Pergi ke kandungan

Wabak cacar monyet 2022

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wabak cacar monyet 2022
Peta dunia menunjuk taburan wabak
     Kawasan endemik Afrika Barat     Kawasan endemik Afrika Tengah     Kawasan pengaruh kedua-dua endemik     Kawasan terbitan wabak Afrika Tengah pada 2022
PenyakitCacar monyet
Baka virusVirus cacar monyet, klade Afrika Barat, subklade wabak 2017–2019[1]
SumberKlad Afrika barat (anggapan)[2][3]
Lokasi66 negara, kebanyakan di Eropah dan Amerika Utara
Asal wabakLondon, England
Tarikh4 Mei 2022 – kini (2 tahun, 6 bulan, dan 25 hari)
Kes yang disahkan13,424
Kes yang disyaki243
Kes yang disyaki belum disahkan disebabkan oleh baka dari ujian makmal, walaupun beberapa jenis baka lain mungkin telah diasingkan.

Sebuah wabak cacar monyet disahkan pada 6 Mei 2022, bermula daripada seorang Inggeris yang mengalami simptom-simptom cacar monyet pada 29 April selepas pulang dari Nigeria, di mana cacar monyet bersifat endemik.[4] Orang ini pulang ke United Kingdom pada 4 Mei lalu menjadi kes indeks negara.[5]

Sejak 18 Mei, kes-kes dilaporkan daripada pelbagai kawasan, kebanyakan dari Eropah (terutamanya Eropah Barat), tetapi juga di Amerika Utara dan Australia.[6][7][8][9] 899 kes telah dilaporkan setakat 3 Jun, dengan kira-kira 216 kes dilaporkan pada 24 Mei.[10]

Asal beberapa kes cacar monyet di United Kingdom tidak dapat diketahui. Beberapa pemerhati melihat kepada anggapan sebaran dalam komuniti di kawasan London sejak pertengahan Mei.[11] Kes-kes lanjutan dilaporkan di timur laut dan tenggara England,[12] Scotland, Wales and Northern Ireland.[13][14][15]

Cacar monyet ialah suatu jangkitan virus yang tampak selepas seminggu dua terdedah kepada jangkitan, dituruti dengan demam dan simptom-simptom tak khusus, kemudiannya menerbitkan ruam yang dapat berlanjut dalam dua minggu sebelum lazimnya pulih.[5] Dalam jangkitan-jangkitan sebelumnya, satu ke tiga orang per seratus kes maut. Kes cacar monyet pada kanak-kanak berkemungkinan lebih parah.[16]

  1. ^ Rambaut, Andrew (21 Mei 2022). "Discussion of on-going MPXV genome sequencing". Virological.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2022. Dicapai pada 21 Mei 2022.
  2. ^ "Monkeypox spreads in West, baffling African scientists". ABC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2022. Dicapai pada 20 Mei 2022.
  3. ^ Mandavilli, Apoorva (18 Mei 2022). "A Massachusetts Man Is Infected With Monkeypox". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2022. Dicapai pada 20 Mei 2022.
  4. ^ "Monkeypox contact tracing extended to Scotland". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 13 Mei 2022. Dicapai pada 4 Jun 2022.
  5. ^ a b "Monkeypox – United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland". World Health Organization. 16 Mei 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2022. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  6. ^ "Viruela del mono: confirmaron el primer caso del virus en el país" (dalam bahasa Sepanyol). 26 Mei 2022. Dicapai pada 26 Mei 2022.
  7. ^ "UAE reports first case of monkeypox in the country". Al Arabiya. 24 Mei 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2022. Dicapai pada 24 Mei 2022.
  8. ^ Efrati, Ido. "Israel Confirms First Case of Monkeypox Virus". Haaretz (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2022. Dicapai pada 21 Mei 2022.
  9. ^ "Monkeypox confirmed in Melbourne and Sydney". Australian Broadcasting Corporation. 20 Mei 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2022. Dicapai pada 20 Mei 2022.
  10. ^ "Monkeypox Data Explorer". OurWorldInData. Dicapai pada 27 Mei 2022.
  11. ^ Pinkstone, Joe (17 Mei 2022). "Monkeypox 'spreading in sexual networks'". The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2022. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  12. ^ "We've detected 2 additional cases of #Monkeypox, one in London and one in the South East of England". Twitter (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2022. Dicapai pada 20 Mei 2022.
  13. ^ "First case of monkeypox confirmed in Scotland". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2022. Dicapai pada 23 Mei 2022.
  14. ^ "Monkeypox spread continues with first case reported in Wales". Metro. Dicapai pada 26 Mei 2022.
  15. ^ "Monkeypox: First case identified in NI". BBC News. Dicapai pada 26 Mei 2022.
  16. ^ "Multi-country monkeypox outbreak in non-endemic countries". World Health Organization. 21 Mei 2022. Dicapai pada 25 Mei 2022.