Pergi ke kandungan

Napie Hamdan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Napie Hamdan
Kelahiran
Hanafie bin Hamdan

(1973-08-31)31 Ogos 1973
Meninggal dunia22 November 2024(2024-11-22) (umur 51)
PasanganNor Rasidah Said
Anak-anak3
Kerjaya muzik
GenreRock
PekerjaanPemuzik, komposer, penerbit rakaman
InstrumenGitar bass, gitar elektrik
Tahun aktif1996–2024
Syarikat rakaman
Luncai Emas
Pengkarya berkait
Spider

Hanafie Hamdan (31 Ogos 1973 – 22 November 2024)[1] juga dikenali sebagai Nafie Spider merupakan seorang pemuzik dan penggubah lagu Malaysia. Beliau terkenal sebagai antara pengasas dan gitaris kumpulan Spider. Selain itu, beliau juga merupakan jurutera bunyi di studio Luncai Emas.

Napie mengasaskan bersama kumpulan Spider bersama Tam (vokal dan gitar), Tony (gitaris utama), dan Yem (dram, kemudian digantikan oleh Aie) semasa penubuhan kumpulan ini pada 1996. Kumpulan ini menandatangani kontrak bersama Luncai Emas milik M. Nasir, sejak itu Spider diambil sebagai kakitangan tetap Luncai Emas. Album pertama mereka Ngam Ho dikeluarkan pada 1998 dengan mempertaruhkan lagu "Mungkinkah Terjadi" sebagai single pertama. Sejak itu, Nafie bersama kumpulan Spider menerbitkan lima lagi album yang kesemuanya meraih kejayaan komersial.[2][1]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Nor Rasidah Said dan dikurniakan 3 anak.[3][4]

Sakit dan kematian

[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2024, Napie dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh akibat serangan angin ahmar ketika melakukan kerja di studio Luncai Emas di Paya Jaras, Selangor, ditemani oleh anak M. Nasir, Hidayat.[5] Beliau kemudian menjalani pembedahan otak di hospital sama, namun keadaannya mula lemah.[6]

Beliau meninggal dunia pada 22 November 2024 akibat angin ahmar pada usia 51 tahun.[1] Jenazah beliau dibawa ke Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang bagi pengurusan kafan dan solat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes, Rawang selepas solat Jumaat.[3]

  1. ^ a b c Affan Rostam (22 November 2024). "Napie Spider meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 28 November 2024.
  2. ^ Zubir Mohd Yunos (12 Jun 2005). "Apabila Spider dah melaram..." Berita Minggu. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  3. ^ a b "Gitaris kumpulan Spider, Napie meninggal dunia". Sinar Harian. 22 November 2024. Dicapai pada 28 November 2024.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (22 November 2024). "Napie Spider dan isteri sempat berpelukan dan bermaafan". Harian Metro. Dicapai pada 28 November 2024.
  5. ^ "Napie Spider dapat serangan strok di Studio Luncai Emas". Berita Harian. 17 Julai 2024. Dicapai pada 28 November 2024.
  6. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (9 Ogos 2024). "Keadaan Napie lemah selepas pembedahan otak - Tam". Berita Harian. Dicapai pada 28 November 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]