Pergi ke kandungan

Johor Darul Ta'zim F.C.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Johor Darul Takzim F.C.)

Johor Darul Ta'zim FC
Nama penuhJohor Darul Ta'zim Football Club
GelaranHarimau Selatan
Nama pendekJDT
Diasaskan2020; 4 tahun yang lalu (2020) (KBPKENJ)
2021; 3 tahun yang lalu (2021) (KB Johor)
2013; 11 tahun yang lalu (2013) (Johor Darul Ta'zim FC)
StadiumStadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor
(Kapasiti: 40,000)
PemilikEmiriah Arab Bersatu Royal Football Fund (30%)
JohorTunku Ismail Sultan Ibrahim (70%)[1]
PresidenJohor Tunku Aminah Maimunah Iskandariah
PengurusVenezuela Héctor Bidoglio
LigaLiga Super Malaysia
2023(Gelaran ke-10)
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

Johor Darul Ta'zim Football Club[2] atau ringkasnya JDT ialah sebuah kelab bola sepak profesional yang berpusat di Johor BahruJohor, Malaysia. Kelab ini diasaskan pada 1972 sebagai PKENJ FC dan kini bersaing di divisyen teratas bola sepak Malaysia, Liga Super Malaysia. Kelab ini dimiliki oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim.[3] Pada 2014, JDT memperoleh penghormatan besar pertama mereka dengan memenangi liga kebangsaan pada musim pertama di bawah pengurus Croatia Bojan Hodak. Di bawah bimbingan Mario Gómez dari Argentina, mereka memenangi Piala AFC 2015 dan Liga Super 2015. Dengan memenangi Piala AFC, JDT menjadi pasukan Malaysia kedua sejak 1967 yang memasuki perlawanan akhir pertandingan utama peringkat benua, dan kelab Malaysia yang pertama memenangi kejohanan benua. Antara 2014 dan 2021, JDT memenangi lapan kejuaraan liga berturut-turut. Sebelum pencapaian ini, tiada pasukan Malaysia pernah memenangi kejohanan liga lebih daripada dua kali berturut-turut sejak sistem liga mula diperkenalkan di Malaysia pada 1979.

Sejak 2012, Johor Darul Ta'zim FC dikenali dengan nama panggilan baharu mereka, Harimau Selatan menggantikan nama panggilan lama Sang Lebah (Johor FC). Nama jolokan baharu itu adalah berdasarkan lambang Majlis Negeri Johor. Padang tuan rumah pasukan ialah Stadium Sultan Ibrahim berkapasiti 40,000 orang. Sejak 2013, kelab itu telah membina saingan sengit dengan Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman FC.

Dasawarsa Awal Johor FC (1996–2011)

[sunting | sunting sumber]

JDT pertama kali ditubuhkan pada tahun 1972 dengan nama yang berbeza iakni PKENJ FC. Selepas memenangi Piala FAM Malaysia dua kali, Johor Corporation (perbadanan yang dibiayai oleh kerajaan negeri) memutuskan untuk mengambil alih kelab itu pada 1996 dan menukar namanya kepada Kelab Bola Sepak Johor (Johor FC). Kelab ini menjadi naib johan di musim 1996.

Pada tahun 1998, Johor FC mendapat promosyen ke liga bola sepak Malaysia peringkat kedua, Liga Perdana 2 dan memenangi gelaran pada tahun 2001 yang membuat kelab ini mendapat promosyen ke pucuk liga iakni divisyen Liga Perdana 1.[4] Selepas dua tahun di bahagian teratas, Johor FC telah direlegasyenkan ke divisyen kedua baharu, Liga Perdana Malaysia selepas gagal mempertahankan posisi mereka di bagan peringkatan. 3 tahun kemudian, kelab ini memperoleh kenaikan secara automatik ke Liga Super Malaysia pada musim 2006–07 selepas keputusan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk mengembangkan liga dari 14 kelab dan kelab-kelab itu merupakan penyudah 5 teratas langganan dalam liga. Johor FC adalah kelab pertama dalam sistem liga bola sepak Malaysia yang memasuki Piala Malaysia pada tahun 2000 di bawah pengurus Inggeris Bruce Stowell . Kejohanan Malaysia sebelum ini didominasikan kelab yang berpenjakan dari negeri dan dengan menewaskan ATM secara agregat dalam pusingan kedua kelayakan kumpulan, Johor FC juga merekodkan satu lagi kegemilangan dalam pertandingan itu. Kelab itu juga menyertai Piala AFC pada 2009 bagi menggantikan Negeri Sembilan. Meski sebenarnya Kelab dari Negeri Sembilan layak, mereka memilih untuk berundur dan Johor pun maju untuk pertandingan AFC musim itu.[5]

Penukaran Nama Baharu, Johor Darul Ta'zim (2013–sekarang)

[sunting | sunting sumber]

Bermula dari tarikh 2 Februari 2012, bekas pemain bola sepak antarabangsa Singapura, Fandi Ahmad memulakan kontrak tiga tahunnya dengan Johor FA berkhidmat sebagai penasihat teknikal dalam kelab itu.[6] Kemudian pada tahun itu juga, Fandi mengambil alih peranan sebagai ketua jurulatih pasukan. Pasukan itu akhirnya menduduki tempat keempat pada musim Liga Perdana Malaysia 2012 .

Tunku Ismail secara rasmi dilantik sebagai Presiden Johor FA (PBNJ) yang baharu dalam kongres persatuan yang diasaskan bertarikh 16 Februari 2012. Semasa musyawarah itu, sang jurulatih kelan mula-mula mengemukakan cadangan untuk merombak keseluruhan struktur dan aktiviti bola sepak Johor FC. Sebahagian daripada rancangan itu adalah untuk menyatukan pasukan bola sepaknya menjadi wakil tunggal yang bersaing dalam Liga Malaysia . [7]

Sepanjang musim ini, terdapat beberapa dakwaan negatif tentang penetapan perlawanan (match fixing) yang melibatkan pemain dari pasukan yang berpangkalan di Johor. [8] [9] Pada penghujung musim 2012, bola sepak Johor berada dalam keadaan yang daif dan terseok-seok. Pasukan yang berpangkalan di Johor menunjukkan prestasi yang kurang baik dalam perlawanan Liga Malaysia. Johor FC hampir-hampir tidak mampu mengelak dari relegasyen dalam Liga Super Malaysia, manakala kelab lain yang berpangkalan di Johor seperti  – Johor FA, Johor Bahru City FC, and MP Muar FC – berjaya serta bersaing memperebutkan peringkat pertama di Liga Perdana Malaysia.[10] Hanya beberapa bulan selepas Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih jawatan presiden Johor FA, satu rombakan strategik yang berani dalam Johor FA (PBNJ) telah dimulakan.

