0% found this document useful (0 votes)
36 views10 pages

Jurnal Kepimpinan Pendidikan

This document discusses the development of an instrument to assess the early performance standards of creativity and aesthetics development among Malaysian children ages 4-6. It aims to identify assessment items based on expert consensus. Data was collected using the Fuzzy Delphi Method and Nominal Group Technique from 10 experts in early childhood education, assessment, and education officials. The findings identified 26 suitable items to assess creativity and aesthetics development in Malaysian children at an early age. The assessment aims to provide opportunities for open self-expression and examine traditional Malaysian artistic elements that could be adapted to the assessment.

Uploaded by

imerazak03
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
36 views10 pages

Jurnal Kepimpinan Pendidikan

This document discusses the development of an instrument to assess the early performance standards of creativity and aesthetics development among Malaysian children ages 4-6. It aims to identify assessment items based on expert consensus. Data was collected using the Fuzzy Delphi Method and Nominal Group Technique from 10 experts in early childhood education, assessment, and education officials. The findings identified 26 suitable items to assess creativity and aesthetics development in Malaysian children at an early age. The assessment aims to provide opportunities for open self-expression and examine traditional Malaysian artistic elements that could be adapted to the assessment.

Uploaded by

imerazak03
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 10

JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil.

7, Isu 4

INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRESTASI STANDARD AWAL PERKEMBANGAN


KREATIVITI DAN ESTETIKA KANAK-KANAK MALAYSIA: KONSENSUS
PAKAR

*Mohd. Nazri Abdul Rahman


Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
*mohdnazri_ar@um.edu.my

Nordin Abd. Razak


Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Nasrul Anuar Abd Razak


Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya

Haireen Abdul Hadi


Fakulti Perubatan, Universiti Malaya

Muhammad Asyraf Mansor


Pusat Kelestarian dan Komuniti Universiti Malaya

ABSTRACT

The Assessment Performance of Early Standards for the Development of Creativity and
Aesthetics among Children in Malaysia includes the process of task completion by
children in a real context. A child’s actual ability refers to a child’s ability to connect,
apply, and accomplish tasks in his or her environment that will result in authentic and
meaningful learning. This study aims to identify the items of the Standard Performance
Assessment Instrument for the Development of Creativity and Aesthetics of Malaysian
Children, especially children aged 4 to 6 years based on expert consensus.Data collection
was carried out using the Fuzzy Delphi Method and NGT methods. A total of 10 experts
in the field of early childhood education, assessment, and evaluation, officials of the
Ministry of Education Malaysia (Curriculum Development and Development Division)
and preschool teachers were selected to analyze the fuzziness of expert consensus. The
findings of the study have listed 26 items that are suitable to be developed as instruments
of early standard performance assessment of the development of creativity and aesthetics
of Malaysian children. The proposed improvement to implementation is to provide space
and opportunities for children to express themselves in an open environment. Besides,
examining the traditional artistic elements of Malaysian society that are suitable to be
adapted as one form of assessment activity in the early standard performance assessment
in the domain of creativity and aesthetic development.

Keywords: Early Childhood Assessment, Early Childhood Education

PENGENALAN

Pentaksiran pendidikan di Malaysia berubah seiring dengan perubahan sistem pendidikan pada
peringkat global. Perubahan sistem pendidikan ini bukan hanya sturuktur kurikulum, kaedah
penyampaian tetapi juga meliputi bentuk penilaian dan pentaksiran. Pendidikan hari ini bukan sahaja

20 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

menampilkan perubahan kepada cara berfikir tetapi juga cara bertindak seseorang dalam pelbagai
situasi.

Kepesatan perkembangan teknologi digital hari ini menyaksikan pelbagai perubahan drastik baik dalam
bentuk penyampaian pembelajaran mahupun pentaksiran dan penilaian pembelajaran. Sejajar dengan
perkembangan pesat ini, sistem pentaksiran berasaskan kriteria dan prestasi turut berubah. Seseorang
kanak-kanak bukan hanya diukur berdasarkan prestasi tetapi juga menjangkaui aspek perkembangan
secara holistik. Bentuk ujian tradisional seperti Ujian Pensil-Kertas atau Ujian Aneka Pilihan dilihat
tidak berupaya untuk mengukur kebolehan kanak-kanak untuk berfikir dan menyelesai masalah secara
holistik (Mohd Haidir Yusof & Norasmah Othman, 2019; Wan Mohd Zulhairi, 2004) sebaliknya
pentaksiran secara individu perlu dilakukan bermula dari awal perkembangan kanak-kanak (Tan Ai Mei,
2010).

