Pergi ke kandungan

Takdir Yang Tertulis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Takdir Yang Tertulis
GenreMelodrama
Romantik
Khianati
Ditulis oleh
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Karma" oleh Kaka Azraff dan Jaz Hayat
Lagu penutup"Karma" oleh Kaka Azraff dan Jaz Hayat
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifHisham A.Karim
Penerbit
  • Fazli Hj Baharom
  • Shahrulezad Mohameddin
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Radius One Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal21 Januari 2021 – 16 Februari 2021
Kronologi
MengikutiBougainvillea
Diikuti olehAku Yang Kau Gelar Isteri

Takdir Yang Tertulis ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Nad Zainal, Nazim Othman, Datin Elvina Mohamad[1] dan Alvin Chong. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 21 Januari hingga 16 Februari 2021 menggantikan Bougainvillea.[2]

Mengisahkan tentang Juweta, Ruhila, Azlan dan Ean. Perkenalan yang bermula sejak zaman universiti menjadi huru hara apabila persahabatan dicabar dengan kesetiaan dan kepercayaan. Azlan yang menyukai Ruhila tanpa mengetahui bahawa Ruhila adalah kekasih Ean. Hal tersebut sedikit menggugat Ean.

Hubungan suami isteri, Azlan dan Juweta semakin meruncing. Cubaan Azlan untuk mengambil hati isterinya berakhir dengan pergaduhan besar. Sementara itu, anak mereka, Mika trauma dengan pergaduhan ibu bapanya.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Dalam satu temubual bersama Harian Metro, Shahrulezad Mohameddin mendedahkan pilihan pertama, kedua dan ketiga untuk menjayakan watak utama Takdir Yang Tertulis tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya.[3] Antara pelakon yang disenaraikan ialah Janna Nick, Mira Filzah, Diana Danielle, Amyra Rosli, Shukri Yahaya, Saharul Ridzwan, Aeril Zafrel, Ungku Ismail Aziz dan Hisyam Hamid.[3] Menurutnya, hasil perbincangan dan persetujuan bersama TV3, Nad Zainal telah dipilih untuk menjayakan watak Juweta, manakala Nazim Othman memegang watak Azlan, Elvina Mohamad sebagai Ruhila dan Alvin Chong sebagai Ean.[3]

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
PENARAFAN TV NIELSEN AUDIENCE MEASUREMENT
EPISOD PERTAMA EPISOD AKHIR PENARAFAN TERTINGGI JUMLAH TONTONAN ATAS TALIAN SUMBER
5 juta
9 juta
14 juta
[6][7]
  1. ^ (Nazar Rafiqhi) Kejam Betul Watak Ruhila Dalam Drama Takdir Yang Tertulis Elvina Mohamad Jadi Perhatian Penonton Media Hiburan. Dicapai 28 Januari 2021.
  2. ^ Drama Takdir Yang Tertulis MyInfotaip. 2 November 2020. Dicapai 20 Januari 2021.
  3. ^ a b c Sudirman Mohd Tahir (1 Februari 2021). "Pelakon utama Takdir Yang Tertulis bukan pilihan pertama". Harian Metro. Dicapai pada 19 Februari 2021.
  4. ^ Kosmo! (6 Februari 2021). "Putus OST Takdir Yang Tertulis tak mesra radio". Dicapai pada 28 Februari 2021.
  5. ^ Sudirman Mohd Tahir (6 Februari 2021). "Takdir tertulis buat Amylea". Harian Metro. Dicapai pada 28 Februari 2021.
  6. ^ Danial Affiq (22 Februari 2021). "14 juta penonton layan Takdir Yang Tertulis". Oh Bulan!. Dicapai pada 28 Februari 2021.
  7. ^ Norhayati Nordin (24 Februari 2021). "Samarinda, Lestary sama hebat". Harian Metro. Dicapai pada 28 Februari 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]