Jurnal Fiqh, Vol. 18 No.
2 (2021) 315-344
Received: 2021-07-31 Accepted: 2021-10-27 Published: 2021-12-31
PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG
HARTA PUSAKA MUALAF DI MALAYSIA:
SATU SOROTAN LITERATUR
Administration of Mualaf Inheritance at
Wilayah Persekutuan:
A Literature Highlights
Mohd Zainudin Wan Yusoff*
Luqman Hj Abdullah**
Nurulhuda Ahmad Zaki***
ABSTRACT
Inheritance is something that has material value left
by a person after his death which is obtained during
his life truly and becomes the perfect property during
his life and is eternally owned by simati until he dies.
In Malaysia, the distribution of Islamic inheritance is
subject to faraid law, in which non-Muslims cannot
inherit Muslim property. However, for the property of
non-Muslims, there is a law that protects it, namely
* Master Candidate, Department of Fiqh and Usul, Academy of
Islamic Studies, University of Malaya, 50603, Kuala Lumpur.
zainudinwanyusoff@gmail.com
** Senior Lecturer, Department of Fiqh and Usul, Academy of Islamic
Studies, University of Malaya, 50603, Kuala Lumpur; Mufti,
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Jabatan Perdana Menteri, 62100
Putrajaya. luqmanabdullah@um.edu.my
*** Senior Lecturer, Department of Fiqh and Usul, Academy of Islamic
Studies, University of Malaya, 50603, Kuala Lumpur. zafran@
um.edu.my
Jurnal Fiqh, Vol. 18 No. 2 (2021) 315-344
the Distribution (Amendment) Act 1997, Act 1004.
This Act does not state that Muslims cannot inherit
the inheritance of non-Muslims. The distribution is
made to the heirs based on the kinship relationship
and marriage regardless of religion. This means that
Muslims also inherit the property of non-Muslims.
The two main methods of distributing inheritance
that is practiced in Malaysia are the distribution
method according to Islamic law for the death of
a Muslim and the distribution method according
to civil law which affects the Act of Dispensing
1958 (Act 300) for the death of non-Muslims. Both
mechanisms involve converts, either converts as
the dead or as heirs. Those with the title of convert
to Islam have their uniqueness in the distribution
of inheritance which is different from the usual
inheritance distribution mechanism. Due to these
differences in distribution, this study was carried
out to highlight the administration of inheritance
laws involving converts to Islam in Malaysia. This
study was conducted using a qualitative method by
taking a literature review approach, also continuing
the content analysis design. The results of the study
highlights that have been carried out show that there
have been many writings, ideas, and discussions
regarding this case made by the reviewers. The results
of the study found that there are procedures and
provisions for laws in the settlement of inheritance
involving heirs of converts if they are not Muslim,
as well as if converts are heirs to the property of
the dead who are not Muslim. Therefore, with an
explanation of the administration of the law in this
study, it can resolve errors to the public regarding
the issue of inheritance and property inheritance
involving converts in Malaysia.
Keywords: inheritance, mualaf, heirs, inheritance law
316
Pentadbiran Undang-Undang Harta Pusaka Mualaf
di Malaysia: Satu Sorotan Literatur
PENDAHULUAN
Persoalan mengenai pengurusan dan pentadbiran harta pusaka
merupakan persoalan yang tidak akan lenyap selamanya
memandangkan ianya berkait rapat dengan urusan seharian
manusia. Kematian dan manusia tidak dapat dipisahkan. Selagi ada
kematian dan si mati memiliki harta peninggalan sama ada Islam
atau bukan Islam, maka selagi itulah tuntutan ke atasnya akan
berlaku oleh waris si mati. Dalam konteks agama Islam, apabila
seseorang Muslim meninggal dunia, harta yang ditinggalkan oleh
si mati merupakan harta pusaka yang perlu diuruskan segera.
Mengikut hukum Islam, harta yang ditinggalkan si mati perlu
difaraidkan dan diuruskan pembahagiannya mengikut hukum
Islam. Setiap ahli waris akan mempunyai hak tersendiri dalam
harta si mati tersebut. Dalam konteks masyarakat, tidak semua
ahli waris memahami dan mengetahui secara terperinci kaedah
dan jumlah pembahagiannya.1
Oleh demikian, terdapat badan dan institusi yang ditubuhkan
di Malaysia bertujuan menguruskan faraid tersebut. Namun apa
yang merumitkan ialah apabila si mati dan waris berbeza agama.
Timbul isu dan persoalan bagaimana jika si mati merupakan mualaf
dan ahli warisnya ialah bukan Islam. Bagaimana pula sekiranya si
mati bukan Islam sebaliknya waris adalah muslim. Dalam arus
modenisasi masa kini, timbul pelbagai isu lain yang menambahkan
kerumitan dalam pembahagian harta pusaka mualaf. Menurut
statistik pada tahun 2006, dianggarkan lebih sejuta kes tuntutan
harta pusaka di Malaysia dengan nilai mencecah RM 38 billion
masih tertunggak serta tidak diuruskan oleh ahli waris. Keadaan
1
Beberapa kajian lepas tentang kefahaman masyarakat Islam
setempat seperti di sekitar Lembah Klang dan Kuala Terengganu
dijalankan mendapati tahap kefahaman masyarakat masih kurang
dan sederhana. Lihat lanjut Noor Syahida Abdul Rahman, Hasliza
Talib, Nurhayati Abd. Ghani, Nur Zulfah Md Abdul Salam & Nurul
Syafini Abd Rahman, “Pengurusan Tuntutan Harta Pusaka dalam
Kalangan Masyarakat Islam: Kajian di Lembah Klang,” Journal
of Muwafaqat 1, no. 2 (2018), 96-117; Nurul Izzah Nokman &
Farahwahida Mohd Yusof, “Perspektif Masyarakat Muslim Terhadap
Pengurusan Harta Pusaka di Kuala Terengganu,” (Disertasi Sarjana,
Universiti Teknologi Malaysia, 2012), 1.
317
Jurnal Fiqh, Vol. 18 No. 2 (2021) 315-344
ini disebabkan oleh isu pentadbiran yang sukar diatasi disamping
sikap masyarakat sendiri yang kurang berminat untuk merancang
pengagihan harta sebelum mereka meninggal dunia.2 Oleh
demikian, artikel ini akan menyoroti kedudukan perundangan dan
pentadbiran harta pusaka mualaf di Malaysia. Ini boleh dijadikan
panduan kepada ahli waris dalam tindakan mereka berkaitan harta
mualaf seterusnya menyelesaikan permasalahan dan isu dihadapi
ahli waris.
KONSEP HARTA PUSAKA MUALAF
1. Mualaf dan Konflik Harta Pusaka Mualaf
Mualaf ialah golongan yang baru memeluk Islam atau juga dikenali
sebagai saudara baru dalam Islam.3 Dalam surah al-taubah, ayat ke
9, juzuk ke 60 turut menyentuh tentang istilah mualaf iaitu disebut
sebagai “mu’allafah qulubuhum” yang merupakan salah satu
golongan daripada lapan golongan dalam asnaf zakat. Menurut
fiqh, kalimah mu’allafah qulubuhum ini bermaksud mereka yang
baru memeluk Islam dan iman mereka masih lemah. Mereka ini
layak diberikan zakat untuk menguatkan lagi pegangan mereka
terhadap Islam. Ia terbuka kepada semua umat Islam tanpa ada
batasan masa sama ada mereka masih baru memeluk Islam atau
menganutinya semenjak awal lagi.4
Dalam konteks perundangan di Malaysia, takrif mualaf berbeza
antara negeri. Ini kerana pentafsirannya mengikut peruntukan
dalam Akta, Enakmen, atau Ordinan yang digunapakai. Sebagai
contoh dalam Akta Pentadbiran Agama Islam Undang-Undang
Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) di
bawah tajuk Pengiktirafan Muallaf Sebagai Orang Islam5
2
Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakub, “Masalah
Kegagalan dan Kelewatan Pengagihan Harta Pusaka di Malaysia,”
Jurnal Intelek 5, no. 2 (2010).
3
Noresah Bahrom et al., Kamus Dewan, ed. 4 (Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2005), 1046.
4
M. Abdul Mujieb, Kamus Istilah Fiqh (Jakarta: PT Pustaka Firdaus,
1997), 221.
5
Seksyen 91(1), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-
Wilayah Persekutuan) 1993.
