Anugerah Juara Lagu ke-5
Penampilan
(Dilencongkan daripada Anugerah Juara Lagu 1990)
Anugerah Juara Lagu ke-5 | |
---|---|
Tarikh | 30 Disember 1990 |
Tempat | Dewan Merdeka , Pusat Dagangan Dunia Putra |
Pengacara | Azwan Ali & Charmaine Agustine |
Juara Lagu | "Janji Manismu" |
Juara Lagu 1990 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1990. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 30 Disember 1990 dan ditaja oleh SHARP. JL 90 menampilkan juara bulanan untuk dipertandingkan. Azwan Ali dan Charmaine Agustine kekal sebagai pengacara dari tahun sebelumnya.
Finalis
[sunting | sunting sumber]Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.
Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-5:
Tajuk Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi | Petikan Album | Label | Juara Bulanan | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
"Sangkar Emas" | A. Ali | Lukhman S | Endang S. Taurina | "Sejuta Harapan Ku Pada Mu"[1] | Life Records | Ogos '90 | Finalis |
"Kembang Terhalang" | Sani Sudin | Azida NS | Kumpulan Gamma | "Suara Pasrah" [2] | New Southern Records - PMI | Julai '90 | Finalis |
"Pusara Di Lebuhraya" | Fauzi Marzuki | Bob Lokman | Kumpulan Ekamatra | "Satu Tekanan Irama" [3] | Universal - EMI | Mac '90 | Finalis |
"Dari Sinar Mata" | Awang BPR | J.S. Kevin | Kumpulan Bumiputera Rockers | "Kelab Jiwa Luka" [4] | Life Records | Jun '90 | Finalis |
"Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara" | M. Nasir | S. Amin Shahab | Kumpulan Mega | "Mega" [5] | Universal - BMG / Jojo's | April '90 | Finalis |
"Mustika" | M. Nasir | M. Nasir | M. Nasir | "S.O.L.O" [6] | Sony - BMG | Januari '90 | Finalis |
"Sentuhan Kecundang" | M. Nasir | M. Nasir | Kumpulan Ekamatra | "Satu Tekanan Irama" [7] | Universal - EMI | Februari '90 | Finalis |
"C.I.N.T.A" | J.S. Kevin | J.S. Kevin | Kumpulan XPDC | "Darjah Satu" [8] | Life Records | November '90 | Finalis |
"Sejati" | M. Nasir | M. Nasir | Kumpulan Wings | "Teori Domino" [9] | Sony - BMG | Mei '90 | Tempat Ketiga Persembahan Terbaik 1 |
"Suci Dalam Debu" | Wan Zul | S. Amin Shahab | Kumpulan Iklim | "Satu Kesan Abadi" | Rock Records | September '90 | Naib Juara Lirik Terbaik Persembahan Terbaik 3 |
"Janji Manismu" | Adam Ahmad | Wan Aishah | Aishah | "Aishah" [10] | Sony - CBS | Oktober '90 | Juara Persembahan Terbaik 2 |
Pemenang
[sunting | sunting sumber]Anugerah | Kedudukan | Judul Lagu | Artis | Komposer | Penulis Lirik |
---|---|---|---|---|---|
Juara Lagu | |||||
Tempat Pertama (Lagu Terbaik AJL) | Janji Manismu | Aishah | Adam Ahmad | Wan Aishah | |
Tempat Kedua | Suci Dalam Debu | Kumpulan Iklim | Wan Zul | S. Amin Shahab | |
Tempat Ketiga | Sejati | Kumpulan Wings | M. Nasir | ||
Anugerah | Kedudukan | Judul Lagu | Artis | ||
Persembahan Terbaik | |||||
Tempat Pertama | Sejati | Kumpulan Wings | |||
Tempat Kedua | Janji Manismu | Aishah | |||
Tempat Ketiga | Suci Dalam Debu | Kumpulan Iklim | |||
Anugerah | Judul Lagu | Penulis Lirik | |||
Lirik Terbaik | Suci Dalam Debu | S. Amin Shahab |
Trivia
[sunting | sunting sumber]- AJL kali ini menampilkan buat pertama kali penyertaan menyeluruh Komposer hebat, M.Nasir di pentas AJL, dengan mempertaruhkan 3 buah lagu & 1 lagu nyanyian beliau sendiri, apabila beliau mendapat kerakyatan Malaysia selepas berpindah dari Singapura.
- Anugerah pertama yang dimenangi oleh M.Nasir adalah tempat ke-3 Juara Lagu dengan lagu Sejati oleh Kumpulan Wings.
- Pencipta Lagu Yang Baru Sahaja Berkecimpung Dalam Bidang Muzik Iaitu Wan Zul Dengan Lagu Suci Dalam Debu Berjaya Merangkul Anugerah Ciptaan Terbaik Tempat Ke-2 & Berjaya Mengalahkan M.Nasir Dengan Lagu Sejati Dimana Berjaya Mendapat Ciptaan Terbaik Tempat Ke-3.
- Wings dinobatkan juara untuk persembahan terbaik yang dimana menampilkan kali pertama irama muzik Rock diselangi oleh muzik irama Malaysia disertai bunyi Bonang & Petikan Gitar "Tradisional" oleh Gitaris WINGS, Joe.
- Edisi kali diteruskan dengan dominasi Kumpulan Rock, dengan penyertaan sebanyak 7 buah kumpulan Rock berentap di AJL 5, iaitu Kumpulan Wings, Kumpulan Iklim, Kumpulan Ekamatra dengan 2 buah lagu, Kumpulan Mega, Kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), Kumpulan XPDC & Kumpulan Gamma.
- Aishah dapat memecah tembok muzik Rock dengan memenangi Juara Lagu dengan membawa lagu balada, Janji Manismu dengan menampilkan persembahan berkonsep "theatrical" serta vokal mantap beliau semasa membuat persembahan.
- Aishah & Endang S Taurina adalah 2 peserta wanita dalam AJL 5, manakala Endang S Taurina mencipta sejarah sebagai artis pertama & satu-satunya penyanyi dari Indonesia dapat menyertai pentas akhir AJL.
- Vokalis kumpulan Ekamatra Rahmat enggan menghadiri pada malam persembahan lalu tempat beliau digantikan oleh Halim adik kepada Ilusi iaitu Ayai
- Black Wings yang bukan lagi drum kumpulan Wings , hadir untuk menggantikan posisi drum Kumpulan XPDC yang dimana Lee Space (Drum kumpulan XPDC pada ketika itu) tidak dapat membuat persembahan malam itu .
- ^ https://www.discogs.com/Endang-S-Taurina-Sejuta-Harapan-Ku-Pada-Mu/release/11119750
- ^ https://www.discogs.com/Gamma-Suara-Pasrah/release/14230524
- ^ https://www.discogs.com/Ekamatra-Satu-Tekanan-Irama/master/666618
- ^ https://www.discogs.com/BumiPutra-Rockers-Kelab-Jiwa-Luka/master/665424
- ^ https://akubudakpenang.blogspot.com/2016/04/mega-mega-1990.html
- ^ https://www.discogs.com/M-Nasir-Solo/master/950821
- ^ https://www.discogs.com/Ekamatra-Satu-Tekanan-Irama/master/666618
- ^ https://www.discogs.com/XPDC-Darjah-Satu/master/667009
- ^ https://www.discogs.com/Wings-Teori-Domino/master/666744
- ^ https://www.discogs.com/Iklim-Satu-Kesan-Abadi/release/12887877