0% found this document useful (0 votes)
83 views20 pages

Aein Artikel

Uploaded by

aien
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
83 views20 pages

Aein Artikel

Uploaded by

aien
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 20

Conference e-Proceedings

International Conference of Research on


Language Education 2023
e-ISBN: 978-967-2072-43-0

“Embracing Change: Emancipating the Landscape of


Research in Linguistics, Language and Literature”

13-14 March 2023


Noble Resort Hotel, Melaka
Physical and Online Conference

I-RoLE2023, 13-14 March 2023, Physical & Online Page 1


EDITORIAL BOARD

Chairman

Dr. Ameiruel Azwan bin Ab Aziz


Universiti Teknologi MARA

Committee Member

Fazlinda binti Hamzah


Universiti Teknologi MARA

Mohd Azlan Shah bin Sharifudin


Universiti Teknologi MARA

Dr. Amirah binti Mohd Juned


Universiti Teknologi MARA

Coordinator

Zesdyzar Rokman
WMIT Group Sdn Bhd

Rozielawati Rosli
WMIT Group Sdn Bhd

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system,
or transmitted in any form or any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or
otherwise, without prior permission, in writing, from the publisher.

The views and opinions expressed therein are those of the individual authors and any statements
in this publication do not imply endorsement by the publisher or the editorial staff.

Publisher:
Zes Rokman Resources (2131022-P)
Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

I-RoLE2023, 13-14 March 2023, Physical & Online Page 2


Conference e-Proceedings
International Conference of Research on Language Education 2023
e-ISBN: 978-967-2072-43-0

Table of Contents

Page
No. Title
Number
1. Galaxy Tense A+: The Effectiveness of English Tenses Board Game Among
6
Tertiary Students
2. Graphic Design Website: Exploring Market Needs for Services 14
3. Beyond What Eye Saw 21
4. Creative Writing: Through Her Eyes - Tales of The Heart 28
5. Let’s Play Phonetic Charades 34
6. A Visual Novel Game on Social Anxiety 40
7. Skin Care with Fisha: New Media Content Creation for Basic Skincare
48
Education
8. e-Book of Poem Collections 55
9. Toodles: Flashcards for Children 61
10. Digital Flashcards (Tenses) 68
11. Investigating Students’ Concerns on The Development of Masterly! 74
12. Googly Eyes: A Game to Improve English Usage Among Teenagers 80
13. Providing Subtitles for Malaysian YouTuber 86
14. Read and Play: Improving Adolescent’s Reading Skills Through Video
91
Games
15. Thoughts by Her Soul Bookmark 99
16. The Comedy of Errors Simplified: “Egeon’s 18Th Reasons Why” 105
17. Oliver Green: Improving Homonyms Understanding Through Comics 112
18. PWSP: Phonetic Word Search Puzzle Book 117
19. Floriography 121
20. A Preliminary Study on The Young Adult’s Perception of Learning English
126
Using the Website: Swifties Read
21. A Place for Poets: An Online Poetry Recitation Series 133
22. Say It Right with Ya 140
23. Don’t Touch My No-No Square 150
24. Templatify: An E-Book Collection of Ecards Templates 158
25. Short Story: Disease Takes Happiness Away 164
26. Dusted Lines: A Compilation of Self-Written Poems 170
27. ‘What’s Your Philosophy?’ An Edutaining Card Game 177
28. Be Cool, Not Cruel 185
29. Grammar Made Fun with TikTok 192
30. Interactive Journaling as A Mental Health Coping Strategy for Youths 201
31. Learned – Spoken: Manglish 212
32. Lost in the Labyrinth of My Mind 218
33. Translation of Abqorie’s Fardhu Ain Module for Smart Tahfiz & Transit
225
Abqorie
34. Poetry for Us: Expressing Feelings Through Creative Writing 231
35. Lyacomms’ Proofreading and Editing Service 238

I-RoLE2023, 13-14 March 2023, Physical & Online Page 3


Page
No. Title
Number
36. The Effectiveness Of ‘Master the Verbs’ Instagram Flashcards Among Year
244
Six Low Proficiency Level Students
37. My Malay Fables 252
38. Talking Story: eBooks to Improve Reading Comprehension Skills 259
39. Exploring Creative Writing as A Tool to Enhance Mental Health 272
40. Movie Moo 281
41. English Pitstop 288
42. Upin Ipin Reding Kit 294
43. Seventy-Two Beats a Second 301
44. Knowing Kristang 308
45. Creatorslation: The Role of Technology in Translation Service 313
46. Travel Guide as a Medium to Improve English Comprehensiveness 319
47. Posterlance 328
48. Crossfunetics 336
49. The Effectiveness of Board Games to Promote Student Attention and
342
Enjoyment in English Subject
50. The Use of e-Books and Social Media in Introducing Malaysian Folklores
352
Among Children
51. Creepypodcast YouTube Channel 357
52. Mastermind': English Board Game 363
53. 한국어 In Melayu! 369
54. Triple P with Sang Kancil: Pronunciation, Phonetics, and Playbook 376
55. "So, She Reads" Book Blog 383
56. Abbyfication: A Grammar-Based Word Game 389
57. Klick! A Content Writing Service 396
58. The Love Levanter Podcast 403
59. Let’s Talk Feelings Podcast 409
60. Grafixmoon: Poster Designing Service 415
61. The Circle of Life 422
62. Hops the Dwarf 430
63. Malay Corner: Learning Malay Through Discord 435
64. Movie: This and That 441
65. Phone the Phonetics: Phonetic Flashcards 449
66. And What If? 455
67. Interrupted: Life in A Podcast 458
68. @Phoneticisfun 463
69. Culinary and Creative Writing: When Two Worlds Collide 468
70. Talk in Senses 473
71. Piano Pleasure Course 480
72. Step by Step: A Motivational Instagram Account 486
73. Figurative Language! An Educational Autobiography 492
74. Of Power, Devotion and Betrayal: A Collection of Malaysian Princesses’
499
Folklores
75. Tell Me, How’s Everything? An Anthology of Poems to Increase the
505
Understanding of Figurative Language

