STR Fasa 2 2025 : Semakan Status, Tarikh Bayaran & Jumlah Bayaran Kategori Bujang, Keluarga
TERKINI: Kementerian Kewangan akan membuat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025 ini kepada semua penerima yang berdaftar menerusi pangkalan data bantuan berkenaan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 2 untuk makluman semua.
Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2
Kerajaan dengan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai BSH, BKM, BPN, BPR.
Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025).
Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.
STR akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
Tarikh Bayaran STR Fasa 2
Menurut siaran media Kementerian Kewangan, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 2) akan dikreditkan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, iaitu mulai 24 Mac 2025.
- Pembayaran STR 2025 Fasa 2 bagi Penerima Sedia Ada STR 2025 mulai 24 Mac 2025 secara berperingkat.
- Penerima bayaran STR Fasa 2 merujuk kepada penerima STR Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Januari 2025.
- Bagi Permohonan Baharu dan Rayuan STR 2025 Fasa 2, semakan status dan pembayaran akan dilakukan pada April 2025 (tertakluk kepada pemakluman dari semasa ke semasa).
Semakan Jumlah Bayaran STR Fasa 2
Kadar bayaran STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran mulai fasa
permohonan diluluskan. Amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah
secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan. Amaun
kelayakan mengikut fasa permohonan STR adalah seperti berikut:
Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2025 seperti berikut:
*Sila rujuk jadual terperinci dalam lampiran soalan lazim yang telah dikemaskini di bawah.
Kaedah Bayaran STR Fasa 2
- Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Notis Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 2
#BSNMalaysia
Cara Semakan Status STR Fasa 2
Semakan status STR boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah untuk semakan STR:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 2 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 2
- Masukkan kata laluan
Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.
Untuk mengetahui sama ada wang anda telah dikreditkan, sila klik di butang MAKLUMAT BAYARAN.
Anda akan mendapati paparan seperti berikut:
Sila rujuk STATUS KREDIT. Jika dinyatakan DALAM PROSES PENGKREDITAN, bermakna bantuan tunai tersebut dalam proses untuk dikreditkan ke dalam akaun anda.
SOALAN LAZIM BERKAITAN TIDAK LULUS STR 2025 FASA 2 & RAYUAN
kategori Bujang dan permohonan tersebut telah Lulus. Berapakah amaun
bayaran yang akan diterima?
Amaun bayaran yang akan diterima adalah mengikut amaun setiap fasa bermula pada
fasa permohonan diluluskan. Jika Permohonan STR Lulus pada permohonan fasa 1
maka anda akan menerima bayaran STR mulai bayaran fasa 1 sebanyak RM150 dan
diikuti dengan bayaran bagi fasa seterusnya.
dan permohonan tersebut telah lulus mulai bayaran fasa 3. Berapakah amaun
bayaran yang akan diterima?
Kelayakan STR 2025 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan
diluluskan. Anda hanya akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan
fasa 4 sahaja.
Kadar bayaran STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran mulai fasa
permohonan diluluskan. Amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah
secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan.
Permohonan Rayuan pada April 2025. Permohonan Rayuan tersebut telah Lulus
bagi kategori Isi Rumah dengan pendapapatan RM2,500 dan ke bawah, berapakah
amaun bayaran yang akan diterima?
Kelayakan STR 2025 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan
diluluskan. Anda akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4
sahaja.
pada April 2025. Saya telah membuat rayuan tambahan pada bulan Mei 2025 dan
diluluskan dengan kategori Isi Rumah mulai bayaran fasa 3. Berapakah amaun
yang akan saya terima untuk fasa seterusnya? (bujang – kahwin)
Amaun yang akan diterima berubah mengikut kategori Isi Rumah. Perubahan amaun
ini akan berlaku untuk fasa 3 dan fasa 4 sahaja.
berpendapatan RM2,500 dan ke bawah dan telah mengemas kini maklumat anak
pada bulan Mac 2025 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan
tambahan anak mulai bayaran fasa 3. Berapakah amaun bayaran yang akan saya
terima?
