10 Tempat Menarik Di Bukit Tinggi Pahang | Wow Syoknya !
Hari ni CV nak bawa anda berjalan-jalan ke Bukit Tinggi Pahang. Jangan keliru ya. Bukit Tinggi ada banyak tempat. Dekat Indonesia pun ada Bukit Tinggi. Tapi kali ni CV bawa anda ke Bukit Tinggi Pahang, Malaysia.
Ianya terletak di tengah-tengah antara bandar Bentong dan Kuala Lumpur melalui lebuhraya Karak. Perjalanan dari exit Bukit Tinggi Pahang ke puncak mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Di Bukit Tinggi Pahang ini ada resort yang dulu namanya Bukit Tinggi Resort. Sekarang ia sudah bertukar kepada Berjaya Hill Resort.
Banyak tempat menarik di Bukit Tinggi Pahang yang boleh anda jelajahi. Jom CV bawa anda satu-persatu tempat menarik yang boleh anda pergi.
1. Botanical Garden
Pertama sekali kita akan pergi ke Botanical Garden. Di sini adalah syurga bagi pencinta flora kerana terdapat banyak tumbuh-tumbuhan hijau di sini.
Cuaca di sini sejuk juga jadi anda akan lihat terdapat juga pokok buah-buahan seperti strawberi yang boleh tumbuh di sini.
Apa yang bagusnya di sini terdapat papan nama bagi tumbuh-tumbuhan untuk anda mengenali setiap tumbuhan. Sambil berjalan-jalan sambil mengenali pokok-pokok gitu.
Perjalanannya agak mendaki, jadi ia tak sesuai bagi golongan yang kurang upaya. Pasangan muda-muda yang gagah sesuailah tempat begini.
2. Japanese Village
Ok seterusnya kita pergi ke Japanese Village. Jika nak tengok suasana di Jepun, tak perlu lagi terbang jauh-jauh ke sana. Singgah saja di Bukit Tinggi Pahang ini.
Di Japanese Village ini anda akan merasai suasana bagaimana keadaan di Jepun. Bentuk rumah Jepun, set meja makan Jepun, dan rekaan dinding negara Jepun.
Bolehlah feel-feel duduk Jepun sebentar di sini.
3. Colmar Tropicale – Tempat menarik di
Bukit Tinggi, Pahang
Ok lepas rasa feel duduk Jepun, kita nak rasa feel duduk Perancis pulak. Jadi kita akan pergi ke Colmar Tropicale.
Dengar nama je dah bunyi macam Perancis kan? Ya betul. Nama tersebut memang asalnya daripada Perancis.
Rekaan yang terdapat di Colmar Tropicale adalah diambil dari sebuah tempat di Perancis yang bernama Alsace. Rekaannya di Perancis adalah diliham dari beberapa kampung seperti Riquewihr, Turckheim dan Kaysersberg. Itu semua nama-nama kampung di Perancis.
Bila anda masuk ke pintu masuk Colmar Tropicale ni, anda boleh dengar music ala-ala negara Perancis gitu. Jika anda bernasib baik, anda akan berjumpa pekerja-pekerja yang berpakaian ala Perancis di sini.
Ada beberapa cafe dan kedai-kedai pameran yang direka seperti suasana di Perancis. Anda juga boleh ke observation tower untuk melihat suasana dari atas. Kawasan di tidak begitu luas, tetapi ianya cukup untuk menggambarkan suasana perkampungan Perancis.
So kalau isteri-isteri yang nak feel rasa di Perancis tapi bajet belum ada, pergi sahaja ke Colmar Tropicale.
4. Animal Park
Baiklah, sekarang kita nak berjalan pula ke Animal Park. Di Bukit Tinggi, Pahang ini ada suatu tempat yang disukai kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Animal Park ini menempatkan beberapa haiwan seperti rusa, arnab, dan guinea pig. Di dalam animal park ini terdapat playground untuk anak-anak bermain.
Sambil bermain playground sambil bermain dengan haiwan-haiwan tersebut. Ianya pasti menambah pengalaman anak-anak bermain dengan haiwan.
Kawasannya sesuai untuk anak-anak kecil yang sukakan haiwan. Jika anak-anak jumpa arnab jinak di sini, pasti tak lepas peluang untuk memberi makan, bermain dan membelainya.
5. Adventure Park
Baiklah, lepas dah manja-manja dengan haiwan peliharaan kita akan ke tempat yang lebih mencabar. Jom kita ke Adventure Park! Pilihan tempat menarik di Bukit Tinggi yang seterusnya.
