90).
Ujian korelasi Pearson turut dijalankan untuk melihat tahap hubungan di antara
pemboleh-pemboleh ubah yang dikaji. Untuk menentukan interpretasi nilai korelasi (r) yang
dijalankan dengan cara interpretasi ujian Pearson Correlation yang dicadangkan oleh Julie Pallant
(2007) seperti jadual beikut:

https://doi.org/10.24035/ijit.19.2021.190
8
ISSN 2289-6023 International Journal of Islamic Thought ISSN 2232-1314
Vol. 19: (June) 2021

Jadual 4: Interpretasi Nilai Pekali Korelasi


No. Pekali Korelasi Kekuatan Hubungan

1. ± 0.70 – 1.00 Tinggi / Kuat


2. ± 0.30 – 0.69 Sederhana
3. ± 0.00 – 0.29 Rendah

Jadual 5: Analisis Hubungan antara Persekitaran Sekolah dan Guru dan Tahap Amalan Akhlak
Pemboleh ubah r Sig.
Pengaruh Guru * Tahap Amalan Akhlak .477 .000
Pengaruh Persekitaran Sekolah * Tahap Amalan Akhlak .314 .000
*Signifikan pada aras p<0.01

Jadual di atas menunjukkan dapatan analisis kolerasi Pearson yang dijalankan bagi
mengetahui korelasi antara pemboleh ubah pengaruh persekitaran sosial dan tahap amalan
akhlak. Ini adalah kerana secara keseluruhannya pengaruh persekitaran sekolah dan guru dilihat
dapat mempunyai hubungan positif yang signifikan amalan akhlak murid. Melalui paparan pada
jadual di atas, guru-guru Pendidikan Islam (r=.477, sig.=.000) pula dilihat mempunyai dan boleh
memberi pengaruh yang positif dalam membentuk amalan akhlak murid mereka, manakala
persekitaran sekolah yang ada pula memberikan memberi kesan positif terhadap tahap amalan
akhlak responden namun ianya berada tahap syang sederhana.
Dapatan kajian di atas juga telah melaporkan maklum balas daripada sampel kajian
berkaitan aspek tahap amalan akhlak murid sekolah menengah. Bagi aspek amalan akhlak murid
ini, secara keseluruhannya, hanya dua item yang berada pada tahap sederhana, manakala 40 item
lain berada pada tahap tinggi. Ini menjadikan min keseluruhan bagi tahap amalan akhlak murid-
murid ini berada pada tahap tinggi. Walau bagaimanapun, sedikit kebimbangan dari segi
pembangunan akhlak kerana kajian turut mendapati nilai min sebahagian item berada di bawah
4.00 iaitu Item 15, 19, 25, 27, 31, 39, 40 dan 42. Bagi dua item terendah, “Saya gemar mendengar
lagu-lagu rentak terkini berbanding bacaan al-Quran”, dapatan menunjukkan min yang rendah
disebabkan ramai murid kurang berminat dengan mendengar bacaan al-Quran berbanding
dengan mendengar muzik kontemporari. Faktor ini mungkin disebabkan budaya mendengar
muzik yang meluas dalam msayarakat dan media sosial terutamanya melalui Youtube, siaran
radio dan juga saluran televisyen secara percuma atau berbayar. Apa yang membimbangkan,
murid boleh terjerumus ke dalam kancah muzik liar yang boleh membawa keruntuhan akhlak
mereka (Ahmad Munawar et. al. 2012; Ab. Halim et. al. 2016). Maka guru pendidikan Islam boleh
meningkatkan kualiti pengajaran khusunya inovasi dalam pendidikan al-Quran (Wan Ali &
Nursafra 2018). Bagi menangani item “Saya merungut apabila ditimpa penyakit” pula, pelajar
perlu dibimbing dengan program-program pembinaan rasa beragama dengan menekankan
aspek pembangunan kerohanian yang dapat membentuk jiwa yang mensyukuri pemberian dan
rezeki daripada Allah (Ahmad Tafsir 2007).
Dapatan ini menunjukkan masih terdapat sikap murid ini yang kurang sensitif terhadap
perlakuan atau amalan akhlak dan nilai keagamaan dalam diri. Ini jelas memperlihatkan bahawa
penghayatan akhlaknya tidak mencapai tahap yang lebih tinggi seperti yang diharapkan dalam
objektif mata pelajaran Pendidikan Islam. Selain itu, item 14 (Saya melakukan hubungan seks)
harus diberi perhatian lebih serius oleh guru-guru pendidikan Islam. Walaupun item ini
memperoleh nilai min 4.74 iaitu berada pada aras tinggi, namun ianya belum mencukupi kerana
ianya menunjukkan terdapat murid (15%) yang mengambil ringan, tidak mengambil peduli dan
mungkin juga mempunyai berkecenderungan untuk melakukan hubungan seks. Jumlah ini tidak
boleh diambil ringan oleh pihak guru, sekolah dan ibu bapa walaupun jumlah murid tersebut
tidak besar. Azhar (2010) juga mendapati isu yang sama dihadapi oleh segelintir murid iaitu 9.4%