318
Pentadbiran Undang-Undang Harta Pusaka Mualaf
di Malaysia: Satu Sorotan Literatur
memperuntukkan mualaf adalah: “Seseorang yang telah masuk
Islam dan telah didaftarkan dalam Daftar Muallaf hendaklah, bagi
maksud mana-mana undang-undang persekutuan atau Negeri,
dan untuk semua masa, diperlakukan sebagai seorang Islam.” Di
luar sana pelbagai istilah yang diguna oleh masyarakat dan pihak
berwajib dalam usaha mendekati golongan mualaf. Panggilan
mesra yang sering didengar ialah saudara Muslim, atau saudara
baru, saudara kita, saudara Islam dan sebagainya. Kesemua istilah
ini membawa maksud yang sama, yang berbeza hanya istilah yang
digunakan.
Di Malaysia jumlah mualaf menunjukkan peningkatan
dari semasa ke semasa. Sehingga tahun 2012, jumlah mualaf
direkodkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
seramai 106,747 orang. Seiring peningkatan bilangan mualaf,
muncul pelbagai isu yang meruncing berkaitan mualaf bermula
seawal mereka memeluk Islam sehinggalah selepas kematian
mereka. Ini termasuk isu dan konflik berkaitan pewarisan atau
pembahagian harta pusaka mualaf.6
Dalam pelaksanaan pembahagian harta pusaka yang melibatkan
mualaf, undang-undang di Malaysia tidak memperuntukkannya
secara khusus dalam statut pentadbiran Islam, tetapi secara
umumnya ia adalah berdasarkan hukum syarak. Umumnya,
pengurusan pembahagian harta pusaka melibatkan dua mekanisme
iaitu hukum syarak iaitu faraid dan mekanisme undang-undang.
Mekanisme undang-undang adalah merujuk kepada Akta
Pembahagian 1958, di mana akta ini menjadi rujukan bagi
menguruskan harta pusaka kematian yang melibatkan bukan Islam.
Manakala mekanisme faraid adalah dirujuk bagi menyelesaikan
pembahagian harta pusaka kematian orang Islam. Pengasingan
mekanisme ini telah menimbul konflik kepada mualaf yang
berada pada posisi pewaris iaitu apabila berlaku kematian waris
bukan Islam.
Pengurusan dalam membahagi harta pusaka orang bukan Islam,
apabila berlakunya kematian waris, pewaris seperti dinyatakan
dalam Akta Pembahagian 1958 adalah ibu, bapa, suami, isteri,
6
Siti Adibah Abu Bakar & Siti Zubaidah Ismail, “Pengurusan Mualaf
di Malaysia: Kerjasama Dinamik Antara Agensi Kerajaan dan Bukan
Kerajaan,” Jurnal Usuluddin 46, no. 2 (2018), 98.
319
Jurnal Fiqh, Vol. 18 No. 2 (2021) 315-344
anak dan zuriat atau keturunan yang ke bawah. Akta ini tidak
mempunyai peruntukan yang menyatakan bahawa seorang Islam
tidak boleh mewarisi harta simati yang bukan Islam7. Dengan ini,
mengikut Akta Pembahagian 1958, mualaf tersebut akan menerima
bahagian pusaka atas kematian ibu, bapa, suami, isteri, anak dan
keturunan ke bawah yang bukan Islam. Ini bertentangan dengan
hukum Islam bahawa orang Islam tidak boleh mewarisi harta
pusaka orang bukan Islam. Ini dijelaskan dalam hadis berikut:
ث ا ُمل ْس ِل ُم الكَافِ َر َوالَ الكَافِ ُر ا ُمل ْس ِل َم
ُ الَ َي ِر
“Seorang muslim tidak boleh mewarisi harta seorang
kafir, dan seorang kafir tidak boleh mewarisi harta
seorang Muslim.” 8
Di sini berlaku pertentangan dalam soal perwarisan harta
antara penetapan syariat hukum Islam dengan undang-undang
yang diamalkan di Malaysia khususnya undang-undang Akta
Pembahagian 1958 yang diamalkan di Pejabat Pusaka Kecil bagi
menguruskan harta pusaka bukan Islam.9 Penetapan prosedur dan
undang-undang yang berbeza ini menimbulkan kekeliruan dalam
kalangan masyarakat terutama mualaf untuk memilih kaedah yang
tepat.
2. Prinsip Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia
Harta Pusaka ditakrifkan sebagai harta yang ditinggal oleh
seseorang yang mati untuk diwarisi oleh ahli keluarganya serta yang
lain. Kamus Dewan mentakrifkan harta pusaka sebagai “segala
7
Norazura Sudin (Penolong Pengarah Kanan, Unit Pembahagian
Pusaka Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), dalam temu bual
beliau bersama penulis pada 24 Mei 2019.
8
Hadis riwayat al-Bukhari. Lihat Abū ‘Abd Allāh Muhammad bin
Ismā‘īl al-Bukhārī�, “Sahīh al-Bukhārī,” dalam Mawsū‘at al-Hadīth
al-Sharīf: al-Kutub al-Sittah, Sālih bin ‘Abd al-‘Azī�z Āl al-Shaykh
(ed.). Riyadh: Dār al-Salām, 2008), 565, “Kitab al-Faraid, Bab la
yarithu al-muslim al-kafir wa la la-kafir al-muslim wa iza aslam qabl
‘an yuqsam al-mirath fala mirath lah,” no. hadis 6764.
9
Nazli Zainal (Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembahagian Pusaka
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), dalam temu bual beliau
bersama penulis pada 27 Jun 2019.
320
Pentadbiran Undang-Undang Harta Pusaka Mualaf
di Malaysia: Satu Sorotan Literatur
harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal
untuk diwarisi oleh keluarganya dan lain”.10 Dalam Islam, harta
Muslim yang ditinggalkan akan dibahagikan mengikut kaedah
faraid. Perkataan faraid adalah jama’ kepada faridhah iaitu kata
terbitan daripada al-fardh. Dari segi istilah, ulama’ mazhab Syafie
berpendapat ilmu faraid bermaksud satu bahagian ahli waris yang
telah ditentukan oleh syarak.11
Menurut ilmu faraid, harta pusaka turut dikenali sebagai al-
tarikah yang bermaksud harta peninggalan ahli waris atau orang
yang meninggal dunia. Namun dalam konsep al-tarikah, harta
yang ditinggalkan kepada ahli waris adalah setelah dilakukan
pemotongan wajib seperti membayar hutang si mati.12 Tarikah
juga ditakrifkan sebagai perkara yang ditinggalkan oleh si mati
sama ada harta benda dan kepentingan-kepentingan tertentu
seperti hutang, gadaian dan sebagainya.13 Harta warisan disebut
juga tarikah yang bermaksud peninggalan.
Menurut jumhur ulama’ tarikah itu bukan saja harta benda, tetapi
meliputi semua perkara yang ditinggalkan oleh si mati, sama ada
hutang piutangnya, anak-anak, benda-benda yang dibuatnya dan
lain-lain perkara yang ditanggungnya.14 Dalam menginterpretasi
maksud tarikah, maka boleh disimpulkan tarikah merupakan
harta peninggalan si mati yang telah bersih dari hutang dan wasiat
serta ia akan diwarisi oleh waris-warisnya yang hidup. Takrif ini
berdasarkan firman Allah SWT, dalam al-Quran:
ﮣﮤﮥﮦﮧ ﮨﮩ
“Selepas menyelesaikan wasiat dan bayaran
10
Noresah Bahrom et al., Kamus Dewan, ed 3, cet. ke 2 (Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996), 1074.
11
Al-Baghawi, Abu Muhammad al-Husayn bin Mas‘ūd, al-Tahzib fi
Fiqh al-Imam al-Shafi‘i (Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t.), 5:
3.
12
Elviana Sagala, “Ketentuan Tentang Harta Peninggalan (Tarikah)
dalam Hukum Islam,” Jurnal Ilmiah “Advokasi” 5, no. 1 (2017), 34.
13
Muhammad ‘Ali al-Sabuni, al-Mawarith fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah
fi Daw’i al-Kitab wa al-Sunnah (Dimashq: Dar al-Qalam, 1989), 34.
14
Ahmad Muhammad Abd. Ghaffar, Pengurusan Harta Pusaka,
Wasiat, Hibah, Wakaf (Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada, 2005), 3.
321
Jurnal Fiqh, Vol. 18 No. 2 (2021) 315-344
hutang.”
(Surah al-Nisa’, 4: 12)
Manakala mirath dalam bahasa Arab adalah masdar (terbitan)
daripada perkataan []ورث] [يرث] [إرثا] [وميراثا. Maksud al-mirath
dari sudut bahasa ialah kekal, asal dan yang baki. Definisi mirath
pada istilah ialah intiqal (perpindahan) atau memindahkan
sesuatu, samada ianya berbentuk harta, ilmu atau kemuliaan
dan kehormatan daripada seseorang kepada seseorang yang lain
atau daripada satu kaum kepada kaum yang lain.15 Mirath juga
boleh dimaksudkan sebagai pindahnya hak milik orang yang
meninggal dunia kepada warisnya yang masih hidup, dan apa
yang ditinggalkan itu sama ada harta alih atau harta tak alih
atau hak-hak kepentingan yang tertentu menurut hukum syarak.
Perpindahan ini berlaku disebabkan oleh wujudnya hubungan
kerabat atau wala’.16 Rasulullah SAW bersabda:
ِ إن ا ْلع ُلمء ور َث ُة ْاألَنْبِي
َ إِ َّن ْاألَنْبِي َا َء َل ْ ُي َو ِّر ُث ْوا ِد ْين َا ًرا َوال،اء َ ََ ُ َ ُ
ِِدر َه ًا إِنَّم ور ُثوا ا ْل ِع ْلم َفمن َأ َخ َذ بِ ِه َف َقدْ َأ َخ َذ بِح ٍّظ واف ٍر
َ َ ْ َ َ ْ َّ َ َ ْ
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi,
sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan
dirham, sesungguhnya mereka hanya mewariskan
ilmu, maka barangsiapa yang mengambil warisan
tersebut ia telah mengambil bahagian yang
banyak.” 17
Pengertian harta pusaka telah ditakrifkan dalam pelbagai sudut
mengikut bidang. Menurut Ali Muhammad al-Saibuni, harta pusaka
15
Mustafa al-Bugha, al-Fiqh al-Manhaji ʽala Madhab al-Imam al-
Shafi‘i (Dimashq: Dar-al-Qalam, 2000), 2: 275.
16
Muhammad ‘Ali al-Sabuni, al-Mawarith fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah
fi Daw’i al-Kitab wa al-Sunnah, 34.
17
Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari (Bayrūt: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah,
t.t.), 1: 30. Terjemahan kitab al-ʽIlm, Bab al-‘Ilm Qabla al-Qawl
wa al-‘Amal. Lihat hadis riwayat Abu Daud, Kitab al-Ilm, Bab al-
Hath ala Talab al-ʽIlm, no. hadis 3641. Al-Bani menghukum hadis
ini sahih. Syeikh al-Arna’out menghukum hadis ini sebagai hasan
dengan syawahidnya.
322
Pentadbiran Undang-Undang Harta Pusaka Mualaf
di Malaysia: Satu Sorotan Literatur
ialah seseuatu yang ditinggalkan oleh si mati daripada harta benda
dan hak-hak yang akan diwarisi oleh waris disebabkan kematian
pewaris.18 Definisi menurut undang-undang yang berkuatkuasa
di Selangor, harta pusaka bermaksud harta yang di tinggalkan
oleh simati dan boleh diwarisi oleh ahli keluarganya (ahli waris).
Ia juga di sebut “harta warisan”. Seksyen 2 Enakmen Wasiat
Orang Islam (Selangor) 199319 mentafsirkan harta pusaka ialah
“termasuk harta alih dan tak alih, apa-apa manfaat dalam harta
alih atau tak alih, hak, hak milik, tuntutan, hak dalam tindakan,
samaada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, atau yang
selainnya mempunyai nilai menurut hukum syarak.” Harta Pusaka
menurut undang-undang sivil dalam kamus Osborn’s Concise
Law Dictionary,20 ialah harta yang diperturunkan atau diwariskan
daripada seseorang kepada seseorang ahli warisnya. Menurut P.H
Collin di dalam kamusnya A Dictionary of Law21 mendefinisikan
harta pusaka sebagai harta yang diterima oleh seseorang daripada
orang yang telah meninggal dunia.
Harta pusaka juga dapat difahami sebagai nilai kebendaan yang
ditinggalkan oleh si mati. Harta ini diperolehi melalui hasil jual
beli, hadiah, sewaan atau hutang yang belum dijelaskan kepada si
mati, dividen yang terbit daripada harta si mati, harta simpanan,
atau harta yang terbit dari usaha si mati semasa hayatnya. Harta
inilah yang menjadi harta pusaka yang ditinggalkan untuk waris
si mati. Di sisi Islam, sekiranya harta ini dihibahkan, dijual atau
diwakafkan oleh si mati semasa hayatnya, harta ini tidak termasuk
sebagai harta pusaka. Contoh lain yang tidak termasuk dalam
kategori harta pusaka ialah khairat kematian dan sedekah diberikan
oleh orang yang menziarahi si mati. Begitu juga pampasan atau
sagu hati daripada si mati kepada seseorang maka ia juga tidak
dikira sebagai harta pusaka. Di sini dapatlah difahami bahawa, jika
sesuatu nilai kebendaan khususnya harta yang wujud disebabkan
kematian simati, maka harta tersebut tidak dikategori sebagai harta
18
Muhammad ‘Ali al-Sabuni, al-Mawarith fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah
fi Daw’i al-Kitab wa al-Sunnah, 34.
19
Seksyen 2 EnakmenWasiat Orang Islam (Selangor) 1993.
20
P.G. Osborn, A Concise Law Dictionary for Students and Practitioners
(London: Sweet & Maxwell, 1927), 140.
21
P.H. Collin, A Dictionary of Law, ed. ke 4 (London: Bloomsbury,
2004), 154.
323
Jurnal Fiqh, Vol. 18 No. 2 (2021) 315-344
pusaka. Namun jika si mati masih hidup dan akan tetap mendapat
harta itu pada akhirnya, maka harta itu termasuk dalam kategori
harta pusaka yang akan menjadi hak milik ahli waris yang berhak.
Huraian ini tertakluk kepada Muslim seluruhnya termasuklah
mualaf yang telah memeluk agama Islam.
Dalam membicarakan tentang harta pusaka, Allah SWT telah
menerangkan secara terperinci mengenai pembahagian harta pusaka
di dalam al-Quran. Aspek yang dijelaskan ialah bahagian setiap
waris serta kedudukan mereka dalam mewarisi harta peninggalan
si mati. Walau bagaimanapun, bahagian-bahagian yang telah
ditetapkan kepada waris-waris adalah berbeza bergantung kepada
jauh atau dekatnya hubungan waris-waris tersebut dengan si mati.
Namun apabila berlaku kematian, pembahagian dan pengurusan
harta pusaka merupakan satu perkara yang mesti dilaksanakan
mengikut kaedah dan prosedur tertentu yang telah ditetapkan oleh
syara’ dan undang-undang. Kedua-duanya bergerak seiring.
Di Malaysia antara agensi yang terlibat dengan pengurusan harta
pusaka adalah Mahkamah Tinggi Sivil, Unit Pembahagian Pusaka
Kecil JKPTG, Amanah Raya Berhad (ARB), dan Mahkamah
Syariah. Keempat-empat agensi ini mempunyai bidang kuasa dan
tanggungjawab masing-masing dalam mengendalikan pengurusan
harta pusaka. Mahkamah Tinggi Sivil mengendalikan kes harta
pusaka orang Islam dan bukan Islam yang bernilai RM600,000.00
dan ke atas bagi yang memiliki harta alih sahaja dan juga bagi
nilai harta RM2 juta ke atas yang melibatkan harta alih dan tak
alih. Unit Pembahagian Pusaka Kecil menguruskan kes harta
orang Islam dan bukan Islam bagi nilai harta RM2 juta dan ke
bawah yang melibatkan harta alih dan tak alih dan harta bernilai
RM600, 000. 00 ke bawah bagi harta tak alih sahaja. Manakala
Amanah Raya Berhad mengendalikan kes bagi harta yang bernilai
RM600,000.00 ribu dan ke bawah melibatkan harta alih sahaja
yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam.
Manakala Mahkamah Syariah mengendalikan kes berkaitan
harta pusaka yang dimiliki oleh orang Islam sahaja melibatkan
harta sepencarian, pengesahan wasiat, pengesahan hibah dan
324
Pentadbiran Undang-Undang Harta Pusaka Mualaf
di Malaysia: Satu Sorotan Literatur
pengeluaran sijil faraid.22 Disamping itu, Mahkamah Syariah juga
berbidang kuasa berkaitan pewarisan atau undang-undang harta
untuk orang Islam merangkumi wasiat atau pengesahan semasa
marad-al-maut seseorang si mati itu Islam, pengesahan hibah
semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang
memadai dengan wang atau nilaian wang oleh seseorang orang
Islam, pembahagian atau tuntutan harta sepencarian, pembahagian
dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat dan penentuan
orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang
si mati Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya orang-
orang itu masing-masing berhak.23
Di sini, jelaslah bahawa dalam pengurusan harta pusaka
di Malaysia, terdapat harta pusaka milik orang Islam dan harta
pusaka milik bukan orang Islam. Islam mengiktiraf hak seseorang
individu sama ada Islam atau bukan Islam untuk memiliki harta.
