Toggle navigation
Utama
Log Masuk Usahawan
Log Masuk Pegawai
Hubungi
PENGUMUMAN
HEBAHAN PENDAFTARAN DAN PENGEMASKINIAN DATA USAHAWAN MELALUI SISTEM MAKLUMAT USAHAWAN (SMU) PAHANG
PERHATIAN SEMUA USAHAWAN PAHANG!
Kerajaan Negeri Pahang melalui Sistem Maklumat Usahawan (SMU) Pahang kini membuka peluang kepada semua usahawan untuk:
- Mendaftar sebagai usahawan berdaftar Negeri Pahang
- Mengemaskini maklumat perniagaan terkini anda
Pendaftaran ini amat penting bagi memastikan anda tidak terlepas peluang untuk menikmati pelbagai kemudahan dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.
KENAPA ANDA PERLU DAFTAR / KEMASKINI?
a) Mendapat akses kepada geran, pembiayaan & bantuan keusahawanan
b) Menyertai latihan, kursus & program pembangunan usahawan
c) Menerima maklumat terkini berkaitan peluang perniagaan & inisiatif kerajaan
d) Memudahkan penyelarasan data usahawan bagi tujuan bantuan dan sokongan yang lebih efektif
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!
Sama ada anda usahawan baharu, PKS atau usahawan sedia ada—pastikan maklumat anda direkod dan dikemaskini dalam sistem rasmi negeri.
DAFTAR / KEMASKINI SEKARANG!
HEBAHAN PENYERTAAN USAHAWAN PAHANG KE SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026
HEBAHAN PENYERTAAN USAHAWAN PAHANG
Kerajaan Negeri Pahang mempelawa usahawan Pahang yang berkelayakan untuk menyertai Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 19 – 21 Jun 2026
Lokasi: Morten Walk, Melaka
Program ini merupakan platform terbaik bagi usahawan tempatan untuk:
- Mempromosikan produk dan perkhidmatan
- Memperluaskan jaringan pemasaran
- Meningkatkan potensi pasaran di peringkat kebangsaan
- Memperkukuh jenama dan daya saing produk usahawan Pahang
Syarat Penyertaan:
- Berdaftar dengan Sistem Maklumat Usahawan (SMU) Pahang
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah
- Anak Negeri Pahang atau menjalankan perniagaan di Negeri Pahang
- Produk/perkhidmatan adalah hasil keluaran sendiri
- Produk mempunyai pembungkusan dan pelabelan yang sesuai untuk promosi dan pemasaran
Tarikh tutup penyertaan: 4 Jun 2026 (Khamis)
Kenyataan Media
Tiada Kenyataan Media buat masa ini..
Video Panduan Permohonan