https://doi.org/10.24035/ijit.19.2021.190
9
Persekitaran Sekolah dan Amalan Akhlak Murid Sekolah Menengah Malaysia
Ab. Halim & Ahmad Munawar

daripada responden yang mengaku pernah melakukan hubungan seks. Jumlah ini amat
membimbangkan dan boleh bertambah, dengan faktor dunia internet tanpa sempadan.
Bagi aspek persekitaran sekolah pula, beberapa aspek boleh diperingkatkan lagi kerana
min bagi kesemua item berada pada tahap yang agak tinggi. Sebagai contoh, terdapat murid yang
merasakan bahawa persekitaran sekolah tidak dapat mengekang mereka dari melakukan
perkara yang tidak baik dan ada aspek dapat dijadikan panduan dalam amalan akhlak seharian.
Kajian oleh Azhar (2010) juga mendapati trend yang hampir sama yang mana terdapat murid
yang menyatakan persekitaran sekolah kurang memberi sumbangan kepada pengamalan tingkah
laku berakhlak. Juriah & Anuar (2015) menegaskan perancangan aktiviti pembelajaran yang
pelbagai dan bersepadu untuk memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai gaya belajar yang
berbeza, keinginan mencuba idea serta pendekatan dan teknik yang baru seiring dengan
persekitaran yang memberikan insipirasi. Suasana yang persekitaran sekolah yang positif di
samping iklim sekolah yang bersifat melindungi mampu menjadi faktor pendorong yang kuat
untuk murid mengamalkan sikap dan tingkah laku berakhlak (Ahmad Munawar et. al. 2018)
seperti yang dinyatakan pada item 3 dapatan kajian ini.
Bagi aspek guru pula, secara umumnya kajian ini menunjukkan guru pendidikan Islam
telah memberikan impak yang positif kepada amalan akhlak murid. Dapatan kajian ini selari
dengan kajian yang dijalankan oleh Ab. Halim et. al. (2016) Dalam kajian ini, didapati pada
pandangan murid, mereka mempunyai perspektif yang sangat positif terhadap guru-guru
pendidikan Islam. Guru Pendidikan Islam dilihat sebagai contoh terbaik yang membentuk insan
yang berakhlak dan bertaqwa. Efikasi kendiri juga perlu dipertingkatkan lagi kerana ianya
memberikan kesan kepada peranan mereka sebagai agen perubahan dalam masyarakat
(Noornajihan et. al. 2019).
Dengan itu, kajian ini menunjukkan hubungan guru pendidikan dengan amalan akhlak
murid adalah adalah signifikan. Walaupun hubungan persepsi murid terhadap guru pendidikan
Islam dengan amalan akhlak mereka pada tahap yang sederhana, kajian ini menunjukkan faktor
guru dominan daripada ibu bapa adalah signifikan dalam mempengaruhi amalan akhlak murid.
Kajian juga mendapati faktor persekitaran sekolah turut menyumbang kepada pengalaman
akhlak murid. Berdasarkan dapatan kajian ini, dapat difahami bahawa peranan guru dan sekolah
adalah penting dalam konteks pembangunan diri dan penghayatan akhlak murid. Kamarul Azmi
et. al. (2009) menjelaskan bahawa para guru sangat disanjung kerana mereka bukan sahaja
berilmu bahkan mestilah mempunyai personaliti dan komitmen kepada Islam dengan
menunjukkan contoh yang baik kepada para murid supaya mereka boleh mengikuti guru mereka
tanpa ragu.
Justeru, aspek pendekatan dan gaya pengajaran guru juga perlu disesuaikan dengan
perkembangan semasa dan terkini dalam usaha memaksimum penguasaan dan penghayatan
ilmu yang dipelajari. Menurut Ab. Halim & Nik Mohd Rahimi (2010) tugas guru mengikut
perspektif Islam merangkumi pelbagai tanggungjawab yang sangat luas dalam pembangunan
akhlak dan diri manusia iaitu sebagai murrabi, muaddib bukan semata-mata seorang mu`allim.
Rosnani (1997) juga telah menghuraikan sebagai muaddib, guru bertanggungjawab dalam
menerapkan adab (disiplin dalam pemikiran, fizikal dan rohani). Sehubungan itu, tugas guru
perlu dikaitkan dengan tugas sebagai pendakwah.
Faktor yang mungkin menyebabkan guru pendidikan Islam mempunyai hubungan yang
kuat juga disebabkan mereka merupakan golongan yang sudah dianggap sebagai orang yang
mempunyai didikan agama sempurna dan menjadi ikon utama dalam masyarakat. Justeru,
mereka dianggap oleh murid sebagai seorang yang boleh dijadikan contoh dalam menjalani
kehidupan beragama dan kehidupan berakhlak. Murid akan lebih mudah terkesan terhadap ilmu
yang disampaikan oleh guru pendidikan Islam yang menyayangi mereka serta memberi tunjuk
ajar dengan penuh hikmah dan kesabaran serta sangat berpegang teguh kepada ilmu dan agama
sama ada dari segi aspek kebiasaan harian, ibadat, adab dan panduan agama. Ini ditambah lagi
dengan kaedah didikan yang paling tinggi dan berkesan dalam pendidikan akhlak Islam adalah
melalui kaedah contoh ikutan (Abdullah Nasih Ulwan 1995; Ab. Halim Tamuri et. al. 2004). Secara