Langkah itu adalah untuk menjajarkan semula dan menyatukan pasukan bola sepak dan kelab yang mewakili Johor. Ia menyaksikan kedua-dua pasukan, Johor FC dan Johor FA diletakkan di bawah pengurusan tunggal bagi memastikan kestabilan kedua-dua pasukan. Semua kelab yang berpangkalan di Johor kecuali Johor FC dan Johor FA telah ditarik balik daripada Liga Malaysia. Kedua-dua pasukan telah dikembalikan semula dengan nama yang sama dan diletakkan dalam susunan berangka. [11] [12] Pada Disember 2012, FAM mengumumkan bahawa mereka telah menerima permohonan izin bagi pertukaran nama kelab menjadi Darul Ta'zim FC untuk musim 2013 yang akan datang.[13] Pasukan itu kemudiannya dinamakan sebagai Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim .

Secara rasmi, 2013 adalah tahun pertama di mana Harimau Selatan membuat penampilan sulungnya di bawah inisiatif transformasi baharu. Stadium Larkin yang telah diubah suai sepenuhnya telah dibuat untuk menempatkan lebih ramai peminat. Dengan pengenalan pas musim, ia membenarkan peminat masuk ke semua perlawanan kompetitif untuk keseluruhan musim. Pada awal musim 2013, Fandi Ahmad dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan dalam Liga Super Malaysia, manakala pasukan Liga Perdana Malaysia dikendalikan oleh bekas pemain antarabangsa dan Johor, Azmi Mohamed, dengan bantuan rakan senegara Ismail. Ibrahim . [11] Sebelum permulaan musim, Johor menandatangani bekas pemain antarabangsa Sepanyol Dani Güiza dan pemain tengah Itali Simone Del Nero . Bagaimanapun, kedua-duanya pergi pada pertengahan musim. JDT berjaya mara ke final Piala FA Malaysia 2013 menerusi peraturan gol di tempat lawan, menewaskan Pahang FA . [14] [15] Dalam perlawanan akhir, JDT tewas 1–0 kepada Kelantan FA . [16]

Pada pertengahan musim 2013, Fandi Ahmad telah dilepaskan daripada tugas kejurulatihannya, tetapi akan kekal sebagai pengurus pasukan. [17] [18] Azmi Mohamed menjadi jurulatih JDT secara sementara sementara menunggu ketibaan ketua jurulatih baharu. [19] [20] Pada musim pertama selepas transformasi kelab, JDT berjaya menduduki tempat ketiga dalam Liga Super Malaysia 2013 . [21] [22] Kemudian, hanya sehari sebelum Piala Malaysia 2013 bermula, Fandi Ahmad meletakkan jawatan sebagai pengurus pasukan dan berpisah dengan Johor FA secara baik. [23] Dengan motivasi untuk menghidupkan semula zaman kegemilangan masa lalu ke masa depan, JDT melantik bekas pengurus dari Kelan Valencia dan Atlético Madrid , Cesar Ferrando Jimenez sebagai ketua jurulatih baharu kelab itu. [24] [25]

Pada Februari 2014, Bojan Hodak dilantik sebagai pengurus pasukan untuk membantu Cesar Jimenez dalam tugas pengurusan kelab. [26] [27] Pada tarikh 26 Jun 2014, 4 bulan setelah jawatan jurulatih dipegang Jimenez, JDT berjaya dalam kejohanan liga kebangsaan pertama mereka dengan menewaskan Sarawak FA 1–0. [28] [29] Dalam kempen Piala Malaysia 2014, JDT berjaya mara ke final buat kali pertama dalam tempoh 23 tahun, mencontohi bekas Johor FA yang memenangi kejuaraan berganda (kemenangan liga dan Piala Malaysia) kelab itu digelar sebagai "Heavyweight Fighter". Perlawan kelab yang begitu dinanti-nantikan ialah antara JDT (juara liga) vs Pahang (juara Piala FA Malaysia). [30] JDT tewas 5–3 dikalahkan lawannya dalam penentuan sepakan penalti . [31]

Pada 31 Januari 2015, JDT beraksi dalam Piala Sumbangsih buat pertama kali dalam sejarah kelab, melayakkan diri ke pertandingan itu sebagai juara Malaysia 2014. Mereka menewaskan Pahang 2–0 untuk memenangi piala. [32] [33] Kelab ini muncul secara mengejutkan di Piala AFC pada tarikh 24 Februari 2015 dengan kemenangan 4–1 atas East Bengal FC dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan. [34] [35] Pada akhir April 2015, ketua jurulatih Bojan Hodak meninggalkan kelab dan digantikan oleh Roberto Carlos Mario Gómez . [36] Sebagai ketua jurulatih baharu, beliau turut diberi kuasa untuk merombak program pembangunan belia di JDT khususnya skuad pembangunannya daripada JDT II kepada JDT V. [37]

Pada 12 Julai 2015, satu pengumuman telah dibuat bahawa Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim meninggalkan jawatannya sebagai presiden Johor FA; sebaliknya, beliau akan tetap berkhidmat atas kapasitinya sebagai Penaung Diraja Johor FA. Dato' Haji Ismail bin Karim, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, dilantik sebagai penggantinya berkuat kuasa serta-merta. [38] Pada Ogos 2015, JDT mempertahankan kejuaraan Liga Super Malaysia, menjadi juara kebangsaan untuk tahun kedua berturut-turut. [39] Pada 31 Oktober 2015, JDT menjadi kelab Malaysia pertama mara ke perlawan akhir Piala AFC. Pada pertandingan itu yang diadakan di Dushanbe, Tajikistan, JDT mampu menewaskan pasukan tuan rumah FC Istiklol 1–0 dengan gol yang dijaringkan oleh Leandro Velazquez. JDT pun merekodkan diri sebagai kelab pertama di Serantau Asia Tenggara yang mampu memenangi kejuaraan benua.[40] [41] [42]

Pada pembukaan musim 2016, JDT mengetepikan Selangor dalam kemenangan penentuan sepakan penalti 7–6, berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih. [43] Pada musim yang sama pula, JDT merangkul kejuaraan Piala FA Malaysia buat pertama kalinya selepas mencatat kemenangan semula 2–1 ke atas PKNS FC. Ini adalah kali pertama kelab menjulang piala itu sejak penubuhannya pada tahun 1990. [44] [45] JDT memperoleh kejuaraan liga ketiga berturut-turut pada Hari Perlawanan 20 musim 2016 dengan kemenangan 3–0 ke atas Terengganu . [46] Kelab itu menjadi kelab pertama yang sanggi0 memenangi tiga kejuaraan liga berturut-turut - satu pencapaian yang tidak pernah dicapai sebelum ini oleh mana-mana kelab sejak penubuhan kejuaraan liga kebangsaan pada 1982.