Apa aktiviti yang ada di sini? Di Adventure Park ada aktiviti seperti Canopy Walk, Flying Fox, Wall Climbing, ATV, dan Paintball.
Di sini pastinya menarik minat mereka yang sukakan aktiviti lasak. Terutama remaja muda-mudi yang belajar di kolej, yang sedang cuti semester tu. Pasti seronok sekali di sini.
Boleh anda cuba satu persatu aktiviti di sini. Anda pasti akan merasa puas dengan setiap aktiviti lasak di sini.
6. Horse Trails
Seterusnya kita akan ke Horse Trails. Ianya terletak berhampiran Colmar Tropicale. Ini juga tempat menarik di Bukit Tinggi yang wajib anda kunjungi.
Ini aktiviti yang admin suka. Menaiki kuda! Menaiki kudalah kita panggil sebab kuda ini akan dipandu oleh pengendali kuda terlatih.
Terdapat pelbagai jenis kuda disediakan di sini. Ada akan dibawa berjalan-jalan mengelilingi kawasan Bukit Tinggi Pahang dengan dipandu oleh pengendali kuda terlatih.
Anda pasti akan seronok menaiki kuda sambil menikmati pemandangan flora dan fauna yang indah di Bukit Tinggi Pahang ini.
7. The Waterway Villa
Seterusnya kita akan ke The Waterway Villa. Salah satu tempat menarik di Bukit Tinggi Pahang. Jika anda datang ke Bukit Tinggi Pahang, jangan lepaskan peluang untuk datang ke The Waterway Villa.
Kolam yang cantik itu pasti memukau pandangan anda untuk bermandi-manda di sini. Kalau anak-anak tengok pastilah seronok mereka.
Villa ini adalah kawasan persendirian yang terdapat di Bukit Tinggi Pahang. Terdapat pelbagai rekaan villa yang terdapat seperti Villa ala Bali, Villa Buluh, dan Villa Moden.
Luangkan masa seketika untuk menikmati keindahan alam dengan villa yang menarik di The Waterway Villa.
8. The Chateau Spa & Organic Wellness Resort
Selepas penat berjalan dan bermain, kita akan berehat-rehat pula di The Chateau Spa & Organic Wellness Resort.
Manjakan diri dengan spa yang indah dah mewah. The Chateau Spa & Organic Wellness Resort menawarkan penginapan yang cantik dan disediakan spa untuk kecantikan badan.
Indah sungguh isteri-isteri jika dibawa ke sini. Setelah berpenah-lelah berjalan-jalan, dibawa ke pusat spa bagai ke mahligai yang indah. Pasti segar selepas menikmati urutan di spa.
9. Tatami Spa
Satu lagi tempat menarik di Bukit Tinggi ialah Tatami Spa. Ia juga merupakan spa yang terletak di berdekatan Colmar Tropicale.
Spa di sini ala-ala Jepun. Rekaan bilik spa urutan adalah seperti berada di Jepun. Pekerja-pekerja di sana juga mengenakan pakaian Jepun.
Jika anda nak relax-relax sambil feel urut di Jepun, boleh lah datang ke Tatami Spa.
Tempat ini sesuailah untuk yang suka dengan urutan. Namun harus berjaga-jaga dengan tatacara Muslim. Pastikan tidak melanggar syariat dalam mengikuti aktiviti seperti ini.
10. Berjaya Hills Golf & Country Club
Akhir sekali tempat menarik di Bukit Tinggi Pahang yang admin nak bawakan adalah Berjaya Hills Golf & Country Club.
Apa yang menarik di sini? Adakah seperti padang golf yang lain?
Saja admin masukkan dalam senarai kerana Berjaya Hills Golf & Country Club pernah mendapat Top 20 Best Golf Course in Malaysia pada tahun 2003/2004.
Jadi kepada peminat sukan Golf, pastinya tempat ini menjadi pilihan anda untuk dilawati. Jangan lepaskan peluang untuk berada di Berjaya Hills Golf & Country Club nanti.
Penutup
Baiklah, itu sahaja 10 tempat menarik di Bukit Tinggi Pahang yang dapat CV kongsikan. Jika ada cuti pendek dan anda merancang untuk percutian singkat, datanglah ke Bukit Tinggi Pahang bersama keluarga tercinta.
Gunakan kesempatan yang ada untuk bercuti-cuti di negara Malaysia tercinta. Sebenarnya banyak tempat-tempat menarik di Malaysia yang boleh kita lawati berbanding dengan negara-negara luar. Anda boleh baca juga tempat menarik di Pahang di sini. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.
5 Comments
Comments are closed.