Harta menjadi hak milik sempurna bagi mereka yang berusaha
mendapatkannya dengan secara hak. Dalam konteks pindah milik
harta, hukum Islam membenarkan pindah milik harta berlaku sama
ada antara sesama Islam atau antara Islam dengan bukan Islam.
Dalam hal ini, pindah milik atau keputusan untuk memindah
milik harta itu mestilah berlaku semasa hidup. Justeru, muamalat
jual beli, sewa-menyewa, pemberian, hadiah, wasiat adalah harus
berlaku antara sesama Islam atau antara Islam dan bukan Islam.
Bagaimanapun pindah milik atau muamalat harta yang berlaku
selepas kematian, hukum Islam menyatakan bahawa harta hanya
boleh dipindahmilik kepada waris yang beragama Islam sahaja
kecuali terdapat wasiat.24
22
Norazura Sudin (Penolong Pengarah Kanan, Unit Pembahagian
Pusaka Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), dalam temu bual
beliau bersama penulis pada 24 Mei 2019.
23
Seksyen 46(2)(b)(iv), (v) dan (vi), Akta Pentadbiran Undang-Undang
Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505).
24
Jasni Sulong & Amir Mohd Nason, “Saudara Baru dan Hak
Kehartaan: Analisis daripada Perspektif Hukum Islam dan Undang-
Undang Semasa,” Makalah, Seminar Kebangsaan Dakwah Saudara
Kita: Isu dan Cabaran Semasa, Bahagian Pengajian Islam, Pusat
Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 9-10
Oktober 2010).
325
Jurnal Fiqh, Vol. 18 No. 2 (2021) 315-344
Rentetan daripada asimilasi antara anggota masyarakat yang
semakin berkembang dan senario pertukaran daripada agama
bukan Islam kepada agama Islam, konflik berhubung hak ke
atas harta peninggalan waris yang berbeza agama juga turut
terlibat. Maka kehadiran mualaf ialah satu rahmat besar terhadap
perkembangan Islam yang seharusnya menjadi nilai tambah
bukan sahaja terhadap kuantiti ummah malah juga terhadap kualiti
ummah. Bagi seseorang yang baru memeluk agama Islam atau
lebih dikenali sebagai mualaf, mereka turut tidak ditinggalkan
dalam perbahasan agama. Melihat situasi pewarisan harta pusaka
di Malaysia yang melibatkan mualaf, di sana terdapat sesuatu yang
positif dan terdapat juga sesuatu yang negatif. Situasi ini memberi
cabaran kepada mereka yang mengendalikan harta pusaka
mualaf. Selain itu terdapat beberapa kelemahan yang digariskan
melibatkan kelemahan dalam sistem pentadbiran harta pusaka
di Malaysia. Antaranya alternatif faraid dikatakan bukanlah
suatu penyelesaian harta yang tepat. Ini kerana kemungkinan
terdapat fakta dikemukakan tidak tepat daripada ahli waris.25
Oleh demikian, untuk melihat kepada realiti sebenar isu, kes dan
cabaran dalam pengurusan harta pusaka mualaf di Malaysia, maka
pengkaji memilih untuk membuat kajian berkaitan pengurusan
dan pentadbiran harta pusaka mualaf di Malaysia.
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DALAM
PENTADBIRAN HARTA PUSAKA MUALAF DI
MALAYSIA
Sebelum Perang Dunia Kedua, pentadbiran dan pengurusan
harta pusaka orang-orang Islam di Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu seperti Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah dan Perlis
dibawah tanggungjawab Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)
atau Mahkamah Syariah negeri masing-masing.26 Selepas itu,
pengurusan dan pentadbiran harta pusaka dikendalikan di peringkat
persekutuan dan badan yang bertanggungjawab adalah Mahkamah
Tinggi Sivil kerana urusan pembahagian harta pusaka, pewarisan
berwasiat dan tidak berwasiat serta urusan mengeluarkan surat
25
Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakub, “Masalah
Kegagalan dan Kelewatan Pengagihan Harta Pusaka di Malaysia,” 2.
26
Ibid.
326
Pentadbiran Undang-Undang Harta Pusaka Mualaf
di Malaysia: Satu Sorotan Literatur
kuasa tadbir diletakkan di bawah senarai 1 Jadual Kesembilan,
Senarai Persekutuan. Pentadbiran harta pusaka orang-orang
Islam dan bukan Islam dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai
penyelesai Pusaka, Perbadanan Amanah Raya Berhad atau
Mahkamah Tinggi Sivil.27
Perkara yang berkaitan dengan harta pusaka ditadbir melalui
beberapa peruntukan undang-undang sama ada undang-undang di
peringkat persekutuan mahu pun di peringkat negeri. Peruntukan
ini digubal bertujuan untuk memudahkan dan melancarkan
perjalanan dalam mentadbir harta pusaka. Ringkasan kategori
dan pembahagian undang-undang pentadbiran harta pusaka orang
Islam, mualaf dan bukan Islam di Malaysia diringkaskan dalam
graf 1 di bawah. Setiap daripada kategori tersebut diletakkan di
bawah peruntukan undang-undang masing-masing.
Graf 1: Kategori Peruntukan Undang-Undang Pentadbiran Harta
Pusaka
Sumber: Ilustrasi Penulis
Secara umumnya, pentadbiran harta pusaka di Malaysia sama
ada melibatkan orang-orang Islam, mualaf atau bukan Islam
27
Mohd Zamro Muda, Mohd Ridzuan Awang, Abdul Basir Mohamad
& Md. Yazid Ahmad, Pengantar Undang-Undang dan Pentadbiran
Pusaka, Wasiat dan Wakaf Orang Islam di Malaysia (Selangor:
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2008), 1.
327
Jurnal Fiqh, Vol. 18 No. 2 (2021) 315-344
adalah terletak di bawah bidangkuasa eksklusif Persekutuan,
dalam membuat undang-undang mengenainya sepertimana yang
diperuntukkan di bawah Butiran 4 (e)(i) Senarai Persekutuan,
Jadual Kesembilan.28 Perkara ini diletakkan di bawah bidangkuasa
Mahkamah Sivil dan peruntukan mengenai harta pusaka itu
merangkumi semua harta yang terdapat di peringkat persekutuan
mahu pun di peringkat negeri tanpa mengira agama dan bangsa
pemilik harta tersebut. Tidak dinafikan sebenarnya perundangan
negeri melalui Butiran 1, Senarai II Senarai Negeri Jadual
Kesembilan, memperuntukkan perkara yang sama, cuma yang
membezakannya ialah Senarai Negeri memperuntukkan mengenai
undang-undang, manakala Senarai Persekutuan memperuntukkan
mengenai pentadbiran. Dari segi kedudukan dan taraf peruntukan
itu sendiri, kedudukan Senarai Persekutuan mendapat kedudukan
lebih tinggi dan mengatasi Senarai Negeri.29
1. Peruntukan Undang-Undang berkaitan Pentadbiran bagi
Orang Islam dan Mualaf
Undang-undang berkaitan harta pusaka orang Islam termasuk
mualaf adalah di bawah bidang kuasa negeri.30 Ketua bagi agama
Islam adalah Sultan atau Raja bagi negeri masing-masing.31 Oleh
itu, undang-undang berkaitan perkahwinan, perceraian dan ruju’
serta pewarisan harta pusaka di bawah bidang kuasa negeri masing-
masing perlu diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi
tujuan penggubalan dan pindaan serta terpakai kepada negeri
terbabit sahaja. Undang-undang yang menguruskan pentadbiran
orang Islam berkaitan harta pusaka warisan adalah Akta atau
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dan Enakmen Wasiat
Orang Islam Negeri.
28
Rafidah Mohamad Cusairi @ Khushairi, “Isu-Isu Pengurusan
Pembahagian Harta Pusaka Orang-orang Islam di Malaysia: Satu
Kajian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” (Makalah, Seminar
Penyelidikan Jangka Pendek (Vot F) 2003, 11 dan 12 Mac 2003).
29
Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan, Bab 6.
30
Jadual 9, (Perkara 74,77) Senarai Perundangan, Senarai II, Senarai
Negeri
31
Perkara 3. Perlembangaan Persekutuan, Bahagian I – Negeri-Negeri,
Agama, dan Undang-Undang Bagi Persekutuan. Agama bagi
Persekutuan.
328
Pentadbiran Undang-Undang Harta Pusaka Mualaf
di Malaysia: Satu Sorotan Literatur
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri
Menerusi Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri,32
mahkamah mempunyai kuasa untuk memutuskan beberapa perkara
yang berkaitan dengan harta seorang Islam terutamanya mengenai
harta sepencarian, harta pusaka, hibah dan wakaf dan kadangkala
dalam kes-kes tertentu fatwa mufti dirujuk bagi penentuan harta
pusaka, status harta pusaka dan orang yang berhak terhadap
harta itu.33 Sebagai contoh di Wilayah Persekutuan, undang-
undang yang melibatkan harta pewarisan adalah Akta Pentadbiran
Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
(Akta 505) di bawah seksyen 50 terletak di bawah bidangkuasa
Mahkamah Syariah. Dalam seksyen tersebut menyatakan,34
“Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang
berhubungan dengan pentadbiran atau pembahagian
harta pusaka seseorang si mati Islam, mana-mana
mahkamah atau pihak berkuasa, selain daripada
Mahkamah Tinggi Syariah atau suatu Mahkamah
Rendah Syariah, adalah mempunyai kewajipan
untuk menentukan orang-orang yang berhak kepada
bahagian dalam harta pusaka itu, atau bahagian-
bahagian yang kepadanya orang-orang itu masing-
masingnya berhak, Mahkamah Syariah bolehlah,
atas permohonan mana-mana orang yang menuntut
bahawa dia menjadi benefisiari, atau wakilnya
dan setelah dibayar olehnya fee yang ditetapkan,
memperakukan fakta-fakta yang didapati olehnya
dan pendapatnya mengenai orang-orang yang
berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu dan
mengenai bahagian-bahagian yang padanya mereka
masing-masingnya berhak.”
32
Perkara 13 (1) dan (2), Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan
hak individu untuk memiliki harta.
33
Mohd Zamro Muda, Mohd Ridzuan Awang, Abdul Basir Mohamad
& Md. Yazid Ahmad, Pengantar Undang-Undang dan Pentadbiran
Pusaka, Wasiat dan Wakaf Orang Islam di Malaysia, 7.
34
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan). 1993 (Akta No. 505, 1993).
329
Jurnal Fiqh, Vol. 18 No. 2 (2021) 315-344
Dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-
Wilayah Persekutuan) 1993 menyatakan bidang kuasa Mahkamah
Syariah dalam mengeluarkan sijil faraid iaitu bahagian yang berhak
ke atas harta si mati yang beragama Islam35. Selain dari Wilayah
Persekutuan, negeri Selangor juga mempunyai enakmen berkaitan
pewarisan harta pusaka yang dikenali Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 di mana dalam Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dalam perkara
pewarisan menyatakan bahawa:
“Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding
yang berhubungan dengan pentadbiran atau
pembahagian harta pusaka seseorang si mati yang
beragama Islam, mana-mana mahkamah atau
pihak berkuasa, selain Mahkamah Tinggi Syariah
atau suatu Mahkamah Rendah Syariah mempunyai
kewajipan untuk menentukan; orang-orang yang
berhak mendapat bahagian dalam harta pusaka itu
atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-
masing orang itu berhak.” 36
Mahkamah Syariah boleh atas permohonan mana-mana orang
yang menuntut bahawa dia menjadi benefisiari atau wakilnya, dan
setelah dibayar olehnya fee yang ditetapkan, memperakui fakta-
fakta yang didapati oleh Mahkamah Syariah itu dan pendapat
Mahkamah Syariah itu tentang orang-orang yang berhak atau
bahagian-bahagian itu. Dalam peruntukkan ini juga menyatakan
bahawa mahkamah hanya boleh menentukan siapakah yang
dikatakan sebagai ahli waris terhadap si mati tersebut. Bidang
kuasa yang terdapat dalam peruntukkan ini jauh lebih terhad
jika dibandingkan dengan bidangkuasa yang ada dalam institusi
di peringkat persekutuan yang bukan sahaja dapat menentukan
ahli waris bahkan boleh mentadbir harta pusaka tersebut. Dalam
konteks ahli waris mualaf bukan beragama Islam, ahli waris tidak
boleh menuntut harta pusaka mualaf di bawah Akta atau Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Negeri. Ini kerana di bawah akta ini,
Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah
35
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan). 1993 (Akta No. 505, 1993).
36
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
330
Pentadbiran Undang-Undang Harta Pusaka Mualaf
di Malaysia: Satu Sorotan Literatur
membahagi harta pusaka dengan merujuk kepada undang-undang
pusaka Islam iaitu faraid yang memperuntukkan harta hanya
kepada si mati dan waris yang beragama Islam sahaja.37
Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri
Penggubalan undang-undang orang Islam adalah dibawah kerajaan
negeri. Maka kewujudan undang-undang untuk orang Islam
bergantung kepada negeri masing-masing. Dalam undang-undang
berkaitan wasiat, tidak semua negeri menggubal undang-undang
ini. Hanya terdapat empat buah negeri yang telah menggubal dan
meluluskan undang-undang wasiat Islam secara bertulis, iaitu
Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 (No.4,
tahun 1999), Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan)
2004 (No.5, tahun 2004), Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri
Melaka) 2005 dan Enakmen Wasiat Orang Islam (Kelantan) 2009.
Di Wilayah Persekutuan terdapat rang undang-undang Wasiat
Orang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2001, tetapi rang
undang-undang ini masih belum diluluskan oleh Parlimen. Justeru
itu, undang-undang ini sepatutnya dicontohi oleh negeri-negeri
lain di Malaysia. Dari aspek peruntukan undang-undang berkaitan
harta pusaka orang Islam dapat disimpulkan bahawa peruntukan
peringkat negeri sangat sedikit dan sempit jika dibandingkan di
peringkat persekutuan. Dalam konteks ahli waris kepada mualaf
bukan beragama Islam pula, jika ahli waris tersebut membuat
permohonan harta mualaf, maka permohonan tersebut akan
diproses di bawah enakmen ini. Ini kerana dalam hukum syarak,
orang Islam termasuk mualaf boleh mewasiatkan harta mereka
kepada bukan Islam. Enakmen wasiat yang digubal dalam satu-
satu negeri akan dirujuk oleh Hakim Mahkamah Syariah dalam
negeri tersebut dalam membuat keputusan.38
37
Mohd Khairy Kamarudin & Azwan Abdullah, “Amalan Pembahagian
Faraid di Malaysia,” Journal of Global Business and Social
Entrepreneurship 2, no. 3 (2016), 14.
38
Lihat Laman Web Rasmi My Government, Mengurus
Institusi Keluarga dalam https://www.malaysia.gov.my/portal/
content/30319?language=my , diakses pada 3 Oktober 2021.
331
Jurnal Fiqh, Vol. 18 No. 2 (2021) 315-344
2. Peruntukan Pentadbiran Undang-Undang Harta Pusaka
Melibatkan Orang Bukan Islam
Peruntukan undang-undang harta pusaka melibatkan orang bukan
Islam adalah di bawah Akta Probet dan Pentadbiran Pusaka 1959.
Akta ini adalah salah satu akta yang digunapakai di Semenanjung
Malaysia mula dikuatkuasa pada 1 Februari 1960. Akta ini
berasal dari Ordinan 1959 (No. 35) yang disemak pada tahun
1972 dan dikeluarkan pada 26 Oktober 1972 sebagai undang-
undang melalui Akta No. 97 dan dikuatkuasa pada 1 November
1972. Akta ini diperuntukkan dan berfungsi sebagai cara-cara
untuk mendapatkan surat kuasa probet (wasiat) atau Surat Kuasa
Tadbir yang boleh dituntut atau di petisyen di Mahkamah Tinggi
Sivil. Namun bagi kes orang-orang Islam yang melibatkan Harta
Pusaka Besar atau Harta Pusaka Ringkas, Mahkamah Tinggi
perlukan Sijil Faraid untuk menentukan kadar pembahagian
pusaka kepada waris-waris yang berhak menurut hukum syarak.
Terdapat tiga jenis surat kuasa wasiat dan surat kuasa tadbir di
bawah bidangkuasa akta ini iaitu, 39
a) Surat kuasa wasiat (probet) jika si mati meninggalkan wasiat
yang meliputi semua hartanya (bagi si mati yang bukan
beragama Islam).
b) Surat kuasa tadbir bagi harta pusaka tanpa wasiat.
c) Surat kuasa tadbir dengan wasiat berkembar apabila si mati
meninggalkan wasiat untuk sebahagian daripada harta
peninggalan dan sebahagian yang lain tanpa wasiat.
Bagi kes orang-orang Islam yang melibatkan Harta Pusaka
Besar atau Harta Pusaka Ringkas, Mahkamah Tinggi perlukan
Sijil Faraid untuk menentukan kadar pembahagian pusaka
kepada waris-waris yang berhak menurut hukum syarak. Kadar
pembahagian harta pusaka orang Islam dan penentuan waris
samada berhak atau tidak akan diputuskan oleh Mahkamah
39
Mohd Zamro Muda, Mohd Ridzuan Awang, Abdul Basir Mohamad
& Md. Yazid Ahmad, Pengantar Undang-Undang dan Pentadbiran
Pusaka, Wasiat dan Wakaf Orang Islam di Malaysia, 5 &6.
332
Pentadbiran Undang-Undang Harta Pusaka Mualaf
di Malaysia: Satu Sorotan Literatur
Syariah dan dikeluarkan dalam bentuk Sijil Faraid atau Perakuan
Ahli Waris.40
3. Peruntukan Pentadbiran Undang-Undang Harta Pusaka
Melibatkan Orang Islam dan Bukan Islam
Terdapat dua jenis akta di Malaysia yang memperuntukkan
undang-undang harta pusaka kepada orang Islam dan bukan Islam
sekaligus tanpa memisahkannya iaitu Akta Pusaka Harta Pusaka
Kecil (Pembahagian) 1995 [Akta 98] dan Akta Perbadanan
Amanah Raya 1995 [Akta 532].
Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98]
Akta ini digunakan di pejabat pusaka kecil, Jabatan Tanah dan
Galian yang menjelaskan berkaitan proses dan pentadbiran dalam
menguruskan harta pusaka. Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)
1955 dulu dikenali sebagai (Ordinan Pembahagian Pusaka Kecil
1955). Akta ini merupakan undang-undang utama yang dipakai
dalam pengurusan pusaka kecil di Jabatan Ketua Pengarah Tanah
dan Galian (Persekutuan) melalui Bahagian Pembahagian Pusaka/
Unit Pembahagian Pusaka41. Akta yang bersifat pentadbiran ini
diluluskan bertujuan untuk menyelaras dan menyeragamkan cara-
cara pembahagian dan pentadbiran pusaka si mati sama ada si
mati beragama Islam atau bukan beragama Islam.
Di samping itu, akta ini di perkenalkan adalah bertujuan
untuk menjimatkan perbelanjaan dan mempercepatkan proses
pengendalian dan pengurusan sesuatu tuntutan pembahagian
pusaka kecil. Secara tak langsung pembahagian bidangkuasa ini
dapat membantu masyarakat di luar sana dalam menjimatkan kos
40
Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakub, “Masalah
Kegagalan dan Kelewatan Pengagihan Harta Pusaka di Malaysia,” 2.
41
“Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955”. Laman sesawang
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan
Kementerian Air, Tanah dan SumberAsli, dikemaskini pada 2 Ogos
2019, dicapai 5 Ogos 2019, https://www.jkptg.gov.my/my/panduan/
senarai-undang-undang/akta-enakmen/akta-harta-pusaka-kecil-
pembahagian-1955
333
Jurnal Fiqh, Vol. 18 No. 2 (2021) 315-344
dan masa42. Secara keseluruhannya akta ini menerangkan takrif
pusaka kecil di samping menjelaskan bidangkuasa, proses kerja
yang bermula dari permohonan pusaka, perbicaraan, pengeluaran
perintah hinggalah proses rayuan ke mahkamah tinggi. Di samping
akta, terdapat peraturan pembahagian pusaka yang menggariskan
tatacara pelaksanaan dan pemakaian borang-borang dalam urusan
penyelesaian pusaka kecil.
Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 [Akta 532]
Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 memberi kuasa kepada
pihak Amanah Raya untuk mentadbir harta pusaka. Amanah Raya
Berhad (ARB) adalah sebuah syarikat amanah yang ditubuhkan
di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 dikorporatkan di
bawah Akta Syarikat 1965. Beroperasi sebagai sebuah syarikat
pada 1 Ogos 1995. Sebelum itu, ARB merupakan sebuah jabatan
kerajaan yang dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya.
Amanah Raya mengeluarkan Surat Kuasa dalam bentuk Akuan
atau Arahan seperti yang dilindungi oleh Akta Perbadanan Amanah
Raya 1995. Di antara bidang kuasa ARB yang diperuntukkan:43
a) Mentadbir harta pusaka kecil si mati
b) Menjadi Pemegang Amanah biasa
c) Menjadi pemegang Amanah yang dilantik oleh Mahkamah
Tinggi
PENTADBIR HARTA PUSAKA DI MALAYSIA
Kebanyakan masyarakat telah mengetahui institusi yang
dipertanggungjawab untuk menguruskan harta pusaka. Walau
bagaimanapun mereka masih kurang memahami tugas dan bidang
kuasa institusi terlibat. Secara umumnya, urusan pentadbiran
harta pusaka di Malaysia sama ada ianya terdiri daripada harta
pusaka yang tidak berwasiat, harta pusaka yang berwasiat mahu
pun harta pusaka separuh berwasiat telah diletakkan di bawah
tanggungjawab empat buah institusi yang telah diiktiraf oleh
42
Mohd Zamro Muda, Mohd Ridzuan Awang, Abdul Basir Mohamad
& Md. Yazid Ahmad, Pengantar Undang-Undang dan Pentadbiran
Pusaka, Wasiat dan Wakaf Orang Islam di Malaysia, 4.
43
Seksyen 3 Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad (Akta 352).
334
Pentadbiran Undang-Undang Harta Pusaka Mualaf
di Malaysia: Satu Sorotan Literatur
kerajaan dan sah di sisi undang-undang di Malaysia. Institusi-
institusi yang dimaksudkan ialah terdiri daripada Mahkamah
Tinggi Sivil, Mahkamah Tinggi Syariah, Amanah Raya Berhad,
Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan (JKPTG),
seksyen pembahagian harta pusaka.44 Perbezaan fungsi antara
agensi-agensi ini adalah dari segi fizikal atau jenis harta pusaka
yang ditinggalkan oleh si mati dan bidang kuasa perundangan
yang digunakan oleh agensi tersebut. Dari aspek fizikal atau jenis
harta akan dilihat dari beberapa ciri berikut:
a) Harta pusaka berwasiat atau tidak berwasiat
b) Nilai harta yang ditinggalkan
c) Jenis harta sama ada harta alih atau tak alih atau gabungan
kedua-duanya
1. Mahkamah Tinggi Sivil
Secara keseluruhannya, bidangkuasa Mahkamah Tinggi adalah
melibatkan permohonan probet dan surat kuasa tadbir oleh waris
atau wakil-wakil waris. Bidangkuasa yang diperuntukan kepada
Mahkamah Tinggi adalah seperti berikut:
a) Mengikut Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) di bawah
Seksyen 5 memperuntukkan bidangkuasa eksklusif Mahkamah
Tinggi ke atas harta si mati yang berwasiat, dan juga kombinasi
harta berwasiat dan tidak berwasiat. Walau bagaimanapun
status wasiat yang melibatkan harta pusaka orang-orang Islam
tidak boleh didengar di Mahkamah Tinggi, bahkan di bawah
bidangkuasa Mahkamah Syariah.
b) Kuasa dalam mengeluarkan Surat KuasaWasiat atau Surat
Kuasa Tadbir.
c) Mendengar dan membuat keputusan bagi kes rayuan
apabila mana-mana pihak tidak berpuashati dengan perintah
pembahagian yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah45.
44
Nor Adila Mohd Noor, Che Zuina Ismail, Nor Azlina Mohd Noor &
Siti Mashitoh Mahamood, “Harta Wasiat Orang Islam: Satu Ulasan
Ringkas dari Perspektif Perundangan di Malaysia,” (e-Academia
Special Issue TeMIC, Universiti Teknologi MARA Cawangan
Terengganu, 2018), 40.
45
Seksyen 29(1), AktaPusaka Kecil (Pembahagian) 1955.
335
Jurnal Fiqh, Vol. 18 No. 2 (2021) 315-344
d) Memutuskan perkara-perkara perundangan yang dirujuk oleh
PegawaiTadbir Tanah46.
e) Membicarakan kes-kes yang dipindahkan kepadanya di bawah
seksyen 8(7), iaitu permohonan bagi mendapat harta pusaka
yang bernilai RM600,000.00 atau si mati meninggalkan
wasiat tetapi permohonan awal telah dikemukakan di Pejabat
Pembahagian Pusaka.
f) Memindahkan permohonan pentadbiran harta pusaka yang
nilainya kurang RM600,000.00 kepada Pejabat Pembahagian
Pusaka.
2. Mahkamah Syariah
Pengurusan dan pentadbiran harta pusaka orang Islam di Malaysia
diagihkan kepada tiga agensi utama iaitu Mahkamah Tinggi,
Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil di bawah Pejabat Ketua
Pengarah Tanah dan Galian dan Amanah Raya Berhad. Manakala
Mahkamah Syariah hanya berperanan untuk mengeluarkan
sijil faraid dan dirujuk apabila timbul isu-isu koleteral dalam
pengurusan dan pentadbiran harta seperti isu keesahan
perkahwinan, pengesahan ahli waris dan hak ahli waris47.
Bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam pentadbiran harta pusaka
umat Islam di Malaysia ialah mengesahkan benefisiari (waris)
yang berhak kepada harta pusaka si mati yang beragama Islam
dan mengesahkan kadar bahagian benefisiari berkenaan.
Menurut Seksyen 50 Akta Pentadbiran Undang-Undang
Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 misalnya telah
memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah berhak menentukan
bahagian dan orang-orang yang berhak mendapat harta pusaka.
Institusi yang berbidangkuasa di peringkat negeri adalah Mahkamah
Syariah. Walau bagaimanapun bidangkuasa Mahkamah Syariah
sangat terhad tidak seluas bidangkuasa yang terdapat di peringkat
persekutuan. Dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara
74(2), badan perundangan negeri boleh menggubal peruntukan
46
Seksyen 19(1)(i), AktaPusaka Kecil (Pembahagian) 1955.
47
Suhaimi Ab Rahman, Rasyikah Md Khalid, Adilah Abd Razak & Abu
Bakar Jaafar, “Pemerkasaan Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran
Harta Pusaka Masyarakat Islam menurut Kerangka Federalisme di
Malaysia,” Akademika 88, no. 3 (2018), 113-125, 113.
336
Pentadbiran Undang-Undang Harta Pusaka Mualaf
di Malaysia: Satu Sorotan Literatur
mengenai sesuatu perkara yang terdapat dalam senarai negeri dan
juga senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan48. Kedudukan
bidangkuasa bagi kerajaan negeri diperuntukkan melalui
Jadual Kesembilan, Senarai II – Senarai Negeri Perlembagaan
Persekutuan iaitu “…termasuk hokum syarak berhubung dengan
mewarisi harta berwasiat dan takberwasiat….” Berdasarkan
kepada peruntukan di atas maka dapat dinyatakan bahawa kerajaan
negeri juga mempunyai bidangkuasa dalam soal harta pusaka.
3. Unit Pembahagian Pusaka Kecil
Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil di bawah Pejabat Ketua
Pengarah Tanah dan Galian salah satu agensi utama yang diberi
kuasa mengurus dan mentadbir harta pusaka orang Islam dan
bukan Islam. Mengikut Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)
1955, Pejabat Pembahagian Pusaka telah diberi kuasa dalam
menguruskan harta pusaka terutamanya harta pusaka kategori
pusaka kecil. Dari segi pelaksanaan yang kehendak perundangan,
pegawai yang mengendalikan pembahagian harta pusaka kecil
diwartakan sebagai:
a) Penolong Pentadbir Tanah bagi tiap-tiap negeri
mengikutseksyen 12(1)(b) Kanun Tanah Negara 1965 dan
tertakluk kepada pengawasan Pengarah Tanah dan Galian
Negeri. Dengan itu, pegawai pusaka kecil akan membicarakan
kes atas kapasiti sebagai pentadbir tanah dan mengeluarkan
perintah atas kapasiti yang sama.
b) Bertindak sebagai Majistret kelas dua mengikut seksyen
79 Akta Mahkamah-Mahkamah Rendah 1948 bagi tujuan
pengendalian bersumpah dan untuk memudahkan waris-waris
bagi membuat dan mengemukakan Surat Akuan Sumpah
mengikut Akta Akuan Sumpah 1960.
Dalam menjalankan kuasa, agensi ini hanya berbidangkuasa
bagi nilai harta yang kurang daripada RM600,000.00 yang terdiri
dari harta tak alih. Sekiranya terdapat harta alih dan tak alih yang
nilainya bawah RM2,000,000.00 juga akan diuruskan oleh agensi
ini.
48
Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan.
337
Jurnal Fiqh, Vol. 18 No. 2 (2021) 315-344
4. Amanah Raya Berhad
Amanah Raya Berhad diberi kuasa untuk mentadbir semua jenis
harta pusaka sama ada harta pusaka kecil, harta pusaka ringkas,
harta pusaka biasa dan boleh secara terus mentadbir harta alih
si mati berlandaskan mengikut hukum faraid bagi orang Islam
atau Akta Pembahagian 1958 bagi yang bukan beragama Islam.
Bidang kuasa Amanah Raya Berhad dalam pengurusan harta
pusaka berdasarkan undang-undang yang telah diperuntukkan
dalam urus tadbir harta. Ia tertakluk kepada undang-undang
seperti Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akta 532), Akta
Pemegang Amanah 1949 (Akta 208), Akta Probet dan Pentadbiran
1959 (Akta 97), Akta Pembahagian 1958 (Akta 300) dan Akta
Wasiat 1959 (Akta 346). Peranan Amanah Raya Berhad sebagai
pemegang saham adalah meneliti harta, liabiliti, dan mengenal
pasti penghutang dan pemiutang si mati, juga melunaskan hutang si
mati, mengeluarkan surat kuasa dalam bentuk Akuan berdasarkan
seksyen 17(1) Akta 532 dan Surat Kuasa dalam bentuk Arahan
berdasarkan 17(2) Akta 532. Dan satu lagi peranannya sebagai
pengagih harta pusaka.49
Selain itu di bawah Seksyen 17 (1) Akta Perbadanan Amanah
Raya 1995, Amanah Raya boleh mengeluarkan Surat Kuasa
dalam bentuk Akuan dengan perincian aset bagi harta alih bernilai
tidak lebih RM600 ribu. Akuan ini tertakluk kepada faraid bagi
orang Islam dan Akta Pembahagian 1958 bagi orang bukan Islam
atau tertakluk kepada persetujuan semua waris seperti ditetapkan.
Manakala di bawah Seksyen 17 (2) Akta Perbadanan Amanah Raya
1995, Amanah Raya boleh mengeluarkan Surat Kuasa bagi harta
alih RM50 ribu dan ke bawah. Namun waris perlu mengemukakan
arahan tersebut kepada pihak bank untuk menerima bayaran.50
Harta Pusaka yang ditadbir di bawah Amanah Raya Berhad
merangkumi aset-aset seperti hartanah, harta benda dan pelaburan
49
Ainan Husnaa Muhammad Saifullah & Siti Mashitoh Mahamood,
“Isu-Isu Berbangkit dalam Pengurusan Harta Pusaka Ringkas secara
Berwasiat dan Tidak Berwasiat di Amanah Raya Berhad (ARB),”
Journal of Shariah Law Research 5, no. 2 (2020), 207-230.
50
Artikel Mustapha Yanoorhady Zalifah dalam https://www.
amanahraya.my/wp-content/uploads/2020/12/Artikel_Mustapha_
Yanoorhady_Zalifah_-271120-1.pdf diakses pada 3 Oktober 2021
338
Pentadbiran Undang-Undang Harta Pusaka Mualaf
di Malaysia: Satu Sorotan Literatur
yang ditinggalkan oleh simati. Mentadbir Pusaka boleh memakan
masa selama 3 bulan atau bertahun-tahun bergantung kepada jenis
aset dan sebarang pertikaian yang mungkin timbul. Justeru itu,
pemilihan pentadbir seperti Amanah Raya Berhad sangat penting
dalam menguruskan dan mentadbir Pusaka simati. 51
KESIMPULAN
Di Malaysia, terdapat peruntukan undang-undang bagi harta pusaka
tinggalan si mati kepada waris samada Islam atau bukan Islam.
Asasnya peruntukan undang-undang ini berdasarkan kategori harta
yang dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu harta pusaka biasa,
harta pusaka kecil dan harta pusaka ringkas. Berdasarkan kepada
kategori-kategori tersebut, pihak perundangan persekutuan telah
menggubal beberapa akta bagi mentadbir perkara tersebut.
Secara umumnya, bagi Muslim, ahli waris boleh merujuk
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri atau Enakmen Wasiat
Orang Islam Negeri bagi urusan harta pusaka si mati yang Muslim
(kategori harta pusaka biasa dan kecil). Manakala bagi bukan
Muslim, ahli waris perlu merujuk Akta Probet dan Pentadbiran
Pusaka 1959. Tetapi akta ini turut terpakai kepada Muslim dan
bukan Muslim termasuk Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)
1955 dan Akta Perbadanan Amanah Raya 1955 (Akta 532).