Anda akan menerima amaun bayaran bagi fasa 3 dan fasa 4 mengikut kategori
kelayakan terkini:
Fasa 1 : berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Isi Rumah : Anak 0
Fasa 2 : berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Isi Rumah : Anak 0
Fasa 3 : berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah : Anak ≥1
Fasa 4 : berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah : Anak ≥1
RM2,500 dan ke bawah dengan bilangan anak 1 – 2 orang. Anak ketiga saya telah
lahir pada bulan Mei 2025, saya telah mengemas kini maklumat anak pada Julai
2025 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan tambahan anak mulai
bayaran fasa 4. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
Anda akan menerima amaun bayaran fasa 4 sahaja sahaja mengikut kategori
kelayakan seperti jadual di bawah:
Fasa 1 : berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Isi Rumah : Anak 1-2
Fasa 2 : berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Isi Rumah : Anak 1-2
Fasa 3 : berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah : Anak 1-2
Fasa 4 : berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Isi Rumah : Anak 3-4
maklumat anak. Saya telah menambah maklumat anak pada Mac 2025 dan
diluluskan dengan kategori Isi Rumah dengan tambahan anak mulai bayaran fasa
Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
Amaun yang akan diterima berubah mengikut kategori Isi Rumah. Perubahan amaun
ini akan berlaku untuk fasa 3 dan fasa 4 sahaja seperti jadual di bawah:
Fasa 1: berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Bujang
Fasa 2: berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Bujang
Fasa 3 : berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah : Anak ≥1
Fasa 4 : berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah : Anak ≥1
RM2,500. Walau bagaimanapun saya telah bercerai / kematian pasangan pada
April 2025 dan saya telah mengemas kini status berkahwin kepada IBT tiada
maklumat anak pada Mei 2025 dan diluluskan dengan kategori Bujang mulai
bayaran fasa 3. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
Amaun yang akan diterima berubah daripada kategori Isi Rumah kepada kategori
Bujang. Perubahan amaun ini akan berlaku untuk fasa 3 dan fasa 4 sahaja seperti
jadual di bawah:
Fasa 1 : berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Isi Rumah : Anak 0
Fasa 2 : berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Isi Rumah : Anak 0
Fasa 3 : berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Bujang
Fasa 4 : berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Bujang
berpendapatan RM2,500 dan ke bawah. Walau bagaimanapun saya telah bercerai/
kematian pasangan pada Januari 2025 dan saya telah mengemas kini status
berkahwin kepada IBT (Warga Emas) tiada maklumat anak pada Mei 2025 serta
diluluskan dengan kategori Warga Emas Tiada Pasangan mulai bayaran fasa 3.
Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
Amaun yang akan diterima berubah daripada kategori Isi Rumah kepada kategori
Warga Emas Tiada Pasangan. Perubahan amaun ini akan berlaku untuk fasa 3 dan
fasa 4 sahaja seperti jadual di bawah:
Fasa 1 : berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Isi Rumah : Anak 0
Fasa 2 : berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Isi Rumah : Anak 0
Fasa 3 : berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Warga Emas Tiada
Pasangan
Fasa 4 : berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Warga Emas Tiada
Pasangan
melebihi RM2,501. Walau bagaimanapun pasangan saya telah berhenti kerja.
Saya telah membuat Permohonan Rayuan Tambahan pada Mac 2025 dan
diluluskan dengan kelayakan kategori Isi Rumah berpendapatan RM2,500 dan ke
bawah mulai bayaran fasa 3. Berapakah amaun bayaran yang akan saya terima?
Anda akan menerima amaun bayaran bagi fasa 3 dan fasa 4 mengikut kategori
kelayakan terkini seperti jadual di bawah:
Fasa 1 : berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Isi Rumah : Anak 0 :
Pendapatan RM2,501-RM5,000
Fasa 2 : berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Isi Rumah : Anak 0 :
Pendapatan RM2,501-RM5,000
Fasa 3 : berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah : Anak 0 :
Pendapatan ≤ RM2,500
Fasa 4 : berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah : Anak 0 :
Pendapatan ≤ RM2,500
bayaran bagi fasa 3. Adakah saya juga akan menerima bayaran bagi fasa 1 dan
fasa 2.
Tidak. Kelayakan STR 2025 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan
diluluskan. Anda hanya layak menerima bayaran fasa 3 dan fasa 4 sahaja kerana
permohonan dikemukakan pada bulan Mei 2025 iaitu setelah pembayaran fasa 2
berlaku. Oleh itu, bayaran yang akan diperolehi hanyalah bagi fasa 3 dan fasa 4 sahaja.
bilakah saya perlu membuat permohonan?
Anda perlu membuat Permohonan STR 2025 dalam tempoh 19 Oktober 2024 hingga
30 November 2024 dan permohonan tersebut mestilah berstatus Lulus bagi
memastikan anda menerima bayaran STR mulai fasa 1 hingga fasa 4
Lupa Kata Laluan STR
Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.
Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:
- Layari laman web STR di pautan
- Klik “Terlupa Kata Laluan“
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi dan semakan mengenai program STR.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- SOALAN LAZIM FAQ STR 2025
- Hotline STR LHDNM
- Hotline STR MoF
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM