Pergi ke kandungan

Suhaizan Kaiat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Suhaizan Kayat)
Yang Berhormat Tuan Haji

Suhaizan Kaiat
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pulai
Memegang jawatan
9 September 2023
Didahului oleh Salahuddin Ayub
Majoriti18,641 (PRK 2023)
Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia
Dalam jawatan
6 Januari 2023 – 23 Julai 2023
MenteriSalahuddin Ayub
Yang di-Pertua
Dewan Negeri Johor ke-14
Dalam jawatan
28 Jun 2018 – 22 Januari 2022
Timbalan Gan Peck Cheng
Didahului oleh Mohamad Aziz
Digantikan oleh Mohd Puad Zarkashi
Setiausaha Organisasi
Parti Amanah Negara
Dalam jawatan
2015–2019
PresidenMohamad Sabu
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehAbang Ahmad Kerdee Abang Masagus
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Dalam jawatan
2013–2015
Didahului olehNasrudin Hassan
Digantikan olehNik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Butiran peribadi
Lahir (1973-04-13) 13 April 1973 (umur 51)
Kampung Sungai Sudah
Johor Muar, Johor
KerakyatanMalaysia
Parti politikPAS (-2015)
Parti Amanah Negara (2015-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
PH-AMANAH
PasanganDr. Norsham Idris
Anak-anak3
Alma materUniversiti Teknologi Malaysia
PekerjaanAhli politik

Yang Berhormat Tuan Haji Suhaizan bin Kaiat (lahir 13 April 1973) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Pulai selepas menang dalam pilihan raya kecil pada September 2023.[1] Beliau pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor dari 2018 hingga 2022.[2]

Beliau adalah Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara sejak 2015.[3] Sebelum aktif dalam Parti Amanah Negara, beliau adalah salah seorang daripada pemimpin dalam saf kepimpinan PAS.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Parit Nawi, Muar dan Sekolah Agama Seri Menanti, Muar (Darjah Khas). Kemudian menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Seri Menanti, Muar dan akhirnya di Sekolah Agama Parit Nawi.[4]

Setelah menamatkan persekolahan di peringkat menengah, beliau telah menyambung pengajian di universiti dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Beliau aktif dalam persatuan mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia. Antara jawatan yang beliau sandang, termasuklah sebagai Exco dan Naib Presiden Persatuan Mahasiswa UTM.

Aktiviti kemasyarakatan

[sunting | sunting sumber]

Beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Pernah dilantik sebagai Setiausaha Pembangunan Masjid Taman Universiti Skudai, Setiausaha Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Setiausaha Gabungan Tanah Rakyat (TANAH), Penasihat Jawatankuasa Bertindak Masalah Rakyat Kempas dan Penasihat Jawatankuasa Bertindak Masalah Rakyat Simpang Renggam.

Beliau mula menceburi bidang politik dengan menyertai PAS. Antara jawatan penting beliau dalam PAS, termasuklah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ketua Dewan Pemuda PAS Gelang Patah, Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Pulai dan Pengerusi Jawatankuasa Undi Pos Malaysia.

Beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Johor pada 28 Jun 2018 lalu.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2023 Pulai Suhaizan Kaiat PH (AMANAH) 48,283 Zulkifli Jaafar PN (BERSATU) 29,642 18,641
Samsudin Mohamad Fauzi BEBAS 528
2013 Simpang Renggam Suhaizan Kaiat PAS 14,048 Liang Teck Meng BN (GERAKAN) 19,754 5,706
2004 Parit Sulong Suhaizan Kaiat PAS 9,788 Syed Hood Syed Edros BN (UMNO) 26,974 17,186

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Pulai Sebatang Suhaizan Kaiat PH (AMANAH) 6,148 Hasrunizah Hassan BN (UMNO) 12,473 6,325
Abdullah Husin PN (PAS) 5,967
Abd Rashid Abd Hadi PEJUANG 329
2018 Kukup Suhaizan Kaiat PH (AMANAH) 10,251 Md Othman Yusof BN (UMNO) 11,113 862
Karim Deraman PAS 1,040
2013 Kempas Suhaizan Kaiat PAS 14,648 Tengku Putra Haron Aminurrashid BN (UMNO) 18,595 3,947
2008 Suhaizan Kaiat PAS 7,711 Osman Sapian BN (UMNO) 15,897 8,186

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Suhaizan Kaiat di Facebook

  1. ^ ISAHAK, NOR AZURA MD AMIN dan ZULHISHAM (2023-09-09). "PRK: Suhaizan pertahan kemenangan PH di Parlimen Pulai". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-09-09.
  2. ^ "56 ADUN Johor angkat sumpah jawatan". www.utusanborneo.com.my. 2018-06-29. Dicapai pada 2023-09-09.
  3. ^ Barisan kepimpinan AMANAH
  4. ^ Profil calon PRU 13