I-RoLE2023, 13-14 March 2023, Physical & Online Page 4


Page
No. Title
Number
76. Oh, Lendu Youth 513
77. Living the Hard Life 520
78. Mirror, Mirror, on the Wall, Who Is the Best of Us All? 528
79. Beyond the Crowded Space: The Use of Podcast in Improving Psychological
535
Well-Being
80. Samdil: Same Music, Different Language 541
81. Bejalai: A YouTube Journey 547
82. Mind Your Language 552
83. Pop Music Podcast: A Bop or A Flop? 560
84. Exploring The English Language Teachers’ Beliefs And Practices In
Implementing CEFR-Aligned Formative Assessment In Malaysian Primary 570
Schools
85. Pencapaian Ucapan Bayi Sejak Lahir Hingga Dua Belas Bulan 575
86. Mengkaji Makna Bahasa Lukisan Kanak - Kanak Muda Usia 0-3 Tahun 585
87. Penelitian Terhadap Kesediaan, Motivasi Dan Faktor Persekitaran Murid
Bukan Penutur Natif Terhadap Pembelajaran Dan Pemudahcaraan Karangan 599
Respon Terbuka Di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur
88. Pengaruh Bahasa Ibunda Dalam Kalangan Murid Bukan Melayu Tahun 5
610
Semasa Menulis Karangan: Satu Kajian Kes
89. Meningkatkan Penguasaan Penulisan Karangan Naratif Murid Tahun 6
619
Menggunakan Kit Ikan Karang
90. Pengaruh Dialek Kedah Terhadap Fonetik Dan Leksikal Kata Soal Pelajar
633
Pismp: Satu Kajian Kes
91. Tahap Pengetahuan Guru Pelatih Mempengaruhi Kekerapan Pelaksanaan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 643
Subjek Bahasa Melayu

I-RoLE2023, 13-14 March 2023, Physical & Online Page 5


MENINGKATKAN PENGUASAAN PENULISAN KARANGAN
NARATIF MURID TAHUN 6 MENGGUNAKAN KIT IKAN
KARANG
Nur Arina Binti Che Man1, Mohd Faizul Hafiz Bin A Razak2, *Fauziah Hanim Binti Md Yusof3
1
Pismp Ambilan Jun 2019
2
Pensyarah Akademik, IPG Kampus Ipoh
3
Pensyarah kanan, IPG Kamps Ipoh
*Corresponding author

ABSTRAK:

Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan bagi membantu murid dalam membina karangan yang
mempunyai isi yang terhad dan tidak dapat mengemukakan isi yang bersesuaian dalam penulisan
karangan naratif. Reka bentuk kajian ini berpandukan model Kurt Lewin (1946). Peserta kajian
seramai lima orang murid tahun 6 dalam kategori pencapaian memuaskan sebagai peserta kajian.
Fokus utama kajian tindakan ini dijalankan adalah bagi meningkatkan keupayaan murid untuk
mengemukakan isi yang mencukupi dan bersesuaian dengan kehendak soalan penulisan
karangan naratif. Tindakan awal telah dilaksanakan melalui analisis dokumen dan pemerhatian
menerusi ujian diagnostik. Dapatan menunjukkan isu murid kekurangan idea yang bertepatan
dengan tajuk karangan serta isi yang terhad menyebabkan karangan yang dihasilkan adalah tidak
berkualiti. Bagi mengatasi isu ini, bahan bantu mengajar (BBM) Kit Ikan Karang telah
diperkenalkan dan diaplikasi sepanjang sesi PdP penulisan karangan naratif. Hasil pengumpulan
data menunjukkan impak Kit Ikan Karang yang positif ke atas murid berdasarkan analisis
dokumen, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Hal demikian dibuktikan dengan
penulisan karangan naratif yang lebih berkualiti dengan mengemukakan isi-isi yang bertepatan
dan memenuhi jumlah yang diperlukan. Justeru itu, dapat dikatakan bahawa Kit Ikan Karang
yang diperkenalkan dan digunapakai oleh guru berupaya membantu murid untuk
mengemukakan isi dan idea karangan naratif dengan baik.

Kata Kunci: Kit Ikan Karang, isi yang bersesuaian, karangan naratif, meningkatkan, penulisan

1. PENGENALAN

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu menawarkan lima
kemahiran asas yang perlu dipelajari oleh murid sejak sekolah rendah seperti kemahiran menulis
yang merupakan cabang kemahiran yang penting untuk melengkapkan proses kelangsungan
berbahasa (Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin, 2016). Kemahiran menulis melibatkan
penulisan karangan sering dikatakan sukar untuk dikuasai (Suppiah Nachiappan et al., 2018). Hal
demikian kerana terdapat pelbagai jenis karangan yang dipelajari oleh murid seperti karangan
terkawal, karangan separa terkawal, karangan berpandu, karangan separa berpandu dan karangan
bebas. Walaupun begitu, kajian ini memfokuskan kepada karangan bebas iaitu karangan naratif.
Menurut Faridah Nazir dan Faiziah Shamsudin (2016) karangannaratif merupakan karangan yang
berbentuk cerita, berita, laporan, rencana dan ulasan.
Oleh hal demikian, kebolehan mengolah isi, bahasa dan susunan organisasi yang baik
diperlukan dalam kemahiran menulis karangan naratif (Nur Fazalina Hussin & Suriana