Pentaksiran berasaskan prestasi perkembangan kanak-kanak dilihat sebagai satu langkah yang sesuai
untuk mengukur kebolehan kanak-kanak berdasarkan prestasi mereka ke atas item atau tugasan yang
diberikan. Maka, bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0, sistem pendidikan hari ini telah
menunjukkan berlakunya peningkatan penggunaan alat pengujian untuk mengukur pencapaian dan
prestasi pada peringkat awal kanak-kanak. Menurut Nor Mashitah Mohd Radzi, Mariani Md Nor, Abdul
Halim Masnan & Nasir Masran (2017), ibu bapa terus mempersoalkan kurangnya penekanan terhadap
alat pengujian prestasi kanak-kanak di Malaysia khusnya dalam mentaksir perkembangan kanak-kanak
secara holistik. Menurut Copple dan Bredekamp (2009), strategi pentaksiran pada peringkat awal kanak-
kanak seharusnya memberi faedah kepada kanak-kanak dan seterusnya meningkatkan proses
pembelajaran di awal usia kanak-kanak.

Walau agaimanapun, bentuk pentaksiran di sekolah hari ini tidak memberi penekanan kepada keperluan
dan minat kanak-kanak sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada pengujian kognitif (Wortham, 2012).
Ini secara tidak langsung menjejaskan perkembangan holistik kanak-kanak. Seharusnya, bentuk
pentaksiran prestasi kanak-kanak dapat menentukan tahap perkembangan dan kemahiran yang belum
atau perlu dikuasai oleh setiap kanak-kanak. Ini penting bagi guru untuk merancang proses pengajaran
dan pembelajaran dengan berkesan

Prinsip pentaksiran untuk peringkat kanak-kanak perlu memberi impak terhadap perancangan program
penilaian dan kualiti pendidikan. Fokus utama pentaksiran pada peringkat awal kanak-kanak adalah
perkembangan holistik. Maka, melalui rekod pentaksiran prestasi yang sistematik dan menyeluruh, guru
dapat mengetahui dan memahami perkembangan sebenar kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, pada
tahun 2010, modul pentaksiran perkembangan murid diperkenalkan di Prasekolah oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Modul pentaksiran ini bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak
berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selamat, menyeronokan, kreatif dan
bermakna. Isunya, pentaksiran prestasi ini lebih berbentuk formatif dan autentik melalui pengajaran dan
pembelajaran harian guru. Maka, ketidakfahaman guru dan kesukaran guru untuk membuat pentaksiran
yang jelas dan holistik telah mengekang proses pengembangan prestasi kanak-kanak secara menyeluruh
(Norshafinaz Abdul Sani & Faridah Yunus, (2018). Tambahan pula, proses pembelajaran bertujuan
untuk mencapai objektif pengajaran dan hasil pembelajaran. Persoalannya, bagaimana mentaksir
penguasaan yang diperoleh oleh kanak-kanak?

SOROTAN KAJIAN

Pentaksiran pembelajaran dilaksanakan untuk mengesan perkembangan kanak-kanak dan seterusnya


mengambil tindakan segera bagi kanak-kanak yang mengalami permasalahan dalam perkembangan dan
pembelajaran. Proses pentaksiran biasanya dilaksanakan secara pemerhatian ke atas bentuk pedagogi,

21 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta rutin harian kanak-kanak. Pentaksiran seharunya dapat
memperkembangkan domain kognitif, moto halus, motor kasar, sosioekonomi dan Bahasa (Brassard. &
Boehm, 2007).

Pentaksiran terdiri daripada dua bentuk iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran
formatih dilaksanakan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran menerusi Teknik sokratik,
pemerhatian melalui gambar dan video. Manakala pentaksiran sumatif pula tidak hanya terhad kepada
ujian bertulissebaliknya boleh dilaksanakan menerusi senarai semak, rubrik dan skala kedudukan yang
boleh dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kajian Zaharah Osman, (2008)
menunjukkan bahawa guru prasekolah mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap teknik,
penggunaan dan keperluan latihan dan perkembangan professional guru.

Sehubungan dengan itu, di Malaysia, pengenalan kepada standard awal perkembangan kanak-kanak
telah bermula pada tahun 2010 menerusi Bahagian Pembangunan Kurikulum. Standard awal
pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak merupakan alat pentaksiran yang dapat membantu guru
meningkatkan keberkesanan penyampaian pengajaran bagi perkembangan holistik dan keperluan kanak-
kanak.