Berdasarkan penetapan undang-undang pula, harta pusaka biasa
yang jumlah nilainya RM600,000.00 ke atas samada ianya terdiri
daripada harta alih kesemuanya atau campuran antara harta tak
alih dengan harta alih adalah tertakluk di bawah Akta Probet dan
Pentadbiran Pusaka 1959. Manakala bagi jumlah kurang daripada
RM600,000 maka harta pusaka dan pembahagiannya di bawah
Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98). Kedua-
dua akta ini terpakai kepada Muslim atau bukan Muslim. Dengan
wujudnya Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta
98) ini memudahkan, mengurangkan kos dan mempercepatkan
proses tuntutan harta pusaka kecil. Sebaliknya bagi harta pusaka
51
Laman Web Rasmi Amanah Raya, Pentadbiran Pusaka. Lihat https://
www.amanahraya.my/ms/pentadbiran-pusaka/ diakses pada 3
Oktober 2021.
339
Jurnal Fiqh, Vol. 18 No. 2 (2021) 315-344
ringkas pula tertakluk di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya
Berhad 1995 (Akta 532).
Menyentuh pewarisan harta pusaka Islam dan bukan Islam,
semuanya kembali kepada si mati. Jika si mati beragama Islam
maka ahli waris perlu merujuk undang-undang pusaka Islam iaitu
faraid. Ini bermakna ahli waris perlu merujuk Mahkamah Syariah
sebagai pentadbir. Jika si mati bukan beragama Islam maka ahli
waris perlu merujuk Mahkamah Sivil. Amalan di Malaysia,
Mahkamah Syariah mengendalikan kes-kes orang Islam dan
pembahagian harta adalah menerusi faraid. Maka jelas bahawa
ahli waris bukan Islam tidak layak menerima harta pusaka si mati
yang Muslim. Manakala jika si mati bukan beragama Islam maka
di bawah Akta Pembahagian 1958, ahli waris samada Islam atau
bukan Islam mewarisi harta si mati yang bukan Islam. Walaupun
ini bertentangan dengan hukum Islam, namun undang-undang sivil
di Malaysia meraikan pemberian harta pusaka bukan berdasarkan
agama, sebaliknya berdasarkan pertalian kekeluargaan. Konflik
ini sehingga kini masih berterusan dan tiada lagi penyelesaian
mutlak.
RUJUKAN
Abū ‘Abd Allāh Muhammad bin Ismā‘īl al-Bukhārī. 2008. Sahī�h
al-Bukhārī dalam Mawsū‘at al-Hadīth al-Sharīf: al-Kutub
al-Sittah. Sālih bin ‘Abd al-‘Azīz Āl al-Shaykh (ed.).
Riyadh: Dār al-Salām.
Ahmad Muhammad Abd. Ghaffar. Pengurusan Harta Pusaka,
Wasiat, Hibah, Wakaf. Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada,
2005.
Ainan Husnaa Muhammad Saifullah & Siti Mashitoh Mahamood,
“Isu-Isu Berbangkit dalam Pengurusan Harta Pusaka
Ringkas secara Berwasiat dan Tidak Berwasiat di Amanah
Raya Berhad (ARB),” Journal of Shariah Law Research 5,
no. 2 (2020), 207-230.
Al-Baghawi, Abu Muhammad al-Husayn bin Mas‘ūd. al-Tahzib fi
Fiqh al-Imam al-Shafi‘i. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah,
t.t.
Al-Bukhari. Sahih al-Bukhari. Bayrūt: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah,
t.t.
340
Pentadbiran Undang-Undang Harta Pusaka Mualaf
di Malaysia: Satu Sorotan Literatur
Elviana Sagala. “Ketentuan Tentang Harta Peninggalan (Tarikah)
dalam Hukum Islam.” Jurnal Ilmiah “Advokasi” 5, no. 1
(2017).
Jasni Sulong & Amir Mohd Nason. “Saudara Baru dan Hak
Kehartaan: Analisis daripada Perspektif Hukum Islam dan
Undang-Undang Semasa,” Makalah, Seminar Kebangsaan
Dakwah Saudara Kita: Isu dan Cabaran Semasa, Bahagian
Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia, 9-10 Oktober 2010.
M. Abdul Mujieb. Kamus Istilah Fiqh. Jakarta: PT Pustaka
Firdaus, 1997.
Mohd Khairy Kamarudin & Azwan Abdullah, “Amalan
Pembahagian Faraid di Malaysia,” Journal of Global
Business and Social Entrepreneurship 2, no. 3 (2016), 14
Mohd Zamro bin Muda & Md Yazid bin Ahmad. 2001.“Pewarisan
Muslim dan Non-Muslim Menurut Undang-Undang di
Malaysia: Kajian Perbandingan”, (Makalah, Seminar
Kebangsaan Undang-Undang Perbandingan, Jabatan
Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia, 12-13 Jun 2001).
Mohd Zamro Muda, Mohd Ridzuan Awang, Abdul Basir Mohamad
& Md. Yazid Ahmad. Pengantar Undang-Undang dan
Pentadbiran Pusaka, Wasiat dan Wakaf Orang Islam di
Malaysia. Selangor: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2008.
Muhammad ‘Ali al-Sabuni. al-Mawarith fi al-Shari‘ah al-
Islamiyyah fi Daw’i al-Kitab wa al-Sunnah. Dimashq: Dar
al-Qalam, 1989.
Mustafa al-Bugha. al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Madhab al-Imam al-
Shafi‘i. Dimashq: Dar-al-Qalam, 2000.
Noor Syahida Abdul Rahman, Hasliza Talib, Nurhayati Abd.
Ghani, Nur Zulfah Md Abdul Salam & Nurul Syafini
Abd Rahman. “Pengurusan Tuntutan Harta Pusaka dalam
Kalangan Masyarakat Islam: Kajian di Lembah Klang.”
Journal of Muwafaqat 1, no. 2 (2018), 96-117.
341
Jurnal Fiqh, Vol. 18 No. 2 (2021) 315-344
Nor Adila Mohd Noor, Che Zuina Ismail, Nor Azlina Mohd
Noor & Siti Mashitoh Mahamood. “Harta Wasiat Orang
Islam: Satu Ulasan Ringkas dari Perspektif Perundangan
di Malaysia.” e-Academia Special Issue TeMIC, Universiti
Teknologi MARA Cawangan Terengganu, 2018.
Noresah Bahrom et al. Kamus Dewan, ed. 4. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.
Noresah Bahrom et al., Kamus Dewan, ed 3, cet. ke 2. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996.
Nurul Izzah Nokman & Farahwahida Mohd Yusof. “Perspektif
Masyarakat Muslim Terhadap Pengurusan Harta Pusaka di
Kuala Terengganu.” Disertasi Sarjana, Universiti Teknologi
Malaysia, 2012.
P.G. Osborn. A Concise Law Dictionary for Students and
Practitioners. London: Sweet & Maxwell, 1927.
P.H. Collin. A Dictionary of Law, ed. ke 4. London: Bloomsbury,
2004.
Rafidah Mohamad Cusairi @ Khushairi. “Isu-Isu Pengurusan
Pembahagian Harta Pusaka Orang-orang Islam di Malaysia:
Satu Kajian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.”
Makalah, Seminar Penyelidikan Jangka Pendek (Vot F)
2003, 11 dan 12 Mac 2003.
Rusnadewi Abdul Rashid & Noor Inayah Yaakub, “Masalah
Kegagalan dan Kelewatan Pengagihan Harta Pusaka di
Malaysia,” Jurnal Intelek 5, no. 2 (2010).
Siti Adibah Abu Bakar & Siti Zubaidah Ismail. “Pengurusan
Mualaf di Malaysia: Kerjasama Dinamik Antara Agensi
Kerajaan dan Bukan Kerajaan.” Jurnal Usuluddin 46, no.
2 (2018), 98.
Suhaimi Ab Rahman, Rasyikah Md Khalid, Adilah Abd Razak
& Abu Bakar Jaafar. “Pemerkasaan Mahkamah Syariah
dalam Pentadbiran Harta Pusaka Masyarakat Islam menurut
Kerangka Federalisme di Malaysia.” Akademika 88, no. 3
(2018), 113-125.
342
Pentadbiran Undang-Undang Harta Pusaka Mualaf
di Malaysia: Satu Sorotan Literatur
Statut
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan). 1993 (Akta No. 505, 1993).
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1993 (Akta 505).
Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad (Akta 352).
Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.
Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1993.
Perlembagaan Persekutuan.
Temu bual
Nazli Zainal (Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembahagian
Pusaka Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), dalam temu
bual beliau bersama penulis pada 27 Jun 2019.
Norazura Sudin (Penolong Pengarah Kanan, Unit Pembahagian
Pusaka Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), dalam temu
bual beliau bersama penulis pada 24 Mei 2019.
343
Jurnal Fiqh, Vol. 18 No. 2 (2021) 315-344
344