Pipit Urasia
Burung ciak Eurasia | |
---|---|
Bulu burung jantan | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | P. montanus
|
Nama binomial | |
Passer montanus (Linnaeus, 1758)
|
Burung Ciak Eurasia (bahasa Inggeris: Tree Sparrow ) ialah sejenis burung pipit yang tersebar di kebanyakan kawasan Eropah dan Siberia, dengan jenis-jenis berkait terdapat di kawasan-kawasan lain di Asia. Nama saintifiknya Passer montanus.
Burung Ciak Urasia tinggal di kawasan luar bandar di Eropah, tetapi menggantikan burung saudaranya sebagai burung bandar di sesetengah kawasan di Asia. Pertukaran kaedah-kaedah perladangan di sesetengah kawasan Eropah barat bermaksud bahawa bilangan spesies ini telah merosot di kawasan-kawasan tersebut. Burung Ciak Urasia dikenali sebagai maya di Filipina. Walaupun burung ini amat biasa didapati di bandar-bandar Filipina, Burung Ciak Urasia bukannya burung negara bagi Filipina, bertentangan dengan apa yang dianggap oleh kebanyakan orang bandarnya. Burung negara yang dahulu ialah Lonchura atricapilla (bahasa Inggeris: black-headed munia ). [1]
Burung ini telah dibawa masuk ke Amerika Syarikat melalui kawasan St. Louis oleh pendatang-pendatang Jerman pada dekad 1870-an. Dari sana, burung ini beransur-ansur tersebar masuk ke kawasan Illinois dan Missouri. Untuk membezakannya daripada Burung Ciak Amerika asli yang langsung tidak berkait, burung ini dipanggil "Burung Ciak Urasia" di Amerika Syarikat.
Burung Ciak Urasia juga telah dibawa masuk ke Australia, dan kini terdapat di sesetengah daerah luar bandar dan separa luar bandar, tetapi tidak terdapat di bandar raya. Burung jenis Amerika Syarikat yang jumlahnya tidak banyak kekadang dirujuk sebagai "Burung Ciak Jerman" untuk membezakannya daripada spesies asli serta "Burung Ciak Gereja" (bahasa Inggeris: House Sparrow ) "Inggeris" yang agak banyak.
Rupa
[sunting | sunting sumber]Burung Ciak Urasia yang 12.5 - 14 sentimeter panjangnya sering dikelirukan dengan Burung Pipit Rumah (House Sparrow ) yang lebih besar. Bagaimanapun, Burung Ciak Urasia dapat dibezakan dengan melihat mercu kepala dan tengkuknya yang berwarna perang berangan, tombok hitam yang berbentuk tiga segi pada pipinya yang putih, serta jalur kembar yang sempit dan yang berwarna putih pada sayapnya, selain daripada saiz burung ini yang lebih kecil dan gerakan yang lebih cantik. Warna paruhnya berbeza-beza antara biru plumbum pada musim panas, dan hampir hitam pada musim sejuk. Dagu dan lehernya hitam. Kakinya perang pucat dengan irisnya berwarna perang.
Rupa kedua-dua jantina burung ini hampir sama, dan merupakan suatu ciri tersendiri yang penting. Rupa anak burung, walaupun masih di dalam sarang, juga amat serupa dengan ibu bapanya. Bagaimanapun, warnanya lebih pucat, dan corak muka anak burung tidak begitu ketara. Warna bahagian dada dan perutnya lebih perang.
Bunyi chip Burung Ciak Urasia adalah lebih pendek dan lebih mersik, berbanding dengan Burung Pipit Rumah. Lagunya terdiri daripada berbagai-bagai bunyi ciap bermodulasi yang merdu.
Pembiakan
[sunting | sunting sumber]Walaupun Burung Ciak Urasia kekadang bersarang di atas pokok-pokok yang terpencil, ia adalah burung yang suka berkelompok pada sepanjang tahun tanpa mengira musim, dengan dusun-dusun pokok tua yang bergeronggang atau kuari-kuari yang tidak lagi digunakan merupakan tapak kegemaran koloni-koloni burung ini; apa yang disukai ialah lubang untuk menyimpan sarangnya yang diperbuat daripada rumput, rumput kering, bulu biri, dan bahan-bahan lain yang dilapisi dengan bulu burung.
Sesetengah sarang burung ini tidak ditempatkan di dalam lubang batu, tetapi dibina antara akar-akar Pokok Furze yang menganjur, atau antara pokok-pokok rimpun. Kawanan burung itu juga kekadang mendiami di jerami usang bangsal lama atau kotej. Sarangnya yang berbentuk kubah seakan-akan sarang Burung Pipit Rumah kekadang dibina pada sarang lama Burung Murai atau burung-burung yang lain.
Telur-telur Burung Ciak Urasia adalah lebih kecil dan biasanya berwarna lebih perang berbanding dengan telur Burung Pipit Rumah. Telur-telurnya amat berbeza-beza, dan seringnya mempunyai tompok-tompok yang terkumpul pada satu hujung. Dalam kebanyakan sangkak burung ini, sebiji telur berwarna lebih muda dan mempunyai tompok-tompok yang amat berbeza, berbanding dengan telur-telur yang lain. Antara empat hingga enam biji telur (biasanya lima) ditetaskan setiap kali.
Subspesies
[sunting | sunting sumber]-
P. m. montanus
-
P. m. tibetanus
-
P. m. malaccensis
-
P. m. hepaticus
Catatan
[sunting | sunting sumber]- "Passer montanus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter
|downloaded=
ignored (bantuan); Unknown parameter|assessors=
ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Kemasukan pangkalan data termasuk justifikasi tentang mengapa spesies init tidak menimbulkan banyak kebimbangan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kennedy, Robert. A Guide to the Birds of the Philippines. ISBN 0198546688. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pipit Urasia |
Wikisumber mempunyai teks dari sebuah artikel di Ensiklopedia Britannica 1911 berkenaan Burung ciak. |
- Gambar dan video di ARKive
- Gambar tengkorak
- Ageing and sexing (Penuaan dan hubungan seks) (PDF) oleh Javier Blasco-Zumeta & Gerd-Michael Heinze
- Video, gambar & suara burung pipit rumah di Internet Bird Collection
- Bulu pelepah burung ciak Urasia Diarkibkan 2015-09-24 di Wayback Machine
- Documenting Passer montanus' nest, eggs, hatchlings, nestlings and fledglings (Mendokumentasikan sarang, telur, penetasan, tempat sarang dan anak burung Passer montanus) oleh Isidro A.T. Savillo