Standard Awal Pembelajaran Perkembangan yang diperkenalkan oleh Bahagian Pembangunan


Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia merangkumi enam domain iaitu Kognitif, Bahasa,
Kreativiti, Fizikal, Sosioekonomi dan Rohani.

PENYATAAN MASALAH

Pentaksiran Standard Awal Kanak-kanak secara umumnya bersifat holistik iaitu meliputi aspek kognitif,
bahasa, kreativiti, fizikal, sosioemosi dan rohani. Instrumen pentaksiran yang baik, berindak sebagai
alat refleksi terbaik kepada guru untuk mengenalpasti dan mendalami aspek potensi kanak-kanak.
Pembelajaran abad ke-21 ini, menampakan amalan refleksi guru semakin dipinggirkan khusunya di
peringkat awal kanak-kanak sedangkan ia memberi impak yang besar terhadap perkembangan kanak-
kanak (Paige-Smith & Craft, 2011).

Atas kepentingan ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Standard
Pentaksiran Murid Prasekolah menerusi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan di semua
prasekolah mulai tahun 2010. Hakikatnya, pentaksiran ini hanya berlaku pada peringkat umur 6 tahun
sedangkan proses pentaksiran seharusnya berlaku di awal perkembangan kanak-kanak iaitu bermula 2
tahun. Ini kerana penilaian tahap kesediaan kesediaan kanak-kanak ke arah pembentukan perwatakan
diri yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani perlu bermula di peringkat awal
usia. Ketidahseragaman instrumen pentaksiran perkembangan awal kanak-kanak memberi impak
terhadap keupayaan guru untuk mengukur perkembangan kognitif dan emosi kanak-kanak. Secara tidak
langsung menjejaskan persediaan awal kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan formal.

Seterusnya isu kesinambungan pentaksiran pembelajaran standard di peringkat prasekolah dan sekolah
rendah. Populasi kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun adalah 8.0% atau 2.6 juta daripada jumlah
penduduk Malaysia pada tahun 2018. Daripada jumlah ini hanya 204, 100 kanak-kanak mengikuti
pendidikan prasekolah dan 364,000 mendapat pendidikan di Taska atau Tadika Swasta. Maka isunya,
adalah keseragaman bentuk pentaksiran standard prestasi yang digunapakai oleh kdua-duanya.
Sehubungan dengan itu adalah penting untuk mewujudkan instrumen pentaksiran prestasi standard
perkembangan kanak-kanak diperkenalkan ke arah kesinambungan pembelajaran di peringkat sekolah
rendah.

Isu kompetensi guru dalam menjalankan proses penilaian perkembangan prestasi standard kanak-kanak

22 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

merupakan kekangan utama proses pentaksiran kanak-kanak dilaksanakan dengan berkesan (Yaakop,
2002). Sebagai penilai, guru berhadapan dengan kekangan dalam menjalankan penilaian hasil kerja
murid. Antara kekangan utama guru adalah bilangan kanak-kanak terlalu ramai dalam satu kelas, masa
yang terhad dan prortfolio yang dibangunkan tidak menggambarkan perkembangan kanak-kanak dalam
aspek yang dinilai (Surayah, 2003; Ramlah Ab. Khalid, Jamil Ahmad & Analisa Hamdan, 2015). Justeru
berdasarkan isu yang diketengahkan, maka wujud keperluan untuk pembinaan instrument Pentaksiran
Prestasi Standard Awal Perkembangan kanak-kanak yang bersesuaian dengan konteks Malasyia.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan konsensus pakar terhadap Instrumen Pentaksiran Standard
Prestasi Awal Perkembangan Kreativiti dan Estetika Kanak-kanak Malaysia. Untuk mencapai tujuan
kajian ini, maka objektif kajian adalah untuk mengenal pasti item-item pentaksiran standard prestasi
awal perkembangan kreativiti dan estetika kanak-kanak. Bagi memenuhi objektif yang digariskan ini,
maka persoalan kajian adalah seperti berikut:

“Apakah item pentaksiran standard prestasi awal dalam perkembangan kreativiti dan estetika
kanak-kanak Malaysia khususnya yang berumur empat sehingga enam tahun mengikut
pandangan pakar?”

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan Fuzzy Delphy untuk mendapatkan kesepakatan di antara panel
pakar mengenai item pentaksiran standard prestasi awal dalam perkembangan kreativiti dan estetika
kanak-kanak Malaysia khususnya yang berumur empat sehingga enam tahun.