Pada musim 2016 juga, JDT berjaya menamatkan liga tanpa kalah, sekaligus menjadi kelab pertama di Malaysia yang melakukannya. [47] [48]

Pada 18 Januari 2017, JDT mengumumkan bahawa mereka telah berpisah dengan Mario Gómez hampir dua hari sebelum pembukaan musim. [49] [50] Kelab itu menaikkan pangkat Mexico Benjamín Mora daripada JDT II untuk melatih skuad untuk musim 2017. [51] [52] Pada 21 Januari 2017, walaupun mendahului 1–0 pada separuh masa, JDT tak mampu mempertahankan Piala Sumbangsih bagi yang ketiga kaliselepas tewas 5–4 dalam penentuan sepakan penalti kepada Kedah. [53] Dalam play-off kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2017, JDT mara ke pusingan play-off buat kali pertama dalam sejarah mereka, selepas menyingkirkan Bangkok United pada pusingan awal kedua selepas penalti. [54] [55] Dalam pusingan play-off, JDT tewas 3–0 kepada pasukan Jepun, Gamba Osaka . [56] [57] Susulan daripada itu, Perak menewaskan JDT 2–1 dan menamatkan rekod tanpa kalah kelab itu dalam 26 perlawanan liga sejak perlawanan pembukaan musim 2016. [58]

Semasa rehat pertengahan musim 2017, JDT menurunkan semula Mora ke kedudukan sebelumnya sebagai ketua jurulatih pasukan kedua. [59] [60] Kelab itu melantik Portugis Ulisses Morais sebagai pengurus baharu skuad utama. [61] [62] Morais mengetuai pasukan itu merangkul kejuaraan liga keempat berturut-turut; dengan JDT disahkan telah merangkul kejuaraan Liga Super 2017 pada 5 Ogos 2017 dengan baki tiga perlawanan. [63]

Semasa Kongres JDT yang diadakan pada awal Oktober 2017, Tunku Ismail telah membuat beberapa langkah besar di negeri Johor. Semua persatuan bola sepak berasaskan kaum di negeri ini dibubarkan. Bagaimanapun pasukan-pasukan ini akan dibenarkan untuk terus menyertai sebagai kelab bola sepak dalam pertandingan negeri. Bagi kelab, penstrukturan semula besar-besaran organisasi telah dibuat untuk memastikan kejayaan masa depan di luar dan di padang. Antaranya ialah pelantikan Martín Hugo Perst sebagai Pengarah Sukan baharu, manakala Pengarah Sukan sebelumnya, Alistair Edwards telah ditugaskan semula sebagai Pengarah Teknikal kelab, bertanggungjawab ke atas semua pasukan pembangunan termasuk JDT II, dengan pasukan itu bermain dalam Liga Perdana Malaysia sebagai pasukan pembangunan dan bukannya kelab pengumpan. [64] [65] [66] [67]

Selepas melengkapkan perlawanan liga pada penghujung Oktober 2017, JDT bertanding di final Piala Malaysia menentang Kedah, pemenang Piala FA Malaysia 2017, yang mereka temui pada awal musim pembukaan pada Januari. Beraksi di hadapan 80,000 penyokong di Stadium Shah Alam, JDT merampas gelaran daripada "Helang Merah" dengan kemenangan 2–0 dan meraih dua gol pada musim 2017. [68] [69]

Pada 2018, JDT tersingkir pada suku akhir Piala FA Malaysia 2018 selepas tewas kepada Pahang dengan agregat 3–0. [70] JDT juga gagal mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia, tewas kepada Terengganu pada separuh akhir. Pada musim yang sama, Johor memenangi kejuaraan liga kelima berturut-turut. [71]

Perubahan Nama

[sunting | sunting sumber]
  • 19721996 : Kelab Bola sepak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor FC (KB PKENJ)
  • 19962012 : Kelab Bola sepak Johor (KB Johor)
  • 20122013 : Kelab Bola sepak Darul Ta'zim (KB Darul Ta'zim)
  • 2013–kini : Kelab Bola sepak Johor Darul Ta'zim (KB Johor Darul Ta'zim)

Warna Jersi dan Logo Pasukan

[sunting | sunting sumber]
Team colours Team colours Team colours
Team colours
Team colours
Rumah 1996-2012
Team colours Team colours Team colours
Team colours
Team colours
Rumah 2013
Team colours Team colours Team colours
Team colours
Team colours
Rumah 2nd 2013
Team colours Team colours Team colours
Team colours
Team colours
Pelawat 2013
Team colours Team colours Team colours
Team colours
Team colours
Pelawat 2nd 2013
Team colours Team colours Team colours
Team colours
Team colours
Ke-3 2012-2013
Team colours Team colours Team colours
Team colours
Team colours
Rumah 2014
Team colours Team colours Team colours
Team colours
Team colours
Pelawat 2014
Team colours Team colours Team colours
Team colours
Team colours
Ke-3 2014
Team colours Team colours Team colours
Team colours
Team colours
Rumah 2016
Team colours Team colours Team colours
Team colours
Team colours
Pelawat 2016

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos

[sunting | sunting sumber]
Stadium Larkin

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos atau juga dikenali sebagai Stadium Larkin, ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Larkin, Johor Bahru, Malaysia. Stadium yang mula dibina pada 1964 mampu menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada 1991 menjadi kapasiti 30,000 orang penonton. Ia dinamakan sempena mengenang jasa bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos.[72]

Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos memiliki keupayaan 30,000 penonton dengan 8,000 tempat duduk.[73]

Bermula era baru penamaan Johor Darul Ta'zim FC yang diterajui oleh Tengku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan dinaikkan ke Liga Super, peminat sudah mula menyokong dan membanjiri stadium setiap kali perlawanan yang diadakan. Penyokong ekstrim yang menggelarkan diri mereka sebagai Boys Of Straits (B.O.S.) mula mengorak langkah dan membawa gerakan Ultras disetiap perlawanan melibatkan pasukan Johor Darul Ta'zim FC.

Stadium Sultan Ibrahim

[sunting | sunting sumber]

Stadium Sultan Ibrahim merupakan stadium bola sepak di Iskandar Puteri, Johor, Malaysia. Ia dinamakan sempena penghormatan Sultan negeri Johor Darul Takzim iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Stadium baru ini akan menjadi gelanggang rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim FC untuk saingan Liga Super Malaysia bermula tahun 2020, stadium ini menggantikan Stadium Larkin yang telah menempatkan pasukan semasa dan pasukan bola sepak Johor sebelumnya sejak tahun 1964. Jumlah kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM 200 juta. Stadium ini mempunyai kapasiti untuk 40,000 penonton dan dibuka pada 22 Februari 2020.

