Horizon Zero Dawn
Horizon Zero Dawn | |
---|---|
Pembangun | Guerrilla Games[a] |
Penerbit | Sony Interactive Entertainment |
Pengarah | Mathijs de Jonge |
Pengeluar | Lambert Wolterbeek Muller |
Pengatur cara | Michiel van der Leeuw |
Artis | Jan-Bart van Beek |
Penulis |
|
Komposer |
|
Enjin | Decima |
Platform | |
Pelepasan | PlayStation 4Microsoft Windows
|
Genre | Berperanan aksi |
Mod | Pemain tunggal |
Horizon Zero Dawn ialah sebuah permainan video berperanan aksi ciptaan Guerrilla Games dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment. Cerita permainan mengisahkan Aloy, seorang pemburu wanita muda dalam sebuah dunia yang ditakluki robot berupakan makhluk yang ingin menerokai sejarah silamnya. Pemain berpilihan untuk menggunakan senjata jarak jauh, lembing serta kaedah selinap dalam melawan robot serta musuh-musuh lain. Sebuah carta pokok kemahiran membolehkan pemain memperoleh kemahiran baharu serta penambahbaikan kemahiran. Selain itu, para pemain juga berpeluang menerokai dunia terbuka untuk menjelajah tempat-tempat baharu serta melakukan tugasan sampingan. Permainan ini dilancarkan di PlayStation 4 pada 2017 serta Microsoft Windows pada 2020.
Permainan ini ialah permainan asli Guerilla Games sejak Killzone pada 2004 serta permainan berperanan pertama mereka. Pembangunan permainan bermula sejak 2011 selepas siapnya Killzone 3 dengan Mathijs de Jonge sebagai pengarah. Enjin permainan, Decima yang pernah digunakan dalam Killzone: Shadow Fall direka semula bagi Horizon Zero Dawn. Dengan latar masa pascaapokalips, para ahli antropologi telah dijadikan rujukan bagi memperhalusi latar tempat dalam situasi itu. Runut bunyi diketuai oleh Joris de Man bersama-sama sumbangan oleh The Flight.
Horizon Zero Dawn banyak dipuji daripada aspek dunia terbuka, penceritaan, visual, gaya perlawanan, perwatakan serta lakonan suara meskipun ada kritikan daripada segi dialog, gaya perlawanan hendap serta model watak. Permainan ini berjaya terjual sebanyak lebih 10 juta salinan setakat Februari 2019, menjadikan permainan ini sebagai salah satu permainan-permainan terlaris dalam sejarah PlayStation 4. Sebuah kandungan perluasan, The Frozen Wilds dilancarkan November 2017. Sementera itu, permainan susulan, Horizon Forbidden West, kini dalam pembangunan dan dijadualkan dilancarkan pada 2021 di PlayStation 4 dan PlayStation 5.
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Versi Microsoft Windows diuruskan Virtuos.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Horizon Zero Dawn |