Pendekatan Fuzzy Delphy

Pendekatan Fuzzy Delphi telah diperkenalkan oleh Kaufmann dan Gupta (1988) merupakan gabungan
antara Teori Set Fuzzy dan Teknik Delphi. Kaedah Fuzzy Delphi merupakan satu kaedah analisis
membuat keputusan yang menggabungkan Teori Fuzzy dalam Tradisional Delphi.

Kaedah ini juga juga dikenali sebagai pendekatan 23onsensus atau ‘inner-opinion consensus’ (thoughts,
intuitions and feelings) daripada sekumpulan pakar yang dipilih atau Delphi Pemilihan oleh pakar.
Menurut Adler dan Ziglio (1986) kaedah delphi adalah satu proses berstruktur untuk mengumpul dan
menyaring pengetahuan dari sekumpulan pakar melelui beberapa siri soal selidik diselangi dengan
maklumbalas pendapat pakar yang terkawal. Kaedah Fuzzy delphi (FDM) merupakan pendekatan
pengukuran yang lebih efektif di mana ia berupaya menyelesaikan masalah yang mempunyai
ketidaktentuan dan ketidakpastian bagi sesuatu isu yang di kaji.

Peserta kajian

Seramai 10 orang pakar telah dipilih secara purposive untuk menjadi panel pakar dalam kajian ini
berdasarkan ketetapan pemilihan panel pakar fuzzy delphi antara 10-20 (Adler & Ziglio, 1996). Setiap
pakar yang dipilih mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang Pendidikan Awal
Kanak-kanak, pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dari Bahagian Perkembangan
Kurikulum dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, guru prasekolah dan ibu
bapa. Profil pakar yang dipilih ditunjukkan dalam jadual 1.

23 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

Jadual 1
Profil Pakar
Panel Pakar Kepakaran Bilangan
Guru Cemerlang Prasekolah - Pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang 2
Pendidikan Awal Kanak-kanak /Prasekolah
- Terlibat sebagai juru latih / penceramah /
perkongsian pedagogi atau latihan kepada guru-
guru di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan
Pensyarah Cemerlang - Pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang 2
Prasekolah (Institut Pendidikan Pendidikan
Guru) - Terlibat sebagai juru latih, penceramah Latihan
Dalam Perkhidmatan kepada guru-guru di
peringkat daerah, negeri atau kebangsaan
Pegawai Bahagian - Mempunyai pengalaman sebagai pegawai 2
Pembangunan Kurikulum, pembangunan kurikulum khususnya bidang
Kementerian Pendidikan pendidikan awal kanak-kanak dan telah
Malaysia / Pegawai berkhidmat dalam bidang pendidikan melebihi 10
Kementerian Pendidikan tahun
Malaysia - Terlibat dalam pembangunan kurikulum dan
pemantauan, bimbingan dan khidmat sokongan
kepada guru-guru prasekolah di sekolah
Pensyarah Kanan dan Profesor - Pengalaman dalam Pendidikan Awal kanak-kanak 2
atau Pakar Pendidikan Awal melebihi 10 tahun perkhidmatan
Kanak-kanak - Terlibat dalam aktiviti penulisan dan kajian-kajian
berkaitan pendidikan awal kanak-kanak
Wakil Ibu Bapa / Persatuan Ibu - Mempunyai anak-anak yang masih di peringkat 2
Bapa dan Guru (PIBG) prasekolah atau Tadika
- Terlibat aktif dalam persatuan ibu bapa dan guru /
pertubuhan pelajar

Instrumen Kajian

Instrumen Fuzzy Delphi dibentuk melalui proses utama iaitu temu bual dan sorotan kajian. Proses
pertama melibatkan 5 orang panel pakar dalam bidang pentafsiran dan penilaian, pakar pendidikan awal
kanak-kanak dan guru cemerlang prasekolah dan pegawai kurikulum. Dapatan temu bual seterusnya
dilakukan pemetaan tema dengan sorotan kajian bagi membangunkan soal selidik Fuzzy Delphi.
Pemetaan ini dilaksanakan bagi mengumpul maklumat berkaitan pentaksiran prestasi standard
perkembangan kanak-kanak – Domain Kreativiti dan Estetika. Soal selidik Fuzzy terdiri daripada 2
komponen utama iaitu Demografi Pakar dan Standard Perkembangan Kanak-kanak-Domain Kreativiti
dan Estetika.

