Followers

Showing posts with label buah. Show all posts
Showing posts with label buah. Show all posts

Wednesday, January 21, 2009

Pisang Bakar Berkeju


Salam pagi Rabu kawan-kawan... Hemppp mate ni rase macam nak tutup je ni... Semalam dibantainya Mierza meragam. Tapi mama ni faham. Mierza bukan saje2 meragam tapi tekak dia sakit. Mierza tengah batuk dan selesema ni. Kesian dia... Batuk tu kering je bunyinya. Mesti tekak dia sakit dan pedih, itu yang buat dia meragam tak tentu hala. Tapi mama marah sangat sebab Mierza tak mo makan ubat. Jenuh mama suap, habis sampai tumpah sebab dia melonjak-lonjak. Aku ni ada kehairanan sikit... Anak aku 3 orang - 2 lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki2 ni 2/2nya penakut makan ubat. Tapi yang pempuan sorang ni, buat ubat mcm gula2. Ish... macam2 perangai anak2 ni kan...

Oklah... tak payah celoteh lagi... tengahhari ni for sure aku kene tidur. Pagi ni tadi aku bangun pun, kepala aku sudah ada nyut nyut nyut... Kalau aku tak tidur, for sure jugaklah aku akan sakit kepala menjelang malam nanti. Kalau mama sudah sakit kepala... anak2 akan sangat susah sebab mama akan bad mood... ish kate tadi tak mo celoteh2 lagi... hehehehe

Okey lagi... ni breakfast kami pagi ni. Ambil resepi ni dari MyR oleh Azwalissa ye puan-puan semua... Resipi ini sangat simple dan menarik.

Bahan-bahan ( Seorang )

* 2 biji Pisang Montel
* Keju Parut
* Susu/ Krimer Manis
* Sos Coklat (Hersey's) - kalau tak ada, guna bancuhan serbuk milo + air or cooking chocolate pun boleh.

Cara-cara

1. Kopek kulit dan potong 2 memanjang pisang tersebut.
2. Bakar dalam oven (suhu 180°c selama 2 minit atau bakar guna api dapur sampai pisang agak layu dan berbau wangi.
3. Sapukan krimer manis pada bahagian tengah pisang dan katup semula. Curah sos coklat dan taburkan keju parut.
4. Siap...! nyum! nyum!

Untuk sos coklat tu aku tak de Hersey's jadi sosnya aku buat sendiri.

2sb serbuk coklat
1 1/2 sb susu pekat manis
5 sb air panas

Campur semua bahan dan dikocok2 (hahaha) hingga sebati.

Tuesday, January 20, 2009

Fruit Jelly


Ni our dessert lepas makan nasi tadi. Hb le yang makan, aku tak... resepi dari k Yani @ MyR. Resepi ni simple je tapi yg azab tu nak mengeluarkan isi oren tu, mak oiii payah jugak. Aku korek dengan sudu. Buat ganas2 kang koyak pulak muncungnye tu. Jadi kenelah koyak dengan tahap kesabaran yang tinggi. Allhamdullillah...menjadi jugak... and hasilnya tak mengecewakan. Lain kali nak try buat pakai tembikai pulak...and of coz aku akan post sini.

Bahan-bahan ( 2 orang )

* 2 biji limau- large size
* 4g serbuk agar-agar
* 500ml air + jus limau
* 50g gula
* secubit garam

Cara-cara

1.Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
2.Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
3.Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
4.Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)
5.Kalau guna oren buatlah 4 biji. Mungkin susah sikit nak keluarkan isi oren berbanding dengan limau.

