Sultan Ahmad Tengah
Sultan Ahmad Tengah | |
---|---|
Sultan Kelantan | |
Fail:- | |
Sultan Kelantan 23 | |
Pemerintahan | 1886 - 1890 |
Kemahkotaan | - |
Didahului oleh | Sultan Muhammad II |
Diikuti oleh | Sultan Muhammad III |
Keputeraan | - - Kota Bharu, Jajahan Kota Bharu, Kelantan Darul Naim |
Isteri |
|
Anakanda |
|
Ayahanda | Long Senik Mulut Merah |
Agama | Islam |
Nama asal baginda ialah Long Sulong, iaitu putera sulong Sultan Muhammad II. Baginda lebih dikenali dengan nama Sultan Ahmad Tengah. Baginda menaiki takhta pada tahun 1886 menggantikan ayahandanya Sultan Muhammad II.
Sebelum itu dilantik oleh Siam sebagai Gabenor Kelantan dengan gelaran Phraya Rajadipati Putrapurutravisesa Pradisvara Rajanarubadindra Surindra Ravivamsa (Phraya Ratsathibodi Butburutphiset Prathetsaratchanarubodin Surintharawiwangsa) pada 14 Jun 1869 merangkap Raja Kelantan (Pewaris Takhta Pertama).
Pihak Siam kemudian mengiktirafnya sebagai Sultan Kelantan yang sah. Pada 1887, baginda membina Istana Jahar.
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Baginda dilaporkan mempunyai 9 orang isteri dan dikurniakan 12 orang putera dan 13 orang puteri. putera dan puteri baginda adalah:-
- Long Kundur (Sultan Muhammad III)
- Long Mansur (Sultan Mansur)
- Tengku Long Muhammad Saleh (Tengku Temenggong)
- Tengku Besar Long Muhammad Mahmud (Tengku Sri Maharaja)
- Tengku Long Sulaiman (Tengku Sri Pekerma Raja) dianugerahi gelaran Phra Rajanukara Prasidha (Phra Rachanukarn Prasit) oleh Raja Siam.
- Tengku Besar Long Muhammad Yusuf (Tengku Besar Indra Raja)
- Tengku Chik Tuan Abdullah (Tengku Bendahara)
- Tengku Long Muhammad Patani
- Tengku Long Idris @ Aris (Tengku Petra Semerak) dianugerahi gelaran Phra Negararatta Nararaksha (Phra Nakaret Noraraks) oleh Raja Siam
- Tengku Ibrahim
- Tengku Abdul Kadir Tuan Kob
- Tengku Abdul Rahman (Tengku Sri Ismara Raja)
- Tengku Putih
- Tengku Biru
- Tengku Besar Maimunah
- Tengku Besar Ning Aminah
- Tengku Maryam (Tengku Kembang Petri)
- Tengku Tengah
- Tengku Merah
- Tengku Zubaidah
- Tengku Yah (Sofiah)
- Tengku Wok Jamilah
- Tengku Kalsum (Tengku Bongsu)
- Tengku Zainab[1]
Baginda turut berbesan dengan Long Mansor Bin Long Demor (Tengku Sri Maharaja) yang memerintah timur Kelantan:
- Tengku Salleh (putera Long Mansor) berkahwin dengan Tengku Kembang (puteri Sultan Ahmad)
- Tengku Besar (putera Sultan Ahmad) berkahwin dengan Tengku Kalsom (puteri Long Mansor)
Perkahwinan ini dipercayai bermotif politik dan ada kaitan dengan usaha-usaha untuk menyatukan kerabat diraja Kelantan.
Mangkat
[sunting | sunting sumber]Sultan Ahmad mangkat pada 27 Februari 1889.[2]
Penyandang Terdahulu | Sultan Kelantan 1886 – 1889 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Muhammad II | Sultan Muhammad III |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Shahril Talib (2003). History of Kelantan : 1890 - 1940. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9839961489.