Prosedur Pengumpulan dan Analisis Data

Soal selidik FDM yang dibentuk seterusnya ini dijalankan kajian rintis menggunakan sampel kajian
seramai 10 orang responden iaitu ibu bapa, guru prasekolah dan TASKA, pensyarah bidang pendidikan
awal kanak-kanak dan pensyarah kanan dalam bidang pentaksiran dan penilaian universiti awam.
Instrumen kajian ini mempunyai nilai kesahan Cronbach Alpha 0.90.

Seterusnya, proses pengumpulan dan analisis data kajian fuzzy delphi dimulakan dengan langkah-
langkah seperti berikut:

24 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

1. Menentukan jumlah pakar yang terlibat iaitu antara 10-20 responden (Adler & Ziglio, 1996). Kajian
ini memilih untuk mendapatkan konsensus pakar seramai 10 orang.
2. Menentukan Skala Linguistik, berdasarkan kepada triangular fuzzy number. Dalam kajian,
penyelidik telah memilih skala likert 5 point.
SKALA LINGUTISTIK 7 POINT
Sangat Setuju 0.60 0.80 1.00
Setuju 0.40 0.60 0.80
Sederhana Setuju 0.20 0.40 0.60
Tidak Setuju 0.10 0.20 0.40
Sangat Tidak Setuju 0.00 0.10 0.20

3. Segala data dijadualkan untuk mendapatkan nilai purata (m1, m2, m3) iaitu Nilai Minimum, Nilai
Munasabah dan Nilai Maksimum.
4. Menentukan jarak antara nombor bagi menentukan nilai threshold dengan menggunakan rumus
berikut:

5. Menurut Cheng dan Lin (2002), jika jarak


purata dengan data penilaian pakar adalah kurang daripada nilai threshold 0.2, maka semua pakar-
pakar telah mencapai konsensus. Penentuan kesepakatan kumpulan adalah melebihi 75% (Chu &
Hwang, 2008). Sekiranya ketidaksepakatan pakar tidak diperoleh, maka pusingan kedua Teknik
Fuzzy Delphi perlu dilakukan semula atau item tersebut dibuang.
6. Menentukan agregat Fuzzy Evaluation dengan cara menambah semua nombor fuzzy.
7. Proses Defuzzification. Proses ini bertujuan untuk menentukan kedudukan (rangking) bagi setiap
pemboleh ubah/ sub-pemboleh ubah. Terdapat 3 rumus yang boleh diaplikasikan:
Amax = 1/3 * (a1 + am + a2)
ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

Kajian ini telah menetapkan untuk memilih item yang hanya dalam lingkungan skala linguistik iaitu
setuju dan sangat setuju dari skala likert point 5.

Analisis dapatan dilapor berdasarkan konsensus pakar bagi setiap item dalam Instrumen Pentaksiran
Prestasi Standard Awal Perkembangan Kreativiti dan Estetika Kanak-kanak Malaysia seperti berikut:

Instrumen Pentaksiran Prestasi Standard Awal Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak Malaysia

Berdasarkan jadual 2, persetujuan pakar ke atas 26 instrumen pentaksiran prestasi standard awal untuk
perkembangan kreativiti kanak-kanak dilaporkan. Analisis data menunjukkan bahawa keseluruhan item
bagi kesahan instrumen pentaksiran prestasi standar awal perkembangan kreativiti kanak-kanak adalah
dipersetujui oleh kumpulan pakar berdasarkan syarat yang telah ditetapkan iaitu nilai Threshold Item
(ditem)  0.2 dan kesepakatan kumpulan pakar  75%. Maklum balas kesepakatan pakar terhadap item
yang sesuai dibangunkan sebagai instrumen pentaksiran prestasi standard awal perkembangan kreativiti
kanak-kanak Malaysia dilaporkan dalam jadual 1 mengikut nilai difuzzification dan ranking (Skor).