Tempoh Pengeluar Kit Penaja
2013 Itali Kappa Malaysia Johor Corporation
2014–2015 Amerika Syarikat Nike Malaysia Country Garden Diarkibkan 2016-07-28 di Wayback Machine
Malaysia Johor Corporation
2016- Jerman Adidas
Malaysia Fastrack Iskandar Sdn. Bhd.
Indonesia Salim Group
UNICEF

Pasukan utama

[sunting | sunting sumber]

[74] Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Malaysia Farizal Marlias
2 DF Malaysia Matthew Davies
3 DF Malaysia Shahrul Saad
4 MF Malaysia Afiq Fazail
5 DF Indonesia Jordi Amat (Kapten)
6 MF Malaysia Hong Wan
8 MF Malaysia Safiq Rahim
9 FW Brazil Bergson
10 MF Portugal Francisco Geraldes
11 FW Brazil Murilo Henrique
13 FW Malaysia Mohamadou Sumareh
14 DF Australia Shane Lowry
15 DF Malaysia Feroz Baharudin
16 GK Malaysia Syihan Hazmi
17 FW Malaysia Ramadhan Saifullah
19 FW Malaysia Romel Morales
No. Pos. Negara Pemain
20 MF Sepanyol Juan Muñiz
21 MF Malaysia Nazmi Faiz
22 DF Malaysia La'Vere Corbin-Ong
23 MF Malaysia Endrick
24 DF Filipina Oscar Arribas
27 FW Itali Nicolao Dumitru
29 GK Malaysia Izham Tarmizi
30 MF Malaysia Natxo Insa
37 FW Brazil Heberty
42 FW Malaysia Arif Aiman Hanapi
81 FW Malaysia Daryl Sham
91 DF Malaysia Syahmi Safari

Sedang dipinjam

[sunting | sunting sumber]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
GK Malaysia Haziq Nadzli (ke Perak)
DF Malaysia Azam Azmi (ke Terengganu FC)
FW Malaysia Safawi Rasid (ke Terengganu FC)
FW Malaysia Akhyar Rashid (ke Terengganu FC)
MF Malaysia Syamer Kutty Abba (ke Pulau Pinang)
No. Pos. Negara Pemain
FW Malaysia Syafiq Ahmad (ke Kedah Darul Aman F.C.)
DF Malaysia Declan Lambert (ke Kuala Lumpur City F.C.)
FW Argentina Manuel Hidalgo (ke Sri Pahang)

Anugrah Individu Pemain

[sunting | sunting sumber]

Pemenang Kasut Emas Liga Malaysia

[sunting | sunting sumber]
Season Player Goals
2016 Argentina Jorge Pereyra Díaz[75] 18
2017 Lubnan Mohammed Ghaddar[76] 23
2022 Brazil Bergson[77] 29

Pegawai Kejurulatihan Pasukan

[sunting | sunting sumber]
Jawatan Nama
Penaung Diraja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Presiden Johor Tunku Aminah Maimunah Iskandariah
Pengarah Bolasepak Australia Alistair Edwards
Pengarah Pemasaran Perancis Romain Biesse
Pengarah Sukan Argentina Martin Hugo Prest
Pengurus & Jurulatih Mexico Hector Bidoglio
Penolong Jurulatih Malaysia Mohd Hamzani Omar
Sepanyol Jorge Alvarez
Jurulatih Penjaga Gol Sepanyol Orkatz Martin Egana
Malaysia Aziz Kifah
Fisioterapi Portugal Pedro Miguel Silva Do Vale
Saintis Sukan Cyprus Constantinos Rostantis
Pegawai Penerangan Malaysia Nor Asniera Jasni
Pelatih Sukan Malaysia Fariq Mohamed Yusof
Masseur Malaysia Mohamad Rafienudeen Ramlee
Kitman Malaysia Jaafar Abdul Manaf
Malaysia A Aziz Hamid
Pegawai Sekuriti Malaysia Farouk Yahya
Malaysia Ismail Shawal
Doktor Pasukan Malaysia Dr. Abdul Razak Ahmad
Pegawai Pentadbiran Malaysia Kelly Sathiraj Kalimuthu
Penganalisis Pasukan Malaysia Amar Nadzif Othman
Pengurus Pembangunan Malaysia K Sukumaran
Ketua Pembangunan Belia Malaysia Wan Jamak Wan Hassan[78]

Senarai pengurus pasukan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Pengurus
1999 – 2005 Malaysia Othman Odanu
2006 – 2011 Malaysia Mohd Faizal Abdullah
2012 Malaysia Wan Nizam Wan Omar
2013 Singapura Fandi Ahmad
2013 Malaysia Azmi Mohamad *(Pemangku)
2013 – 2014 Sepanyol Cesar Ferrando Jimenez
2014 – April 2015 Croatia Bojan Hodak
Mei 2015 – Januari 2017 Argentina Mario Gómez
Januari 2017 – Jun 2017 Mexico Benjamin Mora
Jun 2017 – Feb 2018 Portugal Ulisses Morais
Februari 2018 – Ogos 2018 Argentina Raul Longdhi *(Pemangku)
Ogos 2018 – Oktober 2020 Argentina Luciano Figueroa
Oktober 2020 - Julai 2022 Mexico Benjamin Mora
28 Julai 2022 - 1 Disember 2022 Venezuela Héctor Bidoglio
1 Disember 2022 - Kini Argentina Esteban Solari

Senarai jurulatih pasukan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Jurulatih
10 Ogos 2018 – 27 Julai 2022 Mexico Benjamin Mora
9 Ogos 2018 – 10 Ogos 2018 Argentina Luciano Figueroa
26 Februari 2018 – 9 Ogos 2018 Argentina Raul Longdhi* (juga Pemangku Pengurus)
19 Jun 2017 – 25 Februari 2018 Portugal Ulisses Morais
18 Januari 2017 – 18 Jun 2017 Mexico Benjamin Mora* (juga Pemangku Pengurus)
26 April 2015 – 18 Januari 2017 Argentina Mario Gomez
25 Februari 2014 – 25 April 2015 Croatia Bojan Hodak
21 Ogos 2013 – 25 Februari 2014 Sepanyol Cesar Ferrando Jimenez
30 Julai 2013 – 21 Ogos 2013 Malaysia Azmi Mohamad* (juga Pemangku Pengurus)
3 Februari 2012 – 30 Julai 2013 Singapura Fandi Ahmad
2012 Malaysia Sazali Saidon
Januari – April 2012 Malaysia K.Devan
2011 Malaysia Azuan Zain
2005 – 2010 Malaysia Ramlan Rashid
2005 Australia Raul Carrizo
2000 – 2001 England Bruce Stowell
1999 Australia Ron Smith

Rekod Kelab

[sunting | sunting sumber]

Nota *P = Perlawanan, M = Menang, S = Seri, K = Kalah, J = Jaringan, B = Bolos, Mt= Mata, Pos = Posisi

