Handy Black
Handy Black | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Backyard (1983–1986) |
Berasal dari | Johor, Malaysia |
Genre | |
Tahun aktif | 1986—2009 |
Laman sesawang | www.muzikrock.com/handy_black |
Bekas ahli | Mahmud - Vokal Isa Rahman - Vokal Zul - Vokal Amar - Vokal Lee - Gitar Lomaq - Bass Bad - Bass Ari - Bass Zam - Bass Amy - Dram Joey - dram Elly - Dram |
Handy Blackk merupakan sebuah kumpulan rock yang ditubuhkan di Malaysia yang menyampaikan lagu-lagu Melayu.[1] Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1986.[2]
Antara lagu mereka yang dikenali ialah "Natrah" yang berdasarkan kejadian Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950-an. Lagu dari album kedua Handy Black ini telah diharamkan untuk penyiaran pada tahun 1990 kerana menyentuh isu agama dan negara.[perlu rujukan]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Permulaan karier kumpulan Handy Black bermula dengan nama Backyard yang menjadi pelopor kepada penubuhan Handy Black. Rosli Jantan atau Lee selaku pengasas, ketua dan pemilik kumpulan Handy Black menubuhkan sebuah kumpulan yang dinamakan Backyard pada penghujung tahun 1983 hingga awal 1986, ketika itu dengan barisan semula berikut: Mahmud Ariffin Zainuddin (Mahmud-vokal), Rosli Jantan (Lee-gitar utama), Mohd Shukri Shahabudin (Hattan-gitar irama), Musa bin Mohd Taib (Lomaq-bass) dan Suhaimi Abu Bakar (Amy-dram). Pada tahun 1986 pemain gitar irama Hattan meninggalkan Backyard kerana untuk bergerak secara solo sekaligus menganggotai kumpulan FRU. Disebabkan kesibukan setiap ahli, kumpulan itu berehat selagi beberapa bulan.
Pada tahun 1986 Rosli Jantan (Lee - gitar), Suhaimi Abu Bakar (Amy - dram), Mahmud Ariffin Zainuddin (Mahmud - vokal) & Musa bin Mohd Taib (Lomaq - bass) kembali mengaktifkan kumpulan ini, Tidak lama kemudian, Lee bertemu dengan Eddy Badry, Pengurus XPDC, Eddy Badry mahu mengambil alih kumpulan mereka asalkan nama Backyard terpaksa ditukar. Eddy Badry ingin mengekalkan kumpulan mereka asalkan nama Backyard terpaksa ditukar kerana nama Backyard terlalu barat, Eddy mencadangkan nama Handy Black, sebab nama Handy Black yang diilhamkan dalam Bahasa Melayu 'Hitam Berguna', selain itu, ia menjadi trend nama band atau kumpulan vokal yang mempunyai nama tangan hitam dan berwarna-warni yang popular ketika itu, Lee dan yang lain juga bersetuju dengan nama itu. Bakat mereka dicungkil dari gagasan Clash Of The Bands. Lagu yang dirakamkan untuk kompilasi Clash Of The Bands 1 (1987) adalah Ketenangan, barisan semula mereka masa tu adalah Mahmud (vokalis), Rosli Jantan (gitaris), Lomaq Kris (bass) dan Amy XPDC (dram) dengan nama Handy Black. Dengan nama Handy Black mereka sekaligus ditawarkan kontrak rakaman album pertama. Namun kerana merasakan sudah terlalu lama berada di studio rakaman album pertama, pada tahun 1988 Mahmud dan Lomaq memutuskan untuk keluar dari Handy Black kerana mereka berdua ingin menyertai kumpulan Mega untuk memasuki Studio King di Petaling Jaya, Selangor untuk proses rakaman album pertama mereka.
Masih pada tahun 1988, anggota lama kumpulan ini yang masih tinggal, Rosli Jantan (Lee - gitar) dan Suhaimi Abu Bakar (Amy - dram), kembali mengaktifkan kumpulan ini, kali ini Badrulhisham Md Noorani menggalas posisi bass (Bad - bass), Badd merupakan bekas pemain gitar bes kumpulan Scandals yang juga dianggotai oleh dua orang Opie (gitaris kidal) yang kemudiannya menganggotai kumpulan Bloodshed dan Joe (juga gitaris kidal) yang kemudiannya menganggotai kumpulan Wings. Ketika itu mempelawa Isa Rahman (Isa - vokal) mengisi kekosongan vokal yang ditinggalkan oleh Mahmud. Isa Rahman telah mengejutkan para peminat apabila muncul buat pertama kali bersama Handy Black di dalam pertandingan Clash Of The Bands 1987 dengan mendendangkan satu buah lagu dari album Clash Of The Bands 1 iaitu Mimpi manakala Ketenangan merupakan satu buah lagu tersebut telah dinyanyikan dan di rakam asal oleh Mahmud. Album sulung Handy Black bertajuk "Gempak" diterbitkan pada tahun 1988 menampilkan lagu hit mereka "Jenazah Cinta", dengan Isa Rahman bertindak sebagai vokalis.
