Pergi ke kandungan

Puaka Niyang Rapik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puaka Niyang Rapik
GenreSeram
Ditulis olehSiti Jasmina
PengarahAhmad Idham
Dibintangi oleh
Ashraf Muslim
Liyana Jasmay
Abu Bakar Juah
Khatijah Tan
Fauzi Nawawi
Riezman Khuzaimi
Negara asal Malaysia
Bilangan episod13
Syarikat penerbitan
Excellent Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Seram)
Siaran asal6 November 2008 – 29 Januari 2009
Kronologi
MengikutiKekasihku Seru
Diikuti olehKeliwon
Pautan luar
Laman sesawang

Puaka Niyang Rapik ialah sebuah siri drama seram televisyen Malaysia arahan Ahmad Idham untuk siaran TV3 dari 6 November 2008 hingga 29 Januari 2009. Siri TV ini menjadi antara drama TV yang paling ramai penontonnya sekitar akhir tahun 2008, dengan jumlah penonton mencecah 4 juta orang[1], cukup untuk mengilhamkan olahan semula dalam bentuk filem iaitu Niyang Rapik pada tahun 2010.

Di sebuah kampung bernama Niyang Rapik, para penduduknya itu percaya akan kehadiran kuasa ghaib yang muncul setiap kali tibanya Maal Hijrah, yang mana seorang di kalangan mereka akan mati gara-gara dikurung oleh kuasa ghaib Niyang Sakti. Sehinggalah, kehadiran Ustaz Amirul ke kampung itu mengubah pemikiran penduduk kampung dan menimbulkan kemarahan oleh beberapa penduduk setempat yang amat berpegang teguh kepada kepercayaan karut tersebut.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
TV3: Seram, Khamis, 9.30 malam
Sebelumnya Puaka Niyang Rapik Berikutnya
Kekasihku Seru Keliwon