      Juara       Naib-juara       ke-3       Promosi       Tersingkir       Tiada perlawanan (Covid-19)

Musim Liga Piala
Divisyen P M S K J B Mt Pos Sumbangsih Malaysia FA
1998 Perdana 2 14 4 4 6 19 24 16 ke-5  —  — Pusingan 2
1999 Perdana 2 18 9 5[a] 4 24 17 33 ke-3  —  — Pusingan 1
2000 Perdana 2 18 5 6 7 16 18 21 ke-7  — Suku-akhir Pusingan 2
2001 Perdana 2 22 14 5 3 42 20 47 Juara  — Peringkat kumpulan Suku-akhir
2002 Perdana 1 26 12 5 9 37 27 41 ke-6  — Peringkat kumpulan Pusingan 2
2003 Perdana 1 24 10 4 10 42 32 34 ke-7  — Peringkat kumpulan Suku-akhir
2004 Liga Premier 24 14 5 5 43 25 47 ke-3  — Peringkat kumpulan Suku-akhir
2005 Liga Premier 21 10 6 5 27 16 36 ke-4  — Peringkat kumpulan Pusingan 1
2005–06 Liga Premier 21 9 8 4 38 27 35 ke-3  — Peringkat kumpulan Pusingan 1
2006–07 Liga Super 24 11 6 7 35 26 39 ke-6  — Peringkat kumpulan Pusingan 2
2007–08 Liga Super 24 14 4 6 40 27 46 ke-3  — Separuh-akhir Pusingan 1
2009 Liga Super 26 15 3 8 53 27 48 ke-4  — Suku-akhir Pusingan 1
2010 Liga Super 26 13 4 9 44 29 43 ke-4  — Separuh-akhir Pusingan 1
2011 Liga Super 26 8 10 8 26 28 34 ke-7  — Peringkat kumpulan Pusingan 2
2012 Liga Super 26 10 5 11 29 31 35 ke-9  — Suku-akhir Suku-akhir
2013 Liga Super 22 11 7 4 32 26 40 ke-3  — Suku-akhir Naib-juara
2014 Liga Super 22 13 5 4 39 22 44 Juara  — Naib-juara Separuh-akhir
2015 Liga Super 22 14 4 4 36 18 46 Juara Juara Suku-akhir Pusingan 1
2016 Liga Super 22 18 4 0 56 14 58 Juara Juara Peringkat kumpulan Juara
2017 Liga Super 22 15 4 3 50 19 49 Juara Naib-juara Juara Suku-akhir
2018 Liga Super 22 19 2 1 47 9 59 Juara Juara Separuh-akhir Suku-akhir
2019 Liga Super 22 16 5 1 49 19 53 Juara Juara Juara Pusingan 3
2020 Liga Super Malaysia 11 9 2 0 33 8 29 Juara Juara Tiada perlawanan (COVID-19) Tiada perlawanan (COVID-19)
2021 Liga Super Malaysia 22 18 3 1 50 9 57 Juara Juara Naib-juara Tiada perlawanan (COVID-19)
2022 Liga Super Malaysia 22 17 5 0 61 12 56 Juara Juara Juara Juara
2023 Liga Super Malaysia 12 12 0 0 49 1 36 TBD Juara TBD TBD

Source:[79][80]

  1. ^ Sepakan penalti untuk tambahan mata jika perlawanan berakhir dengan keputusan Seri. Pasukan ini menang 1 kali dan tewas 4 kali dalam sepakan penalti.

Semua keputusan (tempat sendiri dan lawan) senaraikan jaringan pasukan JDT dahulu.

Musim Kejohanan Pusingan Kelab Tempat sendiri Tempat lawan Agregat
1996–97 Kejohanan Kelab Asia Pusingan 1 Vietnam Công an Thành phố Hồ Chí Minh 1–1 (s.m.t.) 1–0 2–1
Pusingan 2 Jepun Yokohama Marinos 1–1 0–2 1–3
2009 Piala AFC Kumpulan F Maldives VB Sports Club 0–0 0–2 ke-4
Indonesia PSMS Medan 0–1 1–3
Hong Kong South China 1–4 0–2
2015 Liga Juara-Juara AFC Peringkat Awal Pusingan 1 India Bengaluru FC 2–1 (s.m.t.)
Peringkat Awal Pusingan 2 Thailand Bangkok Glass 0–3
Piala AFC Kumpualan F India East Bengal 4–1 1–0 1
Singapura Balestier Khalsa 3–0 1–0
Hong Kong Kitchee 2–0 0–2
Pusingan 16 Myanmar Ayeyawady United 5–0
Suku-akhir Hong Kong South China 1–1 3–1 4–2
Separuh-akhir Kuwait Al-Qadsia Dibatalkan 1–3 JDT layak
Akhir Tajikistan Istiklol 1–0 Juara
2016 Liga Juara-Juara AFC Peringkat Awal Pusingan 2 Thailand Muangthong United 0–0 (s.m.t.)
(0–3 p)
Piala AFC Kumpulan H Myanmar Ayeyawady United 8–1 2–1 1
India Bengaluru FC 3–0 1–0
Laos Lao Toyota 3–0 4–1
Pusingan 16 Filipina Kaya 7–2
Suku-akhir Hong Kong South China 2–1 1–1 3–2
Separuh-akhir India Bengaluru FC 1–1 1–3 2–4
2017 Liga Juara-Juara AFC Peringkat Awal Pusingan 2 Thailand Bangkok United 1–1 (s.m.t.)
(5–4 p)
Peringkat Kelayakan Jepun Gamba Osaka 0–3
Piala AFC Kumpulan F Kemboja Boeung Ket Angkor 3–0 3–0 ke-2
Myanmar Magwe 3–1 1–1
Filipina Global Cebu 4–0 2–3
Separuh-akhir Zon ASIAN Filipina Ceres Negros 3–2 1–2 4–4 (gol tempat lawan)
2018 Liga Juara-Juara AFC Peringkat Awal Pusingan 2 Thailand Muangthong United 2–5
Piala AFC Kumpulan H Indonesia Persija Jakarta 3–0 0–4 ke-3
Vietnam Sông Lam Nghệ An 3–2 0–2
Singapura Tampines Rovers 2–1 0–0
2019 Liga Juara-Juara AFC Kumpulan E Jepun Kashima Antlers 1–0 1–2 ke-4
Korea Selatan Gyeongnam FC 1–1 0–2
Republik Rakyat China Shandong Luneng 0–1 1–2
2020 Liga Juara-Juara AFC Kumpulan G Jepun Vissel Kobe 1–5
Korea Selatan Suwon Samsung Bluewings 2–1
Republik Rakyat China Guangzhou Evergrande