Friday, December 05, 2008

Ciku & Tembikai Susu


Murid-murid... ini namanya buah ciku ye... aahaha! Sory, sory... buah ni aku beli 2 hari lepas. Lepas tu aku letak bawah sinki dan terus lupa. Di sebabkan hari ni hari membersihkan rumah sbb lepas ni nak bejalan sakan dan penuh dgn aktiviti...barulah tperasankan buah ni. Sebab tak nak buah ni busuk begitu saja, aku kupas kulitnye dan letak dalam bekas. Lepas tu letak dalam peti sejuk. Makan sejuk-sejuk mmglah sedap kan. Tapi yang tak tahannye, anak-anakanda aku asyik bukak katup peti sejuk saje kerjanya...


Buah yg ni pun sama. Memang aku beli sekali hari tu. Sajalah nak kongsi info macam mana nak pilih buah ni untuk dapatkan buah yang lembut dan manis. Kulitnya menggerutu macam dalam gambar tu. Biarkan kulitnya buruk tapi rasanya manis dan lembut. Lagi satu tentulah baunye...

Thursday, November 27, 2008

Serawa Mangga


Pernah dengar 'Serawa Mangga'? Pernah rasa? Rasanya wallahhhh sedapnye. Bila makan serawa ni dok teringat la pulak kat arwah apak yang dah lama meninggal dunia. Sejak aku berusia 9 tahun lagi. Al-Fatihah untuk Allahyarham Nordin Bin Putih Che' Edah. Arwah apak memang suka sangat makan/minum serawa ni. Kalau ada mangga, jadi serawa manggalah. Kalau ada macang, serawa macanglah. Begitu jugalah kalau ada kuinin.

Pada yang nak rasa, cubalah buat. Dan pada yang terliur dan dah lame tak rasa, bleh juga buat. Jom kite kongsi resipi...

Bahan-bahan
2 biji mangga
1 cwn santan fresh
1 cwn air
*1/2 cwn gula
*1 s/k garam

*ikut tekak masing-masing ye...

Cara-cara
Jerang santan yang dicampur dengan air bersama gula dan garam. Gunakan api perlahan dan sentiasa dikacau untuk mengelakkan pecah lemak & santan meruap. Bila gula sudah sebati, tutup api dan ketepikan.
Buang kulit mangga dan dipotong kiub. Masukkan dalam cawan dan tuangkan kuah santan. Boleh juga ditambah ais ketul untuk hidangan dingin.

Monday, November 24, 2008

Gulai Lemak Nenas & Udang


Aritu tgk sape eh masak gulai nih... kalau tak silap kak Masz. Terliur sungguh. Tu yang arini buat pulak. Selalunya kalau buat gulail lemak nenas ni, aku campurkan dengan ikan masin (ikan talang & ikan duri). Tapi amat jarang membuatnya sbb malas nak buang kulit nenas tu. Dah buat kulit yg keras tu, nak kena buang matanya pula. (Hehehe kalau dah dasar pemalas tu... banyak merungut kahhhh).

Sepatut amik gambar sebaik saja dah siap. Tapi lepas siap masak dok ralit membuat kulit tart sampai terlupa nak tangkap gambo. Bila hb dah balik keje, kene terus siapkan meja makan. Manalah ada masa nak snap gambo bagai. Kang hb jeling, gigil kepala lutut kahhhhh

Friday, November 14, 2008

Jagung Manis



Emppp syedapnye... semalam tgk jagung manis kat blog Hana, rase mcm tak sabonye nak buat. Jadi hari ni tanpa berlengah lagi aku membuka tin jagung. Kebetulan ada 2 tin jagung lebihan buat puding jagung mase niage bazaar ramadhan hari tu. Hah, dua-dua tin aku bukak dan kukus. Habis tinggal mangkuk je...bukan hanya maknye yang suka, anak2 sampai ke Mierza pun suka. hb apatah lagi...

Nak buat jagung ni sonang baitu...barangannye pun brg yang ada kat dapo je.cuma nak kena beli jagung tu la. Ada juga yang packing plastik. Tadi g Checkers ada ternampak jagung packet tapi tak sempat nak tgk sbb sibukkan tgk si Boy nak ambil coklat. Risau dia ambil coklat yg mahal....

