Pergi ke kandungan

Sultan Muhammad V

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Muhammad V
سلطان محمد ٥
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan
Sultan Kelantan
Pemerintahan13 September 2010 – kini
(14 tahun, 2 bulan dan 17 hari)
Tengku MahkotaTengku Muhammad Fa-iz Petra (2010–2024)
Tengku Muhammad Fakhry Petra (2024-kini)
Didahului olehSultan Ismail Petra
Yang di-Pertuan Agong ke-15
Pemerintahan13 Disember 2016 - 6 Januari 2019
(2 tahun dan 24 hari)
Pertabalan24 April 2017
Didahului olehSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Diikuti oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
KeputeraanTengku Muhammad Faris Petra bin Tengku Ismail Petra
(1969-10-06) 6 Oktober 1969 (umur 55) (umur 55 tahun, 1 bulan dan 24 hari)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Pasangan
AnakandaTengku Ismail Leon Petra
Nama penuh
Tengku Muhammad Faris Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra
Nama diraja
Sultan Muhammad V
KerabatLong Yunus
AyahandaSultan Ismail Petra
BondaTengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
AgamaIslam
TandatanganTandatangan Sultan Muhammad V سلطان محمد ٥
Pendidikan
Pusat pendidikan

Sultan Muhammad V (Jawi: سلطان محمد ٥) (lahir Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra; 6 Oktober 1969) adalah Al-Sultan Kelantan ke-29 sejak menaiki takhta pada 13 September 2010. Baginda juga merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-15 dari tahun 2016 sehingga penurunan takhta pada tahun 2019.[1]

Baginda adalah putera sulung kepada Al-Sultan Kelantan ke-28, Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A’ishah Putri.

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Diputerakan sebagai Tengku Muhammad Faris Petra bin Tengku Ismail Petra di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969. Baginda merupakan putera sulung kepada Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis. Baginda mendapat pendidikan awal di Fatima Convent kindergarten dan Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1), Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran Baginda di Alice Smith School, Kuala Lumpur. Baginda kemudian berangkat ke England bagi menyambung pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga tahun 1989. Seterusnya Baginda melanjutkan pengajian di Kolej St Cross, Oxford dan Pusat Oxford untuk Pengajian Islam untuk kajian diplomatik. Baginda menamatkan pengajian pada tahun 1991.

Baginda turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan. Baginda juga telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral (Kehormat) dari 20 Mei 2003 hingga 1 Ogos 2012.

Pewaris takhta

[sunting | sunting sumber]

Tengku Mahkota Kelantan

[sunting | sunting sumber]

Tengku Muhammad Faris Petra telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada ulang tahun keputeraan Baginda yang ke-16 iaitu pada 6 Oktober 1985.

Pemangku Raja Kelantan

[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Mei 2009, baginda dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan, setelah ayahanda baginda Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Al-Sultan Kelantan

[sunting | sunting sumber]

Pada 13 September 2010,[2] baginda telah diisytiharkan sebagai Al-Sultan Kelantan ke-29, mengikut Perkara 29A Perlembagaan Negeri yang menyatakan bahawa Sultan tidak boleh lagi menjadi raja jika baginda tidak berdaya maju memerintah selama tempoh lebih daripada satu tahun.[3] Baginda mengambil nama Sultan Muhammad V.[4]

Sultan Muhammad V telah menghadiri Mesyuarat ke-222 Majlis Raja-Raja buat kali pertamanya sebagai ahli penuh pada bulan Oktober 2010. Ini menandakan pengiktirafan kesertaan sebagai Sultan oleh raja-raja lain.[5]

Sultan Muhammad V ialah Kolonel Utama Rejimen Artileri Diraja, dan juga Kor Risik DiRaja (Korp Perisikan Diraja), kedua-duanya dari Tentera Darat Malaysia.

Selaras dengan tugas baginda sebagai Sultan dan pemerintah negeri Kelantan, baginda kini berkhidmat sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), dan dimasyhurkan pada Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro-Canselor & Konvokesyen ke-12 UMK di UMK Bachok pada 23 November 2022.[6]

Timbalan Yang di-Pertuan Agong

[sunting | sunting sumber]

Pada tanggal 13 Disember 2011, baginda telah dilantik memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Dalam pada itu Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah pula ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Istiadat mengangkat sumpah jawatan dijalankan di Istana Negara Kuala Lumpur.[7]

Yang di-Pertuan Agong

[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara telah memilih baginda untuk dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 selepas tamatnya penggal Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah memegang tampuk negara. Pemasyhuran itu berkuat kuasa 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.[8]

Pada 24 April 2017, baginda telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat yang diadakan di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Pada usia 47, baginda adalah Yang di-Pertuan Agong termuda keempat yang ditabalkan selepas Raja Perlis Tuanku Syed Putra Jamalullail, Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.[9]

Pada 2 November 2018, pihak Istana Negara memaklumkan bahawa baginda beristirehat menjalani rawatan sehingga 31 Disember 2018. Maka, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, mengambil alih tugas baginda sebagai Pemangku selaras dengan Perkara 33 dalam Perlembagaan Malaysia sepanjang ketiadaan baginda.[10]

Pada 6 Januari 2019, baginda telah turun takhta kerajaan persekutuan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15 dan yang menjadikan baginda yang pertama untuk turun takhta kerajaan persekutuan dalam sejarah negara Malaysia sementara penggalnya seharusnya berakhir pada 12 Disember 2021.[11][12][13][14]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada 15 November 2004, Sultan Muhammad V (ketika itu bergelar Tengku Mahkota Kelantan) telah berkahwin dengan kerabat diraja Pattani, Tengku Zubaidah binti Tengku Norudin.[15] Namun pasangan diraja ini telah bercerai pada tahun 2008.

Pada 30 Oktober 2010, baginda telah melangsungkan perkahwinan kedua dengan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah yang berasal dari Republik Czech dan mengisytiharkannya sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos 2022 dengan kurniaan Pangkat Kemuliaan yang membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan.[16]

Pada 2 November 2018 sehingga 31 Disember 2018, ketika baginda dalam tempoh cuti sakit dan mendapatkan rawatan di luar negara, Sultan Muhammad V dilaporkan telah berkahwin dengan bekas pemenang pertandingan ratu cantik Miss Moscow 2015 Oksana Voevodina di Barvikha, Rusia.[17] Bagaimanapun, majlis perkahwinan yang dilakukan di Moscow hanya dihadiri kenalan rapat dan ahli keluarga terdekat sahaja. Sebelumnya, Oksana Voevodina dan Sultan Muhammad V telah mengadakan akad nikah mengikut syariat Islam yang dilakukan secara tertutup pada 7 Jun 2018 di Kota Bharu, Kelantan. Oksana juga dilaporkan telah memeluk Islam pada April 2018.[18] Walau bagaimanapun, tiada rekod rasmi perkahwinan mereka didaftarkan di Rusia. Pengamal media juga melaporkan kelahiran putera mereka Tengku Ismail Leon Petra ibni Sultan Muhammad V pada 21 Mei 2019. Pada 22 Jun 2019, baginda telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Singapura. Seterusnya, pada 1 Julai 2019 Sultan Muhammad V telah menceraikan Oksana dengan "talak tiga" atau talaq ba'in. Talaq ba'in ialah talak yang mana suami tidak boleh merujuk dengan isterinya melainkan bekas isterinya berkahwin dengan lelaki yang lain, bersetubuh dengan suami barunya dan menceraikannya dan bekas suami pertamanya boleh berkahwin dengan bekas isterinya setelah tempoh idah tamat. Pada 6 September 2019, baginda mengakui bahawa perkahwinan itu pernah berlaku serta menzahirkan kekesalan dan rasa yang amat dukacita di atas kekhilafan peribadi baginda yang telah mengakibatkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.[19][20]