https://doi.org/10.24035/ijit.19.2021.190
10
ISSN 2289-6023 International Journal of Islamic Thought ISSN 2232-1314
Vol. 19: (June) 2021

keseluruhannya, persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif serta adab dan keperibadian
guru pendidikan Islam yang tinggi berupaya merangsang kecemerlangan sakhsiah dan akademik
pelajar sekaligus menjadi penyumbang kepada kejayaan dan kemakmuran negara (Kamarul Azmi
et. al. 2009; Ahmad Munawar et. al. 2018).
Secara keseluruhannya, kajian ini memberi gambaran bahawa Pendidikan Islam memberi
kesan yang positif kepada amalan akhlak murid sekolah menengah. Tahap amalan akhlak mereka
juga berada pada yang tinggi dan begitu juga dengan pandangan mereka terhadap persekitaran
sekolah dan guru pendidikan Islam. Jelas dapat dilihat bahawa majoriti murid didapati
mengamalkan apa yang telah disampaikan oleh guru. Dapatan juga menunjukkan mata pelajaran
Pendidikan Islam telah memberikan kesan positif kepada akhlak murid dengan berada pada aras
baik. Faktor aliran sekolah dan pencapaian dalam akademik juga memberikan kesan positif
kepada amalan akhlak murid. Kajian ini juga mendapati faktor guru dan persekiatan sekolah
kelihatan menjadi semakin penting jika dilihat hubungannya dengan pelaksanaan pendidikan
Islam dan penghayatan akhlak pelajar. Konsep guru sebagai muddaris, muaddib, muallim, mursyid
dan murrabi perlu difahami dan dihayati oleh setiap pendidik.

