Suara (album)
Suara | |
---|---|
Album studio oleh | |
Dilancarkan pada | 8 Mac 2017 |
Dirakamkan pada | 2015–2017 |
Genre | Pop, reggae, R&B, hip hop |
Syarikat | Mixology Music, LIFE Records |
Penerbit | DJ Fuzz |
sunting · sunting di Wikidata |
Suara ialah album studio pertama oleh penyanyi wanita Malaysia, Eyza Bahra, dikeluarkan pada 8 Mac 2017 oleh Mixology Music dan LIFE Records.[1]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Album ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Dalam temubual bersama wartawan, Eyza Bahra merujuk kepada pemilihan tajuk album 'Suara' kerana ia menjelaskan kebebasan untuk setiap penghasilan bunyi. Album ini memgandungi lapan lagu termasuk "Imaginasiku" dan "Cakerawala" yang terlebih dahulu dikeluarkan sebagai single serta lagu "Kau Yang Ku Nanti" nyanyian asal Yusni Hamid yang diberi nafas baru oleh DJ Fuzz yang turut menerbitkan album ini.[2][3]
Keluaran dan promosi
[sunting | sunting sumber]Suara dikeluarkan pada 8 Mac 2017. Majlis pelancaran album ini diadakan di Neway Karaoke, 1 Utama.[4] Bagi mempromosikan album ini, Eyza menyanyikan kesemua lapan lagu dalam album ini secara langsung.[1]
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Cakerawala" | Eyza Bahra | DJ Fuzz | 3:38 | |
2. | "Bulan" | Zah Amirul | DJ Fuzz | 4:06 | |
3. | "Imaginasiku" | Akmal | DJ Fuzz | 3:44 | |
4. | "Kau Yang Ku Nanti" | Copyright Controlled | Copyright Controlled | 3:46 | |
5. | "Payung" | Eyza Bahra | Akmal | 3:32 | |
6. | "Cahaya" | Viral | DJ Fuzz | 3:30 | |
7. | "Mentariku" | Viral | DJ Fuzz | 3:30 | |
8. | "Jumpa Lagi" (bersama Lawa Nie Geng) | Eyza Bahra | Aziq | 5:22 | |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Budiey (16 Mac 2017). "Eyza Bahra lancar album Suara". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 6 November 2017.
- ^ "Eyza Bahra gabungkan semua single dalam Suara". Utusan Borneo. 26 Mac 2017. Dicapai pada 6 November 2017.
- ^ Intan Suhana Che Omar (20 Mac 2017). "Eyza Bahra menggabungkan single dalam Suara". Youth Bernama. Dicapai pada 6 November 2017.
- ^ Rozaimi Zubaidi (9 Mac 2017). "Saya ingin keluar daripada kepompong selesa - Eyza Bahra". Astro Gempak. Dicapai pada 6 November 2017.