I-RoLE2023, 13-14 March 2023, Physical & Online Page 619


Mohamed Bakri, 2014). Maka, kajian ini dijalankan bagi membantu murid berada pada tahap
memuaskan dan lemah bagi menguasai penulisan karangan naratif melibatkan pemerolehan isi
dan idea yang bersesuaian dengan tajuk karangan menggunakan bahan bantu mengajar (BBM)
Kit Ikan Karang. Hal ini bagi mencapai Standard Kandungan (SK) 3.7 menghasilkan penulisan
kreatif dalam pelbagai genre dengan betul serta Standard Pembelajaran (SP) 3.7.1 menghasilkan
perenggan yang kohesi dan koheren dengan betul. Melalui pemerolehan isi karangan yang
bertepatan ini, aspek koheren dan kohesi dapat dicapai dalam penulisan karangan naratif.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Berdasarkan sesi PdP yang lalu, pengkaji mendapati bahawa terdapat segelintir murid
tidak berupaya menghasilkan karangan yang bertepatan dengan tajuk karangan tanpa bimbingan
guru. Melalui pemerhatian, murid-murid ini mempunyai kesukaran dalam mencari dan
menghuraikan idea bagi menghasilkan sebuah karangan yang mempunyai pertautan antara
perenggan. Keadaan ini dapat dilihat melalui karangan yang dihasilkan oleh murid yang tidak
mempunyai isi yang bersesuaian, lari daripada tajuk karangan serta karangan yang pendek
disebabkan jumlah isi yang tidak mencukupi. Hal ini telah menyebabkan pengkaji terpanggil
untuk menjalankan kajian tindakan bagi membantu murid untuk menulis karangan naratif .

1.2 Pengumpulan Data Awal

Melalui kaedah pemerhatian dan analisis dokumen berdasarkan ujian diagnostik yang
dijalankan, pengkaji telah berjaya mengenal pasti lima orang peserta kajian yang berada padatahap
memuaskan. Hasil daripada penulisan karangan mereka, terdapat masalah yang melibatkan
kekurangan isi, isi tidak bersesuaian, tiada perenggan penutup berserta isi penutup dan tiada isi
huraian. Keadaan ini telah menjejaskan pemerolehan markah bagi bahagian isi iaitu purata
markah sebanyak 3.8 markah daripada 10 markah penuh.

Rajah 1 Karangan Isi Tidak Bersesuaian

1.3 Fokus Kajian

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengenal pasti kelemahan murid tahun enam
bagi menjana idea dalam penulisan karangan naratif Bahasa Melayu di sebuah sekolah daerah di
Kinta Utara, Perak. Merujuk DSKP Bahasa Melayu Tahun Enam, murid-murid mempelajari
penulisan karangan naratif dengan SP 3.7.2 yang menggariskan penghasilan penulisan imaginatif
dan deskriptif dengan bahasa yang menarik. Pengkajian ini dilihat dari segi penjanaan idea yang
tidak bertepatan dengan tajuk karangan naratif yang menyebabkan karangan yang dihasilkan
adalah tidak berkualiti dan tidak menarik.
I-RoLE2023, 13-14 March 2023, Physical & Online Page 620
Dalam kajian ini, murid dapat menulis dan menghasilkan karangan namun idea yang
dihasilkan adalah sedikit atau tidak bersesuaian dengan tajuk menyebabkan pengkaji ingin
memfokuskan kajian dari aspek ini. Menurut Nurul Aisyah Abdullah et al. (2016), penulisan
karangan yang lemah adalah disebabkan ketiadaan isi utama dan kelemahan penghuraian isi
utama melibatkan isi-isi sampingan. Hal demikian berkemungkinan kerana murid hanya menulis
beberapa ayat yang berkaitan dengan tajuk (Yusfaiza Yusof & Mohd Ishah Awang, 2012). Maka
dapat dikatakan bahawa murid mempunyai kesukaran dalam menjana idea yang bersesuaian bagi
menghasilkan sebuah karangan yang mempunyai pertautan antara perenggan.
Oleh hal demikian, pengkaji berpendapat bahawa penggunaan bahan bantu mengajar
(BBM) iaitu Kit Ikan Karang dapat membantu murid dalam merangka karangan dengan
membantu murid mencari isi karangan dengan lebih efektif. Kit Ikan Karang merupakan sejenis
BBM yang berkonsepkan peta minda iaitu peta tulang ikan. Kit ini berfungsi memudahkan
murid untuk mengisi idea seperti isi utama dan isi sampingan di dalam kit tersebut. Berdasarkan
kajian yang telah dilakukan oleh Yahya Othman dan Azmey Othman (2012), penggunaan
strategi peta minda berkesan dalam meningkatkan penulisan karangan argumentatif pelajar.
Karangan argumentatif ini juga merupakan salah satu jenis karangan naratif. Walau
bagaimanapun, kajian ini memfokuskan kepada karangan naratif cerita.
Kajian ini dirancang untuk meningkatkan pencapaian murid-murid Tahun Enam dalam
penulisan karangan naratif serta menambah baik amalan pengajaran guru di samping membantu
murid bagi menghasilkan penulisan karangan yang berkualiti menggunakan Kit Ikan Karang.

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:


1. Mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam penulisan karangan naratif
menggunakan Kit Ikan Karang dalam kalangan murid tahun 6.
2. Meningkatkan tahap penguasaan murid tahun 6 dalam penulisan karangan naratif
menggunakan Kit Ikan Karang.
3. Memerihalkan amalan penambahbaikan pedagogi guru dalam meningkatkan penguasaan
murid dalam penulisan karangan naratif dengan menggunakanKit Ikan Karang.

1.5 Soalan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi menjawab soalan berikut:


1. Bagaimanakah tahap penguasaan murid dalam penulisan karangan naratif dengan
menggunakan Kit Ikan Karang?
2. Adakah Kit Ikan Karang dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam penulisan
karangan naratif dalam kalangan murid tahun 6?
3. Bagaimanakah guru menambah baik amalan pedagogi bagi meningkatkan pencapaian
murid tahun 6 dalam penulisan karangan naratif melalui penggunaan Kit Ikan Karang?

