Pulau Pelandok
Pulau Pelandok merupakan satu salah daripada pulau yang tempat tumpuan pelancong di mukim Penyabong, daerah Mersing negeri Johor, sebagai tempat beriadah dan bersuka-ria bersama keluarga.[1] Keindahan Pulau Pelandok yang mempunyai pantai berpasir yang indah dan air yang jernih untuk para pengunjung berkelah dan mandi-manda bersama keluarga. Di Pulau Pelandok, para pengunjung dapat melakukan aktiviti di pantai seperti bermain layang-layang dan membina istana pasir sepanjang hari dan berehat bersama keluarga di situ dan menikmati keindahan alam semula jadi.
Pulau Pelandok yang terletak di mukim Penyabong, daerah Mersing ini amat popular dikalangan pengunjung tempatan dan luar tempat yang ingin lari daripada kesibukan kota dan mendapat ketenangan dan menikmati suasana pulau yang tenang dengan air laut yang jernih. Tidak hairanlah mengapa para pengunjong yang melawat mukim Penyabong, daerah Mersing pasti tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pulau Pelandok dan meneroka keindahan pantai sambil menikmati pelbagai juadah tempatan yang terdapat di gerai-gerai berhampiran untuk beriadah bersama keluarga dan menikmati suasananya yang sepi dan tenang. Pengunjung ke Pulau Pelandok dapat menikmati suasana di yang sepi dan tenang.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Pulau Pelandok merupakan Pulau yang terletak di negeri Johor. Ia menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar ke mukim Penyabong, daerah Mersing di negeri Johor. Pulau Pelandok memiliki iklim tropika dan airnya kekal suam sepanjang tahun, selesa untuk berenang. Terdapat banyak kekayaan semulajadi seperti batu-batu karang dan hidupan-hidupan laut yang menawan menanti untuk diterokai melalui aktiviti snokel. Suhu air berlegar sekitar 29 hingga 30°C sepanjang tahun sungguhpun ia boleh turun beberapa darjah pada musim tengkujuh pada penghujung tahun.
Pulau Pelandok mengadap ke arah laut China Selatan yang luas, dengan itu mengalami musim tengkujuh dengan gelombang besar pada penghujung tahun akibat tiupan angin timur laut. Keadaan ini menghalang nelayan daripada turun ke laut dan menjadikan aktiviti mandi-manda kurang sesuai akibat ombak besar dan kuat yang melanda kawasan pantai.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pulau Pelandok diwartakan sebagai Taman Laut Malaysia di bawah Akta Perikanan 1985.[2]
Fauna dan flora
[sunting | sunting sumber]Pulau Pelandok memiliki tumbuhan tropika dan hutan malar hijau.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ GPP Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau dan Taman Laut 1 2015.
- ^ Oleh Mohamad Faizal Hashim, "18 pulau di Mersing diwartakan" Utusan Malaysia 16 Mei 2017 3:00 AM. Diambil 16 Disember 2018