Pergi ke kandungan

Nicole Wong Siaw Ting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Senator Datuk
Wong Siaw Ting
王晓庭
DPSM (Melaka)
Ketua Pemuda MCA
Menyandang jawatan
4 November 2018
Didahului olehChong Sin Woon
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
17 Jun 2022 – 5 November 2022
Maklumat peribadi
Lahir
Wong Siaw Ting

(1980-08-09) 9 Ogos 1980 (umur 44)
Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
Parti politik BN-MCA
Gabungan politik
lain
PN (2020-Kini)
PasanganAlan Kok Kwong Yoong (郭光荣)
Anak3
Tempat belajarUniversiti Tun Abdul Razak Universiti Tsinghua
PekerjaanAhli Politik

Yang Berhormat Senator Datuk Nicole Wong Siaw Ting (Bahasa Cina: 王晓庭; Pinyin: Wáng xiǎotíng; lahir 9 Ogos 1980) adalah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Senator dari Jun hingga Oktober 2022. Beliau adalah ahli Persatuan Cina Malaysia (MCA), sebuah parti komponen Barisan Nasional. Beliau kini berkhidmat dalam Jawatankuasa Pusat MCA dan memegang jawatan Ketua Biro Hal Ehwal Antarabangsa dan Diplomasi. Beliau adalah Ketua Pemuda Kebangsaan MCA wanita pertama dalam sejarah sepanjang 63 tahun.[1] Ditubuhkan pada tahun 1955, Pemuda MCA merangkumi 100% kaum lelaki sehingga ia membuka keahliannya kepada wanita pada tahun 2013.

Kehidupan Awal

[sunting | sunting sumber]

Wong dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan dibesarkan di Kulim, Kedah. oleh ibu bapa yang bekerja sebagai subkontraktor dalam industri pembinaan. Beliau belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah Chio Min. Beliau memperoleh Diploma dalam Pengurusan Pelancongan di Kolej Reliance KL dan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kepimpinan) di Universiti Tun Abdul Razak. Beliau kemudian menyelesaikan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam Antarabangsa di Universiti Tsinghua. Beliau berkahwin dengan Alan Kok Kwong Yoong (郭光荣) dan menjadi ibu kepada 3 orang anak.

Di bawah pengaruh arwah bapanya, yang merupakan ahli seumur hidup MCA, Wong menjadi ahli MCA pada tahun 2001. Beliau memulakan kerjaya politiknya sebagai pemangku pengarah Biro Pemuda sayap wanita MCA dari 2008 hingga 2013. Sementara itu, beliau bekerja sebagai pembantu peribadi kepada bekas Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan pada tahun 2009. Beliau kemudian bekerja di Kementerian Pendidikan pada tahun 2017. Selain memegang jawatan dalam MCA, beliau telah dilantik sebagai ahli lembaga dan pengarah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) di bawah  Kementerian Sumber Manusia. Beliau juga merupakan ahli lembaga Penasihat Bandaraya di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, yang merupakan sebahagian daripada Kementerian Wilayah Persekutuan. Beliau kini memegang jawatan sebagai Ketua Penasihat di Pusat Penyelidikan Kemanusiaan Asia Tenggara (SEARCH) dan berkhidmat sebagai ahli lembaga Majlis Keempat Persatuan Alumni Tsinghua Cawangan SPPM.

Wong bertanding di Seputeh semasa Pilihan raya umum Malaysia ke-13 tetapi dikalahkan oleh Teresa Kok, penyandang ahli parlimen Seputeh dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau bertanding sekali lagi untuk kerusi parlimen Tebrau dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 tetapi kalah kepada Jimmy Puah Wee Tse, ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia: P122 Seputeh, Wilayah Persekutuan[2]
Tahun Konstitusi Undi Peratusan Lawan Undi Peratusan Jumlah Undi Majoriti Peratus Unjuran
2013 Seputeh Nicole Wong Siaw Ting (MCA) 9,948 13.92% Teresa Kok Suh Sim (DAP) 61,500 86.08% 71,859 51,522 83.58%
2022 Tebrau Nicole Wong Siaw Ting (MCA) 30, 767 18.32% Jimmy Puah Wee Tse (PKR) 83,959 49.99% 167,965 30,720 75.22%
Mohamad Isa Mohamad Basir (Bersatu) 53,239 31.70%

Penganugerahan

[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Wanita pertama jadi Ketua Pemuda MCA". Berita Harian. 4 November 2018.
  2. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umun Ke-13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umun. 24 March 2017.
  3. ^ "Ketua Pemuda MCA dapat gelaran Datuk". Info Rakyat. 1 November 2020.