Pencapaian di kejohanan AFC

[sunting | sunting sumber]
  • Liga Juara-Juara AFC: 6 penampilan
    2015: Peringkat awal Pusingan 2
    2016: Peringkat awal Pusingan 2
    2017: Peringkat kelayakan
    2018: Peringkat awal Pusingan 2
    2019: Peringkat kumpulan
    2020: Sedang berlangsung
  • Piala AFC: 5 penampilan
    2009: Peringkat kumpulan
    2015: Juara
    2016: Separuh-akhir
    2017: Separuh-akhir Zon ASIAN
    2018: Peringkat kumpulan

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Era PKENJ

[sunting | sunting sumber]

Era Johor FC

[sunting | sunting sumber]
  • 1996 Naib Juara Piala FAM
  • 1997 Juara Liga Perdana 2, Kelab pertama yang bermain dalam Liga Perdana
  • 1998 Tempat ke 5 dalam Liga Perdana 2 , Layak ke pusingan kedua Piala FA
  • 1999 Tempat ke 3 Liga Perdana 2 , Pusingan pertama Piala FA
  • 2000 Tempat ke 3 dalam Liga Perdana 2, Pusingan pertama Piala FA, Pasukan kelab pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia
  • 2001 Juara Perdana 2 dan dinaikkan ke Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA
  • 2002 Menduduki tempat ke 6 dalam Liga Perdana 1, Layak ke pusingan kedua Piala FA
  • 2003 Menduduki tempat ke 7 dalam Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia
  • 2004 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kump A, Menduduki tempat ke 4 Kumpulan D Piala Malaysia, Layak ke suku akhir *Piala FA
  • 2005 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan C Piala Malaysia
  • 2005/06 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan B Piala Malaysia. Layak ke Liga Super 2006/07
  • 2008 Menduduki tempat ke 4 dalam Liga Super dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia.
  • [perlu rujukan] bagi tahun 2009 hingga 2012

Era Johor Darul Ta'zim F. C.

[sunting | sunting sumber]
  • 2017 Separuh Akhir - Zon Asia Timur. Ditewaskan oleh Ceres Negros FC dengan agregat 4-4 mengikut peraturan kelebihan gol di tempat lawan.
  • 2017 Juara Liga Super Malaysia buat kali ke-4 berturut-turut dan Piala Malaysia buat kali pertama.
  • 2018 Juara Liga Super Malaysia buat kali ke-5 berturut-turut & Juara Piala Sumbangsih.
  • 2019 Juara Liga Super Malaysia 6 tahun berturut-turut, Juara Piala Sumbangsih dan Juara Piala Malaysia.
  • 2020 Juara Liga Super Malaysia 7 tahun berturut-turut Dan Juara Piala Sumbangsih.
  • 2021 Juara Liga Super Malaysia 8 tahun berturut-turut dan Juara Piala Sumbangsih.
  • 2022 Juara Piala Sumbangsih, Juara Liga Super Malaysia 9 tahun berturut-turut , Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia.
  • 2023 Juara Piala Sumbangsih, Juara Liga Super 10 tahun berturut-turut, Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia


Kejohanan Juara Naib Juara
Divisyen 1 / Perdana 1 / Liga Super 2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020 , 2021 , 2022, 2023
Piala FA Malaysia 2016, 2022, 2023, 2024 2013
Piala Malaysia 2017, 2019, 2022, 2023 2014, 2021
Piala Sumbangsih Malaysia 2015, 2016, 2018, 2019, 2020 ,2021, 2022, 2023, 2024 2017
Divisyen 2 / Perdana 2 / Liga Premier 2001[83]
Divisyen 3 / Liga FAM 1994,[84] 1995[84] 1996
Kejohanan Juara Naib Juara
Liga Juara-Juara AFC
Piala AFC
2015[85]

Ranking Kelab AFC

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 2 Julai 2017.[86]
Kedudukan Semasa Negara Pasukan
32 Korea Selatan Ulsan Hyundai F. C.
33 Emiriah Arab Bersatu Al Jazira
34 Malaysia Johor Darul Ta'zim
35 Jepun Kashiwa Reysol
36 Korea Selatan Seongnam Ilhwa Chunma

Ranking Kelab Dunia

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 09 Januari 2016.[87]
Kedudukan Semasa Negara Pasukan
137 Thailand Buriram United
152 Malaysia Johor Darul Ta'zim
153 England Southampton
153 Itali AC Milan
Sehingga 17 Julai 2017[88]
Kedudukan Semasa (Mata) Negara Pasukan
892 (146.0) Malaysia Johor Darul Ta'zim

Persatuan yang menyelia

[sunting | sunting sumber]

