Pergi ke kandungan

395 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa

[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat

[sunting | sunting sumber]

Empayar Parsi

[sunting | sunting sumber]
  • Parysatis, ibu Cyrus si Lebih Muda serta musuh kepada Tissaphernes, satrap (gabenor) Parsi, berjaya memujuk Artaxerxes II, raja Parsi, supaya membunuh Tissaphernes di Colossae, Phrygia (Turki kini). Parysatis tidak boleh memaafi Tissaphernes atas perlakuan yang kasar terhadap mendiang Cryrus, anak kesayangannya.
  • Selepas menghabiskan musim sejuk untuk menubuhkan sebuah pasukan askar berkuda, Agesilaus II, raja Sparta, berjaya membuat sebuah serangan mendadak masuk ke Lydia pada musim bunga.
  • Tithraustes menggantikan Tissaphernes sebagai satrap (gabenor) Parsi. Suatu perjanjian gencatan senjata diikat antara Tithraustes dengan Agesilaus. Tithraustes menyuap tentera Sparta supaya mara ke arah utara masuk ke kesatrapan Pharnabazus.
  • Tidak berupaya menewaskan angkatan tentera Agesilaus, Pharnabazus memutuskan untuk memaksa Agesilaus berundur dengan memulakan kekacauan di tanah besar Yunani. Beliau menghantar Timocrates dari Rhodes untuk mengunjungi Athens, Thebes, Corinth, dan Argos bagi tujuan mengapi-apikan dan menyuap mereka supaya bertindak terhadap Sparta. Timocrates berjaya memujuk puak-puak yang berkuasa di setiap negara tersebut supaya mengejarkan dasar anti-Sparta.
  • "Perang Corinth" bermula dengan perikatan Athens, Thebes, Corinth, dan Argos (dengan bantuan daripada Parsi) bertempur dengan Sparta. Sparta menyediakan seangkatan tentera untuk bertempur dengan perikatan baru ini, dan memerintah Agesilaus supaya pulang ke Yunani. Agesilaus bertolak ke Sparta dengan askar-askarnya melalui Hellespont dan mara ke arah barat menuju Thrace.
  • Sparta mengatur dua angkatan tentera, satu di bawah Lysander, jeneral Sparta, dan satu lagi di bawah Pausanias, raja Sparta, untuk bertemu di Haliartus, sebuah kota milik Boeotia, dan menyerangnya. Lysander yang tiba lebih awal daripada Pausanias, memujuk kota Orchomenus supaya memberontak terhadap gabungan Boeotia, dan kemudian mara menuju Haliartus dengan askar-askarnya. Di sana, Lysander dibunuh ketika beliau membawa angkatan tenteranya terlalu dekat dengan tembok-tembok kota itu.
  • Pertempuran Haliartus antara Sparta dan Thebes tamat dengan tidak muktamad. Pausanias yang tiba sehari kemudian, mengambil balik mayat-mayat askar Sparta di bawah suatu kedamaian sementara, dan kembali ke Sparta. Di sana, Pausania dibicarakan atas tuduhan yang membawa hukuman mati, tetapi baginda melarikan diri ke Tegea sebelum dapat disabit bersalah. Pausanias digantikan oleh puteranya, Agesipolis I, sebagai raja Sparta.