Terasul, gelaran dan lambang

[sunting | sunting sumber]
Gelaran hormat bagi
Sultan Muhammad V
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku
  • 6 Oktober 1969 - 30 Mac 1979: Yang Mulia Tengku Muhammad Faris Petra bin Tengku Ismail Petra
  • 30 Mac 1979 - 6 Oktober 1985: Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra
  • 6 Oktober 1985 - 25 Mei 2009: Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
  • 25 Mei 2009 - 13 September 2010: Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan
  • 13 September 2010 - 12 Disember 2016: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Al-Sultan Kelantan
  • 13 Disember 2016 - 6 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V
  • 6 Januari 2019 - kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Al-Sultan Kelantan

Nama penuh dan gelaran rasmi Baginda ialah:

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Selangor), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K. (Terengganu), D.K. (Pahang), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K., S.P.J.K., Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim serta Jajahan Takluknya

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]

Baginda telah dianugerahkan:[21][22]

Penghargaan Kelantan

[sunting | sunting sumber]

Sebagai Sultan Kelantan (sejak 13 September 2010):

  • Recipient (DK) (6 Oktober 1986) and Grand Master (sejak 13 September 2010) of the Royal Family Order (Al-Yunusi Star)
  • Knight Grand Commander (SPMK) and Grand Master (sejak 13 September 2010) of the Order of the Crown of Kelantan (Al-Muhammadi Star)
  • Knight Grand Commander (SJMK) and Grand Master (sejak 13 September 2010) of the Order of the Life of the Crown of Kelantan (Al-Ismaili Star)
  • Knight Grand Commander (SPSK) and Grand Master (sejak 13 September 2010) of the Order of the Loyalty to the Crown of Kelantan (Al-Ibrahimi Star)
  • Knight Grand Commander (SPKK) and Grand Master (sejak 13 September 2010) of the Order of the Noble Crown of Kelantan (Al-Yahyawi Star)
  • Grand Master of the Order of the Most Distinguished and Most Valiant Warrior (PYGP) (sejak 13 September 2010)
  • Founding Knight Grand Commander (SPJK) and Grand Master (sejak 15 Mei 2016) of the Most Loyal Order of Services to the Crown of Kelantan (Al-Petrawi Star)
  • Silver Jubilee Medal (30 Mac 2004)
  • Sultan Muhammad V Proclamation Medal (13 September 2010)

Penghargaan Malaysia dan negeri-negeri lain

[sunting | sunting sumber]
  •  Malaysia:
    • Grand Master of the Order of the Royal Family of Malaysia (13 Disember 2016 - 6 Januari 2019) and Recipient (DKM) (31 Januari 2017)
    • Recipient (DMN) (7 Disember 2011) and Grand Master of the Order of the Crown of the Realm (13 Disember 2016 - 6 Januari 2019)[23]
    • Grand Master of the Order of the Defender of the Realm (13 Disember 2016 - 6 Januari 2019)
    • Grand Master of the Order of Loyalty to the Crown of Malaysia (13 Disember 2016 - 6 Januari 2019)
    • Grand Master of the Order of Merit of Malaysia (13 Disember 2016 - 6 Januari 2019)
    • Grand Master of the Order for Important Services (13 Disember 2016 - 6 Januari 2019)
    • Grand Master of the Order of Loyalty to the Royal Family of Malaysia (13 Disember 2016 - 6 Januari 2019)
    • Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV (24 April 2017)
  •  Johor:
    • First Class of the Royal Family Order of Johor (DK I) (14 April 2011)
  •  Kedah:
    • Ahli Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (DK) (26 Mac 2012)
  •  Negeri Sembilan:
    • Ahli Royal Family Order of Negeri Sembilan (DKNS) (7 April 2011)
  •  Perak:
    • Penerima Royal Family Order of Perak (DK) (24 Julai 2011)
  •  Perlis:
    • Penerima Perlis Family Order of the Gallant Prince Syed Putra Jamalullail (DK) (19 Oktober 2011)
  •  Selangor:
    • Kelas pertama Royal Family Order of Selangor (DK I) (5 Januari 2011)
  •  Terengganu:
    • Ahli kelas pertama Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (DK I) (November 2014)
  •  Pahang:
    • Member 1st class of the Family Order of the Crown of Indra of Pahang (DK I) (20 Disember 2023)