References
Akta Pendidikan 1966 (Akta 550).
Ab. Halim Tamuri. 2000. A study of the knowledge of akhlaq in the Malaysian secondary schools:
With special reference to the Islamic Education. Tesis Ph.D. University of Birmingham.
Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaludin &
Zamri Abdul Rahim. 2004. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam
ke atas pembangunan diri pelajar. Laporan Penyelidikan Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2010. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ab. Halim Tamuri. 2015. Standardization of Islamic education excellence in the world. Proceeding
International Seminar Islamic Education in Global Era. Lampung, Indonesia: Institut Agama
Islam Negeri Raden Intan.
Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Mohd Aderi Che Noh & Mohd Izham Hamzah. 2016.
Persepsi murid-murid terhadap amalan guru pendidikan Islam di Malaysia. e-Jurnal
Penyelidikan dan Inovasi. Edisi Khas. 3(2.1): 18 – 40.
Abdullah Nasih Ulwan. 1995. Pendidikan kanak-kanak dalam Islam. Terj. Syed Ahmad Semait, Vol
2. Pustaka Nasional: Singapura.
Ahmad Munawar Ismail. 2009. Pengaruh akidah dalam penghayatan akhlak pelajar-pelajar
sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Tesis Ph. D. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Munawar Ismail, Wan Kamal Mujani Wan Mohd Hirwani Wan Hussain & Noor Inayah
Yaakub. 2012. The missing of moral entity in modern civilization: values and social aspects.
Advances in Natural and Applied Sciences. 6(6): 985-994.
Ahmad Munawar Ismail, Mohamad Zaid Mohd Zin & Muhd Najib Abdul Kadir. 2012. Broadcasting
media, impact to Malay students behavior in Malaysia. Journal of Applied Sciences Research.
8(5): 2596-2600.
Ahmad Munawar Ismail, Wan Kamal Mujani & Zaizul Abd Rahman. 2018. Maqasid syariah and
safety aspects in infrastructure and health of education practices in Malaysia. International
Journal of Civil Engineering and Technology. 9 (11): 384–394.
Ahmad Munawar Ismail, Wan Kamal Mujani & Zaizul Abd Rahman. 2018. Elements of thinking,
identity and legislation in education practices in Malaysia about Maqasid Syariah.
International Journal of Civil Engineering and Technology. 9(10): 820–830.
Ahmad Tafsir. 2007. Ilmu Pendidikan dalam perspektif Islam. Bandung: Penerbit Remaja
Rosdakarya.

https://doi.org/10.24035/ijit.19.2021.190
11
Persekitaran Sekolah dan Amalan Akhlak Murid Sekolah Menengah Malaysia
Ab. Halim & Ahmad Munawar

Ary, D., Jacobs, L.C. and Razavieh, A. 1996. Introduction to research in education. Orlando: Harcout
Brace College Publishers.
Asmawati Suhid. 2003. Kesesuaian subbidang pembelajaran adab dab akhlak Islam KBSM
menurut persepsi guru. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Kebangsaan (Siri 3):
Perkaedahan Pengajaran Pendidikan Islam: Antara Tradisi dan Inovasi. 94-105.
Azhar Ahmad. 2010. Strategi Pembelajaran Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak. Kuching:
Profes.
Burn, R.B. 2000. Introduction to Research Methods. London: Sage Publications
Cohen, L. and Morrison, K. 2000. Research methods in Education, 5th Edtion. London: Routledge
Falmer.
Darraz, Muhammad Abdullah. 1987. Prinsip Akhlak Berdasarkan Al-Quran. Terj. Abdul Fatah
Ibrahim, Mohd. Sulaiman bin Haji Yasin, Wan Amna Wan Yaacob & Abdullah Md Zin. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Juriah Tahir & Anuar Ahmad. 2015. Kreativiti dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Sejarah Di Malaysia. Jurnal Teknikal dan Sains Sosial. 4(1): 11-24.
Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Hamzah. 2009, Sifat dan peranan
keperibadian guru cemerlang pendidikan Islam (GCPI) dan hubungannya denganmotivasi
pelajar. Jurnal Teknologi. 51(E): 57-71.
Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. 2017. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Islam. Skudai: Penerbit UTM.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 1990. Pukal Latihan KBSM. Kuala Lumpur: Percetakan
Negara.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 1996. Laporan Mesyuarat Jawatan Kuasa Mengkaji
Kurikulum Pendidikan Islam. Ke Arah Pembentukkan dan Pengukuhan Akhlak Pelajar ke 2.
Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Islam dan Moral
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 2002. Sukatan pelajaran Pendidikan Islam KBSM.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2015a. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Pendidikan Islam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 1.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2015b. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM
) Pendidikan Islam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 1.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2016. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM )
Pendidikan Islam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 2.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 2018. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM )
Pendidikan Islam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 4 dan 5.
Marhaiza Ibrahim, Ahmad Zubir Ibrahim,Selamah Maamor & Aznita Samsi. 2015. Pengajaran dan
pembelajaran (P&P) ke arah melahirkan modal insan kelas pertama. E-Journal of Holistic
Student Developmen. 2(1): 12–22.
Mohd Yusof Ali. 2010. Amalan akhlak sosial Islam dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin
telah dijalankan di sekolah menengah kebangsaan di negeri Pahang. Tesis Sarjana
Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Noor Hisham Md Nawi. 2011. Konsepsualisasi Semula Kurikulum Pendidikan Islam. Tg Malim:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Noor Hisham Md Nawi. 2018. Membentuk Manusiawi Melalui Pendidikan. Kertas kerja
dibentangkan Simposium Kebangsaan Kecemerlangan Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab
2.0 2018 anjuran Persatuan Intektual Muslim Malaysia pada 12 November 2018.
Nornajihan Jaafar & Ab. Halim Tamuri. 2012. Asalib Tarbiyyah al-Tifl bi al-Hikmah fi Dhu`i Al-
Sunnah al-Nabawiyyah. Hadis. 2 (Julai): 7-28.
Noornajihan Jaafar, Nurul Asia Fasehah Muhamad, Ab. Halim Tamuri & Nur Hanani Hussin. 2019.
The significant correlation between self-efficacy and goal orientation with the role of
Islamic education teachers as a society change agent. Journal of Research, Policy & Practice
of Teachers & Teacher Education . 9(2): 30-38
Rohana Tan, Norhasni Zainal Abiddin & Andi Suwirta. 2016. Faktor yang Mempengaruhi

https://doi.org/10.24035/ijit.19.2021.190
12
ISSN 2289-6023 International Journal of Islamic Thought ISSN 2232-1314
Vol. 19: (June) 2021

Penghayatan Akhlak Islam dalam Kalangan Belia di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam
Malaysia. INSANCITA: Journal of Islamic Studies in Indonesia and Southeast Asia. 1(1): 55-
66.
Rosnani Hashim. 1996. Educational Dualism in Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Rozmi Ismail, Nor Azri Ahmad, Fauziah Ibrahim & Salina Nen. 2017. Pengaruh Faktor Individu ,
Keluarga dan Persekitaran Sosial Terhadap Tingkah Laku Penyalahgunaan Bahan dalam
Kalangan Remaja. Akademika. 87(April): 7–16.
Zarin Ismail & Ab. Halim bin Tamuri. 2007. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan wawasan
pendidikan di Malaysia: Satu analisis perbandingan dengan Pancasila sebagai teras
pendidikan di Indonesia. Dlm. Zamri Mahamod et. al. (Pyt), Pendidikan di Malaysia dan
Indonesia: Satu Pengalaman di Riau. Bangi: Fakulti Pendidikan, UKM. 1-12.
Wan Ali Akbar Wan Abdullah & Nursafra Mohd Zhaffar. 2018. Inovasi Pendidikan Islam Inspirasi
dan Transformasi. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.
Wan Hasmah Wan Mamat. 1993. Pelaksanaan Pendidikan Moral di Sekolah: Matlamat dan
Harapan. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

https://doi.org/10.24035/ijit.19.2021.190
13

You might also like