25 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

Jadual 2
Instrumen Pentaksiran Prestasi Standard Awal Perkembangan Kreativiti dan Estetika Kanak-kanak
Malaysia
Item Average Respon Defuzzification Skor Nilai Kesepakatan
M1 M2 M3 Value ditem Pakar
A. Kesenian
1. Dapat menghasilkan 0.58 0.78 0.94 0.78 2 0.0305 Diterima
contengan berbentuk
2. Dapat menampal 0.54 0.74 0.94 0.74 4 0.0916 Diterima
mengikut
kreativitinya
3. Dapat menekap 0.52 0.72 0.92 0.72 5 0.1222 Diterima
capan menggunakan
bahan tertentu
4. Boleh mengaitkan 0.48 0.68 0.88 0.68 6 0.1833 Diterima
dan menerangkan
tentang lukisan (hasil
kerjanya)
5. Dapat menconteng 0.56 0.76 0.96 0.76 3 0.0262 Diterima
dan memperkatakan
mengenainya
B. Mainan Kreatif
6. Boleh melibatkan 0.56 0.76 0.96 0.76 3 0.0262 Diterima
permainan olok-olok
7. Dapat melakonkan 0.56 0.76 0.96 0.76 3 0.0262 Diterima
pelbagai watak
8. Boleh bermain alat 0.58 0.78 0.94 0.78 2 0.0305 Diterima
mainan dengan
kreatif
C. Nyanyian
9. Boleh menyanyi 0.60 0.80 1 0.80 1 0.2000 Diterima
mengikut rentak dan
ritma lagu
10. Menyanyi sambil 0.58 0.78 0.94 0.78 2 0.0305 Diterima
menggerakkan badan
secara kreatif
D. Muzik dan Alatan Muzik
11. Boleh mengenal pasti 0.56 0.76 0.96 0.76 3 0.0262 Diterima
dan menamakan alat
muzik
12. Dapat memainkan 0.58 0.78 0.94 0.78 2 0.0305 Diterima
alat muzik
E. Pergerakan Kreatif
13. Boleh melakukan 0.60 0.80 1 0.80 1 0.2000 Diterima
aksi kreatif
14. Dapat menggerakkan 0.58 0.78 0.94 0.78 2 0.0305 Diterima
badan berdasarkan
lagu dan tarian
tradisional

26 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

15. Boleh memainkan 0.52 0.72 0.92 0.72 5 0.1222 Diterima


jari mengikut ritma
dan rentak muzik
16. Dapat menepuk 0.52 0.72 0.92 0.72 5 0.1222 Diterima
tangan berdasarkan
lagu dan muzik
17. Boleh membuat 0.56 0.76 0.96 0.76 3 0.0262 Diterima
pergerakan kreatif
sambil menyanyi
18. Dapat mencipta 0.54 0.74 0.94 0.74 4 0.0916 Diterima
pergerakan mengikut
watak kreatif
F. Cerita Kreatif
19. Dapat mereka cerita 0.58 0.78 0.94 0.78 2 0.0305 Diterima
kreatif sewaktu
bermain atau
menyanyi
20. Dapat membuat 0.54 0.74 0.94 0.74 4 0.0916 Diterima
imaginasi diri dalam
perbualan khayalan
21. Melakonkan cerita 0.58 0.78 0.94 0.78 2 0.0305 Diterima
kreatif

Berdasarkan jadual 1, dapatan kajian menunjukkan kesemua nilai threshold (dItem) bagi setiap item
dalam instrumen pentaksiran prestasi standard awal perkembangan kreativiti dan estetika kanak-kanak
adalah sama atau kurang dengan nilai ditem  0.2. Maka, kesemua item dalam instrumen ini mendapat
kesahan dan diterima berdasarkan kesepakatan pakar. Secara keseluruhan, data kajian menunjukkan
bahawa pakar mencapai kesepakatan bahawa item bagi setiap konstruk dalam instrumen pentaksiran
prestasi awal perkembangan kreativiti dan estetika kanak-kanak boleh diaplikasikan untuk mengukur
prestasi perkembangan kanak-kanak mengikut tahap umur 2-3 tahun dan 4 hingga 6 tahun. Dapatan
kajian ini menunjukkan Instrumen Pentaksiran Prestasi Standard Awal Perkembangan Kreativiti Kanak-
Kanak dikategorikan kepada enam konstruk pentaksiran iaitu Seni Kreatif, Mainan kreatif, Nyanyian
Kreatif, Pergerakan Kreatif, Muzik Kreatif dan Cerita Kreatif.

Berdasarkan dapatan kajian juga, item dalam konstruk Nyanyian Kreatif : Boleh menyanyi mengikut
rentak dan ritma lagu dan Item dalam konstruk Pergerakan Kreatif : Boleh melakukan aksi kreatif
kedudukan pertama dalam senarai keutamaan pakar berdasarkan kesepakatan persetujuan dengan nilai
defuzzification 0.80 Manakala item dalam Konstruk Seni Kreatif : Boleh mengaitkan dan menerangkan
tentang lukisan (hasil kerjanya) berada di kedudukan paling rendah dalam tahap kesepakatan persetujuan
pakar dengan nilai defuzzification 0.68. Ini bermakna Pentaksiran Prestasi Standard Awal
Perkembangan Kreativiti Kanak-Kanak yang paling utama dan sesuai didahulukan adalah melalui
Nyanyian Kreatif (Kanak-kanak boleh menyanyi mengikut rentak dan ritma lagu dan Pergerakan Kreatif
(Kanak-kanak boleh melakukan aksi kreatif ). Menerusi aktiviti ini, guru dapat menilai tahap
perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat umur yang sesuai..