Penghargaan Luar Negara

[sunting | sunting sumber]

Penghargaan Akademik

[sunting | sunting sumber]
  • Honorary Fellow, St Cross College, University of Oxford (28 Februari 2018)


Keturunan

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Tuanku Muhammad Faris Petra is New Sultan of Kelantan, Bernama (via www.malaysiandigest.com), 13 September 2010. Dicapai 03 November 2010.
  2. ^ "Genealogy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-03. Dicapai pada 2017-05-01.
  3. ^ "Tuanku Muhammad Faris Petra is new Sultan of Kelantan". Sin Chew Daily. 13 September 2010. Dicapai pada 22 September 2010.
  4. ^ "Sultan Muhammad V Official Name of New Kelantan Sultan". Bernama. 22 September 2010. Dicapai pada 23 September 2010.
  5. ^ "Conference of Rulers welcomes Sultan Muhammad V". New Straits Times. Bernama. 14 October 2010. Dicapai pada 13 April 2011.
  6. ^ Media Baharu (23 November 2022) [1] Berita RTM.
  7. ^ Sultan Kedah Catat Sejarah - UtusanOnline.com
  8. ^ [Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1014&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz4N3YhkVVd Kosmo: Sultan Muhammad V dipilih YDP Agong Ke-15]
  9. ^ Berita Harian: Sultan Muhammad V ditabal YDP Agong ke-15
  10. ^ "Sultan Nazrin jalankan tugas Yang di-Pertuan Agong". Astro Awani. 2 November 2018. Dicapai pada 4 November 2018.
  11. ^ Ahmad Suhael Adnan (6 Januari 2019). Sultan Muhammad V letak jawatan Yang di-Pertuan Agong Berita Harian. Dicapai pada 7 Januari 2019.
  12. ^ Sultan Muhammad V letak jawatan Astro Awani (6 Januari 2019). Dicapai pada 7 Januari 2019.
  13. ^ Muhammaad Razis Ismail (6 Januari 2019). People of Kelantan stunned over Sultan Muhammad V’s resignation New Straits Times. Dicapai pada 7 Januari 2019.
  14. ^ Shannon Teoh (6 Januari 2019). Sultan Muhammad V steps down as Malaysia’s King The Straits Times. Dicapai pada 7 Januari 2019.
  15. ^ "Proposal came as a surprise". www.thestar.com.my. 23 October 2004. Dicapai pada 13 March 2018.
  16. ^ "Sultan Muhammad V proclaims Che Puan Nur Diana Petra as the Sultanah of Kelantan". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-08-02.
  17. ^ "Mahathir says can't confirm if Malaysian King has married, as widely reported on social media". The Straits Times. 30 November 2018. Dicapai pada 3 January 2019.
  18. ^ ""Malaysian king, who abdicated, 'expecting baby' with beauty queen wife"". The Week. 9 January 2019. Dicapai pada 10 January 2019.
  19. ^ "Sultan Kelantan zahir kekesalan buat rakyat keliru". Sinar Harian. 6 September 2019.
  20. ^ "Malaysian palace slams posting of sultan's private photos on social media". South China Morning Post. 6 September 2019.
  21. ^ The Royal Ark, Kelantan genealogical details, p.8
  22. ^ List of decorations as of June 2012.
  23. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Persekutuan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 2018-03-03.
  24. ^ Royal Ark


Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
(Sultan Kedah)
Yang di-Pertuan Agong
(Sultan Kelantan)

2016 - 2019
Diikuti oleh:
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
(Sultan Pahang)
Didahului oleh
Sultan Ismail Petra
Sultan Kelantan
2010 – kini
Pemegang jawatan kini