Kelab Gabungan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "HRH Crown Prince Of Johor Becomes Owner Of Johor Darul Ta'zim Football Club". johorsoutherntigers.com. 9 January 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-21. Dicapai pada 2018-12-28.
  2. ^ Darul Ta'zim FC nama baru Johor @ Johor FC Diarkibkan 2016-02-20 di Wayback Machine, Sokernet, 5 Disember 2012
  3. ^ "HRH Crown Prince Of Johor Becomes Owner Of Johor Darul Ta'zim Football Club" (dalam bahasa Inggeris). Johor Southern Tiger. 9 Januari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2016.
  4. ^ "Malaysia – List of Second Level Champions". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2021. Dicapai pada 23 December 2012.
  5. ^ "Afc cup 2009". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2014. Dicapai pada 26 July 2014.
  6. ^ Lee, David (1 February 2012). "Fandi joins Johor FA as advisor". The New Paper (Singapore). Singapore Press Holdings Ltd. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2016. Dicapai pada 18 September 2016.
  7. ^ Ahmad Hidzir, Nor Azan Fitri (17 February 2012). "Johor cadang satu pasukan musim depan". Utusan Online. Utusan Melayu (M) Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2016. Dicapai pada 19 September 2016.
  8. ^ "Johor Football Club suspends six players". Asia One. Singapore Press Holdings Ltd . Co. 24 February 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 February 2012. Dicapai pada 19 September 2016.
  9. ^ Charles, Lourdes (22 March 2012). "'Bet woman' unmasked". The Star. The Star Media Group Bhd. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2016. Dicapai pada 19 September 2016.
  10. ^ Lee, Seng-Foo (1 July 2015). "The rise of Johor Darul Ta'zim". FourFourTwo.com. Haymarket Media Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2016. Dicapai pada 18 September 2016.
  11. ^ a b Kumar, Prem (1 November 2012). "Johor FC drop 'FC' from their name for new season". Goal.com. Perform Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2016. Dicapai pada 18 September 2016. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":02" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  12. ^ "PBNJ urus Johor FC". Sinar Harian Online. Karangkraf Media Group. 31 October 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2016. Dicapai pada 18 September 2016.
  13. ^ "Darul Takzim FC Nama Baru Johor dan Johor FC". Sokernet.com. Berita Bolasepak Malaysia. 5 December 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 February 2016. Dicapai pada 18 September 2016.
  14. ^ Afiq, Nik (17 June 2013). "TMJ promises JDT and Johor FA rewards". Goal.com. Perform Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2016. Dicapai pada 20 September 2016.
  15. ^ "Pahang – Johor Darul Takzim FA Cup semi-final second leg postponed". Goal.com. Perform Media. 29 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2016. Dicapai pada 23 May 2016.
  16. ^ Afiq, Nik (30 June 2013). "Losing three players was key - JDT Assistant Coach". Goal.com. Perform Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2016. Dicapai pada 22 September 2016.
  17. ^ Goh, Phillip (1 August 2013). "Fandi relieved of duties as Johor coach". Today Online. Mediacorp Press Ltd. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 October 2016. Dicapai pada 18 September 2016.
  18. ^ Wang, Meng Meng (1 August 2013). "Player power, demanding boss led to Fandi's fall from grace". The Straits Times (Singapore). Singapore Press Holdings Ltd. Co. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 October 2016. Dicapai pada 18 September 2013.
  19. ^ Allen, Chris (31 July 2013). "Azmi Mohamed Announced as the Temporary Johor Darul Takzim Coach". CaughtOffside.com. Fanatix.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2016. Dicapai pada 19 September 2016.
  20. ^ Samuel, Eric (31 July 2013). "Rookie coach Azmi takes over from Fandi Ahmad". Asia One. Singapore Press Holdings Ltd . Co. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2013. Dicapai pada 19 September 2016.
  21. ^ Afiq, Nik (30 July 2013). "Johor Darul Takzim resume training". Goal.com. Perform Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2016. Dicapai pada 22 September 2016.
  22. ^ Rifhan, Khalis (23 June 2013). "Johor Darul Takzim assistant Ismail Ibrahim: We are disappointed not to win". Goal.com. Perform Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2016. Dicapai pada 22 September 2016.
  23. ^ Afiq, Nik (20 August 2013). "Fandi Ahmad resigns as Johor Darul Takzim Team Manager". Goal.com. Perform Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2016. Dicapai pada 18 September 2016.
  24. ^ Sundaresan, Keeshaanan (20 July 2013). "Johor Darul Takzim set to appoint new Spanish coach". Goal.com. Perform Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2016. Dicapai pada 18 September 2016.
  25. ^ Bernama, Bernama (21 August 2013). "Jimenez sedia bawa JDT ke tahap baru". Sinar Harian Online. Karangkraf Media Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2016. Dicapai pada 18 September 2016.
  26. ^ "JDT appoint Bojan as team manager". The Star Online. Star Media Group Berhad. 25 February 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 December 2017. Dicapai pada 18 September 2016.
  27. ^ Dan, Guen Chin (25 February 2014). "Malaysian Super League: Bojan Hodak and Nenad Bacina join Johor Darul Takzim teams". Today Online (Singapore). Mediacorp Press Ltd. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 18 September 2016.
  28. ^ Bernama, Bernama (26 June 2014). "JDT wins Super League, state holiday in Johor". Malay Mail Online. Malay Mail Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2016. Dicapai pada 22 September 2016.
  29. ^ Joni, Farhana (26 June 2014). "JDT juara Liga Super". Utusan Online. Utusan Melayu (M) Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2016. Dicapai pada 22 September 2016.
  30. ^ Dawson, Mark (31 October 2014). "JDT – Pahang Preview: Heavyweights do battle for Piala Malaysia". Goal.com. Perform Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2016. Dicapai pada 23 September 2016.
  31. ^ Zainal, Zulhilmi (1 November 2014). "JDT 2–2 Pahang (pen 3–5): Ten-man Pahang retain Piala Malaysia after penalty shootout". Goal.com. Perform Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2016. Dicapai pada 24 September 2016.
  32. ^ Rajan, K (31 January 2015). "JDT cull Elephants for season's first league victory". The Star Online. Star Media Group Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 December 2017. Dicapai pada 24 September 2016.
  33. ^ "JDT emerge Sultan Haji Ahmad Shah 2015 Cup champion". Astro Awani. Astro Awani Networks Sdn Bhd. 1 February 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2016. Dicapai pada 24 September 2016.
  34. ^ Zainal, Zulhilmi (24 February 2015). "JDT 4–1 East Bengal FC: Southern Tigers make solid AFC Cup debut". Goal.com. Perform Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2016. Dicapai pada 25 September 2016.
  35. ^ "AFC Cup: JDT back in form with 4–1 win against East Bengal". espnfc.com. ESPN. 24 February 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2016. Dicapai pada 25 September 2016.
  36. ^ Guen Chin, Dan (2 May 2015). "When things turned sour for JDT". Malay Mail Online. Malay Mail Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2016. Dicapai pada 24 September 2016.
  37. ^ "Mario Gomez tasked with revamping JDT II to JDT V, Tunku Ismail says". The Malay Mail Online. The Malay Mail. 2 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 March 2016. Dicapai pada 10 September 2016.
  38. ^ Seng Foo, Lee (21 July 2015). "BREAKING NEWS: TMJ resigns as Johor FA President". FourFourTwo.com. FourFourTwo. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2016. Dicapai pada 9 September 2016.
  39. ^ "Johor Darul Ta'zim crowned Malaysia Super League champions". the-afc.com. 23 August 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2017. Dicapai pada 23 April 2017.
  40. ^ "JOHOR DARUL TA'ZIM CROWNED AFC CUP CHAMPIONS". the-AFC.com. Asian Football Confederation. 31 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2018. Dicapai pada 9 September 2016.