1.6 Peserta Kajian

Pengkaji sebagai guru Bahasa Melayu memilih untuk melaksanakan kajian ini di sebuah
sekolah rendah di daerah Kinta Utara, Perak Darul Ridzuan. Kajian ini dijalankan ke atas lima
orang murid tahun enam yang dipilih daripada 25 orang murid berdasarkan hasil ujian diagnostik
yang dijalankan. Peserta kajian ini melibatkan kedua-dua jenis jantina iaitu dua orang lelaki dan
tiga orang perempuan. Kebanyakan murid di dalam kelas ini terdiri daripada keluarga yang
sederhana dan mempunyai prestasi akademik yang pelbagai kerana tiada perkelasan mengikut

I-RoLE2023, 13-14 March 2023, Physical & Online Page 621


tahap akademik murid.
Walau bagaimanapun, peserta kajian merupakan murid tahun enam yang berada pada
tahap memuaskan dalam prestasi akademik bagi subjek Bahasa Melayu. Mereka merupakan
murid yang mempunyai masalah dalam penulisan karangan khususnya dalam menjana idea dan
memberikan isi karangan. Peserta kajian juga pernah mempelajari penulisan karangan pada sesi
pembelajaran yang lepas namun masih belum dapat menguasai dengan baik. Berdasarkan
batasan kajian yang telah dinyatakan, kajian ini tidak dapat mewakili kepada semua murid di
dalam sekolah tersebut tetapi hanya layak digunakan ke atas lima orang peserta kajian sahaja.
Walaupun begitu, dapatan kajian ini dapat dijadikanrujukan dan garis panduan bagi pembelajaran
kemahiran menulis melibatkan penulisan karangan dengan menggunakan Kit Ikan Karang.

2. TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Kajian yang dijalankan ini berpandukan model Kurt Lewin (1946) yang meibatkan empat
proses utama. Menurut Norhana Binti Mohamad Saad dan Wan Norsilawati Wan Mamat (2022),
model ini merupakan suatu inisiatif meliputi proses merancang, melaksana, memerhati dan
membuat refleksi dalam menganalisis data.

Rajah 2 Adaptasi Model Penyelidikan Kurt Lewin (1946)

Berdasarkan Rajah 1 berikut, keempat-empat proses ini dibahagikan kepada tiga minggu
bagi mengumpulkan data-data yang diperlukan dalam kajian ini. Setelah mengenal pasti peserta
kajian, ujian pra diberikan pada minggu pertama bagi mengetahui tahap prestasi peserta kajian
dalam penulisan karangan naratif. Seterusnya, pada minggu kedua, Kit Ikan Karang
diperkenalkan secara berperingkat dan digunakan oleh peserta kajian sehingga dapat menghasilkan
sebuah karangan naratif. Pada minggu ketiga, ujian pos yang mempunyai soalan yang sama
dengan ujian pra diberikan untuk menganalisis perbezaan skor di antara kedua-dua ujian bagi
mengetahui keberkesanan intervensi yang dijalankan. Pada akhir sekali, refleksi dilakukan bagi
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kajian yang dijalankan. Walau bagaimanapun, langkah
tindakan ini dijalankan berdasarkan perancangan dalam Jadual 1 berikut yang lebih terperinci
selama tiga minggu.

I-RoLE2023, 13-14 March 2023, Physical & Online Page 622


Masa Aktiviti Huraian Instrumen
Minggu 1 Ujian Pra - Peserta kajian diberikan ujian pra - Ujian Pra Penulisan
penulisan karangan naratif berkaitan Karangan Naratif
sambutan hari kemerdekaan di sekolah.
Minggu 2 Intervensi 1: - Peserta kajian diperkenalkan dan - Kit Ikan Karang
PeneranganKit diterangkan mengenai Kit IkanKarang - Slaid Pembelajaran
Ikan Karang dan cara menggunakannya. - Komputer riba
- Projektor LCD
Intervensi 2: - Peserta kajian diberi peluang untuk - Kit Ikan Karang
PengenalanKit mempraktikkan cara-cara menggunakan- Karangan Percutian
Ikan Karang Kit Ikan Karang. Keluarga
Intervensi 3: - Peserta kajian merangka karangan - Kit Ikan Karang
Merangka menggunakan Kit Ikan Karang bagi - Lembaran kerja
Karangan menghasilkan karangan naratif dengan “Gotong-royong di
MenggunakanKit bimbingan guru. sekolah”
Ikan Karang
Intervensi 4: - Peserta kajian diberikan topik dan - Kit Ikan Karang
Menulis menggunakan Kit Ikan Karang bagi - Lembaran kerja
Karangan merangka karangan untuk menghasilkan “Pengalaman Pulang
MenggunakanKit karangan naratif tanpa bimbingan guru. ke Kampung”
Ikan Karang
Minggu 3 Ujian Pos - Murid diberikan ujian pos penulisan - Ujian Pos Penulisan
karangan naratif berkaitan sambutan hari Karangan Naratif
kemerdekaan di sekolah.
Jadual 1 Jadual Pelaksanaan Tindakan

2.1 Kaedah Mengumpul dan Menganalisis Data

Penentuan kaedah pengumpulan data adalah berdasarkan kerelevanan situasi, objektif


kajian dan kepakaran pengkaji (Chow & Jaizah, 2011). Pengkaji bercadang untuk menggunakan
tiga kaedah pengumpulan data bagi mendapatkan data secara holistik iaitu ujian penilaian,
pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Kaedah-kaedah ini dijalankan sebelum, semasa
dan selepas penggunaan Kit Ikan Karang bagi meningkatkan kesahan data yang diperoleh. Jadual
2 berikut menunjukkan instrumen yang digunakan bagi melaksanakan kaedah yang dipilih.