Pada tahun 1989 album ke-2 Handy Black yang bertajuk "Tangan Hitam" berjaya diedarkan. Masih mengekalkan Isa Rahman sebagai vokalis, kali ini mereka telah mempertaruhkan lagu slow rock "hanya dalam lagu" sebagai singles terbaik mereka, selain lagu "Natrah".
Tapi sayangnya lagu-lagu Handy Black pada masa itu (di zaman Isa Rahman) tidak sempat untuk dibuat sebarang kompilasi sehinggalah kini. Rasanya syarikat rakaman sekarang patut merujuk lagu-lagu yang semacam ini la, barulah betul irama Rock Kapak.
Sesudah itu, berlaku konflik, Handy Black krisis berpecah dalaman yang melanda kepada 2 kem semasa perjumpaan, kem 1 (Amy, Isa Rahman, Badd), kem 2 (Lee di pihak pengurusan) di mana Isa Rahman merasakan ada ketidaksepadanan dalam bekerja dengan pihak pengurusan dan rasa tertekan. Ini diikuti pula oleh Badd dan Amy yang akhirnya memilih untuk disingkirkan dari Handy Black dan akhirnya secara rasmi diramal berkubur kumpulan ini manakala Lee ingin menubuhkan kumpulan yang di beri nama Sherox dan sempat merakamkan album Sherox berjudul Awek Rocker pada tahun 1992.
Sementera itu kumpulan Handy Black telah mengaktifkan kembali semula pada era 1990an bersama beberapa barisan baharu. Dan hasilnya mereka berjaya menerbitkan album ke-3 Handy Black yang berjudul "Lanun Darat (1998)". Dalam album ini vokalis terawal Handy Black di era Clash Of The Bands, iaitu Mahmud yang juga pernah menjadi vokalis Mega telah dipanggil untuk kembali menyertai semula kumpulan ini, setelah ketiadaan Isa Rahman dan disertainya Ari dan Joey untuk menggantikan Bad dan Amy.Tetapi masalah perpecahan terus menghantui karier kumpulan Handy Black ini. Dan sekali lagi Mahmud dan Joey telah meninggalkan kumpulan ini untuk kali yang keduanya.
Dan dalam tahun 2000 kumpulan ini muncul semula dengan menampilkan seorang lagi dua anggota baharu, iaitu 'Zul' dan 'Elly'. Sementara anggota lama kumpulan ini yang masih kekal adalah Lee & Ari.
Bersama-sama dengan vokalis Zul, 3 lagi album Handy Black berjaya dirakamkan iaitu :-
album ke-4 (2000 - Sakit Kepala)
album ke-5 (2001 - Lambang Sakti)
album ke-6 (2002 - Realiti)
Zul yang mempunyai suara seakan-akan tone Awie Wings, telah berjaya mempopularkan kembali kumpulan Handy Black ini dengan lagu hitsnya "Kau Yang Bernama Seri".
Walau bagaimanapun, pada tahun 2005 Zul telah melangkah keluar dari Handy Black dan tempatnya telah digantikan oleh Amar dari kumpulan Crash yang pernah hit dengan lagu "Mahsuri" 1st album dan Abadikan Salam 2nd album.
Amar telah dilamar oleh kumpulan Handy Black pada hujung tahun 2005 lagi untuk menggantikan tempat Zul. Oleh kerana sebab musabab yang tidak dapat dielakkan, maka penangguhan penyanyi untuk Handy Black terpaksa ditunda sekali lagi untuk mencari penyanyi lain yang betul-betul berbakat.
Tetapi dengan berkat kesabaran dan kesungguhan tiga anggota asal Handy Black sehingga awal tahun 2007, Amar akhirnya dilamar kembali oleh anggota Handy Black bagi menepati citarasa kumpulan ini. Setelah dipersetujui kesemua anggota Handy Black, Amar dengan sah menganggotai kumpulan Handy Black dan kini barisan anggota Handy Black ialah Amar, Zam, Lee dan Elly.. Tahniah ya Amar.
