Jata negara Belize
Jata negara Belize dipakai sejak zaman ia dijajah British[1] malah diteruskan saat ia dimerdekakan sebagai republik baru. Ia juga tertera pada bendera negara tersebut.
Komponen
[sunting | sunting sumber]Perisai jata dibahagikan kepada tiga segmen: segmen bawah memaparkan sebuah kapal layar besar, segmen atas kiri menunjukkan gergaji dan kapak melambangkan industri pembalakan manakala segmen atas kanan menunjukkan gandin baji dan pendayung melambangkan industri pembinaan kapal; kedua-duanya industri memainkan peranan penting dalam ekonomi Belize.[2] Puncak perisai dhiasi suatu pohon mahogani.
Dua orang lembaga manusia memegang kapak dan pendayung mengapit perisai yang diletakkan pada suatu tapak - pada asalnya kedua-dua lembaga ini pada asalnya direka menyerupai bangsa kulit hitam (dokumen asal menyatakan ia sebagai negro[1]), namun ia kemudiannya ditukar kepada seorang bangsa Mestizo.[3] Tapak tersebut juga ada suatu tatal tertulis cogan kata rasmi negara tersebut: SUB UMBRA FLOREO, dalam bahasa Latin bermaksud "saya mekar di bawah teduhan").
Keseluruhan jata ini dikelilingi suatu lingkaran daun sebanyak 25 pasang - angka 25 ini menurut George Price melambangkan "rahmat segala rahmat" kurniaan Tuhan (Grace Upon Grace) sepertimana dalam kitab Bible, sementara 50 helai daun itu melambangkan tahun 1950 iaitu terbentuknya gerakan pejuang kemerdekaan Belize menentang kuasa British.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Fox-Davies, Arthur Charles (1915). The Book of Public Arms: A Complete Encyclopæeia of All Royal, Territorial, Municipal, Corporate, Official, and Impersonal Arms. London: T. C. & E. C. Jack. m/s. 118–119. Dicapai pada 29 February 2020.
- ^ "The National Symbols". Government of Belize. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2015. Dicapai pada 13 October 2013.
- ^ a b "Belize Flag, Coat Of Arms, National Anthem". Belize.com. Dicapai pada 29 February 2020.