Bahan-bahan
Jagung 1 tin - kukus 10 minit
1 1/2 susu pekat manis
garam secukup rasa
1 s/k mayonis

sedap, manis, lemak!

Wednesday, November 12, 2008

Buah berangan


Aku pasti ramai anda korang yang pernah makan buah berangan ni. Semalam lepas hantar Boy sekolah aku menyinggah ke pasaraya Checkers yang jauh juga sebenarnya dr rumah aku tp dekat ngan tempat keje hb. (bolehla sambil2 tu usha laki aku.mane la tau...hehehe syak wsangka!!!)

Okey smalam kat pasaraya checkers tu beli sikit barang2 tuk baking mcm marjerin,susu cair,baking powder dan susu segar. Hari tu pergi Mydin beli barang tak boleh ambil barang tuk baking.Kang hb jeling pehtu wat muncung cencorot. So barang untuk baking ni kene guna duit bahagian sendiri.
Tak kisahlah duit sapa pun kan??Kalau harap hb je tanggung semua kesian juga. Dengan susu dan pampers anak di samping selera bini dia ni yg makan macam2 jenis makanan. Belum dgn selera anak2 lagi. Vitagen la... calci yum la... pistachio nut la... sotong gula la... berbagai!!!
Tengoklah... setiap kali pergi beli barang mesti selit makanan anak2 & mamanya yang berselera terbuka ni. Abih...? maunye tak sampai RM6-700 skali membeli???Tapi skali beli je tau.Lepas tu kalau dah abih ngange la masing2.Tu yang tak sabo je nak tunggu cukup bulan pergi beli barang dapor lagi. Hahahaha! Amboi panjangnya aku merepek.

Berbalik pasal buah berangan atau panggilan org putihnya 'chesnut' ni. Kalau kat Petaling Street, Kuala Lumpur (Chiana Town, Malaysia) buah ni di goreng dengan tak taulah ape mendenya. Pasir ke...batu ke... Nak tengok bebetul mcm malu lak rasenye. Nampak beno bataknya. Lagipun takut aku.Kang ditengking dek cina tu terkial2 aku menahan malu.

Yang ni aku rebus je campur ngan garam. Masak juga. Rasanya pu tak lari. Malah rasa lebih sedap sebab tak ada bau hangit. Isinya manis.... Yumpppp!!! Teringat masa di awal ngandungkan Boy (mengandung sulung), mengidam nak makan buah ni. Berialah hb g cari. Tapi bila dah makan, muntah semuanya. Cehhhh!

Friday, October 31, 2008

Sambal Ketuk Kuinin

Emppp...ada tak yang terliuq tengok sambal ketuk kuinin ku ini? Hehehe...ni buat semalam. Cicah dengan sayur bayam masak air. Pehtu bila nasi dah abis dalam pinggan dok cicah tempura udang yang masih berbaki. Semalam makan tak tinggal lauk. Habis semuanya. Senang juga. Basuh pinggan sekali semuanya. Terus kemas meja makan. Hehehehe
En. somi ni kalau lauk camni memang laju. Tekak orang kampung le katekan. Padahal duk KL dah lama....
Nak letak resipi jugak ke? Okeylah... tapi sume sukatan ikut gerak hati sendiri la ye. Sebab apa-apapun bergantung pada besar dan banyaknya buah kuinin tu.

Bahan-bahan

Cili merah
Cili api
Belacan
Buah Kuinin/Bacang ke Macang???
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Tumbok cili api hingga lumat. Masukkan cili merah yang dibuang bijinya. Lepas tu masukkan belacan. Tumbuk sebatikan tiga bahan ni. Bolehlah masukkan kuinin yang dah dibuang kulit dan di raik2 nipis. Perasakan dengan garam dan gula.

Wallahhhhh!!!

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...

Novel Terpakai - Untuk Yang Berminat...
whatsapp: 017-3113226

My Cute Banner

Halwa Telinga :)