PERBINCANGAN

Analisis dapatan kajian ini menjawab persoalan kajian “Apakah item pentaksiran prestasi standard
awal dalam perkembangan kreatif kanak-kanak Malaysia khususnya yang berumur empat sehingga
enam tahun yang utama?”. Dapatan data kajian menunjukkan kumpulan pakar mencapai konsensus

27 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

bahawa item berikut boleh digunakan untuk membuat pentaksiran prestasi standard awal perkembangan
kreativiti kanak-kanak mengikut peringkat umur semasa pelaksanaan aktiviti berikut:

a) Kesenian : Melukis, Mewarna, Merekabentuk, Mencorak Membuat Archa dan lain-ain aktiviti
seni kreatif yang bolek dilaksanakan oleh guru di taska dan prasekolah
b) Mainan Kreatif : bentuk-bentuk permainan kreatif ini tidak hanya terhad kepada permainan di
dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah. Sealian itu, mainan kreatif ini juga melibatkan
permainan blok, lego, bongkah kayu atau permainan tradisional (mainan kreatif masyarakat)
c) Nyanyian : Lagu kanak-kanak, Lagu Tradisi Masyarakat, Gurindam, Seloka dan Bahasa
Berirama boleh dijalakan sebagai salah satu aktiviti yang dapat dijadikan satu bentuk pentaksiran
perkembangan kreativiti kanak-kanak oleh guru semasa menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran.
d) Muzik dan Alatan Muzik : alat muzik tradisi, gitar, harmonika dan lain-laian dapat digunakan
oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran kanak-kanak untuk mengenali,
bermain alat muzik dan menghasilkan irama atau rentak muzik kreatif merupakan salah satu
bentuk pentaksiran perkembangan kreativiti kanak-kanak yang boleh dinilai oleh guru.
e) Pergerakan Kreatif: Gerakan Badan, Tangan, Kaki atau kepala merupakan aktiviti yang dapat
digabungjalinkan dengan irama lagu atau bunyi alat muzik tertentu. Menerusi aktiviti ini, kanak-
kanak dapat dinilai perkembangan kreatif melalui jenis gerakan atau tingkah laku yang
ditunjukkan. Guru boleh membuat pentaksiran perkembangan kreativiti kanak-kanak semasa
menjalankan aktivti ini.
f) Cerita Kreatif: Cerita Masyarakat, Cerita adaptasi Film atau Novel, cerita kanak-kanak dapat
dijadikan sebagai bahan untuk memperkembangkan kreativiti kanak-kanak. Maka, menerusi
pelaksanaan ini, guru dapat membuat pentaksiran prestasi perkembangan kreativiti kanak-kanak

Berdasarkan dapatan data analisis ini, kumpulan pakar mencapai konsensus terhadap bentuk pentaksiran
prestasi yang boleh dilaksanakan kepada kanak-kanak untuk menilai tahap perkembangan kreativiti dan
seterusnya merancang tindakan susulan yang ibu bapa dan guru dapat laksanakan untuk
memperkembangkan tahap kreativiti dan estetika mengikut tahap umur.

KESIMPULAN

Dapatan kajian fuzzy delphi ini telah membuktikan kesahan dan kebolehpercayaan bagi mengukur
prestasi standard awal perkembangan kreativiti dan estetika kanak-kanak Tadika dan Prasekolah yang
berumur antara 4 hingga 6 tahun berdasarkan instrumen ini. Analisis menyimpulkan bahawa lima
kategori skla yang digunakan dalam instrumen ini adalah sesuai digunakan sebagai langkah modifikasi
dalam menilai tahap perkembangan kreativiti dan estetika kanak-kanak berasaskan prestasi. Pakar juga
memberi persetujuan terhadap kesesuaian penggunaan rubrik lima kategori iaitu : Tanpa Bimbingan;
Dengan Bimbingan; Tahap Kesetaraan; Tiada Maklumbalas dan Sedikit Bimbingan). Atas kepentingan
perkembangan kreativiti dan estetika kanak-kanak, adalah menjadi sandaran kepada setiap guru untuk
melaksanakan instrumen pentaksiran standard awal perkembangan kreativiti dan estetika kanak-kanak
berasaskan prestasi di dalam kelas dan pada sela masa yang ditetapkan. Pentaksiran berasaskan preatsi
(Performance-Based Assessment) yang mendasari kajian ini bersesuaian diaplikasikan dalam bilik
darjah tadika mahupun prasekolah. Kebolehan boleh diukur dengan melihat dan menilai prestasi kanak-
kanak dalam aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan dan penilaian secara berterusan boleh
dilaksanakan di lokasi aktiviti kanak-kanak yang terlibat semasa peroses pembelajaran oleh guru.
Rusmusannya, kanak-kanak dapat dibantu dan diperkembangkan prestasi kreativitinya berdasarkan
bentuk pentaksiran dan penilaian yang lebih spesifik dan terperinci oleh guru melalui instrumen
pentaksiran ini.