Bil. Kaedah Instrumen


1. Ujian  Ujian Diagnostik
 Ujian Pra
 Ujian Pos

2. Pemerhatian  Senarai semak Ya – Tidak


3. Temu bual  Transkripsi temu bual
Jadual 2 Kaedah Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan tiga jenis ujian ke atas peserta kajian iaitu
ujian diagnostik, ujian pra dan ujian pos. Ujian diagnostik merupakan instrumen bagi mengesan
kelemahan dan masalah sebenar murid di peringkat awal (Yuznaili Saleh, 2020). Hal ini
memudahkan pengkaji bagi merancang kaedah penyelesaian masalah yang sesuai. Ujian pra dan
I-RoLE2023, 13-14 March 2023, Physical & Online Page 623
ujian pos pula merupakan instrumen yang berfungsi bagi mengumpul data pencapaian murid
melalui kiraan skor yang diperoleh oleh peserta kajian. Kiraan skor adalah berpandukan rubrik
pemarkahan yang disediakan. Instrumen ini melibatkan satu soalan penulisan karangan naratif
yang mengandungi 10 markah bagi bahagian isi. Masa yang diperuntukkan adalah selama 45
minit dan penilaian karangan berdasarkan satu isi dalam perenggan pendahuluan dan penutup
serta empat isi utama dan huraian dalam perenggan isi.
Seterusnya, kaedah pemerhatian berstruktur bertujuan mengumpul data dengan
mengamati tingkah laku peserta kajian berdasarkan aspek-aspek yang disenaraikan dalam borang
senarai semak yang disediakan. Item 1 melibatkan pendedahan Kit Ikan Karang secara terancang
manakala Item 2 mengenai penglibatan murid sepanjang penggunaan Kit Ikan Karang.
Seterusnya, Item 3 dan Item 4 pula berkaitan reaksi dan tingkah laku peserta kajian terhadap Kit
Ikan Karang dan item terakhir iaitu Item 5 melibatkan pencapaian yang diperoleh oleh peserta
kajian selepas menggunakan Kit Ikan Karang. Akhir sekali, kaedah temu bual dijalankan
bersama-sama guru Bahasa Melayu Tahun 6 sebelum dan selepas Kit Ikan Karang diaplikasikan
untuk mengetahui persepsi dan pandangan guru terhadap kajian yang dijalankan. Kemudian
kaedah temu bual berstuktur dijalankan ke atas peserta kajian dalam tempoh 6 minit bagi
menjawab lima soalan temu bual melibatkan jawapan-jawapan yang terhad seperti “ya” atau
“tidak”. Data-data ini direkodkan bagi dianalisis seperti dalam jadual di bawah.

Bil. Kaedah Instrumen Kaedah Menganalisis


1. Ujian - Ujian Pra Statitsik Deskriptif menggunakan
- Ujian Pos penskoran
Analisis Dokumen
2. Pemerhatian - Senarai semak Ya – Tidak Statistik Deskriptif menggunakan
(Kemahiran peratusan

3. Temu bual - Transkripsi temu bual Analisis kandungan


Analisis tematik
Jadual 3 Kaedah Menganalisis Data

2.2 Kaedah Menyemak Data

Salah satu cara untuk memberikan kepercayaan yang tinggi terhadap data kualitatif yang
diperoleh adalah dengan menggunakan kaedah triangulasi melibatkan pelbagai jenis kaedah
(Kamarul Azmi Jasmi, 2012). Hal demikian kerana triangulasi melibatkan penggunaan pelbagai
kaedah pengumpulan data yang dapat meningkatkan kesahan dan kepercayaan yang tinggi
kerana data yang diperoleh daripada satu teknik diperkukuhkan lagi oleh teknik yang lain
(Zanaton Iksan et al., 2016). Berdasarkan kaedah triangulasi ini, pengkaji menggunakan tiga
kaedah yang berbeza iaitu ujian pra dan pos, pendekatan pemerhatian dan temu bual bagi
mengumpul dan menganalisis data dalam kajian ini.

3. DAPATAN KAJIAN

Setelah langkah tindakan dan pengumpulan data dilaksanakan, hasil dapatan data di rekod dan
dianalisis. Bagi ujian pra dan pos, pengkaji ingin melihat sejauh mana kesan Kit Ikan Karang
terhadap pencapaian penulisan karangan naratif murid. Perbandingan skor ujian pra dan ujian
pos yang di kumpul direkodkan dalam graf berikut.

I-RoLE2023, 13-14 March 2023, Physical & Online Page 624


Skor

Peserta Kajian

Rajah 3 Perbandingan Skor Ujian Pra dan Pos Peserta Kajian

Berdasarkan Rajah 3 di atas, terdapat perbezaan yang ketara antara skor ujian pra dan pos peserta
kajian. Perbandingan skor ujian pra dan ujian pos bagi setiap peserta kajian dianalisis secara lebih
terperinci pada rajah dan jadual berikut.

Pesertakajian Skor
Aspek Ujian Pra Ujian Pos Perbezaan
Pendahuluan 1 1 0
PK 1 Isi 2 3 8 10 +6 +7
Penutup 0 1 +1
Pendahuluan 1 1 0
PK 2 Isi 2 4 8 10 +6 +6
Penutup 1 1 0
Pendahuluan 1 1 0
PK 3 Isi 3 4 8 10 +5 +6
Penutup 0 1 +1
Pendahuluan 1 1 0
PK 4 Isi 3 5 8 10 +5 +5
Penutup 1 1 0
Pendahuluan 1 1 0
PK 5 Isi 1 3 8 10 +7 +7
Penutup 1 1 0
Jadual 4 Rekod markah peserta kajian

Berdasarkan graf dan Jadual 3 berikut, dapat dilihat perbezaan skor ujian pra dan ujian pos
bagi setiap peserta kajian yang menunjukkan peningkatan bagi setiap skor berikut . Hal ini
dibuktikan dengan skor ujian pos yang lebih tinggi berbanding skor ujian pra. Maka, pencapaian
murid yang meningkat daripada tahap memuaskan kepada tahap cemerlang menunjukkan kesan
I-RoLE2023, 13-14 March 2023, Physical & Online Page 625
Kit Ikan Karang yang positif dalam meningkatkan penguasaan penulisan karangan naratif murid.
Seterusnya, graf berikut merupakan hasil data yang direkodkan daripada pemerhatian berstruktur
yang dijalankan.
Berdasarkah Rajah 4, aspek 1, 3 dan 5 mempunyai bilangan kekerapa‘Ya’ yang sama iaitu
5 yang mewakili 100%. Seterusnya bagi aspek 2 dan 4 pula, bilangan kekerapan ‘Ya’ hanya
sebanyak 4 yang mewakili 80% kerana terdapat satu bilangan ‘tidak’ pada aspek tersebut
mewakili 20%. Hasil pengumpulan data ini telah direkodkan dalam jadual berikut.
Kekerapan Ya-Tidak

