54
Penampilan
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 54. Bagi kegunaan lain, sila lihat 54 (nombor).
Milenium: | milenium pertama |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
54 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Selasa dalam kalendar Gregory.
Peristiwa
Mengikut tempat
Asia
- Judea dipulangkan sedikit demi sedikit kepada Marcus Julius Agrippa, putera Agrippa I, antara tahun 48 and 54.
Empayar Rom
- 13 Oktober - Maharaja Claudius mangkat, kemungkinannya diracuni oleh Agrippina, isteri dan anak saudaranya, dan diwarisi oleh Nero.
- Nero cuba mengharamkan sukan Gladiator.
- Kastil Maiden di Dorset ditawan daripada puak Durotriges Celt oleh Vespasian.
- Di bawah Nero, Rom mengilhakkan Aden untuk melindungi laluan lautannya di antara Alexandria dan Asia.
- Dua angkatan senturion dihantar ke selatan Mesir untuk mencari-carikan sumber Sungai Nil, dan provinsi-provinsi baru yang mungkin. Mereka melaporkan bahawa walaupun terdapat banyak kota di gurun itu, kawasan itu kelihatan terlalu miskin dan tidak berbaloi untuk ditaklukkan.
- Keganasan tercetus di Caesarea antara orang-orang Yahudi dengan orang-orang pagan, akibat ordinan tempatan yang membatasi hak awam orang-orang Yahudi. Para orang Yahudi yang dipersenjatai dengan belantan dan pedang bertemu di tempat pasar. Garison Rom yang terdiri daripada askar-askar Syria menyebelahi orang-orang pagan. Antonius Felix, gabenor Judea, memerintah askar-askarnya meluru dan keganasan yang berlarutan menyebabkan Felix meminta Nero untuk menimbang tara. Nero memihak kepada orang-orang pagan dan menurunkan status orang-orang Yahudi menjadi warganegara kelas kedua. Keputusan ini hanya menambahkan kemarahan orang-orang Yahudi.
Mengikut topik
Agama
- Bapa Onesimus mewarisi Stachys si Hawari sebagai Bapa Constantinople.
- Paul dari Tarsus memulakan misi ketiganya.
- Apollos, bakal pembantu Paul, memeluk agama Kristian di Ephesus.
Kelahiran
Kematian
- 13 Oktober - Claudius, maharaja Rom, diracuni oleh isterinya, Agrippina
- Domitia Lepida, balu Marcus Valerius Messalla Barbatus, ibu Valeria Messalina, serta ibu mertua Claudius.