28 E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN | Oktober 2020, Bil. 7, Isu 4

PENGHARGAAN

Ucapan terima kasih atas sokongan kewangan oleh Geran Community Engagement,
Universiti Malaya - UMCares UMCARES001-2019O dan Impact Oriented Interdisciplinary Research
Grant – IIRG010C-19SAH

RUJUKAN

Adler M, Ziglio E. (1996). Gazing into oracle: The Delphi method and its application to social policy
and public health. London: Jessica Kingsley Publisher.
Cheng, C. H., & Lin, Y. (2002). Evaluating the Best Main Battle Tank Using Fuzzy Decision Theory
with Linguistic Criteria Evaluation. European Journal of Operational Research, 142: 74-
86. https://doi.org/10.1016/S0377-2217(01)00280-6
Chu, C. H., & Hwang, G. J. (2008). A Delphi-based approach to developing expert systems with the
cooperation of multiple experts. Expert Systems with Applications, 34(4): 2826–2840.
Copple, C., & Bredekamp, S. (2009). Developmentally appropriate practice in early childhood
programs serving children from birth through age 8. 3rd ed: Washington DC.
Kaufmann, A. and Gupta, M.M. (1988). Fuzzy Mathematical Models in Engineering and Management
Science. Elsevier Science Publishers, North-Holland, Amsterdam, N.Y.
Malaysia, Ministry of Education. (2019). Quick facts: Malaysian educational statistics. Kuala Lumpur:
Educational Policy Planning & Research Division, Ministry of Education Malaysia.
Mohd Haidir Yusof & Norasmah Othman (2019). Isu dan Permasalahan Pentaksiran Alternatif dalam
Sistem Penilaian di Malaysia. E-prosiding Persidangan Antrabangsa Sains Sosial dan
Kemanusiaan 24-25 April 2019, Kolej Islam Antarabangsa Selangor.
Murray J.W & & Hammons, J.O (1995). Delphi: A Versatile Methodology For Conducting Qualitative
Reseaech. Review of Higher Education, 18:4, 23-36.
Nor Mashitah Mohd Radzi, Mariani Md. Nor, Abdul Halim Masnan & Md. Nasir Masran. (2017).
Evaluation of an Early Science and Mathematics Standard Instrument Task Development, Scoring
Set, and Psychometric Issues. Advanced Science Letter, 23(3): 2097-2100.
Norshafinaz Abdul Sani & Faridah Yunus (2018). Amalan Perancangan, Pelaksanaan dan pentaksiran
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pranumerasi di Tadika Swasta. Jurnal Pendidikan
Malaysia 43 (2): 101-110
Paige-Smith, A & Craft, A. (2011). Developing Reflective Practice in the Early Years (2nd
ed.). Berkshire: McGraw Hill, Open University Press.
Ramlah Ab Khalid, Jamil Ahmad & Analisa Hamdan. (2015). Pembentukan Sikap Positif Guru Terhadap
Pelaksanaan Aktiviti Pentaksiran. Journal of Personalized Learning 1(1):77-84
Tan Ai Mei. (2010). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia. Kesediaan
Guru, Isu dan Panduan Pelaksanaan. UKM
Wiggins, G.P (1993). Assessing Student Performance. San Francisco: Jossey-Base
Wortham, S.C (2012). Assessment in Early Childhood Education. Ed.6th. US: Person
Yaakop Ederis. (2002). Pentaksiran di dalam Matematik: Isu dan cabaran. Kertas kerja dibentang dalam
Seminar Kebangsaan Persatuan Pendidikan Matematik Malaysia (PPMM) 2002. Kuala Lumpur,
Universiti Malaya.

29 E-ISSN: 2289-9669

You might also like