  41. ^ Vick, Vijhay (1 November 2015). "JDT crowned AFC Cup champions". FourFourTwo.com. Haymedia Market Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2016. Dicapai pada 25 September 2016.
  42. ^ "Malaysia's Johor Darul Ta'zim win AFC Cup final after Leandro Velazquez goal". espnfc.com. ESPN. 31 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2020. Dicapai pada 25 September 2016.
  43. ^ Duerden, John (13 February 2016). "Johor Darul Ta'zim edge Selangor to win Piala Sumbangsih at Larkin". espnfc.com. ESPN. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 October 2016. Dicapai pada 26 September 2016.
  44. ^ Vick, Vijhay (14 May 2016). "JDT win first FA Cup". FourFourTwo. Haymarket Media Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 December 2016. Dicapai pada 8 December 2016.
  45. ^ "JDT beat PKNS in Shah Alam final, win first Piala FA title". espnfc.com. ESPN. 14 May 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2016. Dicapai pada 8 December 2016.
  46. ^ Vick, Vijhay (10 September 2016). "JDT seal record-breaking third straight MSL title". FourFourTwo. Haymarket Media Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 December 2016. Dicapai pada 29 December 2016.
  47. ^ Anil, Nicholas (9 September 2016). "Jorge Pereyra Diaz helps JDT clinch MSL title by beating Terengganu". espnfc.com. ESPN. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2016. Dicapai pada 9 September 2016.
  48. ^ Singh, Devinder (9 September 2016). "JDT complete hat-trick of Super League titles". NST Online. New Straits Times Press Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 September 2016. Dicapai pada 11 September 2016.
  49. ^ Vick, Vijhay (18 January 2017). "BREAKING: JDT and Mario Gomez part ways". FourFourTwo. Haymarket Media Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2017. Dicapai pada 19 January 2017.
  50. ^ Samuel, Eric (18 January 2017). "JDT coach Mario Gomez says goodbye". The Star Online. The Star Media Group Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 January 2017. Dicapai pada 19 January 2017.
  51. ^ Anil, Nicholas (19 January 2017). "Benjamin Mora replaces Mario Gomez as Johor Darul Ta'zim coach". espnfc.com. ESPN. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2017. Dicapai pada 19 January 2017.
  52. ^ Vick, Vijhay (19 January 2017). "JDT swiftly promote Mora as Gomez's replacement". FourFourTwo. Haymarket Media Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 January 2017. Dicapai pada 19 January 2017.
  53. ^ Zainal, Zulhilmi (21 January 2017). "JDT 1–1 Kedah (pen. 4–5): Red Eagles down ten-man Tigers to lift first title of 2017". Goal.com. Perform Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2017. Dicapai pada 15 March 2017.
  54. ^ Murphy, Paul (21 January 2017). "Safiq Rahim scores in extra time as JDT win ACL playoff in Bangkok". espnfc.com. ESPN. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2017. Dicapai pada 15 March 2017.
  55. ^ Ooi, Kin Fai (1 February 2017). "What we learned from JDT's win over Bangkok United". Goal.com. Perform Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2017. Dicapai pada 15 March 2017.
  56. ^ Vick, Vijhay (7 February 2017). "Japanese heavyweights Gamba too hot for JDT". FourFourTwo. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2017. Dicapai pada 15 March 2017.
  57. ^ "JDT out of AFC Champions League after playoff loss to Gamba Osaka". espnfc.com. ESPN. 7 February 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2017. Dicapai pada 15 March 2017.
  58. ^ Ooi, Kin Fai (18 February 2017). "Perak 2–1 JDT: Southern Tigers falls to their first league defeat". Goal.com. Perform Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2017. Dicapai pada 15 March 2017.
  59. ^ Vick, Vijhay (19 June 2017). "JDT demote Mora back to JDT II, claim he was merely a 'caretaker coach'". FourFourTwo Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 August 2017. Dicapai pada 1 July 2017.
  60. ^ Singh, Ajitpal (19 June 2017). "JDT to name head coach soon; trainer Mora to resume previous role". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 June 2017. Dicapai pada 1 July 2017.
  61. ^ Anil, Nicholas (19 June 2017). "JDT name Ulisses Morais new coach in place of Ben Mora in MSL". espnfc.com. ESPN. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 August 2017. Dicapai pada 1 July 2017.
  62. ^ Vick, Vijhay (20 June 2017). "Ulisses Morais – Just who is JDT's new Portuguese coach?". FourFourTwo Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2017. Dicapai pada 2 July 2017.
  63. ^ "JDT wins historic 4th straight Super League title". Goal.com. Perform Media. 5 August 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 August 2017. Dicapai pada 5 August 2017.
  64. ^ Vick, Vijhay (4 October 2017). "TMJ end race-based associations in Johor". FourFourTwo. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 October 2017. Dicapai pada 4 October 2017.
  65. ^ Ooi, Kin Fai (5 October 2017). "JDT MAKING PLANS TO ENSURE LASTING DOMINANCE". Goal.com. Perform Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2017. Dicapai pada 12 October 2017.
  66. ^ Roseli, Mohd Izuan (5 October 2017). "JDT struktur semula kelab". Kosmo!. Kumpulan Utusan Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2017. Dicapai pada 12 October 2017.
  67. ^ Md Sani, Mohd Sabran (10 October 2017). "Transformasi Harimau Selatan". Harian Metro. New Straits Times Press (M) Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2017. Dicapai pada 12 October 2017.
  68. ^ Singh, Ajitpal and Devinder (4 November 2017). "JDT sink Kedah for maiden Malaysia Cup crown". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2017. Dicapai pada 5 November 2017.
  69. ^ Singh, Devinder (5 November 2017). "No stopping mighty JDT in Malaysia Cup final". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2017. Dicapai pada 5 November 2017.
  70. ^ Fai, Ooi Kin (20 April 2018). "JDT kicked out of FA Cup by Pahang". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2019. Dicapai pada 8 November 2019.
  71. ^ "'We got addicted to success': Johor crown prince after JDT's fifth consecutive title". CNA (dalam bahasa Inggeris). Johor Bahru. 19 July 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2019. Dicapai pada 8 November 2019.
  72. ^ © 2011 The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad.
  73. ^ www.worldstadiums.com (Stadium Tan Sri Hassan Yunus)
  74. ^ "Roster". Johor Darul Ta'zim F.C. Dicapai pada 3 July 2023.
  75. ^ "Diaz just 'disappears'". New Straits Times. 28 February 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 July 2022. Dicapai pada 16 July 2022.
  76. ^ "Rabih the Lion of Lebanon". The Star (dalam bahasa Inggeris). 29 July 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2022. Dicapai pada 16 July 2022.
  77. ^ Azharie, Farah (16 October 2022). "Domination dilemma in M-League". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2022. Dicapai pada 26 November 2022.
  78. ^ "Wan Jamak Ketua Pembangunan bola sepak JDT". sinarharian.com.my. 21 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-29. Dicapai pada 21 May 2015.
  79. ^ "Summary - Malaysia Super League - Malaysia - Results, fixtures, tables and news - Soccerway".
  80. ^ "Malaysia 2016".
  81. ^ http://zikrihusaini.com/jdt-tewas-1-2-keatas-kedah-piala-sumbangsih-2017/
  82. ^ http://www.stadiumastro.com/ms/article/2017/02/07/jdt-gagal-saingi-gamba-osaka
  83. ^ "Malaysia – List of Second Level Champions". rsssf.com. Dicapai pada 2012-12-23. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  84. ^ a b "Malaysia – List of Cup Winners". rsssf.com. Dicapai pada 2012-12-23. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  85. ^ http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2015/10/31/jdt-piala-afc/
  86. ^ http://globalfootballranks.com/
  87. ^ https://semuanyabola.com/barcelona-pasukan-terbaik-di-dunia-2015-ranking-jdt-lebih-tinggi-daripada-southampton/
  88. ^ https://www.clubworldranking.com/ranking-clubs/wd/11/yr/2017/nationality/117

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]