Salam, Hi
Mesti ramai je dah tahu pasal produk skincare by Pure Beauty ni kan? Dulu heboh iklan dekat TV dari Watson. Yes, hanya boleh dapat melalui drug store Watson. Tapi kalau ada dekat farmasi lain, yang tu maybe Fatin sendiri yang tak tahu.Pure Beauty sebenarnya ada pelbagai jenis skincare mengikut apa masalah kulit kita masing masing. Pure Beauty ni formulasi dari Korea tau, so dijamin selamat. Tengoklah kulit orang Korea macam mana. Flawless kalah kulit telur. Adore betul!
Haritu terbaca review dari seorang MUA ni yang dia setia menggunakan 'So Blur Cream' . 'So Blur Cream' memberi kemasan yang sangat sempurna. Dalam bahasa yang lebih mudah, bila pakai krim ni muka akan rasa lebih lembab. Bila kita apply foundation pulak, nampak lagi cantik. Serious tak tipu. Sebab fungsi krim ni adalah untuk menutup pori pori yang terbuka. Kalau macam Fatin, kadang kadang pori pori muka ni melampau sungguh. Menonjol tak tentu hala. So, bila Fatin mula guna krim hasilnya positif sebab pori pori nampak mengecil sikit. Harga Blur Cream ni dalam RM50 something. Lupa sebab beli masa harga promosi.
| Tekstur krim pinkish pinkish |
Okay balik pada Pudding Cream tu, sebelum nak apply Blur Cream Fatin akan guna Pudding Cream dulu, tapi tak banyak. Secalit dua tiga calit je, sebab muka jenis berminyak tak elok nak apply banyak banyak sangat. Please ala kadar je tau. So bila guna Pudding Cream ni, dalam beberapa saat je dia terus resap dalam kulit kita dah tu sejuk je rasa, memang fresh! Haaaa ni yang buat mekap tahan lama sikit. Memang best! Kalau tak ikut step haaa memang tak cantiklah mekap tu (perasan jap).
| Mula mula beli sebab comel je |