Farisha Iris
Farisha Iris | |
---|---|
Nama lahir | Farisha binti Asmadi |
Juga dikenali sebagai | Farisha Iris |
Kelahiran | Selangor, Malaysia | 25 April 1999
Genre | Pop, Balad |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon, Pengacara |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2011–kini |
Syarikat rakaman | Seventeen Eleven Music |
Laman sesawang | instagram.com/farisha_iris |
Farisha "Iris" Asmadi (lahir 25 April 1999) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau ialah naib juara Idola Kecil 4 dan pemenang tempat ketiga Ceria Popstar. Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang peserta Big Stage musim ketiga.[2]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pada usia 11 tahun, Farisha memulakan kerjaya awalnya sebagai pelakon, penyanyi dan pengacara. Beliau pernah menjadi salah seorang peserta Idola Kecil musim keempat pada 2011 dan merangkul gelaran naib juara. Farisha juga terpilih sebagai salah seorang peserta Ceria Popstar di Astro Ceria dan memenangi tempat ketiga. Beliau kemudian mengacarakan rancangan pendidikan kanak-kanak ChiChi & ChaCha, namun meninggalkannya kerana memberi tumpuan kepada akademik. Beliau juga pernah menjadi wartawan lokasi Nasi Lemak Kopi O selama setahun. Pada tahun 2017, beliau merakamkan single sulungnya, "Tak Malu",[3] diikuti oleh single keduanya, "Alasan Terindah" pada 2018. Pada tahun 2020, single ketiganya menyusul dengan tajuk "Bebel". Beliau melancarkan single keempatnya, "Hello" pada Januari 2021.[4] Kerjaya lakonannya bermula dengan membintangi telefilem Tiba Masanya sebagai Angah di TV AlHijrah pada 2013.
Pada tahun 2019 sehingga kini, Farisha mula menceburi bidang perniagaan dan bergiat aktif dalam bidang tersebut sehingga kini. Beliau membina empayar "Diamonis Beauty" produk penjagaan kulit bersama kakaknya, Farhana Azmira binti Asmadi.
Big Stage (musim 3)
[sunting | sunting sumber]Farisha menyertai Big Stage musim ketiga yang bersiaran di Astro Ria, beliau tersingkir di konsert minggu ketujuh sekaligus gagal mara ke konsert akhir.[5][6] Berikut ialah senarai persembahan beliau dalam Big Stage:
Minggu | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Starter Pack | "Tak Malu" | Dirinya sendiri | SELAMAT |
Minggu 2 | Hype Beat | "Pura-Pura Bujang" | Baby Shima | SELAMAT |
Minggu 3 | Duominasi | "Cinta" (duet bersama Fieya Julia) | Melly Goeslaw & Krisdayanti | SELAMAT |
Minggu 4 | Baby Bash | "Kau Kekasihku" | Siti Nurhaliza | SELAMAT |
Minggu 5 | #SandraDalamKenangan | |||
Minggu 6 | Rotasi 36T | "How You Like That" | Blackpink | SELAMAT |
Minggu 7 | Veto Juri Duominasi Platinum |
"Semalam" "Ratusan Purnama" |
Aina Abdul Martino Leo & Melly Goeslaw |
TERSINGKIR |
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Farisha mempunyai lulusan dalam komunikasi massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Alor Gajah, Melaka.[7][8] dan lulusan dalam dalam Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam di universiti sama kampus Shah Alam, Selangor. Pada Januari 2024, Farisha telah mendapat kelulusan dalam Ijazah Sarjana Komunikasi Massa di universiti sama kampus Shah Alam, Selangor. Pada ketika ini, beliau menyambung pendidikan PhD dalam Komunikasi Massa di universiti yang sama.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Tajuk | Tahun |
---|---|
"Tak Malu"[9] | 2017 |
"Alasan Terindah" | 2018 |
"Bebel" | 2020 |
"Hello" | 2021 |
"Baek" | |
"Raya Bersama" | 2023 |
"Rasa" | 2024 |
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Cheritera | Dayang Suraya | TV9 | |
2023 | Lecturerku Oppa | Naura | iQIYI |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2013 | Tiba Masanya | Angah | TV AlHijrah |
2020 | Kifarah Buta | Suraya | Astro Citra |
2023 | Pukul Mersing | Tiya | TV3 |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Idola Kecil (musim 4) | Peserta | TV9 |
2012 | Nasi Lemak Kopi O | Pengacara | TV9 |
2013 | Ceria Popstar (musim 1) | Peserta | Astro Ceria |
2014 | Chichi & Chacha (musim 1) | Pengacara | |
2020 | Big Stage (musim 3) | Peserta | Astro Ria |
2022 | Infiniteen RTM | Pengacara | RTM |
2023 | Infiniteen RTM | Pengacara | RTM |
Muzik video
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2016 | "Segalanya" | Single oleh Haqiem Rusli |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Artis Baharu Wanita Popular | Farisha Iris | Tercalon |
2024 | CHT Awards 2024 - 10th International Edition | CHT Excellence Award 2024 Performing Artiste | Farisha Iris | Pemenang |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Farisha Iris tak kejar populariti". Malaysia Gazette. 22 Januari 2021. Dicapai pada 23 Januari 2021.
- ^ "Tiada peserta luar negara, Usop, Qody dan Nana Sheme antara 12 'BBNU' bakal berentap di Big Stage 2020". Mstar Online. 4 Ogos 2020. Dicapai pada 20 Ogos 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (13 Jun 2017). Farisha tak malu belajar Berita Harian. Dicapai pada 15 November 2017.
- ^ "Hello Farisha Iris 'tapau' satu drama". Kosmo!. 25 Januari 2021. Dicapai pada 26 Januari 2021.
- ^ Wawann Mohd (3 Oktober 2020). Mereka seolah-olah gembira atas penyingkiran saya - Farisha Iris Sinar Harian. Dicapai pada 4 Oktober 2020.
- ^ Farisha Iris akur tersingkir sebelum ke final Big Stage 2020 Era. 28 September 2020. Dicapai pada 15 November 2020.
- ^ Syanty Octavia Amry (19 Jun 2017). Farisha sahut cabaran Harian Metro. Dicapai pada 21 Disember 2017.
- ^ Norhadiani Baharom (21 Julai 2017). Tak Malu hangat di radio Harian Metro. Dicapai pada 21 Disember 2017.
- ^ Farisha Irish tak malu luah perasaan walau bertepuk sebelah tangan Astro Gempak. 3 Jun 2017. Dicapai pada 23 Ogos 2017.