Rajah 4 Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian

I-RoLE2023, 13-14 March 2023, Physical & Online Page 626


Jadual 5 Borang Senarai Semak Pemerhatian Berstruktur

Berdasarkan hasil pemerhatian berstruktur yang dijalankan, semua peserta kajian


mendapat pendedahan Kit Ikan Karang dengan tersusun seperti yang dirancang , memberikanfokus
semasa aktiviti pembelajaran dijalankan, serta melepasi markah tahap cemerlang semasa
menyiapkan latihan menggunakan Kit Ikan Karang. Walau bagaimanapun, hampir semua peserta
kajian kecuali peserta kajian 1 berupaya melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti
pembelajaran menggunakan Kit Ikan Karang berlangsung dan menjawab pertanyaan guru
dengan aktif. Hal ini berkemungkinan berpunca daripada sikap pemalu peserta kajian 1 yang
hanya menjawab apabila ditanya oleh guru.

Individu Transkripsi Tema


Pengkaji :Seterusnya, apakah pendapat cikgu mengenai pencapaian
murid setelah menggunakan Kit Ikan Karang?

Guru :Dari segi penggunaan Kit Ikan Karang ini, sangat mudahlah
untuk saya sediakan pada setiap orang murid serta ringkas

I-RoLE2023, 13-14 March 2023, Physical & Online Page 627


dan padat. Berdasarkan pengalaman saya mengajar, Kit Ikan
Karang memudahkan saya untuk mengajar murid cara
untuk mencari isi dengan mudah. Saya hanya perlu Mudah
menerangkan tajuk kemudian murid boleh terus menggunakan
Kit Ikan Karang untuk memberikan isi-isi karangan yang
sesuai. Bagi saya, ini memudahkan kerja saya untuk
membimbing murid
serta melancarkan sesi PdP saya.
Pengkaji :Adakah Kit Ikan Karang membantu cikgu dalam sesi
pengajaran karangan naratif?
Guru :Sangat membantu! Pada awalnya, saya perlu
berbincang dengan murid-murid mengenai isi karangan.
Tetapi kali ini saya hanya perlu menerangkan tajuk serta
berkongsi idea jika diperlukan sahaja. Mereka dapat Membantu
mencari isi dengan sendiri apabila menggunakan Kit Ikan
Karang ini dan sangat kreatif. Saya sangat bersyukurlah
melihat situasi
ini dalam sesi PdP saya.
Pengkaji :Adakah Kit Ikan Karang ini berupaya meningkatkan amalan
pedagogi dalam penulisan karangan naratif?

Guru :Bagi pendapat saya, ya. Kit Ikan Karang ini mampu Berkesan
meningkatkan amalan pedagogi dalam penulisan karangan
naratif. Saya dapat lihat kesan yang
memberangsangkan daripada murid-murid serta
memudahkan sesi PdP saya juga. Dari segi itu, saya juga bukan
sahaja menggunakan buku teks dalam sesi PdP tetapi
menambah penggunaan BBM lain seperti Kit Ikan Karang ini.
Ada kelainanlah berbanding sesi PdP saya yang lalu. Maka Kit
Karang ni meningkatkan amalan pedagogi saya.
Jadual 6 Analisis Tematik Transkripsi Temu Bual bersama Guru Bahasa Melayu

Berdasarkan transkripsi temu bual di atas, dapat dikatakan penggunaan BBM Kit Ikan
Karang telah berjaya memudahkan dan membantu guru untuk menghasilkan satu sesi PdP yang
berkesan. Hal ini dapat dilihat daripada maklum balas guru yang mengatakan sesi PdP beliau
menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan lancar. Selain itu, Kit Ikan Karang turut membantu
guru dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid dan bahan serta bertindak sebagai
fasilitator dengan lebih maksimum. Oleh itu, beliau memberikan maklum balas yang positif
terhadap penggunaan Kit Ikan Karang dalam sesi PdP beliau yang dikatakan memberi kesan
yang memberangsangkan kepada murid.

Objektif Kajian 1: Bagaimanakah tahap penguasaan murid dalam penulisan karangan


naratif dengan menggunakan Kit Ikan Karang?

Berdasarkan ujian diagnostik yang dijalankan, telah didapati bahawa seramai lima orang murid
daripada 25 orang murid bersamaan 20% berada pada tahap memuaskan dalam penulisan
karangan naratif. Melalui ini, lima orang murid ini dijadikan peserta kajian dan diberikan
intervensi menggunakan Kit Ikan Karang. Hasil perbandingan ujian pra dan pos kelima-lima
peserta kajian ini telah mendapati bahawa tahap penguasaan murid berubah daritahap memuaskan
kepada tahap cemerlang dengan menggunakan Kit Ikan Karang. Oleh itu dapat dikatakan tahap

I-RoLE2023, 13-14 March 2023, Physical & Online Page 628


penguasaan murid dalam penulisan karangan naratif dengan menggunakan Kit Ikan Karang
adalah berada pada tahap yang cemerlang.

Soalan Kajian 2: Adakah Kit Ikan Karang dapat meningkatkan tahap penguasaan murid
dalam penulisan karangan naratif dalam kalangan murid tahun 6?

