Abdul Kadir Yusof
Abdul Kadir Yusof | |
---|---|
Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah | |
Dalam jawatan 1978–1982 | |
Didahului oleh | Mohd Asri bin Haji Muda |
Digantikan oleh | Shariff Ahmad |
Menteri Undang-Undang | |
Dalam jawatan 1974–1978 | |
Didahului oleh | Abdul Ghani Gilong (USNO) |
Digantikan oleh | Hamzah Abu Samah |
Peguam Negara Malaysia | |
Dalam jawatan 1963–1968 | |
Didahului oleh | Cecil M Sheridan |
Dalam jawatan 24 Mac 1969 – 7 Ogos 1977 | |
Digantikan oleh | Hamzah Abu Samah |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Tenggaroh, Johor | |
Dalam jawatan 1974–1982 | |
Didahului oleh | Konstentusi Baharu |
Digantikan oleh | Khadri Sabran |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Parit Sakai, Muar, Johor, Malaya (kini Malaysia) | 10 September 1917
Mati | 18 April 1992 Bukit Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur | (umur 74)
Tempat semadi | Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Tun Fatimah Hashim (k. 1943) |
Anak | Datin Mariam Mohamed Shah Prof. Dato' Dr. Khalid Datuk Ali Abdul Karim Faridah |
Allahyarham Tan Sri Dato' Haji Abdul Kadir bin Haji Yusof[1] (10 September 1917 – 18 April 1992) ialah seorang ahli politik UMNO, Malaysia yang terkenal.
Beliau dilahirkan di Parit Sakai, Muar, Johor pada tahun 1917. Sepanjang hayatnya beliau pernah memegang jawatan sebagai ahli dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Barisan Nasional, Menteri Undang-Undang (1974—1978) dan Peguam Negara (1963-1977) dan Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (1978–1982).
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Raffles (Singapura) (1936–1940) sebelum meneruskan pengajian ke Lincoln's Inn, London (1952-1955) dalam bidang undang-undang.
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Isterinya ialah Tun Tan Sri (Dr) Fatimah Hashim[2][sumber tak boleh dipercayai?], seorang tokoh politik veteran wanita yang pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kebajikan Am.
Anak perempuan sulungnya, Mariam Abdul Kadir merupakan bekas Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Anaknya Mohamed Shah Abdul Kadir kini menjadi Pengerusi McDonald's Malaysia dan juga Pengasas Tabung Kebajikan Ronald McDonald's Malaysia (RMCC). Anak lelaki ketiga Datuk Ali Abdul Kadir pernah menjadi akauntan di firma akauntan Ernst & Young dan kini sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC). Anak lelaki kedua Prof Emeritus Dato' Dr Khalid Abdul Kadir merupakan Pengarah Hospital UKM, Bangi, dan Dekan Perubatan di Monash University Malaysia kini Pengerusi Thompson Hospital. Anak lelaki keempat bekas Pengurus Besar Bahajian Pengurus Perniagaan disebuah Firma di Jepun Toa Corporation, kini pengasas sebuah syarikat penyelidikan, pembangunan dan pengkomesialan buluh di Malaysia. Anak bongsu Faridah Abdul Kadir pula sebagai penasihat Bank Pelaburan Denmark.
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 bagi kawasan Tenggaroh, negeri Johor. Beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional. Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak Hussein telah melantik beliau menjadi Menteri Undang-Undang.
Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Tenggaroh, negeri Johor. Beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional. beliau dilantik menjadi Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah.
Kerjaya Korporat
[sunting | sunting sumber]Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Park Properties Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju hartanah yang membangunkan Taman Tasik Jaya dan Pusat Perniagaan Senawang di Seremban, Negeri Sembilan sehingga tahun 1992.
Meninggal Dunia
[sunting | sunting sumber]Tan Sri Abdul Kadir telah kembali ke Rahmatullah akibat barah peparu pada 18 April 1992 di Kuala Lumpur. Jenazah beliau dimakamkan di Makam Pahlawan di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Yayasan
[sunting | sunting sumber]Yayasan Kadir & Fatimah menganugerahkan Anugerah Pingat Emas Tan Sri Abdul Kadir kepada Fakulti Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi Graduan Terbaik Pengajian Undang-Undang Syariah dan juga kepada Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi Graduan Terbaik Pengajian Undang-Undang. Anugerah tersebut juga diberikan kepada Penuntut Terbaik peperiksaan Undang-Undang Perakaunan bagi Chartered Public Accountant.
Yayasan ini juga telah menganugerahkan Pingat Tun Fatimah kepada graduan wanita yang paling aktif dalam aktiviti kemasyarakatan buat pertama kalinya pada tahun 2007. Ianya adalah anugerah tahunan khas buat para graduan wanita dari Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Teknologi Malaysia. Penerima pertama Pingat Tun Fatimah ialah Sharifah Fatimah Syed Omar dari Terengganu.
Legasi
[sunting | sunting sumber]- Dewan Tan Sri Abdul Kadir di Jabatan Peguam Negara Malaysia, Putrajaya
- Perpustakaan Tan Sri Abdul Kadir Yusof di Seremban, Negeri Sembilan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Kadir di Mersing, Johor
- Sekolah Agama Tan Sri Abdul Kadir di Endau, Johor
Darjah Kebesaran
[sunting | sunting sumber]Kehormatan Malaysia
[sunting | sunting sumber]- Malaysia :
- Pingat Peringatan Malaysia - Perak (PPM) (1965)[3]
- Panglima Mangku Negara (PMN) – Tan Sri (1966)[3]
- Johor :
- Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) – Dato' (1973)
- Dato' Sri Setia Sultan Ismail Johor (SSIJ) – Dato' (1976)
- Sabah :
- Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) – Datuk Seri Panglima
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Koleksi buku Kadir, Fatimah diserah kepada perpustakaan, dicapai pada 1 Disember 2016
- ^ (Inggeris) Laman Geni keluarga Tan Sri Abdul Kadir Yusof, dicapai pada 1 Disember 2016
- ^ a b "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 26 Disember 2020.
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Kelahiran 1915
- Kematian 1992
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Hakim Malaysia
- Orang dari Muar
- Orang dari Johor
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Kematian akibat kanser paru-paru
- Peguam Malaysia
- Peguam Negara Malaysia
- Menteri Undang-undang Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-4
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-5
- Penerima Panglima Mangku Negara
- Penerima Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
- Penerima Darjah Dato’ Sri Setia Sultan Ismail Johor