Album ke-7 Handy Black Kronologi Mutiara Hitam dengan menampilkan vokalis Amar telah menemui para peminat sekitar tahun 2008. Setahun sesudah itu Kumpulan Handy Black telah melancarkan pula singles terbaru mereka yang berjudul "Tangan Putih (2009)". Sesudah itu kumpulan Handy Black seakan menyepi, tidak seaktif seperti dahulu lagi.
Ahli-Ahli
[sunting | sunting sumber]Vokalis
[sunting | sunting sumber]- Mahmud [1986-1988, 1997-1998]
- Isa Rahman [1988-1990]
- Nurzul Suphia'an Sa'ban (Zul)
- Amar
Gitar
[sunting | sunting sumber]- Rosli Jantan (Lee)
Bass
[sunting | sunting sumber]- Musa bin Mohd Taib (Lomaq) [1986-1988]
- Badrulhisham Md Noorani (Bad) [1988-1990]
- Ari
- Mohamad Zamri Mohamed Safiee (Zam)
Dram
[sunting | sunting sumber]- Suhaimi Abu Bakar (Amy) [1986-1990]
- Abdul Hamid Shahlan (Joey)
- Mohamad Hamali Hassan (Elly)
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album
[sunting | sunting sumber]1 Gempak (1988) = Penerbit : M Nasir Vocal : Isa Rahman Gitar : Lee (Rosli Jantan) Bass : Bad (Md Badrulhisham Md Noorani) Drum : Amy (Suhaimi Abu Bakar)
2 Tangan Hitam (1989) = Penerbit : M Nasir Vocal : Isa Rahman Gitar : Lee (Rosli Jantan) Bass : Bad (Md Badrulhisham Md Noorani) Drum : Amy (Suhaimi Abu Bakar)
3 Album Lanun Darat (1998) = Penerbit : Handy Black Vocal : Mahmud. Gitar : Lee (Rosli Jantan). Bass : Ari Drum : Joey (Abdul Hamid Shahlan)
4 Sakit Kepala (2000) = Penerbit : Aiman & Handy Black Vocal : Zul Black Gitar : Lee (Rosli Jantan) Bass : Ari Drum : Elly (Mohamad Hamali Hassan)
5 Lambang Sakti (2001)= Penerbit : Aiman & Handy Black Vocal : Zul Black Gitar : Lee (Rosli Jantan) Bass : Zam (Mohamad Zamri Mohamed Safiee) Drum : Elly (Mohamad Hamali Hassan)
6 Realiti' (2002)= Penerbit : Joe Wings Vocal : Zul Black. Gitar : Lee (Rosli Jantan). Bass : Zam (Mohamad Zamri Mohamed Safiee) Drum : Elly (Mohamad Hamali Hassan)
7 Kronologi Mutiara Hitam' (2008)= Penerbit : Handy Black Vocal : Amar Gitar : Lee (Rosli Jantan) Bass : Zam (Mohamad Zamri Mohamed Safiee) Drum : Elly (Mohamad Hamali Hassan)
8 Tangan Putih' (2009)= Penerbit : Handy Black Vocal : Amar Gitar : Lee (Rosli Jantan) Bass : Zam (Mohamad Zamri Mohamed Safiee) Drum : Elly (Mohamad Hamali Hassan)
Lagu-lagu
[sunting | sunting sumber]- "Kau Yang Bernama Seri"
- "Naga Sakit Kepala"
- "Lambang Sakti"
- "Surat Orang Kampung"
- "Tidurlah Bidadariku"
- "Manakah Lagi"
- "Ada Aku Kisah"
- "Bukan Senang Mahu Senang"
- "Maafkanlah Diriku"
- "Naga Sakti"
- "Gadis Idamanku"
- "Seri Bewarna pelangi"
- "Hanya Dalam Lagu"
- "Tidurlah Wahai Permaisuri"
- "Tangan Hitam"
- "Natrah"
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Amar sertai Handy Black". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-05. Dicapai pada 2018-09-04.
- ^ "Handy Black" Diarkibkan 2008-12-26 di Wayback Machine, MuzikRock.com. Diambil pada 19 Januari 2011.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Lirik lagu
- Handy Black di MuzikRock.com Diarkibkan 2008-12-26 di Wayback Machine