Wabak cacar monyet 2022
Wabak cacar monyet 2022 | |
---|---|
Penyakit | Cacar monyet |
Baka virus | Virus cacar monyet, klade Afrika Barat, subklade wabak 2017–2019[1] |
Sumber | Klad Afrika barat (anggapan)[2][3] |
Lokasi | 66 negara, kebanyakan di Eropah dan Amerika Utara |
Asal wabak | London, England |
Tarikh | 4 Mei 2022 – kini (2 tahun, 6 bulan, dan 25 hari) |
Kes yang disahkan | 13,424 |
Kes yang disyaki‡ | 243 |
‡Kes yang disyaki belum disahkan disebabkan oleh baka dari ujian makmal, walaupun beberapa jenis baka lain mungkin telah diasingkan. |
Sebuah wabak cacar monyet disahkan pada 6 Mei 2022, bermula daripada seorang Inggeris yang mengalami simptom-simptom cacar monyet pada 29 April selepas pulang dari Nigeria, di mana cacar monyet bersifat endemik.[4] Orang ini pulang ke United Kingdom pada 4 Mei lalu menjadi kes indeks negara.[5]
Sejak 18 Mei, kes-kes dilaporkan daripada pelbagai kawasan, kebanyakan dari Eropah (terutamanya Eropah Barat), tetapi juga di Amerika Utara dan Australia.[6][7][8][9] 899 kes telah dilaporkan setakat 3 Jun, dengan kira-kira 216 kes dilaporkan pada 24 Mei.[10]
Asal beberapa kes cacar monyet di United Kingdom tidak dapat diketahui. Beberapa pemerhati melihat kepada anggapan sebaran dalam komuniti di kawasan London sejak pertengahan Mei.[11] Kes-kes lanjutan dilaporkan di timur laut dan tenggara England,[12] Scotland, Wales and Northern Ireland.[13][14][15]
Cacar monyet ialah suatu jangkitan virus yang tampak selepas seminggu dua terdedah kepada jangkitan, dituruti dengan demam dan simptom-simptom tak khusus, kemudiannya menerbitkan ruam yang dapat berlanjut dalam dua minggu sebelum lazimnya pulih.[5] Dalam jangkitan-jangkitan sebelumnya, satu ke tiga orang per seratus kes maut. Kes cacar monyet pada kanak-kanak berkemungkinan lebih parah.[16]
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Gejala cacar monyet pada orang Inggeris, Mei 2022
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Rambaut, Andrew (21 Mei 2022). "Discussion of on-going MPXV genome sequencing". Virological.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2022. Dicapai pada 21 Mei 2022.
- ^ "Monkeypox spreads in West, baffling African scientists". ABC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2022. Dicapai pada 20 Mei 2022.
- ^ Mandavilli, Apoorva (18 Mei 2022). "A Massachusetts Man Is Infected With Monkeypox". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2022. Dicapai pada 20 Mei 2022.
- ^ "Monkeypox contact tracing extended to Scotland". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 13 Mei 2022. Dicapai pada 4 Jun 2022.
- ^ a b "Monkeypox – United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland". World Health Organization. 16 Mei 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2022. Dicapai pada 17 Mei 2022.
- ^ "Viruela del mono: confirmaron el primer caso del virus en el país" (dalam bahasa Sepanyol). 26 Mei 2022. Dicapai pada 26 Mei 2022.
- ^ "UAE reports first case of monkeypox in the country". Al Arabiya. 24 Mei 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2022. Dicapai pada 24 Mei 2022.
- ^ Efrati, Ido. "Israel Confirms First Case of Monkeypox Virus". Haaretz (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2022. Dicapai pada 21 Mei 2022.
- ^ "Monkeypox confirmed in Melbourne and Sydney". Australian Broadcasting Corporation. 20 Mei 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2022. Dicapai pada 20 Mei 2022.
- ^ "Monkeypox Data Explorer". OurWorldInData. Dicapai pada 27 Mei 2022.
- ^ Pinkstone, Joe (17 Mei 2022). "Monkeypox 'spreading in sexual networks'". The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2022. Dicapai pada 17 Mei 2022.
- ^ "We've detected 2 additional cases of #Monkeypox, one in London and one in the South East of England". Twitter (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2022. Dicapai pada 20 Mei 2022.
- ^ "First case of monkeypox confirmed in Scotland". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2022. Dicapai pada 23 Mei 2022.
- ^ "Monkeypox spread continues with first case reported in Wales". Metro. Dicapai pada 26 Mei 2022.
- ^ "Monkeypox: First case identified in NI". BBC News. Dicapai pada 26 Mei 2022.
- ^ "Multi-country monkeypox outbreak in non-endemic countries". World Health Organization. 21 Mei 2022. Dicapai pada 25 Mei 2022.