RS-232
Penampilan
Dalam telekomunikasi, RS-232 (Recommended Standard 232) merupakan piawai antara muka yang diperkenalkan oleh EIA. Ia dicadangkan untuk menghubungkan secara bersiri di antara komputer dan modem. Pembuat atau pengeluar komputer dan pengeluar modem tidak bergantung di antara satu sama lain dengan adanya RS-232. Mereka akan menyediakan port atau penyambung yang sesuai dengan piawai RS-232 masing-masing dan penyambungan kedua-dua alat ini akan dapat dilakukan. Maka tanpa mengira jenis atau jenama komputer dan modem, mereka akan dapat disambungkan.
Perincian piawai
[sunting | sunting sumber]Isyarat
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan penerangan tentang fungsi pin-pin bagi antaramuka RS-232 yang menggunakan penyambung DB-25 dan DE-9:
- Signal Ground Pin 7 (DB25), Pin 5 (DB9)
- Talian SG digunakan sebagai common signal ground, dan perlu disambungkan pada setiap masa.
- Transmit Data Pin 2 (DB25), Pin 3 (DB9)
- Talian TX digunakan sebagai penghantar data dari komputer ke seraial device.
- Receive Data Pin 3 (DB25), Pin 2 (DB9)
- Talian RX digunakan sebagai penghantar data dari serial device ke komputer.
- Data Terminal Ready Pin 20 (DB25), Pin 4 (DB9)
- Talian DTR digunakan oleh komputer memberi isyarat kepada serial device bahawa ia telah bersedia. DTR perlu disetkan pada paras tinggi semasa berkomunikasi dengan modem.
- Data Set Ready Pin 6 (DB25), Pin 6 (DB9)
- Talian DSR digunakan oleh serial device untuk memberi isyarat kepada komputer bahawa ia telah bersedia untuk berkomunikasi.
- Request to Send Pin 4 (DB25), Pin 7 (DB9)
- Talian RTS dikeluarkan oleh komputer untuk memohon kebenaran menghantar data. RTS dikawal oleh komputer dan dibaca oleh modem.
- Dupleks penuh – isyarat ini dikeluarkan secara terus.
- Dupleks separuh – isyarat dikeluarkan hanya apabila ada data untuk dihantar.
- Talian RTS dikeluarkan oleh komputer untuk memohon kebenaran menghantar data. RTS dikawal oleh komputer dan dibaca oleh modem.
- Clear to Send Pin 5 (DB25), Pin 8 (DB9)
- Talian CTS digunakan untuk mengeluarkan jawapan kepada isyarat RTS bila modem sedia untuk menerima data. CTS dikawal oleh modem dan dibaca oleh komputer.
- Data Carrier Detect Pin 8 (DB25), Pin 1 (DB9)
- Talian DCD digunakan oleh modem untuk memberitahu komputer supaya bersedia untuk menerima data pada bila-bila masa.
- Ring Indicator Pin 22 (DB25), Pin 9 (DB9)
- Modem mengeluarkan isyarat kepada Talian RI untuk memberitahu komputer bahawa ada pihak luar yang hendak berkomunikasi.