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, aspek 5 telah mendapati bahawa peserta kajian
berjaya melepasi markah tahap cemerlang semasa menjalankan latihan menggunakan Kit Ikan
Karang. Selain itu, terdapat perbezaan yang ketara di antara markah ujian pra dan ujian pos yang
menunjukkan peningkatan markah sehingga mencapai markah penuh bagi aspek isi dalam
penulisan karangan naratif iaitu 10 markah. Oleh itu, tahap penguasaan murid yang berada pada
tahap memuaskan berjaya ditingkatkan kepada tahap yang cemerlang. Hal ini menunjukkan Kit
Ikan Karang berjaya meningkatkan tahap penguasaan murid dalam penulisan karangan naratif.

Soalan Kajian 3: Bagaimanakah guru menambah baik amalan pedagogi bagi


meningkatkan pencapaian murid tahun 6 dalam penulisan karangan naratif melalui
penggunaan Kit Ikan Karang?

Berdasarkan transkripsi temu bual ini, terdapat tiga tema yang berjaya dikenal pasti iaitu
mudah, membantu dan berkesan. Melalui tema-tema ini, dapat dikatakan bahawa Kit Ikan
Karang telah berjaya memudahkan dan membantu sesi PdP yang dijalankan oleh guru sehingga
berkesan. Keadaan ini telah berjaya menambah baik amalan pedagogi guru tersebut. Hal ini
dibuktikan dengan pendapat guru yang menyatakan Kit Ikan Karang ini telah berupaya
meningkatkan amalan pedagogi beliau kerana mudah digunakan oleh murid secara kendiri serta
dapat dipelbagaikan bagi murid tahap dua yang lain. Kit Ikan Karang telah berjaya membolehkan
murid meneroka isi karangan secara kendiri menyebabkan pendekatan pembelajaran beliau yang
berpusatkan guru berubah kepada berpusatkan bahan dan murid. Secara tidak langsungnya, Kit
Ikan Karang telah berjaya meningkatkan penglibatan aktif murid di dalam kelas dan menjadi guru
sebagai fasilitator sesuai dengan tuntutan Pendidikan Abad ke-21 (PAK-21).

Menyemak Data

Sumber Data Soalan Kajian 1 Soalan Kajian 2 Soalan Kajian 3


Markah ujian pos Markah ujian pos Murid berjaya
mencapai tahap adalah lebih tinggi mengemukakan 10 isi dalam
Ujian cemerlang. berbanding ujian latihan penulisan
pra. karangan naratif.

Murid memberikan 10 Murid berjaya Murid dapat menghasilkan


isi dalam penulisan melepasi markah karangannaratif secara
Pemerhatian karangannaratif iaitu cemerlang dalam kendiri.
pada latihan penulisan
tahap cemerlang. karangan naratif.

I-RoLE2023, 13-14 March 2023, Physical & Online Page 629


Guru berpendapat Guru menyatakan Kit Ikan Karang berjaya
murid berjaya terdapat peningkatan menambah baik amalan
mencapai tahap tahap penguasaan pedagogi guru dengan
Temu Bual cemerlang. murid. melaksanakan pendekatan
berpusatkan
murid dan bahan.

Jadual 7 Perbandingan Hasil Data Triangulasi Kaedah

Berdasarkan jadual berikut, ketiga-tiga hasil data menunjukkan impak positif Kit Ikan
Karang terhadap tahap penguasaan penulisan karangan naratif murid. Ketiga-tiga kaedah yang
digunakan telah berjaya menjawab soalan kajian yang dikemukakan serta saling mengukuhkan
antara dapatan data yang diperolehi. Kaedah ujian menunjukkan murid berada pada tahap
cemerlang kerana berjaya melepasi markah cemerlang melalui kaedah pemerhatian. Berdasarkan
temu bual, guru juga berpendapat bahawa Kit Ikan Karang berjaya menambah baik amalan
pedagogi guru serta meningkatkan penguasaan murid dalam Maka, data ini dapat diterima dan
mencapai objektif kajian yang ditetapkan.

4. REFLEKSI

Hasil kajian yang dijalankan berjaya membuktikan keberkesanan penggunaan BBM Kit
Ikan Karang dalam meningkatkan penguasaan penulisan karangan naratif murid Tahun 6. Hal ini
dapat ditinjau berdasarkan peningkatan markah isi bagi penulisan karangan naratif ujian pos
berbanding ujian pra yang dijalankan. Dari sudut kekuatan BBM Kit Ikan Karang mengandungi
seluruh aspek yang perlu ada di dalam penulisan karangan naratif. Oleh itu, peserta kajian dapat
menguasai teknik penulisan karangan naratif bermula dari pendahuluan, isi dan penutup.
Seterusnya, BBM Kit Ikan Karang telah berjaya menarik minat peserta kajian dan meningkatkan
tahap pengetahuan peserta kajian terhadap penulisan karangan naratif. Menurut Abdul Rasid
Jamian dan Hasmah Ismail (2013), penggunaan BBM dapat menghasilkan pembelajaran yang
menyeronokkan dan berkesan dengan menarik minat murid dalam sesi PdP. Hal demikian kerana
penggunaan BBM yang mudah dan ringkas juga berjaya menarik minat peserta kajian sehinggakan
mereka dapat menguasainya dengan mudah. Latihan demi Latihan membolehkan peserta kajian
untuk menguasai penulisan karangan naratif dan meningkatkan pencapaian mereka.
Menerusi kajian ini, pengkaji telah berjaya menyumbangkan satu BBM dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak sebagai suatu usaha
menambah baik bidang pendidikan. Menurut Ling dan Norasmah Othman (2018), salah satu
aspek yang dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru ialah sumber pengajaran melibatkan
penggunaan BBM. Walaupun begitu, dari segi kelemahan pengkaji mendapati bahawa
penyediaan Kit Ikan Karang agak mencabar kerana perlu dicetak dan dipotong. Oleh hal
demikian, pengkaji berhasrat untuk menghasilkan Kit Ikan Karang dalam bentuk modul buku
yang dapat dijadikan buku latihan murid sebagai penambahbaikan. Tambahan lagi, melihat
kepada kemajuan teknologi pada masa kini, Kit Ikan Karang juga boleh dihasilkan dalam bentuk
aplikasi yang mudah untuk diakses menggunakan peranti pintar dan internet.

5. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Melalui kajian yang telah dilaksanakan, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh
dilakukan bagi memantapkan lagi Kit Ikan Karang dalam memenuhi keperluan-keperluan
pembelajaran dan berkembang luas dalam bidang pendidikan. Cadangan tindakan susulan yang

I-RoLE2023, 13-14 March 2023, Physical & Online Page 630


pertama melibatkan penghasilan sebuah modul Kit Ikan Karang yang boleh dipakai terus oleh
murid untuk menghasilkan rangka karangan dan penulisan karangan naratif. Selain itu, Zulkifli
Md Yunus dan Shalizan Kadir (2022) berpendapat bahawa penghasilan aplikasi bersesuaian
dengan situasi pembelajaran masa kini yang boleh menarik minat murid. Melalui ini, Kit Ikan
Karang boleh dijadikan dalam bentuk aplikasi digital yang boleh diakses melalui peranti pintar di
mana-mana atau bila-bila masa oleh murid dan guru. Aplikasi ini turut dapat dimuatkan dalam
laman web DELIMa oleh pihak KPM supaya mudah diakses oleh pendidik- pendidik di seluruh
negara.
Seterusnya, Kit Ikan Karang juga boleh diperluaskan bagi penghasilan karangan -
karangan lain seperti karangan fakta, autobiografi dan sebagainya serta dipelbagaikan dalam
bahasa-bahasa lain. Dari segi murid, Kit Ikan Karang boleh diluaskan penggunaannya oleh
murid tahun empat, lima dan enam serta murid-murid yang berprestasi cemerlang dan baik. Oleh
itu, Kit Ikan Karang dapat membimbing murid tahap dua untuk menghasilkan karangan naratif
yang berkualiti. Selain itu, Muhammad Hayat Khan et al. (2021) menyatakan bahawa
pelaksanaan aktiviti perkongsian pembelajaran sangat digalakkan untuk meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan guru. Oleh hal demikian, perkongsian Kit Ikan Karang kepada guru-
guru Bahasa Melayu di pelbagai sekolah seluruh Malaysia boleh dilaksanakan bagi membantu
guru menambah baik amalan pedagogi dan murid menguasai aspek penulisan karangan naratif
cerita yang begitu sinonim dengan murid sekolah rendah.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(2),
49-63.
Chow, F.M., & Jaizah Mahmud. (2011). Kajian tindakan: konsep dan amalan dalam
pengajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin. (2016). Pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Sasbadi
Sdn. Bhd.
Kamarul Azmi Jasmi. (2012, Mac 28). Kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif.
Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository. http://eprints.utm.my/id/epri
nt/41093/1/KamarulAzmiJasmi2012_Kesahan%26KebolehpercayaanKajianKualitatif.
pdf.
Ling, C. J. & Norasmah Othman. (2018). Amalan penyeliaan dan hubungannya dalam
meningkatkan kualiti pengajaran guru. International Journal of Education, Psychology
and Counselling, 3(22), 28-48.
Muhammad Hayat Khan, Ahmad Zabidi Abdul Razak, & Husaina Banu Kenayathulla. (2021).
Professional learning community, trust, and teacher professional development in
malaysian secondary schools. Jurnal Pendidikan Malaysia, 46(1), 25-37.
Norhana Binti Mohamad Saad & Wan Norsilawati Wan Mamat (2022), GeoMe3 Smart Kit
meningkatkan kefahaman konsep poligon dalam kalangan murid tingkatan 2 Al Bukhari.
International Journal Of Education, Islamic Studies And Social Science Research, 6(1),
51-60.
Nurul Aisyah Abdullah, Zamri Mahamod & Nor Azwa Hanum Nor Shaid. (2016). Faktor -faktor
yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 1-9.
Nur Fazalina Hussin & Suriana Mohamed Bakri. (2014). Gaya Bahasa Perbandingan dalam
penulisan karangan naratif. Menyemai bahasa menuai budi: Seminar Bahasa Melayu.
Academy of Singapore Teachers. https://academyofsingaporeteachers.moe.edu.sg/d
ocs/librariesprovider6/ml-poetry-sg50/seminar-bahasa-melayu-2014/kertas-kerjasesi-

I-RoLE2023, 13-14 March 2023, Physical & Online Page 631


sidang-selari/paper_4.pdf
Suppiah Nachiappan, Gan, S. Y., & Sangkari Chandra Sehgar. (2018). Aplikasi kemahiran
kognisi dalam pengajaran dan pembelajaran karangan Bahasa Melayu di SJK (cina)
daerah Sabak Bernam. PENDETA Journal of Malay Language, Education and
Literature, 9, 32-40.
Yahya Othman & Azmey Othman (2012). Keberkesanan penggunaan peta minda dalam
pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah sekolah menengah Arab
di Negara Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2, 32-45.
Yusfaiza Yusuff & Mohd Isha Awang. (2012). Aplikasi pembelajaran jigsaw ii dalam
pengajaran penulisan bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2), 62-70.
Yuznaili Saleh. (2020). Pembangunan ujian diagnostik kemahiran menulis Bahasa Melayu.
Jurnal Penyelidikan Ilmu IPGM, 4(4), 42-52.
Zanaton Iksan, Salasiah Hanin Hamjah, Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Mohd Noor Saper.
Kualiti ilmu berasaskan kesahan dan kebolehpercayaan data dalam penyebaran ilmu
Islam: perbincangan berasaskan kajian kualitatif. Jurnal Hadhari, 8(1), 13-30.
Zulkifli Md Yunus & Shalizan Bin Kadir. (2022). Pembangunan aplikasi Smartec sebagai bahan
bantu mengajar bagi kursus DET20033 electrical circuit di politeknik Kota Kinabalu.
Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 5(15), 87-93.

I-RoLE2023, 13-14 March 2023, Physical & Online Page 632

You might also like