Pergi ke kandungan

Monarki Habsburg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Dinasti Habsburg)
Monarki Habsburg
Habsburgermonarchie
1526–1804
Bendera Austria
Jata Imperial (kini Leopold II dan Francis II) Austria
Bendera Jata Imperial
(kini Leopold II dan Francis II)
Cogan kataFiat iustitia, et pereat mundus
"Let justice be done, though the world perish"
Lagu kebangsaanGott erhalte Franz den Kaiser
"Tuhan Selamatkan Maharaja Francis"
Monarki Habsburg pada 1789.
Monarki Habsburg pada 1789.
StatusSebahagian daripada Empayar Suci Rom
Ibu negaraVienna
(1526–1583)
Prague
(1583–1611)
Vienna
(1611–1804)
Bahasa yang umum digunakanBahasa rasmi:
Latin, Jermanb
Bahasa lain:
Hungary, Czech, Croatia, bahasa Romania, Slovak, Slovenia, Belanda, Itali, Poland, Ruthenia, Serbia, Perancis
Agama
Agama rasmi:[perlu rujukan]
Katolik Rom
Agama yang diakui:[perlu rujukan]
Calvinisme, Lutheranisme, Kristian Ortodoks, Judaisme, Utraquismea[perlu rujukan]
KerajaanMonarki feudal
Raja 
• 1526–1564
Ferdinand I (pertama)
• 1792–1804
Francis II (terakhir)
Chancellor Negara 
• 1753–1793
Wenzel Anton
Era SejarahModen Awal/Napoleonic
29 Ogos 1526
14 Julai 1683
1740–1748
1787–1791
4 Ogos 1791
11 Ogos 1804
Kod ISO 3166AT
Didahului oleh
Diganti oleh
Archduchy Austria
Kerajaan Beraja Hungary
Kerajaan Beraja Bohemia
Kerajaan Beraja Croatia
Prinsipaliti Transylvania
Empayar Austria
Sekarang sebahagian dari Austria
 Belgium
 Bosnia dan Herzegovina
 Croatia
 Republik Czech
 Perancis
 Jerman
 Hungary
 Itali
 Liechtenstein
 Luxembourg
 Belanda
 Poland
 Romania
 Serbia
 Slovakia
 Slovenia
  Switzerland
 Ukraine
↑a  Gereja utama Czech, dalam Kerajaan Beraja Bohemia diiktiraf sehingga tahun 1627 apabila ia diharamkan.
↑b  Jerman mengantikan Latin sebagai bahasa rasmi empayar pada tahun 1784.[1]

Monarki Habsburg merujuk kepada wilayah yang dikuasai oleh dinasti Habsburg dari Austria, dan kemudian diikuti oleh dinasti Habsburg-Lorraine, antara tahun 1745 dan 1867/1918. Ibukotanya adalah Vienna (bermula pada tahun 1583 sehingga tahun 1611 di Praha). Bermula pada tahun 1804 sehingga 1867, monarki ini dikenali sebagai Empayar Austria dan dari 1867 sehingga 1918 sebagai Empayar Austria-Hungary.

Monarki ini tidak mempunyai nama rasmi. Beberapa nama yang digunakan termasuk:

  • Monarki Habsburg (Habsburgermonarchie)
  • Empayar Habsburg (Habsburgerreich)
  • Tanah Keturunan Habsburg/Austria (Habsburgische/Österreichische Erblande)
  • Monarki Austria (Österreichische Monarchie)
  • Monarki Danube (Donaumonarchie)

Asal usul dan perluasan

[sunting | sunting sumber]

Keluarga Habsburg berasal daripada istana kota Habsburg yang kini terletak di negara Switzerland, dan selepas tahun 1279 memerintah di Austria ("Tanah Keturunan Habsburg"). Keluarga Habsburg mula menonjol di Eropah melalui perkahwinan dan penerimaan perjanjian oleh Maharaja Maximilian I di Kongres Vienna Pertama pada tahun 1515.

Selepas mangkatnya Lajos II dari Bohemia dan Hungary dalam Pertempuran Mohács menentang Turki Uthmaniyyah pada tahun 1526,[2] ipar lelaki baginda Ferdinand dari Austria telah dipilih sebagai Raja Bohemia dan Hungary seterusnya.[3]

  1. ^ "Smoldering Embers: Czech-German Cultural Competition, 1848–1948" by C. Brandon Hone. Utah State University.
  2. ^ "Czech Republic - Historic Centre of Prague (1992)" Heindorffhus, August 2007, HeindorffHus-Czech Diarkibkan 2007-03-20 di archive.today.
  3. ^ "Ferdinand I". Encyclopædia Britannica.
Sumber utama

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.